Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Sunday 6 December 2015

Resepi rendang ayam mudah

Resepi rendang ayam mudah dah cepat

Assalamualaikum,

Belajar masak dari mak mertua jugak.Tapi masa tu buat rendang kerang. Sedap sangat. Jadi cara buat dia sama je cuma tukar kepada ayam. Dulu ingatkan susah la sangat buat rendang. Bila dah belajar senang je rupenye. Yang susahnya kalau buat dari awal. Buat kerisik sendiri. Tapi sekarang ada yang segera. Saya guna segera jela.


Bahan - bahan
Santan 2 cawan. Kalau beli santan fresh tu guna satu plastik je. Kalau guna yang segera guna  1 kotak tambah setengah kotak air.
Ayam 5-6 ketul yang dipotong kecil2
1 helai daun kunyit
2 helai daun daun limau purut
1 paket kerisik segera. (Saya guna 2 paket sebab saya suka pekat2)
Garam dan gula secukup rasa
3 sb cili giling/blender - boleh tambah kalau nak pedas.
Halia dan serai.. Ni letak byk2 ea.Baru ade rasa dan bau dia.
Bawang putih bawang merah

Cara-cara
Blend bawang, halia, serai
Masukkan santan, cili giling, daun kunyit , bahan yg dah di blend td dan daun limau. Masak sekejap.
Kemudian masukkan ayam. Tunggu sampai ayam hampir masak. Sentiasa kacau untuk elakkan santan berketul.
Masukkan kerisik. Masak sehingga kuah kering. Saya suka banyak kuah jadi tak payah tunggu sampai kering.
Perasakan dengan garam dan gula.
Siap!!!!

Itu jer.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment