Thursday, 27 December 2012

Laksa sarawak dan mee kolok

Morning all,

Hari ni nak share makanan kegemaran saya sekarang iaitu mee kolok dengan laksa sarawak.Dua-dua makanan ni diperkenalkan oleh suami saya.Kalau kat semenanjung ni tempat satu-satunye yang saya pernah jumpa kat food court pavilion.Jadi jumaat lepas kami pun pergi pavi semata-mata untuk makan mee kolok dan laksa sarawak.Kalau kat sarawak suami cakap makanan ni murah.Tapi kat pavi mahal sikit tapi puas hati sebab sedap.Bawah ni laksa sarawak.Laksa sarawak mee dia tak guna laksa macam kat semenanjung.Tapi guna bihun.Saya tak pandai buat tapi suami pandai buat laksa ni.Ianya dicampur dengan hirisan ayam.Nyam-nyam.Terliur rasa.
Bawah ni pula mee kolok.Mee ni setakat ni kami tak jumpa lagi jual kat mana-mana.Jadi nak buat pun tak boleh.Mee dia sangat halus.Ada fish cat dengan fish ball dan dicampur dengan kuah sup.Tapi rasa dia lain sangat dari mee sup.Sangat sedap.Nyam-nyam.


Kalau pergi pavilion boleh la try makanan ni.Kedai dia bawah ni. Harga untuk kedua-dua makanan ni antara rm8 - rm10 setiap satu.
Sarawak cuisine

Selamat mencuba.Serius sedap.....

To my beloved husband ---- > Nanti kite gi makan lagi ea..=)


Thursday, 20 December 2012

Dia bukan lagi tunang saya....

Bila baca entry sebelum ni mesti akan ada tulis "en tunang" "to en tunang" "untuk tunang tercinta".Tapi sekarang dia bukan tunang saya lagi.Eh bukan kami dah putus tapi sekarang dia dah jadi suami saya.hehehe....Tapi kenapa saya still cerita pasal majlis.Sebab saya buat nikah dulu.Majlis akan diadakan masa cuti raya cina tahun depan."Hu? tahun depan..lamanya"..Yang tu la colleage saya cakap pada saya kenapa lama sangat dengan expresi muka terkejut.Tapi dia lupa yang tahun depan tinggal beberapa hari je lagi.=) Sekarang en tunang dah bertukar jadi suami,kekasih,cinta hati,sabahat, insan yang paling saya sayang..... =)



Untuk suami tercinta : Abg nak makan apa hari ni??Cewaahh..bukan pandai masak pun.hehehe

Tema warna majlis perkahwinan - Hijau Turquoise

Eh rajin plak menulis hari ni.Mesti husband terkejut.hehehe
Baru teringat pasal warna tema perkahwinan kami.Dah tukar.....
Diawal perancangan kami nak pilih warna unggu sebab saya suke warna unggu.Dan dah pilih pun untuk catering warna unggu manggis.Tapi oleh kerana sering bertikam lidah pasal warna jadi akhinya pilih warna lain.Tapi saya tak kisah pun.Saya lebih suka kalau semuanya dibuat oleh keluarga jer.Wrna tema untuk majlis nanti ialah hijau turquoise.Mula-mula takut jugak kalau warna ni tak sesuai tapi bila tengok google eh cantik jugak.Terus suka warna ni.Tapi minta-minta ada la baju sewa nanti warna ni.Kalau tak, erm tak tahu la warna ape yang jadi....



Thanks kerana sudi membaca... =)

Doorgift Kahwin - 10 Jenis makanan

Assalamualaikum,

Pening fikir door gift ape yang sesuai untuk majlis.Memang semua boleh tapi nak cari yang murah-murah.
Google-google banyak jugak idea yang dapat.Di bawah ni senarai door gift makanan yang boleh kita bagi untuk para tetamu jemputan.


