Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Friday, 30 January 2015

Pengalaman cukur kepala bayi baru lahir

Assalamualaikum,

Kali ni nak share pengalaman cukur kepala jannah. Kami tak buat pun majlis cukur jambul. Beza ea cukur jambul dan cukur kepala. Cukur kepala sunnah cukur jambul adat. Boleh dengar pandangan ustaz azhar idrus kat bawah ni.


Jadi memang kami laki bini cukur sendiri. Kami buat masa hari ke 7. Masa mula2 tu tak tahu nak cukur macamane. Selalu tengok orang cukur rambut ni ade yang guna mesin tu. Tapi budak ni kecik lagi kot. Macam takut2 nak buat. Google2 rupanya guna pencukur. Jadi bermula la operasi mencukur kepala jannah. Kami buat masa dia tido takut dia gerak2. Walid dia yang cukurkan. Rambut jannah memang lahir2 lebat sangat. Tersangat lebat sampai orang tegur rambut lebat macam lahir 2 3 bulan dah. Masa mula2 tu buat slow2 je sebab macam takut2 lagikan lepas2 tu walid dia wat jer cepat2 sebab walid dah penat tambah mengantuk tapi dengan berhati2 la. Bayangkan kami buat lepas maghrib siap kol 12 tgh malam. Tak sangka ambik masa lama. Yang buat lama tu satu sebab rambut dia lebat yang kedua stop sekejap sebab dia bangun jadi banyak gerak. Ade jer luka sikit tapi tak banyak dan kami rasa cam tak sakit la sebab dia tak nangis pun. Memang kol 12 tu siap. Alhamdulillah akhirnya. Memang lega sangat. Penuh tilam dia dengan rambut. Badan2 dia sekali. Tak sangka susah jugak cukur kepala budak. Mula2 ingat macam senang tu yang lengah2 tunggu sampai malam. Ambik kol 12 baru siap. Jadi kalau korang nak buat better siang. Malam cukur sambil mata mengantuk. Bahaya jugak. Memang kena buat dengan penuh kesabaran kalau tak mau luka banyak kepala budak tu. Nasib la walid awak tu penyabar jannah. Alhamdulillah sekarang rambut dia dah tumbuh dengan lebatnye.... Meh nak share gambar sebelum dan selepas cukur.

Sebelum

Ni gambar masa umur dia x silap 2 3 hari. Mata kuning sebab dia kena jaundice.

Selepas

Ni budak botak yang cuba lepas dari bedung.

Ni gambar terkini

Ni masa hidung dia tersumbat jadi tak boleh tido. Bagi tido meniarap macam ni baru nyenyak.

Ni masa walid dia ajar tegakkan kepala. Boleh la sikit. Tak tegak sepenuhnya lagi tu.

Okie. Itu jer.
Wasalam




Wednesday, 28 January 2015

Info tentang bayi baru lahir

Assalamualaikum,

1. Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.

2. Kulit mungkin sedikit kering dan mengelupas. Keadaan ini disebabkan penghasilan minyak oleh kulit bayi yang baru lahir masih belum stabil.

Yang ni ade terjadi pada jannah. Kat tapak tgn, bibir, muka. Mak pun kata tu normal.

3. Terdapat bulu halus terutama di bahagian telinga dan belakang bayi (kadangkala agak lebat). Namun jangan risau, bulu halus ini akan gugur dari semasa ke semasa.

Kat telinga jannah ade. Lebat plak tu. Risau jugak mula2. Tapi bila baca ni lega sikit sebab ianya normal.

4. Anda juga akan melihat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa bahagian badan yang lain. Perkara-perkara ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.

Ni masa lahir2 memang ade kat hidung. Penuh hidung dia dengan tompok merah. Alhamdulillah sekarang dah takde.

5. Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan.

Berat jannah setakat ni tak pernah turun lagi sejak lahir. Sokmo naik je. Sihat anak umi ni...

6. Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna.

Yang ni walid yang perasan bila pegang je tangan dan kaki jannah rasa sejuk je. Ingatkan ikut walid yang memang badan sentiasa sejuk. Umi je sokmo panas.

7. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa.

  Masa awal lahir tu kulit dia kemerahan. Sekarang dah ok dan nampak lagi cerah..

8. Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah disebabkan kedudukannya dalam rahim ibu. Jangan risau, dengan sedikit urutan dari semasa ke semasa, ia akan lurus seperti biasa.

Kaki jannah yang bengkok lagi. Tangan dah ok dah. Lurus..

9. Muka dan bahagian lain bayi mungkin kelihatan sedikit sembab di awal kelahiran.

Betul2. Lepas keluar je dari perut umi, sembab sangat muka jannah. Lepas tu ok dah.

10. Adalah normal bagi bayi baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis pada hari kedua hingga ketiga kelahirannya. Namun jika tidak dipantau, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Jannah pun kena demam kuning. Alhamdulillah kena sikit je. Nasihat: Tak perlu jemur baby kat matahari. Just bg susu badan banyak2. In shaa allah akan ok..

11. Kebanyakan bayi baru lahir lebih gemar untuk tidur daripada berjaga, terutama dalam minggu pertama kelahiran. Kejutkan bayi setiap 2 jam untuk disusukan untuk elakkan jaundis.

Jannah banyak berjaga malam masa awal2 tu sebab dia selesema. Tak selesa hidung tersumbat. Tapi bila dia tidur memang susah sangat nak kejut. Cubit la pipi dia ke, gerak2kan badan dia ke, geletek kaki dia ke, buat la ape2 memang takkan bangun. Agaknya bunyi bom pun dia takkan bangun. Seriusly susah sangat nak kejut. Last2 biar jer.huhuhu

12. Bayi baru lahir suka dibedung kerana berasa lebih selamat, seolah-olah berada dalam rahim ibunya.

Awal2 dulu. Tapi jarang bedung sebab umah mak panas. Kesian kalau bedung. Tapi sekarang dah sebulan dia tak suka bedung dah. Dia boleh lepaskan diri. Tengok2 tangan dah keluar dari bedung.

13. Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi.

Yang ni takde plak. Tapi jannah datang period masa awal2 dulu disebabkan hormon dari umi. Mula2 nampak darah risau jugak tapi kol dr zana dia yang bgtau mcm tu. Kalau baby gurl normal ea mcm tu. Jadi jangan takut. Baby pun leh dtg period.

Sumber dari http://hebatkan.blogspot.com/2013/01/info-dan-tips-penjagaan-bayi-baru-lahir.html



Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my


Assalamualaikum,

Sempena chinese new year ni, nile.com.my telah menganjurkan giveaway yang mana 5 pemenang bertuah akan dapat RM 150 barangan dengan PERCUMA.. wahh bestnye hadiah.


    http://www.nile.com.my/page.php?cd=96


Barang2 pilihan hati saya:






Dotted Cute Doggy Bib - RM 3.70


Fashion Gift Box Beauty / Manicure six pcs sets

Jumlah harga barangan: RM 28.90 + RM 62.20 + RM 29.90 + RM 8.40 + RM 8.50 + RM 3.70 + RM 7.50 = RM 149.10


Boleh cek nama peserta dan pemenang di SINI.

Tarikh tutup 15/2/2015 11.59 pm.

Untuk info lebih lanjut mengenai giveaway ni boleh klik SINI.

Cabutan bertuah via random.org

Harap2 ade rezeki la. Amin....

Itu jer.
Wasalam.

Monday, 26 January 2015

Daftar surat beranak/sijil kelahiran bayi baru lahir

Assalamualaikum,

Kami daftarkan nurul jannah tak silap hari ke 8 lepas dia lahir. Lambat sebab bil kat gmc diorang lambat buat jadi buku merah diorang pegang dulu. Buku merah perlu ea kalau korang dari awal check up kat kk. Klu dari awal mmg check up kat klinik swasta, bawak report dari klinik tu.

Mula2 kami pergi pejabat pendaftaran negara kat taman melawati. Tapi masa dah lewat. Kaunter nak tutup dah. Jadi diorang suggest pegi kat utc kalau nak siap cepat. Dekat kol 6 jugak baru sampai utc datok keramat. Utc kan open sampai malam. Syok sebab tak ramai orang pun kat situ.

Ape yang perlu dibawa?


  • Sijil nikah. Bawak original dan salinan
  • Borang JPN.LM01. Borang ni pihak hospital akan bagi sekali dengan surat pengesahan kelahiran. Borang JPN.LM01 tu korang kena isi siap2.
  • Ic ibu bapa original dan salinan
  • Buku rekod kesihatan. Buku merah. Kalau takde bagi buku rekod klinik yang korang selalu check up.
Ok. Masa kami sampai kami terus gi kat kaunter. Nanti orang kaunter tu akan bagitau salinan yang perlu dibuat macam cth dalam buku merah tu ade beberapa mukasurat yang  perlu wat salinan. Jadi better cari jpn yang dekat dengan kedai fotostat. Bila dah setel hantar je kat kaunter. Lebih kurang 20 min surat beranak dah siap. Cantik je kertas dia warna hijau. Sekarang diorang siap2 bagi no ic. Jadi jannah dah ada no ic. Gi buat surat beranak ni boleh wat sekali mykid. Tapi mykid 3 atau 4 bulan baru dapat.

Nak hadiah gambar....



Itu jer.
Wasalam

Friday, 23 January 2015

Review barang keperluan bayi baru lahir dan ibu

Assalamualaikum,

Sebelum ni satu je entry saya share pasal barang keperluan baby saya. Lepas tu tak sempat dah nak buat entry pasal tu. Jadi terus wat review je la. Yang ni pendapat dari saya ape yang saya rasa penting or tak penting.

Pakaian baby
Baju baby kalau boleh jangan beli new born. Ikut pengalaman saya ni, dari awal saya beli baju pureen yang ade size. Size 14 dan 16. Alhamdulillah dia dah sebulan ni muat lagi. Hari tu husband beli seluar sahaja untuk dia sebab baju dah banyak. Seluar dia tak cukup. Husband ambik size newborn. Serius kecik. Baby saya kan size besar sikit dari biasa. Kalau nak ikutkan masa umur dia 3 minggu seluar tu dah ketat. Jadi elakkan la ambik newborn walaupun baby korang size kecik. Nanti pakai sekejap je. Baju2 dia ni kalau nak beli dalam 10 helai dah cukup. Tapi kena basuh hari2 la. Kalau macam saya memang basuh hari2. Kalau malas beli la lebih dari tu. Sarung tangan dan kaki pun beli la dalam 5 pasang. Tapi ni la yang selalu tercicir sebab kecik sangat. Barut pun beli 5 helai dah cukup. Tapi saya suggest jangan beli yang bertali. Barut saya buat yang bertali. Dalam 10 helai tapi sangat la annoying bila pakaikan kat jannah.. Asyik naik ke dada je barut tu. Yela kita nak ikat ketat sangat tak boleh. Jadi agak2 je. Bila camtu barut tu berjalan la naik atas. Masa kat gmc hari tu diorang ade bg sehelai jenis lekat tu. Yang tu lagi elok. Nanti nak beli jenis macam tu jugak. Bedung plak saya tak berapa minat bedung kain yang macam pureen tu sebab nak ikat bedung tu tak muat dan dia senang je lepaskan diri. Tengok2 aikk tgn dia dah keluar.  Jadi aya bedung guna kain lampin. Nak bedung pun ketat jer. Topi dia pun saya beli. Yang tu dalam 6 helai. Kalau keluar saya pakaikan topi. Kat rumah pun sama.

