Monday, 22 October 2012

Prosedur Nikah terkini


Entry kali ini akan menerangkan cara dan prosedur lengkap perkahwinan di Malaysia. Prosedur ini pada asalnya boleh digunakan di mana-mana negeri di seluruh Malaysia. Namun, perbezaan mungkin boleh wujud selaras dengan keperluan dan diatur serta ditetapkan oleh jabatan agama islam negeri.

Secara ringkasnya proses perkahwinan adalah seperti berikut:

Kursus Pra Perkahwinan [WAJIB]


Boleh dihadiri pada bila-bila masa. Sebaik-baiknya 3 bulan sebelum tarikh pernikahan. Selepas kursus anda akan mendapat Sijil Kursus Pra Perkahwinan. Sijil Kursus Pra Perkahwinan boleh diguna pakai di mana-mana negeri dan tidak mempunyai tarikh luput. 
Kursus Pra Perkahwinan boleh dihadiri bersama pasangan atau berseorangan. Yuran kursus biasanya dari RM40 hingga RM80. Di sesetengah negeri, terdapat ujian pada akhir kursus pra perkahwinan.

Pergi ke PAID yang terdekat


Anda digalakkan untuk pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah, PAID yang terdekat dengan kawasan anda sebelum anda memulakan proses persediaan borang perkahwinan anda. Tanyakan pada pegawai yang bertugas bagaimana prosedur perkahwinan di kawasan tersebut. Ini kerana proses dan prosedur perkahwinan berubah dari masa ke masa. Bagi negeri Selangor misalnya, proses pengisian borang perkahwinan kini adalah secara online. Jadi untuk mengelakkan anda tersilap dan terpaksa memulakan semula pengisian borang dari awal, sila rujuk PAID yang terdekat.

Saringan HIV


Contoh Borang Saringan HIV Pra Perkahwinan
Saringan HIV adalah untuk menentukan status HIV anda. Sekiranya non-reactive, anda akan dibenarkan untuk meneruskan ke proses yang seterusnya. Sekiranya reactive, anda perlu untuk mengambil saringan susulan untuk menentukan sama ada anda anda HIV positive atau negative.

Bagi Negeri Selangor, anda dibenarkan untuk melakukan ujian saringan HIV di klinik kerajaan atau swasta seperti di bawah:

Carta alir ujian saringan HIV bagi klinik kerajaan atau swasta

Di bawah adalah senarai klinik swasta untuk ujian saringan HIV bagi perkahwinan.


Senarai makmal swasta yang diiktiraf MS IS0 15189 di Selangor dan Kuala Lumpur:
  1. Scope Medical Microbiology
  2. Sunway Medical Centre
  3. Gribbles Pathology (M) Sdn. Bhd. Selangor
  4. Pantai Premier Pathology Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
  5. Pathology & Clinical Lab (M) Sdn. Bhd. Selangor
  6. University Malaya Medical Centre
  7. Sime Darby Medical Centre
  8. Clinipath (M) Sdn. Bhd. Selangor
  9. Stem Life Bhd. Kuala Lumpur
  10. Makmal-makmal hospital swasta (MSQH Accredited Hospital)

  • KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital
  • Sunway Medical Centre
  • KPJ Kajang Specialist Hospital
  • Pantai Hospital Klang
  • KPJ Damansara Specialist Hospital
  • KPJ Selangor Specialist Hospital
  • Columbia Asia Hospital Puchong
  • Assunta Hospital
  • Sime Darby Medical Centre
  • Sri Kota Specialist Medical Centre

Senarai klinik swasta yang dibenarkan untuk ujian saringan HIV pra perkahwinan

Isi Borang Berkaitan


Diantara borang yang biasanya perlu diisi adalah borang permohonan kebenaran perkahwinan, borang permastautin (bagi seseorang yang tinggal dikawasan yang lain dari yang terdapat pada ICnya), dan borang akuan bujang. Bagaimanapun, seperti mana yang telah diterangkan pada permulaan tadi, sila rujuk PAID yang terdekat bagi memastikan borang apa yang perlu diisi.