1. Kuih bahulu - bahulu pun ada macam-macam jenis.Ada bahulu kemboja, ada bahulu ikan, bahulu cemai dan ada jugak bahulu yang berperisa.Tapi yang bezanya size dan harga.Kalau bajet banyak bagi bahulu kemboja ni.Letak dalam kotak.
2. kerepek - kebiasaannya orang bagi kerepek ubi.
3. Kuih telinga keling aka kuih peneram - Ni pun ok jugak.Dalam satu bungkus boleh letak 3 biji.Sekarang kuih ni boleh dapat kat pasar malam.
4. Telur rebus - Pemberian telur ni sejak dari dulu lagi ada.Tapi sekarang makin kurang.Kalau dulu yang ni adalah cenderahati wajib.Kalau takde rasa macam tak lengkap.Zaman makin berubah.Pemberian telur rebus pun makin berkurang.Tapi kalau nak jimat boleh la bagi telur jer.Sebiji pun dalam 30sen.
5. cupcakes/ apam pokodot - Apam polkodot yang comel.Tapi mahal sikit la.
6. Biskut - Biskut yang baru nak popular ialah oreo.Orang akan letak editable image gambar kat atas oreo tu.Kalau nak jimat, beli oreo yang dalam tin lepas tu balut dengan plastik balut buku sekolah tu.Hehehe
7. Coklat - Coklat bar dibalut dengan gambar.Takpun tulis nama atau tag thank you jer.
Jumpa gambar ni kat google.Pinjam gambar yer en wan dan rasida..
8. Jelly/syumi/lolipop - Yang ni untuk budak-budak.Tapi tak elok sebenarnya sebab boleh rosakkan gigi.Yang ni tak digallakkan la.
 9. Dadih/ agar-agar - Yang ni boleh buat sendiri.Cume beli bekas jer.Kena rajin sikit la kalau nak jimat.
10.Buah  - Buah-buahan pun boleh.bagi sebiji epal atau oren.

Inilah 10 jenis makanan yang boleh diberi sebagai door gift untuk tetamu..Next entry barang-barang yang boleh dibuat sebagai cenderahati plak...hehehe.

Terima kasih kerana sudi membaca.

To my beloved husband : Always love you abang.now and forever.... =)




Friday, 7 December 2012

Tutorial Hot fix batu korea

Assalamualaikum,

Lame dah x update..banyak benda yang kena buat sampai x sempat pun nak update.

Saya nak share cara-cara nak tampal hot fix batu korea..
Batu korea ni saya tampal kat baju nikah saya...
Jimat..Kalau suruh orang buat kena upah.Macam kawan saya kena upah rm36..buat sendiri free.




Bawah ni tutorial macamane nak tampal batu korea ni.



Sekian... =)



Tuesday, 20 November 2012

Bajet majlis nikah

Assalamualaikum.
Semoga semua berada dalam keadaan yang stabil.Jangan pening-pening k?Walau banyak masalah cool je.ALLAH kan ada..... :)

Mulakan entry dengan bismillahirrahmanirrahim...
ok.
Tadi tiba-tiba ada seorang kawan saya tanye bajet nikah saya.Agak-agak berape?Aik.Nak nikah jugak ke?o_0
Majlis nikah jer.Belum majlis kenduri lagi.Kami awalkan nikah dulu.Kenduri insyaALLAH awal tahun depan.Kalau nak ikutkan buat majlis nikah berasingan dengan kenduri sebenarnya lagi banyak pakai duit.Kami pun cuba berjimat sedaya mampu.Sebenarnya boleh kalau betul kite nak sederhana.Tapi kalau ikut zaman sekarang perkahwinan memang habis beribu-ribu.Sebab tu ada kes lelaki lari sebab tak cukup duit hantaran.Bukan dituju pada sape-sape tapi sebagai contoh yang menunjukkan beban terlalu berat pada lelaki yang nak kahwin yang sebenarnya mampu tapi terhalang oleh budaya yang semakin menyusahkan mereka.Sian lelaki kan??kan?kan?
Ok berbalik kepada tajuk entry ni, bajet saya untuk majlis nikah lebih kurang rm1.3k....Sebab insyaALLAH majlis nikah ni kami masak sendiri.Jadi kira-kira beli barang2 untuk masak dalam rm800.Tapi yang tu saya serahkan pada mak tercinta dan sedara- mara yang uruskan.Lepas tu sewa khemah RM230.Jemputan dalam 200 orang.Ramaikan?Sedara -  mara saya memang ramai.Kena panggil semua.Kalau tak,ade yang kecik hati.Memang nak jemput sikit tapi tak boleh jugak.Memang sedara ramai.Takpe la.Bagi makan pun untuk sedara sendiri.Jadi tak kesah sangat.Jadi total semua Rm1030..Yang lebih RM270 tu simpan untuk hari kejadian.Mane tau ade barang tak cukup.Tapi minta-minta within budget.Takmo overbudget.Kalau nak cerita pasal majlis kenduri lagi banyak.Nanti saya share budget untuk kenduri plak ea.Tapi selesaikan majlis nikah ni dulu..Doakan untuk perkahwinan saya ni dipermudahkan ea.hihihhi.Tq

