Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday, 30 April 2014

Pemenang Bloglist Bulan Mei - Blogwalking: Siapa takut katak boleh follow saya

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Dapat jugak kenalan baru dalam dunia blogger ni.


Anda boleh semak nombor bertuah disini. http://angguk2.blogspot.com/2014/04/senarai-peserta-blogwalking-siapa-takut.html .

Dan peserta yang berjaya berada di bloglist saya untuk bulan Mei ialah........




Terima Kasih kepada yang menyokong.... =)

Tuesday, 29 April 2014

Cara bunuh lipan masuk rumah.. besaq habaq hang.

Assalamualaikum,


Nia dia. Bagi aku agak besaq la. 

Meh nak share ape jadi subuh tadi.. Bangun2 saya pi toilet nak ambik wudhuk tiba2 menonong je lipan ni dengan laju masuk. Ape lagi menjerit panggil husband. Nasib husband dengar. Terus bangun.. Bila dah gitu kami pun kelam kabut camne nak bunuh ni. Lipan ni pun dah start menggelupor. Saya terus pi dapur jerang air. Sementara husband perhatikan kemana lipan tu nak gi.Mula2  dia nak keluar dah boleh plak dia patah balek masuk kat barang2 menjahit saya. Sudah. Dia menyorok plak. Aleh2 tengok2 ade benda bergerak kat stokin yang saya pakai masa tidur tadi. Tu dia.... Husband dah ready dengan ridset kat tangan. Dia pun sembur la kat stokin tu. Slow2 lilan tu keluar dari stokin tu macam pening2 sebab dia berpusing2 je kat satu tempat. Tak macam sebelum ni menyusur laju jer. Jadi kami tindih dia dengan kipas mudah alih tu. Kuat betul lipan tu. Boleh gak dia keluar. Husband capai botol listerin yang tak berapa nak berat tu. Patutnya kena letak lesung batu supaya dia takleh gerak dah. Husband sembur lagi dengan ridset. Hidup lagi tu. Lepas tu saya suh husband angkat lipan tu pi sinki sebab air dah masak. Terus jirus lipan tu dengan air panas.. Mati dah dia. Lega. Alhamdulillah. Syukur sangat sebab dia tak masuk dalam selimut. Sebelum ni memang dah pernah lipan masuk. Tapi kecik je. Jadi bila 2nd time kena ni dah tahu la kena bunuh dengan air panas. Jadi bila2 benda2 macam ni masuk rumah jangan kita menggelupor. Nanti binatang tu pun akan menggelupor jugak sebab diorang pun nak lindung diri gak. Kena pikir jalan nak bunuh camne jer.

Alhamdulillah.. Tak de benda buruk jadi.

Itu je. Wasalam.

Saturday, 26 April 2014

Juadah petang hari. Kuih lopes

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni rezeki saya dapat pengukus baru.hihihi. Jadinya terus beli bahan untuk buat kuih lopes. Feveret kami berdua.. Resepi ambik di sini manakala cara nak bentukkan lopesnya ambik kat sini. Korang boleh terjah dua2 blog ni ea. Bila dah jadi tiba2 rasa senang je sebenarnya nak buat kuih ni. Selamat mencuba..

Hasilnya...... hihihi

Itu je. 
Wasalam.

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

Sunday, 20 April 2014

Giveaway Kemetot Chomel : Free FULL PACKAGE edit blog.

Assalamualaikum,

Tuesday, 15 April 2014

Hari terakhir untuk tempahan tudung labuh dengan harga RM20.. Sape cepat dia dpt.

Assalamualaikum,

Promosi pengenalan tudung labuh bidang 60. Hari ni adalah hari terakhir untuk siapa2 yang ingin buat tempahan bagi mendapatkan harga RM20 sehelai tanpa kos penghantaran. Boleh gi kat website ni untuk isi borang. www.belitudunglabuh.com.