Serahkan borang yg telah di isi, keputusan saringan HIV & Sijil Perkahwinan kepada PPN terdekat


Selepas selepas selesai mengisi borang berkaitan, sila bawa borang, dokumen berkaitan & sijil perkahwinan kepada Penolong Pendaftar Nikah (PPN) kawasan anda. Siapa PPN kawasan anda? Anda boleh bertanya kepada imam surau/masjid berdekatan atau penghulu kampung/taman/kawasan.

PPN akan memeriksa dan memastikan semua dokumen telah siap dan betul sebelum mengecop dan memberikan kelulusan untuk perkahwinan yang dipohon.

Hantar borang kepada PAID terdekat


Selesai urusan dengan PPN, anda dikehendaki untuk menyerahkan borang yang telah siap kepada PAID untuk diproses. Proses mungkin mengambil masa 1 - 2 hari. Borang yang telah selesai hendaklah diserahkan kepada bakal isteri untuk diproses.

Perbezaan prosedur bagi bakal suami dan bakal isteri ialah ketika berurusan dengan PPN. Bagi bakal isteri, dia hendaklah membawa wali dan 2 orang saksi untuk menandatangani borang dihadapan PPN.

Selesai! Hantar borang tersebut kepada PPN/Tok kadi di kawasan di mana pernikahan akan diadakan untuk temu janji perkahwinan anda. Pastikan Tok kadi anda "free" pada masa pernikahan supaya ketika pernikahan kelak tidak berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Selamat Bernikah...

Tuesday, 16 October 2012

Dokumen nikah hampir selesai.

Assalamualaikum

Hari ni saya pergi ke paid keramat untuk serahkan semua borang yang telah lengkap.Sabtu lepas saya dah selesaikan semua dokumen perempuan termasuklah membuat pengesahan daripada penolong pendaftar nikah kawasan saya di gombak.Saya bersama ayah saya dan 2 orang saksi iaitu 2 paklong saya untuk tandangan borang kebenaran berkahwin depan imam tu.Sekejap je proses tu.Pastikan semua lengkap.Surat sokongan pun pastikan semua ada.Kalau tak lengkap kena la datang jumpa imam tu lagi sekali.Dan lagi satu surat kebenaran dari pihak lelaki yang telah disahkan oleh paid daerah dia pun kena bawak jugak.Saya selesaikan semua tu dalam masa 1 hari sahaja.Alhamdulillah dipermudahkan ALLAH.Itu pun naseb baik dua-dua orang saksi saya tu free.Jadi semua dokumen dah selesai hari ni saya hantar ke paid keramat untuk dapatkan surat kebenaran berkahwin yang telah disahkan oleh mereka.Tapi paid tempat saya suruh datang esok untuk ambik.Berkejar lagi saya nak ke sana.Kalau macam paid shah alam tempat En tunang saya,kat sana diorang keluarkan surat kebenaran tu masa tu jugak.Senangkan macam tu.Tapi mungkin paid kat sana besar dan ada banyak perkerja.Sebab tu tak payah tunggu.Tapi pastikan pergi paid tu bawak duit k?Bayaran untuk surat kebenaran adalah RM10.Jadi esok saya akan ambik surat tu.Dan hantar pada imam yang akan nikah kan kami.Tak sabar nak setelkan dokumen ni semua.Dah setel tunggu nak kahwin je.... =)




En Tunang: Terima kasih kepada en tunang sebab tolong selesaikan dokumen-dokumen ni.Lagi sebulan setengah jer.Jaga diri,hati dan seluruh anggota badan.Jaga hubungan ni baik-baik k?Doa selalu untuk kita.. =)

Friday, 12 October 2012

Nasihat untuk para suami

Sabda Rasulullah SAW:

"Terimalah wasiat ini yang aku wasiatkan kepada kamu iaitu berbuat baiklah kepada wanita kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok pada rusuk ialah pada bahagian atas-Nya. Jika engkau hendak meluruskan bahagian yang bengkok itu maka nescaya engkau akan mematahkannya, tetapi jika engkau membiarkannya, maka ia akan sentiasa bengkok, maka berbuat baiklah kepada wanita".