Pelapik getah
Yang ni better ade. Masa nak tukar diapers letak baby kat situ. Jannah setakat ni 2 kali dah tak sempat pakaikan diapers dia kencing. Jannah. Jannah....

Bakul baby
Yang ni patutnye kena ade tapi saya tak beli2 lagi.huhuhu. Kalau ni ade senang susun baju baby. Takde la hilang2.

Tilam
Yang ni saya pernah buat entry. Boleh cari entry tu balek ea. Benda ni berguna jugak. Kalau gi umah mak or mil pun bawak ni. Jannah boleh tido kat sini. Lagi satu tilam ni sekali dengan kelambu. Rumah mak saya banyak nyamuk jadi memang sesuai sangat.

Diapers
Masa expo kat Mid hari tu saya tak beli pun diapers sebab tak tahu mane ok. Masa mula2 husband belikan jenama huggies. Beli sebungkus je. Nasib baik. Baby pakai bocor. Lepas tu suruh husband beli lagi tapi dia tersalah beli. Dia beli drypers. Nasib baik tersalah. Dia tak beli huggies. Jadi pakai drypers alhamdulillah setakat ni tak bocor lagi. Saya pun pernah pakai jenama lain dapat hadiah dari gmc. Macam2 jenama. Pernah try mamypoko yang tu pun tak bocor. Jenama lain tak ingat ape dah. Tapi sekarang pakai drypers je kot.

Grooming kit
Saya beli set tomee tippee. Setakat ni benda dalam tu saya dah guna. Contoh macam nail clipper, gunting, berus dan termometer. Penyedut hidung tak boleh guna sebab lubang dia besar sangat.  Berus gigi pun tak guna lagi. Berbaloi jugak la beli sebab semua ada.

Sumber google.


Breast Pump
Masa hari ke 4 lepas bersalin tu saya n husband gi manjaku kejap. Masa tu tak ingat cari ape. Tapi masa tengah mencari tu husband nampak breast pump. Terus dia suh beli. Dia nak belikan pun sebab dia nampak saya pump manual. Perah guna tangan. Dia kesian tu yang dia nak belikan tu. Saya tak kesah pun buat manual sebab saya duduk rumah je. Tapi lepas guna je sedikit sebanyak memang sangat membantu. Contoh macam nak keluar ke saya pump dulu. Jadi kalau jannah nak susu saya bagi botol jela. Tak bagi direct. Masa nak cari stroller untuk jannah pun saya tinggal jannah dengan mak. Jadi saya dah siap2 pump. Dia nangis mak just bagi botol je. Masa mula2 tu memang saya rajin pump walaupun susu sikit. Tapi bila selalu pump automatik susu akan banyak sampai bengkak breast siap meleleh lagi susu tu. Saya guna pump electric jenama pigeon. Kalau breast bengkak dalam 20min dah boleh dapat 6oz. Tapi kena hati2. Masa awal2 saya selalu bagi botol one day tu jannah tolak direct maybe bcoz puting tak sama. Sedihnye masa tu dia taknak direct. Lepss2 tu saya slow2 bagi susu botol selang2 bagi direct. Alhamdulillah sekarang dua2 dia boleh. Botol boleh direct pun boleh. Saya bagi botol pun just in case kat luar susah nak bf. Jadi prepare botol is better. Sekarang tengah tunggu hadiah breast pump. Hihihi. Tak sabar nak try yang tu.

Sumber google
Stroller dan car seat

Sebenarnya kami nak beli car seat bukan stroller. Itu pun sebab nak balek dungun jadi kena letak baby kat car seat lagi selamat dari saya pegang sebab perjalanan jauhkan. Kami survey kat manjaku, giant dan aeon big. Manjaku kami gi 2 kedai. Tapi yang banyak pilihan manjaku wangsa melawati yang baru bukak tu. Mula2 kami survey macam tak tahu sesuai ke tak dengan baby sebab takut dia tak selesa. Masa ni kami gi berdua. Lepas tu terus decide better bawak jannah try terus kat situ. Takut tersalah beli lagi susah. Jadi kami balek ambik jannah.  Saya dari dulu banyak survey scr 7. Tapi tiba2 berkenan dengan satu ni. Brand mamalove. Stroller sekali dengan car seat. Ni khas untuk yang selalu travel. Harga pun ok. Jadi kami ambik. Yang buat lagi cantik tu sebab color dia. Pink. Car seat ni untuk new born je. Stroller untuk 6 bln keatas. Yang best sebab car seat ni bole gabung dekat stroller. Car seat ni pun menghadap belakang jadi saya boleh bawak sambil pandang jannah. Naj menghadap depan pun boleh. Stroller tu takleh guna lagi. Jannah dah 6 bln baru boleh. Kat stroller tu siap ade mcm meja, tempat letak air. Tempat letak barang bahagian bawah. Kat pemegang nak tolak tu plak ade tempat letak hp. Husband suke betul dengan brand ni. Saya pun suka.

     
Sumber lazada.com.my

Baby cot
Baby cot balek dungun baru beli. Baby cot ni kami pernah nampak kat manjaku masa nak cari stroller. Tapi masa tu takde stok. Jadi cari kat lazada ada. Jadi terus husband beli online je. Kenapa kami beli. Sebab before ni dia tidur sekali dengan kami. Tapi takut kot2 malam2 muka dia tertutup dengan selimut ke bahaya jugak. Lagipun kami tidur lasak. Mau tertolak budak tu.huhuhu. Jadi kami beli jugak. Husband memang berkenan jugak dengan baby cot ni. Kalau dia dah suka saya tak boleh kata ape2. Ikutkan aje. Yang best pasal baby cot ni dia ada 2 level. Sekali dengan kelambu. Dapat sekali dengan buaian. Means boleh guna untuk buai baby letak dalam tu. 

     
Sumber lazada.com.my
Yang tengah tu la boleh goyang macam buai. Bhgian bawah boleh letak barang. Saya punya sekali dengan kelambu.