Itu jer
Wasalam


Monday, 14 April 2014

Senarai peserta Blogwalking : Siapa takut katak boleh follow saya

Assalamualaikum,



Esok adalah hari terakhir untuk sape2 nak join segmen ni.
Marilah kita menambahkan lagi kenalan.
Disini saya listkan blog2 peserta untuk siapa yang nak blogwalking.
Sape yang nak join lagi boleh terjah di sini.

Okie kepada peserta sila ingat nombor masing2 untuk semak 5 blog yang akan diletakkan di bloglist blog saya untuk bulan Mei. Nanti saya akan umumkan siapa yang bertuah tu.

1 http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
2 http://myimpiannaad.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
3 http://badariahkakak007.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
4 http://kenny977.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
5 http://freejustforu.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
6 http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
7 http://ohthrillers.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
8 http://www.linieynor.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
9 http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
10 http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
11 http://www.ayuinsyirah.my/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
12 http://yanapinkblossom.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
13 http://aliaadzam.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
14 http://cek-asayangawak.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
15 http://jantungk.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
16 http://annyeonghaseyo1110.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
17 http://amarrazali.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
18 http://segmenbizaly.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
19 http://meeyamika.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
20 http://ciknunaberblogger.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh_12.html
21 http://sarahairudin.blogspot.com/2014/04/siapa-takut-katak-boleh-follow-saya.html
22 http://friends-jannah.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
23 http://mamamursyid.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
24 http://mellyareenza.blogspot.com/2014/04/segmen-blogwalking-siapa-takut-katak.html
25 http://amirkhalis.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
26 http://www.aimisyahirah.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
27 http://tieffa19.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
28 http://norshamimi.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
29 http://alyadina.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
30 http://athirahjamaluddin.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
31 http://mylif3board.blogspot.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html
32 http://mutiarasubuh1.blogspot.com/2014/04/tajuk-blogwalking-siapa-takut-katak.html
33 http://nazifhakim.blogspot.com/2014/04/giveaway-gaya-hidup-sihat.html
34 http://www.dhiyaafraabella.com/2014/04/blogwalking-siapa-takut-katak-boleh.html

Sape yang join tapi takde dalam list bagitahu ea. Takut terlepas pandang.

Okie.
Itu jer.
Wasalam....


Sunday, 13 April 2014

Happy Birthday!!!!

Assalamualaikum,

Masih lagi di kuching. Ade banyak story nak share tapi dahulukan yang ni.

HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED HUSBAND!!!!!
Nah kek...

Dah dapat bagi hadiah paling best sekali. Ape dia?Rahsia. Hehehe

Salah satu kenangan sambut birthday husband..

Tadaaaa......

Semoga bahagia selamanya....... amin..

Itu je.
Wasalam.

P.S : Thanks to sabania mutaal sebab lahirkan seorang anak yang cerdik, hensem lagi macho.hihihi... Terima kasih ALLAH atas jodoh ini......

Saturday, 12 April 2014

Kereta sewa kuching - penantian satu penyeksaan

Assalamualaikum,

Quick update. Sekarang masih lagi menanti kereta sewa yang tak kunjung tiba. Janji pukul 7 sampai sekarang takde lagi. Rasa macam nak cancel je. Hancus segala plan jejalan hari ni.

Nanti saya share ape jadi ea. Nak kongsi jugak supaya yang lain tak kena jugak.

Okie..

Waaalam.


Thursday, 10 April 2014

Kisah sedih seorang anak "Saya nak jadi TV"

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi satu cerita. Cerita ini diceritakan semula oleh Ustaz Nor Hisyam sebentar tadi dalam rancangan Madrasah Al Hijrah. Kisah ini diambil dari penulisan isteri ustaz Zaharuddin.Kalau yang tak tengok meh saya share sekali lagi.