Lagi 9 hari nak jadi isteri :)

Nak idea Tudung nikah

Assalamualaikum,

Selamat tengah hari.Lunch ape tu??
erm.... saya?makan megi kot.Malas nak turun beli makanan..
Lagipun kepala tengah pening pikir pasal tudung nikah yang tak jumpa-jumpa.
Banyak sebenarnya.Tapi tak tahu mana yang sesuai.Next week dah nak nikah.Lagi la pening.
Semalam jumpa yang cantik tapi pendek.Yang labuh takde. :(
Saya nak simple macam ni
Sumber:Google

Simplekan?Bawal dan veil yang panjang.Saya kena cari warna hijau.Ingat nak tudung bawal yang ade 2 tone warna.Tapi nak cari warna hijau cair dengan warna hijau tua.Banyak jumpa hijau dengan hitam.Tak mo..... :( Semalam jumpa 1 tapi pendek sangat.Jap lagi nak pi cari lagi......
Tapi nak makan dulu.Lapar........

Tapi kalau sape-sape ade idea boleh la share ea........... :) HiHiHi

Monday, 19 November 2012

Hot Fix batu korea/kristal


Assalamualaikum,
Selamat petang..Semangat sikit tak petang ni?Ok la kan dari pagi tadi.Hari isnin memang selalu macam tu.Malas sangat rasa nak pergi kerja.(bukan hari2 ke rasa camtu??huhu)..Tapi akhirnya sampai jugak petang.Jap lagi balek..yeaayyy!!!! :)
Sebelum balek nak share pasal hot fix batu korea.Sekarang dah jadi trend.Samada tampal batu ni kat tudung atau pun kat baju.Saya pun tak ketinggalan buat benda yang sama.Saya tampal kat baju nikah saya.Eh En.Tunang pun buat jugak.Mesti la nak kena sama..... :) Baju kami warna putih bersih.Jadi kami cantikkan lagi dengan menampal batu korea ni.Ni warna batu yang kami tampal.

Warna hijau.Tapi hijau dia macam kuning-kuning sikit..Macam warna katak pisang..Eeeee...geli2..
Padahal cerita diawalnya kami dah beli samping warna putih silver.Bila tak ikut cakap En tunang yang suruh tampal batu dulu,jadi pembaziran pun berlaku....Bila dah tampal warna hijau tengok-tengok tak kena pulak dengan warna samping yang silver putih tu.Jadi kami pun pergi la cari samping warna hijau.Baru la match.Mula-mula tak cadang pun nak warna hijau.Tapi oleh kerana sayang kat En Tunang yang suke warna hijau,tema pernikahan kami pun bertukar warna...Hijau cantik jugak.Eh hijau memang cantik la.Saya pun dah suke hijau.... hehehe
Eh cerita benda lain plak.Sebenarnya nak cerita pasal hot fix korea ni.Kalau tengok harga dia memang paling rendah saya pernah jumpa rm4.Kat carefour w.maju.Paling mahal ermm...... 50++.Mungkin ada yang lagi mahal kot.Tapi mata saya sering tengok yang murah.Jadi tak perasan la yang paling mahal.Memang mula-mula ingat nak beli kat kenanga.Macam saya cakap kat entry ni. http://www.prosedurnikah.com/2012/11/sedikit-nasihat-beli-baju-nikah.html sebab harga dia murah.Tapi bila fikirkan kesuntukan masa, saya mampu pergi sejauh carefour w.maju jer.Kat situ ada 4 kedai yang jual dan sediakan khidmat untuk tampalan jugak.Tampal tu free jer.Tapi kalau beli macam kawan saya, dia beli kat kenanga tapi still kena charge untuk tampal sebab dia upah tampal tu kat kedai lain..Bawah ni la rupa sebenar hot fix batu korea ni.
Dia ada 2 lapisan.1 lapisan putih lagi 1 lapisan transparent.Bukak lapisan putih tu.Lepas tu pegang kertas transparent tu dan lekapkan kat tudung atau baju.Korang jugak boleh corak-corakan dia.Boleh gunting kertas transparent tu mengikut corak yang korang nak.Lepas dah susun dan yakin korang iron kertas transparent yang ada batu tu.Pastikan alas tempat iron tu tebal supaya bole menampung ketekapan bile tengah iron tu.Jangan terlalu panas.Jangan letak iron tu lama-lama.Cukup korang cakap sambil kira jari korang "saya sangat cantik dan comel orangnya" (lebih kurang 6 saat) lepas tu angkat.Tapi elok kalau berzikir..erkk.. o_0 ...hihi.Korang buat ulang kali.Angkat-letak.angkat-letak.Sampai la rasa betul-betul dah melekat.Jangan sampai hangus sudah la.Lepas tu terbalikkan kain tu.Buat belah belakang plak.Iron lagi supaya bertambah kuat tampalan tu.Tunggu sampai sejuk.Cuba cungkil batu tu..Kalau terbukak tu memang kena buat balik la.Kalau memang tak tertanggal itu yang menunjukkan anda telah berjaya menampal batu korea tersebut.Tahniah..Dah belajar sesuatu hari ni.....