Maternity pad
Yang ni beli 2 bungkus dah cukup. Mula2 tu je yang banyak. Lepas2 tu boleh pakai pad biasa.

Minyak telon dan Mopiko
Yang ni pun perlu. Selalu sapu minyak telon kat tapak kaki dan perut baby. Biar dia selesa sikit. Mopiko kalau kena gigit nyamuk. Ni saya share video urutan baby untuk elak colic.Kadang2 saya buat jugak. Guna minyak telon je.

Sumber youtube

Baby wipes
Yang ni saya guna masa mula2 minggu pertama n kedua. Masa ni tak larat la nak bawak jannah gi toilet basuh. Jadi saya just lap guna baby wipes je. Tapi lepas je balek dungun setiap kali dia yek yek saya terus bersihkan kat toilet.

Sabun mandi
Yang ni saya guna 2 in 1 baby wash. Sabun badan sekali dengan syampu. Saya ade lotion jugak tapi tak guna lagi. Bedak memang tak beli lagi.

Sumber google

Besen mandi
Ni pun sangat berguna. Memang wajib ade. Senang mandikan baby dalam ni je.

Cotton bud
Yang ni beli cotton bud baby punye. Kecik je. Saya guna untuk bersihkan tahi hidung jannah.

Cotton ball
Yang ni saya guna untuk bersihkan mata jannah. Selalu guna masa mandikan dia. Guna untuk sapu mulut jannah sebab kadang2 dalam mulut dia ade susu. Jadi kena bersihkan jugak.


Bakul sampah
Ni khas untuk buang diapers baby. Memang berguna jugak.

Okie itu je kot. Penat dah menaip. Semoga boleh tolong2 mom to be sebelum shopping barang baby.

Nak hadiah gambar lagi. Hehe


Wasalam.

Wednesday, 21 January 2015

Harga deliver di Gombak Medical Centre GMC

Assalamualaikum,

Kali ni nak share harga keseluruhan bersalin di gmc. Saya ambik pakej mariam yang berharga RM2100. Tapi tu tak termasuk rawatan tambahan macam sunat.

Ni bil dia. Jadi siapa2 yang tengah survey hospital bersalin kalau harga ni within budget korang boleh la wat kat sini je.

Klik utk lebih jelas.Harga keseluruhan RM2682.

GMC sekarang ada pakej baru. Korang boleh gi kat fb diorang. 
https://www.facebook.com/GombakMedicalCentre

Itu je.
Wasalam

Monday, 19 January 2015

Review Hospital bersalin Gombak Medical Centre GMC

Assalamualaikum,

Seperti yang sedia maklum, gmc ni la hospital yang saya pilih untuk bersalin. Sebab utama adalah semua staff hospital ni perempuan dan kedua sebab dekat dengan rumah mak saya. Saya ambik pakej mariam jadi dapat stay 2 hari satu malam. Dari segi service dia saya takde komen ape2 sebab semuanya ok. Nurse2 dia pun baik2. Masa 1st nak cek bukaan, sampai2 je diorang terus cek. Takde lengah2. Masa nak bersalin pun cepat je. Berjalan lancar je. Ade sekali saya kena tegur dengan sorang nurse ni sebab saya taknak baring. Saya bukan taknak baring tapi kalau saya baring saya rasa nak teran. Jadi saya duduk. Dah banyak kali nurse tu suh baring saya tak dengar last2 dia tegur. Tapi tegur secara berhemah walaupun dengan nada tegas. Lepas tu saya terus baring. Sakit sangat tahan teran. Masa meneran pun nurse tolong tolak perut saya bagi baby mudah keluar. Lepas tu diorang tak habis2 bg semangat boleh puan, boleh sikit je lagi. Tapi masa ni saya tak fokus jadi saya tak kisah ape jadi kat sekeliling saya. Lepas bersalin pun masa keluar darah banyak pun diorang banyak tolong. Boleh baca balek entry sebelum ni. Nurse kat sini cakap pun lembut2. Masa nak balek sorang nurse ni tolong dokongkan baby sampai ke kereta sebab saya pun jalan slow2 sebab sakit kat bawah.

Hospital ni bilik dia xde la banyak tapi oleh kerana semua pakej pesakit dibenarkan stay 1 malam je, jadi setiap malam tu ade la bilik kosong. Labor room pun tak besar mana tapi okla. Simple je takde serabut. Sini pun ade sediakan surau jugak.

Bilik yang saya dapat bilik single 2 katil. Bermakna katil satu lagi untuk husband. Bilik dia ok. Rasa cam nak tinggal lama je.huhuhu. Ade aircond, tv dan toilet pun dalam tu. Takde la nak jalan jauh2.
Bilik bersepah. Masa ni tengah mengemas untuk balek.


Makanan yang diorang sediakan pagi air milo panas dengan biskut kering. Tengah hari dan malam nasi dengan sup daging dan ikan singgang.




Satu je yang kalau boleh dibetulkan. Saya tak nampak pun bell kat pintu masuk. Kalau boleh tulis la pls press here. Kalau tak mesti konfius eh betul ke ni pintu masuk. Bukan saya je ea yang tak nampak. Ade sorang blogger tu share pengalaman dia, dia pun tak nampak gak.huhuhu

Yang lain semua ok.

