Assalamualaikum,
Baru hari ni berkesempatan nak menulis.Sebelum ni sebok dengan persiapan majlis.Alhamdulillah walimah saya pada ahad lepas berjalan dengan lancar.Cuaca yang sangat redup menjadikan suasana dalam dewan tu tak panas.Tapi kali ni saya nak kongsi doorgift yang saya buat untuk para tetamu dewasa.Harga semua sekali untuk satu doorgift hanya RM1.Murahkan?
Apa yang ada dalam beg tu?Ni dia.....
Paper bag = RM2.20/10pcs bermakna 1 bag 0.22 sen.Yang saya beli kat sin yin semua house.Bag ni tinggi dan muat la untuk letak barang-barang yang saya nak letak.Lagi elok daripada beg besar isi dalam dia xde pape.Jadi lebih elok yang betul-betul boleh muat.
Bahulu = RM7.50/40biji ...Bermakna sebiji 0.18 sen.Tapi sekali dengan plastik saya anggar 0.20 sebiji.Plastik pun murah.3.60/300 helai.Bahulu ni kalau beli tempah sangat mahal.Jadi saya guna bahulu yang jual dalam tupperware.Size dia pun besar dan siyes bahulu dia sedap.Kalau sape-sape yang dok area gombak boleh cari bahulu ni kat nsk wangsa maju.
Asam = RM4.80/60pcs..Yang ni saya beli kat nsk jugak.Dalam 1 packet ade 3biji.Dia dah memang pack kan 3 biji dalam satu packet ade 60pack.Paham x?Susah la nak terangkan.huhuJadi untuk 3 biji asam tu harga dia 0.08sen
Limau = RM24/56biji..Harga satu biji lebih kurang 0.45sen.Kahwin pun masa tahun baru cina.Jadi saya bagi la buah limau.Tapi kena beli lebih sekotak sebab takut ada yang busuk.Alhamdulillah 7 biji je yang busuk.Tapi tak cukup jugak sebab dalam kotak tu ada yang tak sampai 56biji.Kalau korang nak bagi buah pun ok.Saya cadangkan bagi epal.
Paper bag = 0.22
Bahulu = 0.18
Asam = 0.08
Limau = 0.45
Total semua = 0.93sen untuk satu doorgift.Limau tu pun dah cukup memenuhkan dan memberat bag tu.Yang ni je la bajet saya untuk doorgift.Kalau seribu jemputan doorgift pun seribu jugak.Jagi berjimat sehabis mungkin.
Untuk kanak-kanak saya bagi aiskrim mangkuk 0.99sen.Yang ni yang paling dapat sambutan.Orang dewasa pun nak skali.cmno?Tapi ok la bila tengok semua best je dapat doorgift dari kami.Jadi setakat ni je yang saya boleh kongsi.Ada ape-ape nanti saya share lagi....
Wasalam
Terima kasih kepada yang datang walimah saya..
Kalau nak idea apa yang benda yang nak bagi untuk doorgift boleh tengok SINI dan SINI
To my beloved husband : Thanks sebab banyak tolong untuk walimah kite ni.Susah senang bersama..Bahagia sampai ke syurga.amin.....
Thursday, 14 February 2013
Saturday, 2 February 2013
Checklist Majlis perkahwinan
Assalamualaikum,=)
Pinjam laptop husband jap.Lame tak update blog ni.Sibuk dengan persiapan walimah minggu depan je lagi.Ni nak share checklist walimah supaya takde yang tertinggal nanti.Lagi seminggu ade jugak benda yang tak setel lagi.Tapi akan berusaha untuk siapkan walaupun tak tido.Sedey tak??huhu.
Checklist penting:
1) Catering - Ni paling penting.Kalau tak,tak makan la para tetamu yang datang.Duit pun banyak habis kat sini.Jadi bagi pengantin baru yang lain terutama lelaki memang ke kumpul banyak duit kalau nak guna catering.Memang mahal tapi ia akan membantu masa majlis.Tak perlu guna banyak orang.Semua catering yang uruskan.Senang...Saya ambik catering Sri Angsana.Murah dan makanan dia pun ok.Sebelum ambik catering ni diorang dah sediakan hari untuk rasa makanan mengikut pakej yang kita pilih.Yang nak lagi murahnya bila kerusi maje canopi semua percuma. Boleh pergi kat website kat sini .
2) PA system - Kami sewa PA system jugak supaya suasana takde la sunyi sangat.Tapi kami ambik yang islamic sikit.Belum bincang lagi perjalan majlis dengan diorang macamane.Tengah tunggu jugak diorang response email saya..... Korang boleh tengok website kat sini .
3) RELA - RELA dah ditempah oleh paklong saya.Tapi tak setellagi sebab tak tahu harga berapa.RELA ni penting jugak.Diorang akan dipertangungjawabkan untuk jaga lalu lintas dan parking.Senang sikit pada para tetamu nak tahu parking kat mane yang boleh.Kami ambik 3 orang RELA.
4) Baju bersanding - Kami sewa kat semua house level U5 betul-betul depan sayang you.Kalau nak survey harga barang-barang pengantin mesti akan pergi kat sayang you ni.Depan tu ada butik pngantin. Diana Bridal.Kat butik ni harga dia bagi saya agak murah berbanding butik lain yang saya survey.Saya sewa baju je lelaki dan perempuan lengkap dengan aksesori.Harga Rm780 tapi ade security payment Rm300.Kalau korang hilangkan barang diorang Rm300 pun hilang jugak la.Jadi total Rm1080.Yang menariknya kat butik ni boleh bayar ansuran.Baju kat sini ada dua jenis yang berlainan.Ada yang Rm780 ada yang Rm1500.Jadi sesiapa yang rancang kahwin awal-awal dan nak sewa Rm1500 boleh bayar ansuran setiap bulan.Tapi kami 2 minggu nak walimah baru pergi cari baju.Nasib baik butik ni boleh terima untuk alter baju tu lagi walaupun dah suntuk.Minggu depan baru pergi sana lagi untuk cuba baju yang dah di alter dan pilih aksesori yang berkenan.Boleh pergi kat website kat sini .
Baju family - Baju family dah setel.Semua pakai baju biru turqoiuse.
Goodies - Goodies tengah proses.Nanti saya share barang apa yang saya bagi.Tapi termasuk beg hanya Rm1 je untuk setiap goodies.Murahkan.Next entry k?hehehe
Bunting - Bunting tak siap lagi.Dah ade gambar yang nak buat.Husband tolong design bunting ni.Tapi tak tahu bila siap.Ni pun dah tido dah dia walaupun janji nak buat.ish..ish....xpe.sian dia penat.hihi..Saya akan ambik size 2 x 5.Besar tak?Tak tahu la sebab tak pernah order bunting pun sebelum ni.Minta-minta jumpa kedai yang murah nanti.
Ok,itu je pun yang nak share.Nak sambung lipat kotak goodies.
Wassalam dan selamat malam. =)