Selamat mencuba

:)
To En Tunang: Lagi 12 hari lagi.Nervous tak?Jangan nervous k?Buat rilek jer.cool...Sabar tau.Tak lame jer lagi.Jaga hati mu untuk ku..... :)

Sekian.

Monday, 12 November 2012

Jawapan dari ALLAH

Assalamualaikum,

Saya nak share beberapa ayat yang ALLAH turunkan untuk persoalan yang kadang-kadang bermain dalam fikiran kite.Saya suke sangat jawapan dari ayat-ayat ni.Percayalah setiap apa yang terjadi ALLAH ada jawapannya kerana DIA maha besar lagi maha mengetahui.ALLAHUAKHBAR!!! =)


Kita mengeluh: ah,tidak mungkin.."ALLAH jawab "Jika Aku menghendaki sesuatu, cukup berkata "jadi", maka jadilah."(QS: Yassin: 82)

Ketika kita mengeluh, "Aku lelah.."Allah menjawab, "...dan Kami jadikan tidurmu utk istirahat."(QS. An-Naba: 9)

Kita mengeluh, "Saya tak sanggup.."Allah jawab, "Aku tdk membebani seseorang, melainkan sesuai kemampuannya."(QS. Al-Baqarah: 286)

Kita mengeluh, Aku stress.."Allah menjawab, "Hanya dengan mengingat-KU, hati akan menjadi tenang."(QS. Ar-Ra'd: 28)

Kita mngeluh"ini sia-sia"Allah jwb, "Siapa yg mngerjakan kebaikan sebesar zarah,niscaya ia akan mlihat balasannya"(QS. Al-Zalzalah:7)

Kita mngeluh"tak ada yg mau membantu" Allah jawab, "Berdoalah kepada-KU,niscaya Aku kabulkan untukmu"(QS Al-Mukmin: 60)

Kita mengeluh, "betapa sedih hatiku.."Allah 'Azza wa Jalla jawab, "LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA"(QS At-Taubah: 40)    

Kan.kan.kan....Bila berada dalam situasi diatas ALLAH ada jawapannya.. =)
 I PUT TRUST ON ALLAH                  


Susu dutch lady untuk muka

Assalamualaikum,
Morning all....  =)

Ade mood nak buat entry pagi-pagi ni.Sambil ditemani alunan bait-bait lirik lagu muhasabah cinta.Insaf*..huhu.....

Entry kali ni saya nak share apa yang saya dah pakai malam tadi.Susu ducth lady.What??aah..ni diatas nasihat bakal mak mertua saya.hihihi....Muka saya mengelupas sejak seminggu yang lalu.Rasa kering dan bahang sangat.Lepas tu mula muka jadi merah.Terutama kat tempat yang menggelupas tu.Dekat 1 muka jugak menggelupas.Mungkin produk safi perfect 10 tak sesuai untuk muka saya.Saya dah start pakai lebih kurang 2 bulan lepas.Mula-mula memang ade menggulupas.Tapi kali ni lagi teruk.Jadi shahih dan terbukti ianya tak sesuai dengan kulit muka saya.Jadi atas nasihat bakal mak mertua saya, saya stop pakai semua produk.Dia suruh lumur susu segar kat muka sebelum tido.Jadi saya pun belilah susu ducth lady air kotak kecik tu.Sebab nak guna pun setiap malam sedikit jer.Yang macam bawah ni.