Itu je. Wasalam

Friday, 16 January 2015

Pengalaman jaga anak pertama

Assalamualaikum,

Pengalaman jaga anak pertama untuk saya yang takde pengalaman ni sangat la menguji tahap kesabaran. Masa hari dia lahir tu ok la sebab bukan saya yang jaga. Nurse kat gmc yang jaga, diorang la yang mandikan, susukan dan tidokan. Masa ni saya takde susu badan lagi jadi diorang bagi susu tin. Hari kedua saya keluar hospital petang. Jadi bermula la tugas saya jaga baby. Itula kali pertama saya basuh berak dia. Susu masih bagi susu formula tapi mak yang tolong buatkan. Dia dah mula meragam. Menangis jer sampai saya tak tahu kenapa. Kalau dia cakap senang sikit tapi kita ni kena teka sendiri. Masa mula2 tu kekok jugak sebab banyak benda tak tahu. Sejujurnya saya stress sebab dia menangis jer. Sampai la ke malam. Malam tu saya bagi mak yang jaga sebab saya dah tak daya dah. Bila mak jaga elok je dia tido. Dia bangun malam pun kejap je. Bagi susu tidor balek. Siang dia tido. Malam ketiga pun macam tu. Bagi kat mak jugak. Saya tak tahu la kenapa dengan saya dia taknak tido. Mungkin salah teknik kot. Kesian kat mak kena tidokan dia dan berjaga malam kalau dia bangun sampai demam mak. Sorry mak... Tapi memang saya takde tenaga. Dengan tahan sakit kat bawah lagi. Memang menguji kesabaran sungguh. Hari keempat saya berusaha untuk jaga dia sebab dah 2 malam mak jaga. Masa ni dah bagi susu badan tapi tak banyak pun yang ada. Saya bertahan la taknak bagi susu formula. Sebab tu la kot dia nangis sebab tak cukup susu. Saya cuba bagi dia tak nangis. Tak daya sangat sebab tak cukup tido. Mengantuk sangat. Tapi saya gagahkan diri jugak sebab takkan saya nak harapkan mak. Nanti saya balek dungun mak tak ikut jadi saya jugak yang kena jaga. Dalam kol 4 saya mengalah. Saya tak berjaya jugak. Akhirnya bagi jugak kat mak. Hah tido dia.. Saya pun ambik masa tido jugak. Tak daya sangat. Seriusly. 3 4 hari tu berapa kali saya nangis sebab penat dan tak cukup tido. Dengan susu badan sikit. Sampai rasa nak give up tapi saya tahu tak boleh. Memang stress sebab dengan takde pengalaman sampai tak tahu dah nak buat ape. Saya dah cakap dah kat husband awal2 ni memang saya perlu sangat sokongan dia sebab ni kali pertama. Husband pun banyak tolong. Banyak sangat. Dia la yang gi kedai baby ke kalau barang tak cukup, beli apa yang saya nak, gi sorang2 je dan buat ape yang patut yang memang saya tak daya buat. Dia pun dah terabai sikit sebab saya dok layan baby je. Sian dia. Thanks abg. Untuk segalanya ni saya pegang pada ayat ni "The beginning is always the hardest". Jadinya saya kena bersabar. In shaa allah lama2 ok. Mula2je sebab kita tak biasa dan segalanya masih baru jadi ambik masa untuk sesuaikan diri. Hari ni hari ke 27 sejak dia lahir. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Berminggu jugak nak sesuaikan diri. Sekarang baru rasa senang je jaga baby baru lahir ni. Masa mula2 tu kita x tau 'peel' dia macamane. Sekarang dah tahu dah kalau dia nangis kenapa, nak bagi susu bila. Anak saya banyak meragam pun sebab dari hari ke 6 sampai la hari ni dia ada masalah susah bernafas. Hidung tersumbat sebab selesema. Dah pegi klinik tapi tak hilang jugak. Sekarang kalau dia menangis je dah tahu dah hidung dia tersumbat. Selalunya belah malam. Jadi dah biasa saya tak kisah pun kalau tak tido. Lagi kesian kat baby sebab susah bernafas. Kalau dia nangis selain hidung tersumbat samada dia berak, lapar atau perut kembung. Dia nak cakap tak boleh tapi kita kena alert sendiri la. Sekarang saya dah boleh buat semua keje. Jaga baby, masak, basuh kain, kemas rumah. Sekarang pun dah tahu dah macamana nak bagi dia tidur. Kalau dia tidur saya pun ambik masa tido jugak sebab malam pun tak cukup tido. Kalau tido pun tido2 ayam sebab selalu tengok2 kan dia takut dia muntah ke. Alhamdulillah berkat kesabaran in shaa allah semua akan mudah. Saya pun masih kena berusaha lagi untuk yang lagi baik. Semoga kami suami isteri dapat jaga dan didik amanah yang allah bagi pada kami.

Untuk yang bakal jadi mom to be bersedia la mental fizikal untuk terima kehadiran orang baru terutama anak pertama. Biarla orang asyik tanya bila nak ada anak. Make sure diri sendiri bersedia sebab kita yang akan jaga bukan diorang.Banyakkan membaca pasal bayi.Saya share ni pun bukan sebab merungut ke ape tapi just nak share macamana saya hadapi kehidupan baru ni supaya dapat bagi idea kat mom to be.

Nak hadiah gambar lagi.hehehe


P.s: Saat paling indah bila tengok dia tersenyum. Hilang semua penat.... sayang nurul jannah safiyyah. Love u suamiku.....
Okie itu je.
Wasalam.

Wednesday, 14 January 2015

Pengalaman berpantang

Assalamualaikum,

Saya berpantang kat rumah mak 2 minggu je. Lepas tu balek dungun berpantang sendiri. Tapi saya takde la berpantang beria. Meh saya cerita satu2.

