Assalamualaikum
Semoga semuanya dalam keadaan sihat.
Hari ni saya nak cerita pasal prosedur nikah.Tapi prosedur ni hanya untuk negeri selangor.Tetapi ade juga beberapa pengetahuan yang saya tahu mengenai beberapa negeri lain juga.
Ape yang perlu pasangan yang bakal bernikah lakukan?Bawah ni beberapa perkara yang wajib untuk diselesaikan.Kalau bole sediakan semua ni awal-awal kerana takut ade beberapa perkara yang bole menyebabkan pernikahan di tangguhkan.
1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN.
Sijil kursus ini sah untuk seumur hidup jika ia dikeluarkan oleh pihak jakim/jawi.Sekarang beberapa institusi pengajian juga ada yang jalankan kursus ini.Jadi memang sesetengah orang akan pergi awal walaupun 2 3 tahun lagi nak kahwin.Tapi seeloknya pergi kursus ini 3 bulan sebelum berkahwin.Takut ade beberapa perkara yang kite terlupe kerana dalam kursus kahwin ni penceramah yang datang dari jakim atau penceramah yang dilantik oleh pihak jakim akan memberitahu mengenai prosedur perkahwinan.Yang ni memang sangat-sangat penting bagi memudahkan pengurusan permohonan perkahwinan berjalan lancar.Memang nampak senarai-senarai yang diperlukan sangat senang tetapi sebenarnya ia sangat susah.Bagi yang dah buat diorang tahu la macamane.Dan tujuan kursus ini juga adalah untuk memberitahu atau mengingatkan beberapa perkara yang sebenarnya kita dah belajar dah masa sekolah dulu.Tapi sesetengah kita ada yang tak ingat macam saya.Jadi sebelum berkahwin benda-benda ini sangat-sangat penting untuk pastikan hubungan keluarga tu berpanjangan.Saya pergi kursus ni bersama En tunang di jakim.Nak tau bukak kat laman web ni.http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=886 atau http://www.islam.gov.my/kursus-perkahwinan-2012 atau untuk orang-orang KL http://perkahwinan.ning.com/profiles/blogs/senarai-pusat-kursus-kahwin-1 atau untuk negeri lain anda boleh google.hehe
2. DAPATKAN BORANG 2A DI JAIS / PAID ATAU MENGISI PERMOHONAN SECARA ONLINE
Bagi pasangan di negeri selangor, anda semua kena isi borang ni secara online.Isi kat laman web ni http://ncr.jais.gov.my/ .kena daftar dulu baru boleh isi.Baik lelaki atau perempuan kena isi kalau tinggal kat selangor ea.Sesetengah negeri, ada yang boleh download borang ni dan ada yang kena ambik sendiri di pejabat agama islam daerah masing-masing.
3. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN.
Borang ni ke lengkapkan.Kena tahu siapa yang jadi saksi.Dalam borang ni akan minta isi maklumat pasangan,maklumat wali (perempuan sahaja), maklumat 2 orang saksi (saksi berumur 18tahun keatas) dan maklumat pernikahan.Jadi sebelum nak isi kena tahu nombor ic pasangan,nombor ic 2 orang saksi dan nama masjid dalam daerah/kariah korang, kena tahu tempat korang tinggal dalam kariah/daerah ape dan tarikh hijrah.Dan kena lampirkan dokumen sokongan seperti dibawah.
Lampirkan Dokumen Sokongan Berikut Dalam Saiz A4 :
1. Salinan MyKad (warganegara) / Passport (warganegara asing) pemohon.
2. Salinan MyKad (warganegara) / passport (warganegara asing) 2 orang saksi.
3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan dan salinan (Diiktiraf oleh JAKIM / JAIS /JAWI / JAIN).
4. Rekod Ujian Saringan HIV (Hanya di klinik kerajaan sahaja)
5. Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) yang disahkan oleh Nazir Masjid / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk / Pengerusi Taman Perumahan / Pengerusi JKKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kumpulan A (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam Kad Pengenalan).
6. Surat Perakuan Cerai dan salinannya. (Jika bercerai hidup).
7. Surat Perakuan Nikah dan Sijil Kematian pasangan beserta salinannya(Jika bercerai mati).
8. Surat / Kad Perakuan Islam dan salinannya (Jika pemohon Saudara baru).
9. Surat kelulusan dari KAGAT / PDRM (Jika pemohon anggota Tentera /Polis).
10. Surat Kebenaran Berkahwin daripada Konsulat / Kedutaan / UNHCR dan Imigresen (Jika warganegara asing).
11. Salinan Borang 2A dan dokumen sokongan (Jika pemohon bernikah di luar daerah / negeri / negara).
Pastikan semuanya lengkap.
4. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH KARIAH.
Selepas semua yang diatas lengkap pihak lelaki kena hantar pada penolong pendaftar nikah kariah.Masa hantar ni dinasihatkan lelaki-lelaki ni bersedia.Mungkin ada soalan cepumas dari imam tu.huhu
5. DAPATKAN KEBENARAN BERKAHWIN DARI PAID.
Penolong pendaftar dah buat pengesahan semua, baru la pihak lelaki pergi ke pejabat agama islam daerah(PAID).Bagi semua borang dan korang akan dapat surat kebenaran yang akan dikeluarkan oleh PAID tu.
6. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PIHAK PEREMPUAN.
Dah dapat surat tu,pihak lelaki perlu serahkan pada pihak perempuan dan pihak perempuan harus buat seperti langkah 1 sampai 5. Langkah tambahan/terakhir setelah semua perkara diatas dilakukan oleh pihak perempuan,pihak perempuan harus serahkan surat kebenaran yang dikeluarkan dari PAID kepada penolong pendaftar.Bila semua selesai,tunggu masa nak nikah je.
Bagi pihak perempuan, awal-awal lagi kena tanye mak ayah ada tak surat nikah mereka.Kalau takda kena pergi PAID tempat diorang nikah dulu untuk dapatkan semula surat tu.Surat ni mesti ada tak kira la anak perempuan sulung ke atau tak.Asalkan anak perempuan wajib ada surat nikah mak ayah ni.Kalau surat nikah hilang kena la bawak mak ayah pergi buat akuan sumpah di pesuruhjaya sumpah.Bagi perempuan yang masih mempunyai ayah tapi tak dapat hubungi mereka,yang ni anda kena bersedia lagi-lagi awal.Selalunya pihak jakim akan suruh juga untuk jejak ayah kandung sehingga jumpa.Kalau tak jumpa kena cari bapa sedara ayah.Jakim akan bagi masa 6 bulan untuk cari ayah kandung sehingga dapat.Yang ni yang akan menyebabkan perkahwinan ditangguh.Jadi kalau bole cari awal-awal lagi baik.Sampai masa nak kawin takde masalah dah.
Untuk uruskan benda-benda macam ni pasangan kena sabar dan bertolak ansur.Kita confirm kena minta cuti beberapa hari untuk selesaikan dokumen-dokumen ini sahaja.Jadi pasangan kena saling tolong menolong.Ape yang penting?Kerjasama.. =)
Semoga entry ini akan memberi info kepada semua pasangan.
Sekian.wasalam.
Untuk tunangku: Thanks kerana masih setia,Diri ini masih berusaha untuk lengkapkan diri untuk jadi isteri solehah.Jadi jangan putus asa k?Kite berusaha sama2. =)
No comments:
Post a Comment