An-Nisa' ayat 19 :
 "Dan bergaullah  kamu dengan mereka ( isteri-isteri kamu itu ) dengan cara yang baik.  Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".


Sabda Rasulullah SAW:
"Janganlah salah seorang dari kamu dengan sengaja memukul isterinya seperti memukul hamba kerana pada akhirnya dia akan menidurinya juga".


Sabda Rasulullah SAW:
"Kamu memberi makan kepadanya jika kamu makan dan mengadakan baginya pakaian jika kamu memakai pakaian dan jangan sekali-kali memukul muka dan jangan menghina dan jangan mengasingkan diri daripada tempat tidur isterinya untuk tujuan pengajaran melainkan di rumah".
(Riwayat Abu Daud)
Sabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang baik terhadap kaum keluarganya dan aku sebaik-baik orang terhadap keluargaku".
                                                                                    (Riwayat At-Tirmizi)


Isteri Solehah



Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?" Bersabda Rasulullah saw. "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw. dan bertanya, “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya ? Rasulullah saw. menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim)


Tuesday, 9 October 2012

Checklist persiapan majlis nikah


Dokumen lelaki

1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN. done
2. DAPATKAN BORANG 2A DI JAIS / PAID ATAU MENGISI PERMOHONAN SECARA ONLINE  done
3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI BAHAGIAN 
  UNDANG-UNDANG KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.done
4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. done
5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH KARIAH. done
6. DAPATKAN KEBENARAN BERKAHWIN DARI PAID. done
7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PIHAK PEREMPUAN. done

Dokumen pihak perempuan

1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN done
2. 
DAPATKAN BORANG 2A DI JAIS / PAID ATAU MENGISI PERMOHONAN SECARA ONLINE  done
3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI BAHAGIAN 
  UNDANG-UNDANG KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH. done
4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH) done
5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN) QARIAH. done
6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.done
7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH. done
8. AKAD NIKAH DIJALANKAN - 30 November 2012. pending
9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI JAIS/ PAID pending


Barang hantaran

Lelaki kepada perempuan

Beg tangan done
telekung done
Bunga rampai done
sirih junjung pending
kain baju done
toiletries done
kasut done

Perempuan kepada lelaki

sirih junjung pending
bunga rampai done
kain jubah dan serban done
sejadah done
buku (asbabun nuzul,tafsir al-quran)+ al quran digital done
perfume done
Kasut done
kek pending
coklat pending

Bunga telur 100pcs done
Hiasan hantaran done

Banyak lagi yang pending.sekarang every weekend berjalan cari barang.penat tapi tahu semua ni berbaloi.jadi untuk En tunang.sabar k??usaha sama2. Kita pastikan usaha ni berbaloi dengan tenaga dan duet yang dah kite habiskan.Jadi jangan sia-siakan.chaiyok2. =)


Dokumen nikah

Assalamualaikum

Semoga semuanya dalam keadaan sihat.
Hari ni saya nak cerita pasal prosedur nikah.Tapi prosedur ni hanya untuk negeri selangor.Tetapi ade juga beberapa pengetahuan yang saya tahu mengenai beberapa negeri lain juga.

Ape yang perlu pasangan yang bakal bernikah lakukan?Bawah ni beberapa perkara yang wajib untuk diselesaikan.Kalau bole sediakan semua ni awal-awal kerana takut ade beberapa perkara yang bole menyebabkan pernikahan di tangguhkan.


1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN.