Berurut
Berurut saya buat hari ke 6. Sape pernah baca entry saya mesti tau yang saya ambik pakej kat gmc sekali dengan berurut. Orang yang urut saya muda je. Muda dari saya. Dia nurse kat gmc jugak. Nama dia husna. Dia ni sebenarnya nurse fisioterapi. Jadi memang ada kelayakkan la nak berurut ni. Pakej saya ambik tu sekali dengan berurut, mandikan baby, bertungku dan berbengkung. Semua husna ni buat. Cerita pasal berurut, emm saya tak pernah berurut sebelum ni. Jadi ni memang kali pertama. Tapi kalau nak cakap sedap ke tak dia urut bagi saya biasa2 je. Dia urut tak kuat sangat. Sedang2 je. Saya tau ade yang lagi kuat. Dia urut satu badan. Dari kepala sampai kaki. Siap ikatkan rambut saya lagi dan pakai kan stokin.Minyak urut dia guna minyak afiat. Saya tak rasa sangat lepas urut. Rasa biasa je. Nak cakap badan lega tak pun. Rasa biasa je. Mungkin memang cara dia kot urut macam tu. Dia datang berurut rumah saya untuk 3 hari. Lepas je dari tu saya tak berurut dah. Nak cari jugak area dungun ni kot2 ade. Tapi tak cari2 lagi. Huhuhu...

Berbengkung
Berbengkung ni pun saya start pakai masa husna tu datang. Sebelum2 tu malasnya nak pakai. Husna ni la yang ajar saya pakai. Untuk 3 hari tu dia yang pakaikan. Lepas 2 tu saya minta tolong mak pakaikan. Tapi minta tolong mak pakaikan sekali je. Lepas tu saya pakai sendiri. Saya pakai baring dah ok sikit saya berdiri untuk ketatkan. Bengkung saya guna yang tradisional zig zag tu jenama bornda. Minyak sapu kat perut saya guna sari ayu. Sampai sekarang masih berbengkung lagi. Tapi saya rasa nak berbengkung lebih 40 hari. In shaa allah kalau rajin. Tapi akan berusaha jugak sebab annoying tengok perut menggelebeh. Sangat la tak cantik.

Bertungku
Bertungku husna ni buatkan. Tapi jujur saya tak suka bertungku. Tak kisah la sape yang buat saya memang tak suka sebab ade sesetengah tempat tu sensitif. Kena je rasa panas dia lagi kuat dari tempat lain. Jadi saya tak suka. Tapi husband kata nak buatkan. Kalau betul tengok la dia buat camne. Kalau tak selesa jugak memang tu la kali terakhir saya bertungku.

Mandian
Saya mandi guna air suam je. Mak saya sempoi je takde herba2. Sampai sekarang pun dekat sebulan masih mandi air suam. Takut nak mandi air sejuk.

Permakanan
Masa dok umah mak, hari2 mak buatkan sup sawi atau sup ikan selar. Ada masa mak buatkan ikan bakar jugak. Yang tu la yang saya makan. Tapi kadang2 tu makan jugak benda lain tapi rasa sikit je. Air sejuk selalu gak merayu kat husband nak minum sikit. Sikit je. Dia bagi je tapi kalau mak tau memang kena marah. Saya cepat rasa haus. Sekejap je dah rasa haus. Memang kalau boleh air tu sentiasa ada kat sebelah. Sebab tu bila nampak air sejuk tu tak boleh tahan. Nikmatnya dapat minum. Balek dungun hari2 saya buat sup ayam. Tapi hari tu saya melantak macam2. Saya makan coklat, lada hitam, kerepok keping dengan n. goreng cili padi. Esok tu nurul jannah meragam. Banyak kali dia berak. Kesian dia. Lepas dari tu saya start balek makan sup ayam jer. Takmo dah sentuh macam2. Nanti effect kat baby sebab kita bf diakan. Effect kat susu yang kita bagi. Sian jannah.

Luka jahitan
Saya bersalin kena jahit banyak sebab baby besar dan lagi satu sebab saya tak pandai teran. Jadi baby lama sangat takut dia lemas akhirnye terpaksa gunting. Memang sakit sangat kat bawah tu. Nak jalan pun susah. Baru la saya tau kenapa orang lepas bersalin jalan slow2. Saya ni nak duduk pun sakit. Apelagi nak buang air besar. Rumah mak tandas cangkung. Memang sakit sangat la nak berak. Duduk dalam tandas lama giler. Rasa nak nangis pun ade jugak. Nasib baik doktor ade bagi ubat lembutkan najis dengan ubat senang berak. Kalau tak, lagi la sakit nak meneran. Boleh koyak jahitan tu. Saya pun makan betik nak make sure hari2 berak. Balek dungun saya tak beli betik. Jadi saya sembelit. Susah sangat nak berak. Sampai luka bawah tu ea sebab tahi keras. Berdarah banyak. Dah lepas tu baru beli betik. Itu pun ngeri nak membuang sebab luka kat bawah tu. Tapi kena jugak tahan. Tak sanggup kekuar tahi keras lagi. Bertambah2 la lukanya. Jahitan saya masih tak baik lagi. Dah dekat sebulan. Nak tahu kenapa. Sebab saya lasak sangat. Hari ke 4 lepas bersalin saya gi manjaku beli barang baby. Lepas tu siap gi kenduri kawan saya lagi. Tak sedar diri tengah sakit. Nak jugak berjalan. Jalan pun slow2 sebab sakit. Sebab tu sampai sekarang tak baik lagi. Jahitan pun dah jadi serabut sebab tak jaga betul2. Tapi tak rasa sakit sangat. Boleh je jalan laju. Tapi tak sembuh lg la. Nifas pun masih ada lagi jadi memang kena rajin tukar pad. Takut ada jangkitan kuman kat tempat luka tu.

Jadi nak ikutkan memang saya tak berapa ikut sangat berpantang. Harap2 tak effect la kat badan.


Okie. Itu je.

Wasalam

Monday, 12 January 2015

Pengalaman bersalin anak pertama part 2

Assalamualaikum,

Sambungan dari entry sebelum ni.