Jadi malam tadi saya dah mula buat.Pagi ni menggelupas saya makin kurang.Tapi minta-minta biar la makin elok.Lagi 2 minggu je nak kawin ni.Cuak betul.Minta-minta elok la balek muka ni.amin......Nanti hasil dia insyaALLAH saya share ea..Jadi nasihat saya jangan ikut ape orang pakai.Mungkin produk tu sesuai dengan kulit dia tapi tak sesuai dengan kulit kite.Jadi kena sentiasa cuba.Kalau dah ok jangan gatal nak try produk lain plak.Guna jer....yang penting muka sihat dan berseri-seri.... =) Tq to bakal mak mertua atas saranan yang diberi. =)


Tuesday, 6 November 2012

Saya nak kurus...susahnya la......

Pagi-pagi lagi dah google pasal menu-menu nak kuruskan badan.Ade lagi 3 minggu untuk saya kurangkan berat 2kg.2kg jer...tapi bila baca menu-menu kurus ni aissh payah jugak rasanya.Semua makanan sedap-sedap terpaksa dilupakan.Hari ni dah nak start diet.Pagi ni makan 2 biji telur rebus jer.Sedang menguatkan hati untuk tahan makan sebab rasa macam nak mengunyah jer ni.Esok mula makan sup sayur.Resepi saya ambik kat blog ni http://akusayangkamu-ayumie.blogspot.com/2010/08/resepi-sup-sayur-untuk-diet-1-minggu-2.html .Lapar je makan sup ni.Tak tau la rasa macamana.Balek nanti saya cuba buat.Kena berusaha jugak.Saya nak try 2 minggu ni dulu.Kalau dah dapat berat yang saya nak,lepas tu saya maintain jer.Berusaha la wahai bakal pengantin...... :) Ya ALLAH, tolong kuatkan hati dan nafsu makan saya.Semoga berjaya......(Semangat untuk diri sendiri)...Aja-aja Fighting..

Monday, 5 November 2012

Sedikit nasihat beli baju nikah

Ni sedikit nasihat atau pun perkongsian kepada sesiapa yang nak kahwin.Yang mengikut pandangan saya yang dah mengelilingi KL dan nilai 3, PKNS shah alam dan bangi dan beberapa tempat untuk cari baju nikah yang beberapa hari lamanye.Tapi tak siap-siap jugak sekarang.huhuhu.Bagi saya la.Kalau nak beli baju nikah seeloknya beli yang dah siap.Lagi jimat.Nanti saya bagi perbandingan harga dia..Macam baju kat bawah ni pun ok jugak.
Cantikkan?Cube teka harga dia brape?RM150.

Rm150 je.Kebetulan size ni size s.Kena la dengan saya.Tapi saya dah beli baju nikah saya jadi hanya mampu pandang je la baju yang cantik sangat ni.Tapi baju nikah saya pun cantik.Cume tak siap lagi jer.huhu.Ok kalau ikut budget untuk baju nikah saya

Songket siap RM50
Kain satin putih 2 meter RM20
Tempah baju RM20
Batu korea 144 biji RM30
Tempah tampal batu RM36
Total : RM156
Ni belum campur duit minyak ke nilai, Alamanda,Kenanga,Wangsa Walk.Banyakkan??

Jadi nasihat saya lebih baik beli yang dah siap.Lagi jimat.Kalau nak baju kurung pun yang cantik pun baru RM125.Kalau nak cari baju jubah ke,baju kurung ker,kalau sape duduk area gombak cari kat carefour w.wangsa maju.Kat sana harga memang murah-murah.Jubah boleh dapat RM59.Tu belum tawar lagi tu.Jadi kesimpulannya beli yang dah siap lagi jimat.

Sekian.

Baju Nikah

Assalamualaikum.......