Sijil kursus ini sah untuk seumur hidup jika ia dikeluarkan oleh pihak jakim/jawi.Sekarang beberapa institusi pengajian juga ada yang jalankan kursus ini.Jadi memang sesetengah orang akan pergi awal walaupun  2 3 tahun lagi nak kahwin.Tapi seeloknya pergi kursus ini 3 bulan sebelum berkahwin.Takut ade beberapa perkara yang kite terlupe kerana dalam kursus kahwin ni penceramah yang datang dari jakim atau penceramah yang dilantik oleh pihak jakim akan memberitahu mengenai prosedur perkahwinan.Yang ni memang sangat-sangat penting bagi memudahkan pengurusan permohonan perkahwinan berjalan lancar.Memang nampak senarai-senarai yang diperlukan sangat senang tetapi sebenarnya ia sangat susah.Bagi yang dah buat diorang tahu la macamane.Dan tujuan kursus ini juga adalah untuk memberitahu atau mengingatkan beberapa perkara yang sebenarnya kita dah belajar dah masa sekolah dulu.Tapi sesetengah kita ada yang tak ingat macam saya.Jadi sebelum berkahwin benda-benda ini sangat-sangat penting untuk pastikan hubungan keluarga tu berpanjangan.Saya pergi kursus ni bersama En tunang di jakim.Nak tau bukak kat laman web ni.http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=886 atau http://www.islam.gov.my/kursus-perkahwinan-2012 atau untuk orang-orang KL http://perkahwinan.ning.com/profiles/blogs/senarai-pusat-kursus-kahwin-1 atau untuk negeri lain anda boleh google.hehe


Friday, 5 October 2012

Beberapa info mengenai ujian saringan HIV

Assalamualaikum

Sambungan untuk ujian saringan HIV.Saya baru sahaja balik dari membuat pengesahan untuk ujian saringan yang saya dan en tunang ambik semalam.Saya buat pengesahan dia klinik kerajaan gombak setia.Dan saya telah menjumpai sesuatu yang mengecewakan saya jugak.huhu..Tiba-tiba ternampak satu notis yang erm....sabar2......




Jadi?Takpe la.kami dah pun pergi hospital swasta yang harganya 3 kali ganda mahal.huhu...Tak tahu pulak bole hantar kat makmal swasta.Jadi ape-ape baik pergi sendiri ke klinik.Yang ni saya baca di klinik gombak setia.Tapi klinik-klinik kerajaan ni ada yang tak sama.Ada yang bole terima ada yang tak.Jadi memang kena pergi sendiri ke klinik kerajaan kalau nak tahu lebih lanjut.

Untuk en tunang: Sama-sama hadapi susah senang k?lepas kahwin lagi banyak ujian.sabar k?

Thursday, 4 October 2012

Pengalaman mencari klinik untuk ujian saringan HIV

Assalamualaikum

Entry kali ni nak cerita tentang pengalaman mencari klinik untuk saringan HIV test.Pengalaman yang sangat-sangat menguji kesabaran.Belum masuk lagi pengalaman isi borang nikah online.Takpe.yang tu kite cerita lain kali ea.
Semalam saya pergi dengan en tunang.Mula-mula kami ingat nak pergi pejabat agama islam petaling jaya untuk tanye lebih lanjut mengenai prosedur.Tapi bila pergi sana, saya tak tau kemana hilangnye pejabat agama tu.Samaada dah berpindah atau memang tak wujud atau paling tepat kami memang sesat.hehe..masa ni kesabaran masih ditahap rendah walaupun jem yang teramat sangat.Tapi cool dulu.Lepas tu kami pun bergerak ke pejabat agama islam gombak timur.Sampai sana pakcik kat kaunter terus beritahu kalau nak isi borang nikah boleh isi online. pergi je kat link ni. http://ncr.jais.gov.my/ Daftar dan isi.Dan pakcik tu kata hiv test bole buat kat mana-mana klinik swasta.lepas pergi klinik kerajaan untuk buat pengesahan. Jadi kami pun mula menjalankan tugas.Mula-mula kami pergi ke klinik swasta area gombak.1st klinik aman.diorang kata dalam 3 hari baru siap.Ok.xpela.pergi next klinik sebab kami nak keputusan hari ni jugak.Klinik idzham.Klinik ni pulak kata klinik diorang takde lab.Jadi tak boleh nak buat hiv test.Lepas tu kami pergi Hospital Pantai.Kenapa?sebab hospital macam tu mesti ada lab dan keputusan dia pun takkan ambik masa lama.Tapi harga mesti mahal.tahu dah....Jadi tiada cara lain lagi kami pun pergi menuju ke hospital tu.Masa tu dalam pukul 1.30.Sampai sana lebih kurang pukul 2 lebih.Jadi pergi tanye kaunter diorang kata bole buat tapi harga mahal la.Jadi saya yang sangat berjimat sebab nak kumpul duit kawin mengajak en tunang cuba pergi klinik kesihatan puchong.Kat sana saya pernah terbaca yang kalau buat terus dapat keputusan.Jadi kami pun pergi menuju ke sana.Sekali lagi dikecewakan.Kat sana kalau buat,sebulan baru dapat keputusan.Dan nurse kat situ pun meminta kami untuk buat kat klinik/hospital swasta.Tapi ade beberapa klinik/hospital swasta sahaja yang dibenarkan.Antara yang saya ingat KPJ ampang,KPJ damansara,KPJ kajang, Hospital Pantai,Columbia Hospital dan beberapa lagi yang saya dah lupa.huhu.Jadi keputusan muktamad kami terpaksa buat kat hospital pantai.Jadi kami patah balek ke hospital balek.Jauh betul perjalanan kami hari ni.Masa ni memang sangat-sangat penat.Tapi berusaha jugak untuk siapkan hari ni.Kami pergi hospital pantai.Nurse tu cakap keputusan akan dapat esok pagi sebab kami buat dah terlalu petang.kami pagi keputusan akan dapat petang.jadi kami pun buat disitu.Harga?Rm100++.Ambik darah 2 minit je.Dekat pukul 6 baru semuanya selesai.Dan kami pun balek dengan kepenatan.Memang banyak halangan tapi kami sama-sama kuatkan jugak hati.Sepanjang jalan perkataan bersabar tu sentiasa ada.Ni baru ujian sikit.Lepas ni kena hadapi lagi banyak ujian bersama.Jadi ketika ini setiap dari kami memang perlu mainkan peranan supaya tiada siapa yang give up.Jadi..nak kahwin?banyakkan bersabar........ =)