12/12

Start dari kol 12 tu sampai la pukul 4 pagi, berkali2 saya gi toilet shishi. Tak tahu kenapa tapi saya rasa saya tak minum banyak air pun. Tapi tiap kali shishi mesti banyak air keluar. Tak ingat berapa kali saya pegi tapi memang malam tu tak tido langsung sampai la pukul 4 contraction bermula. Masa awal2 tu tak tahu pun yang tu contraction. Ingatkan sakit2 biasa jadi saya ignore je sebab sakit dia tak kuat. Tapi bila dekat kol 5 tu makin kuat baru teringat ni sakit contraction agaknye. Jadi masa tu dah cakap dalam hati kalau betul contraction saya nak sakit kat rumah je. Lagipun anak pertama selaluhya nak tunggu bukaan lama.At least kalau nak gi hospital pun saya prefer lepas subuh selesa sikit nak solat kat rumah. Masa ni tak cek lagi contraction selang bape minit. Tak larat nak ambik jam. Saya pun tak kejut husband sebab boleh tahan sakit lagi. Tapi kol 5 tu tiba2 husband terjaga. Soalan pertama dia tanya sayang sakit ke? Saya terus jawab ni contraction kot. Abang tolong ambikkan jam nak tengok bape minit. Tengok2 selang 4 minit. Saya cakap dengan husband nak gi lepas subuh. Tapi hasrat tu tak tercapai. Dia suruh gi masa tu jugak. Siap2 terus pergi. Sampai je gmc cari pintu masuk. Dah jumpa beberapa kali ketuk baru ada orang jawab. Rupenye ade loceng. Kami yang tak perasan. Mane nak perasan tengah sakit2 tu. Nurse cek bukaan n ctg. Bukaan masih 4cm. Betul2 lepas cek bukaan tu dengar azan. Husband minta izin bawak saya gi solat dulu. Gi toilet bersihkan darah dan terus mandi dalam keadaan sakit tu. Tunggu tak sakit cepat2 solat subuh. Lepas tu baring je atas katil menahan kesakitan. Memang teruk sangat rasa. Macam ni rupanya sakit contraction. Sakit sangat. Jadi minta nurse bagi ubat tahan sakit. Kena cucuk kat bontot. Masa sakit tu mampu sebut allah je. Sambil tu berdoa supaya bukaan cepat bukak. Masa kol 730 saya cakap nak teran sangat. Nurse datang cek dah 8cm. Bersyukur sangat masa ni sebab sekejap je bukaan dah sampai 8cm. Dalam masa 1jam setengah dah bukak 4cm jadi tanye nurse agak2 bila boleh bersalin. Dia kata kalau cepat bukak macam ni kejap lagi dah boleh bersalin. Terus dia bawak gi labor room. Dalam hati banyak cakap sabar..sabar..lagi 2 cm je. Dalam kol 830 dah bukak 10cm tapi nurse tak bagi teran lagi sebab jalan bawah tak bukak luas lagi. Baby pun tak nampak kepala lagi. Lagipun masa tu tengah tunggu dr zana datang. Masa menunggu tu memang sakit sangat sebab kena tahan dari meneran. Memang nak meneran sangat. Sakit sangat2 bila tak dibenarkan teran. Kol 9 tu dr zana datang dia suruh teran. Memang itu la saat saya tunggu. Nak meneran. Sekuat hati teran. Tapi saya banyak kali fail sebab salah pernafasan. 1st teran je betul bila ambik nafas baru dah kelaut.....semua lari cara teran tu. Lama jugak ambik masa. Lagi satu katil saya tu licin jadi sekejap2 saya akan kebawah. Sangat la tak selesa. Husband sentiasa kat sebelah bagi kata2 semangat. Tapi saya tak berapa dengar pun sebab sakit. Fikiran melayang tak tentu pasal. Masa ni saya nak cakap yang saya tak rasa pun sakit contraction mungkin sebab ubat tahan sakit tadi dah jalan. Jadi masa teran tu saya konfius eh ni contraction ke. Tapi saya teran je. Redah jela. Masa ni jugak la saya rasa mengantuk sangat. Jadi otak tak fokus sebab mengantuk. Rasa nak tidor je. Masa teran pun nurse jenuh suruh saya bukak mata. Tapi mata ni berat sangat. Saya tak rasa sakit contraction or sakit nak meneran. Saya rasa sakit bila nurse tu tolak perut saya bagi baby cepat keluar. Yang tu pun salah satu benda yang buat saya tak fokus. Kuat kot nurse tu tolak perut saya. Lama jugak ambik masa sebab salah teknik teran. Akhirnya dengan kuasa veto dr zana gunting jugak kat bawah. Husband tengok darah terpecik. Dengan muka ngerinya dia tengok. Tapi saya tak rasa ape2. Lepas tu teran kuat hah keluar sudah permata hati kami. Lega sangat.  Berat baby 3.6kg sebab tu kena gunting jugak sebab besar.Nurse bawak mandikan. Masa ni saya tak pikir lagi pasal anak saya ni. Yang saya tahu saya nak tido. Lepas nurse mandikan baby dia bagi saya cium kejap. Lepas tu husband iqamatkan dgn tahnik sementara saya kena jahit kat bawah. Setel tu husband terus tolong saya bawak masuk bilik. Masa masuk bilik ni saya tengah mamai lagi. Borak2 dengan husband. Tiba2 saya rasa sakit kat rahim. Sakit macam senggugut. Lepas tu keluar darah yang sangat banyak mengalir macam air paip. Masa ni saya ingat darah nifas. Jadi bagitau husband. Lepas tu keluar lagi. Habis katil saya penuh darah, siap bertakung lagi. Betapa banyaknye darah keluar. Jadi husband terus tekan bell panggil nurse. Mula2 sorang je nurse masuk lepas tu 3 4 orang terjah bilik saya. Nurse seluk kat bahagian bawah tak tahu la dia buat ape. Saya dah tak kesah kena seluk sebab sebelum ni cek bukaan pun kena seluk jugak. Memang sakit tapi sakit yang saya boleh tahan lagi.Darah still keluar banyak. Muka husband dah gelabah sebab nurse ramai2 kerumun saya. Lepas tu dr zana datang seluk lagi. Lepas tu darah dah stop. Nurse bersihkan katil dan tukarkan pad saya. Oh masa ni saya tak kesah dah. Takdenye nak malu2. Memang tak larat sangat. Saya kena masuk air 3 botol.Lepas tu saya tido. Petang mak datang melawat. Tengok baby jugak. Dia dah siap kena sunat dengan dr zana. Jadi habis dah cerita bersalin. In sha allah nanti saya review pasal gmc plak ea. Terima kasih sudi baca panjang lebar ni.