Ni nak cerita pasal baju nikah.Alhamdulillah semua barang hantaran kedua-dua pihak dah siap dibeli.Hiasan dulang hantaran pun dah setel.Sekarang hanya tinggal baju nikah.Lebih kurang 3 minggu lagi sebelum majlis.Kalau ikut hari ni lagi 24 hari lagi..wahhh makin hampir dah.macam-macam benda kena pikirkan.rumah sewa pun masih tak dapat lagi. =( Ok.pasal baju nikah ni sebenarnya dah siap 50%.Hari tu beli baju melayu yang dah siap warna putih.Dan kat kedai yang sama ade jual kain yang sama dengan baju melayu tu.Jadi saya pun beli 2meter untuk buat baju saya.Kain saya guna songket yang kami beli kat alamanda.Baju saya dah siap tempah.Saya buat baju kurung moden.Tapi saya rasa macam gemuk bila pakai baju tu.Adakah kerana kain tu kain satin atau saya yang dah gemuk??(ermmm sedapkan hati sebab kain tu yang buat saya nampak gemuk)huhuhu.Sekarang kami nak cari batu korea untuk ditampal kat baju kami.Tapi kena tunggu samping warna ape.Samping lagi satu benda yang kami tak beli-beli lagi.Nak beli samping yang sama dengan kain songket saya tapi susah sangat nak jumpa.Pusing-pusing kat masjid jamek dan jalan TAR pun tak jumpa.Tapi ade orang kedai tukata sonket tu dari pakistan.Kalau nak yang sama jugak kena gi pakistan la cari.huhuhu.Jadi saya cadangkan pada En. Tunang cari je samping lain dan warna ikut warna tema HIJAU.Tak tahu la En. Tunang setuju ke tak sebab diawal plan kami kami nak semua putih jer.Dah dapat samping baru bole cari batu tu korea tu.Kawan saya kata batu tu kalau nak beli murah dekat kenanga city.144 biji dapat rm30++.Pastu tampal saya nak buat kat wangsa walk jer.Kat situ ada orang korea tu yang buat tampal-menampal.Upah kat situ saya tak pasti berapa.Kalau dah buat nanti saya update berape harga dia ea.Mengenai tudung.En tunang suruh pakai bawal.Tapi saya berkenan kat tudung bawah ni.Tapi kena tanye En.Tunang dulu dia suke ke tak.
Cantikkan?En Tunang..Ok tak?

Kena selesai beli samping dan baju pun dah siap buat batu baru bole pikir pasal tudung pulak.

Weekend ni semua kena siap.Semoga dipermudahkan.amin......



Monday, 22 October 2012

Prosedur Nikah terkini


Entry kali ini akan menerangkan cara dan prosedur lengkap perkahwinan di Malaysia. Prosedur ini pada asalnya boleh digunakan di mana-mana negeri di seluruh Malaysia. Namun, perbezaan mungkin boleh wujud selaras dengan keperluan dan diatur serta ditetapkan oleh jabatan agama islam negeri.

Secara ringkasnya proses perkahwinan adalah seperti berikut:

Kursus Pra Perkahwinan [WAJIB]


Boleh dihadiri pada bila-bila masa. Sebaik-baiknya 3 bulan sebelum tarikh pernikahan. Selepas kursus anda akan mendapat Sijil Kursus Pra Perkahwinan. Sijil Kursus Pra Perkahwinan boleh diguna pakai di mana-mana negeri dan tidak mempunyai tarikh luput. 
Kursus Pra Perkahwinan boleh dihadiri bersama pasangan atau berseorangan. Yuran kursus biasanya dari RM40 hingga RM80. Di sesetengah negeri, terdapat ujian pada akhir kursus pra perkahwinan.

Pergi ke PAID yang terdekat


Anda digalakkan untuk pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah, PAID yang terdekat dengan kawasan anda sebelum anda memulakan proses persediaan borang perkahwinan anda. Tanyakan pada pegawai yang bertugas bagaimana prosedur perkahwinan di kawasan tersebut. Ini kerana proses dan prosedur perkahwinan berubah dari masa ke masa. Bagi negeri Selangor misalnya, proses pengisian borang perkahwinan kini adalah secara online. Jadi untuk mengelakkan anda tersilap dan terpaksa memulakan semula pengisian borang dari awal, sila rujuk PAID yang terdekat.

Saringan HIV


Contoh Borang Saringan HIV Pra Perkahwinan
Saringan HIV adalah untuk menentukan status HIV anda. Sekiranya non-reactive, anda akan dibenarkan untuk meneruskan ke proses yang seterusnya. Sekiranya reactive, anda perlu untuk mengambil saringan susulan untuk menentukan sama ada anda anda HIV positive atau negative.