sekian


teriam kasih kerana sudi baca entry yang panjang sangat ni.hehe

Nasihat dan pengajaran: Buat apointment dengan klinik kesihatan kalau bole 3 atau 4 bulan sebelum nikah sebab  kadang-kadang klinik kesihatan penuh dan result pun akan ambik masa sebulan.Kalau banyak duit bole pergi je klinik swasta.sehari dah siap.Gook luck kepada sesiapa yang nak kahwin.

Untuk tunang tercinta:bersabar k.lepas ni ade banyak lagi benda kena buat...kita berusaha sama-sama ea?=)

Ape itu perkahwinan?

Assalamualaikum,

Semoga semuanya sihat dan sentiasa dibawah rahmat ALLAH SWT.amin...Hari ni kite cerita pasal kahwin ea.eh lepas2 ni semua pasal kahwin.. =)


Semua orang ingin berkahwin.Saya pun nak kahwin.Awak,kita semua....Semua rasa nak kahwin kan?kan?kan?.Ingin menjadi isteri , ingin menjadi suami.Ade anak, ade keluarga..Namun maksud dan matlamat perkahwinan itu sendiri masih belum jelas.
Beberapa persoalan perlu dijawab sebelum kita melangkah ke alam rumah tangga.Ini perlu kerana kita berkahwin bukan untuk sehari dua.Tapi untuk selama-lamanya.Antara persoalan yang sepatutnya kita tahu dan ambil tahu ialah:

Apa itu perkahwinan?
Dan jawapan yang selalu kite dengar:
Akad nikah?erm....nak menjadi suami/isteri untuk melahirkan zuriat
Best dapat isteri/suami.
dan
Kenapa saya perlu berkahwin?
Dan jawapan yang selalu kite dengar:
Kerana semua orang perlu kahwin.
Rasa dah sampai waktu untuk saya berkahwin
Kerana kawan-kawan saya ramai yang dah kahwin
Nak dapat anak ramai-ramai
Nak bersanding atas pelamin. hu?huhuhu

Dan kite juga sering ditanya bila nak kahwin??
Saya juga sering diajukan dengan soalan yang sama.huhu..Dan jawapan yang selalu kite dengar
Jodoh tak sampai lagi makcik
(jawapan dalam hati: makcik tanye banyak kali,ape kata makcik tolong carikan)huhuhu