   Kisahnya. Pada suatu hari seorang cikgu sedang menanda buku anak muridnya sambil diperhatikan suaminya sekali sekala. Kadang-kadang kedengaran cikgu itu ketawa. Mungkin ada yang geli hati tatkala membaca cerita anak-anak muridnya itu. Tiba-tiba cikgu itu menangis teresak-esak. Suaminya pun pelik lalu bertanya kenapa tiba-tiba sahaja menangis. Dan cikgu tu menceritakan yang dia sedih membaca karangan muridnya itu. Hari ini saya menyuruh mereka membuat satu karangan mengenai ape yang mereka ingin jadi. Jadi kipas ke, kerusi ke, atau apa sahaja dan kenapa ingin menjadi benda tu. Dan seorang budak mengatakan yang dia ingin menjadi sebuah TV. Kenapa kerana walaupun ayah saya penat pulang dari kerja dia tetap akan duduk dekat dengan TV. Jadi kalau saya jadi TV, ayah boleh duduk dekat dengan saya. Jika ibu saya banyak kerja rumah sekalipun dia akan dekat dengan TV. Jadi kalau saya jadi TV, ibu boleh dekat dengan saya. Abang kakak saya pulang rumah pun mereka akan dekat dengan TV. Jadi saya nak jadi TV, supaya mereka boleh duduk dekat dengan saya. Mereka akan gelak ketawa bila tengok TV, jadi bila saya jadi TV, saya boleh bergelak ketawa bersama mereka. Lalu suami cikgu tu membalas, mungkin anak ini sering diabai oleh keluarga dia. Makin kuat cikgu tu meraung menangis sambil berkata " Abang yang tulis karangan ini anak kita bang".........


 Itu je.
 Wasalam.

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)

Friday, 4 April 2014

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Artikel Pilihan

Assalamualaikum,

Jom join interesting contest ni. Kalau takde idea nak tulis ape, korang boleh linkkan je entry2 sebelum ni.


Contest ni tamat esok. Masih ade peluang lagi. Mane tau rezeki anda untuk dapat hadiah RM30.. Klik banner untuk join.

Artikel pilihan saya nak share pasal cerita macamana nak berubah..

Kisahnya beberapa hari lepas ade seorang pembeli ingin membeli tudung labuh bidang 60 dari saya. Dalam email dia, dia ada mengatakan bahawa "ini pertama kali saya nak pakai". Betapa gembiranya saya bila ada orang lain mempunyai niat yang baik untuk berubah. Ia membuat saya teringat semula bila pertama kali saya nak berubah dari tudung bawal pendek kepada bidang 60.

Perubahan saya bermula pada disember 2012 selepas saya di ijab qabul kan. Suami saya sangat suka pada perempuan tudung labuh. Katanya cantik. Tapi takdir ALLAH dia dijodohkan dengan saya yang bertudung biasa. Memang berniat dari awal untuk labuhkan tudung saya cuma saya tak bersedia lagi untuk memberanikan diri kearah tu. Tapi lepas kahwin suami banyak bagi sokongan jadi ia menguatkan hati saya untuk berubah. Lagi satu bila suami kata perempuan tudung labuh cantik, dari dia kata cantik pada perempuan lain, baik dia kata cantik pada isteri dia. Betul tak?Jadi cantik tu subjektif. Tak semestinya seksi tu cantik. 

Kalau nak ikutkan saya dulu sangat-sangat tak jaga aurat saya. Pakai baju ketat, tak pakai sarung tangan, sarung kaki, dan tudung pulak selak kat bahu jadi nampak bahagian dada. Tapi saya berubah sedikit-sedikit. Mula-mula saya pakai baju paras peha dan saya tak selak tudung kat bahu dah. Saya tutup dada.Lepas tu saya pakai sarung tangan, lepas tu baru saya mula pakai sarung kaki. Jadi lepas kahwin tu saya mula pakai tudung labuh. Semuanya saya buat secara berperingkat.