P.s: Saya rasa contraction lagi sakit dari masa nak meneran tu. Mungkin sebab saya dah kena cucuk dengan ubat tahan sakit kot. Tapi saya nak cakap contraction memang sakit. Sakit sangat2.Tak boleh nak cakap sakit macamane. Bagi yang nak tunggu masa ni, bersedia la nak hadapi contraction tu. Yang paling penting belajar teknik meneran. Kalau betul caranya in shaa allah sekejap je baby keluar.

 Itu je.

Wasalam.

Sunday, 11 January 2015

Alhamdulillah menang giveaway special mama & baby bernilai RM750

Assalamualaikum,

Alhamdulillah rezeki nurul jannah. Menang giveaway yang dianjurkan oleh kak mashitah dalam blog http://www.vitaminhouz.com. Sangat la excited bila tahu menang. 1st prize plak tu. Hadiah yang memang awesome. Terima kasih banyak2 ea kak. Saya dah hantar detail. Kalau dah dapat hadiah tu in shaa allah  nanti saya wat review ea.

Ni hadiah saya menang.....



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Setiap anak pasti ada rezeki untuk dia.....

Wasalam

Friday, 9 January 2015

Pengalaman bersalin anak pertama part 1

Asslamualaikum,

Hari ni nak share pasal pengalaman bersalin.

10/12
Masa ni masih di dungun.Rileks tak rasa sakit ape2 lagi jadi memang husband plan nak balek kl esok (11/12). Husband minta cuti hari ni. Tapi dari semalam lagi dia tanye nape tak balek kl hari ni je. Tapi saya malas nak balek awal2 sebab appoinment dengan gmc hari jumaat. Baik balek khamis je. Tapi ditakdirkan Allah memang husband ade instinct, petang tu tiba2 turun darah masa tengah masak nasi goreng seafood. Tak sempat makan pun. Terus bagitahu husband ade darah. Masa tu dalam kol 5 lebih. Husband macam blur2 je nak buat ape. Tengok muke dia pun macam terkejut dan blur la. Ape nak buat. Pastu dia cakap jom balek kl sekarang. Saya ni pun cuak gak. Sempat ke. Taknak gi hospital sini jer. Takut jugak beranak tengah jalan. Jauh tu dungun dengan kl. Mau 4 5 jam.. Jadi husband suruh kol dr. Zana tanye pendapat dia. Boleh balek kl ke or better gi hospital sini je. Tapi saya prefer balek kl kalau boleh sebab dan book dengan dr. Zanakan. Kol dr. Zana dia kata ok boleh balek sebab saya hanya keluar darah je takde sakit ape2. Jadi tawakal jer. Siap2 semua angkut ape2 yang patut. Nasib baik barang hospital dan baby dah prepare awal2. Tanpa membuang masa kami pun gi kl dengan perasaan cuak. Start gerak dekat kol 6.Husband tenang je. Tapi bila sampai kl saya tanya nape dia leh rilek je, dia jawab sebenarnye dia cuak tak tahu nak buat ape.huhuhu. Husband telah cipta record perjalanan paling cepat. Dari 4 5 jam jadi 3jam jer. Ape taknye sepanjang perjalanan dia drive 180km/h.. Ni gara2 takut terberanak tengah jalan. Dia tak kesah la kalah kena saman pun. Saya cakap dengan dia bawak slow pun takpe sebab saya tak sakit langsung. Tapi dalam hati takut jugak sebenarnya. Takut bukaan tiba2 dah sampai 10. Jadi tak habis2 berdoa supaya sempat sampai. Alhamdulillah sempat jugak sampai gmc. Semua nurse terkejut sebab kami dari terengganu. Memang dr zana dah siap inform kat diorang kami otw. Sampai2 je husband bayar deposit dan nurse terus bawak saya gi wad untuk cek bukaan dan ctg. Bukaan dah 4cm tapi takde sakit ape2. Contraction pun takde jadi nurse suruh balek umah je. Kalau sakit baru datang balek. Jadi kami pun balek la kat umah mak saya.

11/12
Hari ni pun takde rasa sakit ape2. Kami siap gi berjalan kat aeon big w.maju. Petang tu saya ajak husband jalan2 kat taman tasik kepong. Mengharap cepat bersalin sebab saya ade baca kalau turun darah selalunya sampai 2 minggu baru bersalin. Saya taknak la lama macam tu.. Jadi nak taknak saya gagahkan diri jugak berjalan kat tasik tu.

Panjang sangat.. to be continued..

Thursday, 8 January 2015

Cahaya mata pertama kami

Assalamualaikum,

Minta maaf pada yang bagi komen tapi saya x reply. Xde masa lagi nak baca..banyak sangat....ini pun curi2 masa sementara anak tengah tido.

Alhamdulillah 12/12/14 telah lahir cahaya mata pertama kami. Seorang puteri yang diberi nama Nurul Jannah Safiyyah (Cahaya Syurga yang Suci). Lahir secara normal dan sihat. Nanti ada masa saya share pengalaman bersalin ea. Hari ni nak belanja gambar jer.... :)



Semoga jadi anak solehah ye nurul jannah safiyyah.. Jangan tinggal solat, taat perintah Allah, jauhi laranganNYA, dengar cakap umi dan walid dan semoga jadi orang yang beriman dan bertaqwa ye anak ahli syurga... :)