Kisah masa saya nak tukar tudung biasa ke tudung labuh.Dari mula lagi saya tahu pasti akan ada orang yang akan perli saya, bukan nak bersangka buruk, tapi itulah hakikatnya pada zaman sekarang. Pantang orang nak jadi baik sikit. Kalau tak nak sokong diam tu lebih baik. Hihihihi...Hari pertama lagi saya dah digelar ustazah. Saya hanya senyum sahaja. Saya tak berkecil hati langsung dan anggap itu hanya gurauan walaupun bukan sorang dua yang tegur macam tu. Tapi saya tak endahkan pun semua tu. Saya tahu diorang nak mengusik. Hari pertama saya pakai lebih kurang hanya paras pinggang belakang, bila orang lain dah biasa tengok perubahan saya tu, hari berikutnya saya panjangkan lagi tudung belakang saya melepasi lutut. Boleh bayangkan panjangnya macamane. Sekurang-kurangnya saya tak risau dah pasal aurat saya. Tudung tu dah sama panjang dengan baju. Baju jarang pun tak nampak sebab ditutupi dengan tudung.

Perubahan tu tak semestinya secara drastik. Sikit-sikit asalkan dalam hati tu dah berniat. Niat tu pulak kena kekal dan biar ianya kerana ALLAH. InsyaALLAH bila niat kerana ALLAH kalau ape2 jadi kita tak berubah. Memang ianya bukan mudah tapi kalau tak berusaha macamane nak tahu. Yang penting istiqamah. Nak jadi baik bukan mudah tapi tengoklah ganjaran ALLAH bagi untuk setiap kebaikan yang kita buat. Besar pahalanya. Ingat senang2 je ALLAH nak bagi tanpa diberi ujian. Berat ujian yang kita hadapi lagi besar ganjaran yang kita dapat. Jadi sapa yang dah berniat tu teruskan. Siapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi, akan dapat wangiannya. Jadi bila kita dah jadi baik ni, ALLAH akan hantarkan orang-orang baik disekeliling kita. InsyaALLAH.....

Yang penting jangan kisah ape orang nak cakap. Lama2 diorang akan senyap. Kalau itu yang kita bimbangkan sampai bila2 kita akan berada ditakuk lama. Takut tak sempat nak berubah.

Semoga saya dan anda semua akan terus istiqamah untuk menjadi wanita solehah.


Itu je.

Wasalam.

Wednesday, 2 April 2014

Blogwalking: Siapa takut katak boleh follow saya

Assalamualaikum,

Saya adalah penggeli katak yang tahap separa extreme. Kadang2 extreme jugak. Ikut situasi. Situasi sekarang adalah tahap extreme. Eeeeee.......... Kenapa? Beberapa minggu lepas ada sekor katak pisang warna kuning hampir2 melompat kat atas saya. Kejadiannya terjadi bila saya nak angkat kain kat penyidai. Bila tarik kain tu ade benda melompat. Mula2 ignore jer sebab tak terpikir katak boleh ada atas tu. Ingatkan cicak. Bila dah siap angkat baru perasan rupanya katak kuning. Masa tu jerit dengan nada perlahan sebab takut jiran dengar sambil badan gaya geli geliman. Dan lepas tu saya sangat berhati-hati nak angkat kain walaupun jalan pun saya akan berhati2.

Bukan takut tapi tahap geli dia tak boleh nak cakap. Mungkin sebab kulit dia yang menggerutu, lembik dan sebab dia boleh lompat jauh. Takut masuk dalam baju. Eeeeeeeeee.Nak cerita pun sambil geli2 ni. Banyak lagi peristiwa pasal katak ni. Dah memang takut memang banyak ceritanya.

Jadi ni blogwalking untuk sapa2 yang takut katak. Saya tahu ramai yang takutkan...Eeeeeee...... Yang tak takut pun boleh join. Macamane ea boleh tak takut katak?


Kenapa gambar kucing? Sebab nak tengok gambar katak pun dah geli....Eeeeeeee

Syarat2 nya:

1. Senang je follow blog ni.
2. Tajuk: "Blogwalking: Siapa takut katak boleh follow saya"
3. Tampal banner diatas dan linkkan ke entry ini.
4. Dan komen kat bawah.

Boleh blogwalking dan follow blogger2 yang takut katak jugak.
InsyaALLAH saya pun akan blogwalking jugak. Selain itu 5 blogger terpilih akan saya masukkan dalam bloglist untuk bulan Mei.
Itu je.
Wasalam