Bagi Negeri Selangor, anda dibenarkan untuk melakukan ujian saringan HIV di klinik kerajaan atau swasta seperti di bawah:

Carta alir ujian saringan HIV bagi klinik kerajaan atau swasta

Di bawah adalah senarai klinik swasta untuk ujian saringan HIV bagi perkahwinan.


Senarai makmal swasta yang diiktiraf MS IS0 15189 di Selangor dan Kuala Lumpur:
  1. Scope Medical Microbiology
  2. Sunway Medical Centre
  3. Gribbles Pathology (M) Sdn. Bhd. Selangor
  4. Pantai Premier Pathology Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
  5. Pathology & Clinical Lab (M) Sdn. Bhd. Selangor
  6. University Malaya Medical Centre
  7. Sime Darby Medical Centre
  8. Clinipath (M) Sdn. Bhd. Selangor
  9. Stem Life Bhd. Kuala Lumpur
  10. Makmal-makmal hospital swasta (MSQH Accredited Hospital)

  • KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital
  • Sunway Medical Centre
  • KPJ Kajang Specialist Hospital
  • Pantai Hospital Klang
  • KPJ Damansara Specialist Hospital
  • KPJ Selangor Specialist Hospital
  • Columbia Asia Hospital Puchong
  • Assunta Hospital
  • Sime Darby Medical Centre
  • Sri Kota Specialist Medical Centre

Senarai klinik swasta yang dibenarkan untuk ujian saringan HIV pra perkahwinan

Isi Borang Berkaitan


Diantara borang yang biasanya perlu diisi adalah borang permohonan kebenaran perkahwinan, borang permastautin (bagi seseorang yang tinggal dikawasan yang lain dari yang terdapat pada ICnya), dan borang akuan bujang. Bagaimanapun, seperti mana yang telah diterangkan pada permulaan tadi, sila rujuk PAID yang terdekat bagi memastikan borang apa yang perlu diisi.

Serahkan borang yg telah di isi, keputusan saringan HIV & Sijil Perkahwinan kepada PPN terdekat


Selepas selepas selesai mengisi borang berkaitan, sila bawa borang, dokumen berkaitan & sijil perkahwinan kepada Penolong Pendaftar Nikah (PPN) kawasan anda. Siapa PPN kawasan anda? Anda boleh bertanya kepada imam surau/masjid berdekatan atau penghulu kampung/taman/kawasan.

PPN akan memeriksa dan memastikan semua dokumen telah siap dan betul sebelum mengecop dan memberikan kelulusan untuk perkahwinan yang dipohon.

Hantar borang kepada PAID terdekat


Selesai urusan dengan PPN, anda dikehendaki untuk menyerahkan borang yang telah siap kepada PAID untuk diproses. Proses mungkin mengambil masa 1 - 2 hari. Borang yang telah selesai hendaklah diserahkan kepada bakal isteri untuk diproses.

Perbezaan prosedur bagi bakal suami dan bakal isteri ialah ketika berurusan dengan PPN. Bagi bakal isteri, dia hendaklah membawa wali dan 2 orang saksi untuk menandatangani borang dihadapan PPN.

Selesai! Hantar borang tersebut kepada PPN/Tok kadi di kawasan di mana pernikahan akan diadakan untuk temu janji perkahwinan anda. Pastikan Tok kadi anda "free" pada masa pernikahan supaya ketika pernikahan kelak tidak berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Selamat Bernikah...

Tuesday, 16 October 2012

Dokumen nikah hampir selesai.

Assalamualaikum

Hari ni saya pergi ke paid keramat untuk serahkan semua borang yang telah lengkap.Sabtu lepas saya dah selesaikan semua dokumen perempuan termasuklah membuat pengesahan daripada penolong pendaftar nikah kawasan saya di gombak.Saya bersama ayah saya dan 2 orang saksi iaitu 2 paklong saya untuk tandangan borang kebenaran berkahwin depan imam tu.Sekejap je proses tu.Pastikan semua lengkap.Surat sokongan pun pastikan semua ada.Kalau tak lengkap kena la datang jumpa imam tu lagi sekali.Dan lagi satu surat kebenaran dari pihak lelaki yang telah disahkan oleh paid daerah dia pun kena bawak jugak.Saya selesaikan semua tu dalam masa 1 hari sahaja.Alhamdulillah dipermudahkan ALLAH.Itu pun naseb baik dua-dua orang saksi saya tu free.Jadi semua dokumen dah selesai hari ni saya hantar ke paid keramat untuk dapatkan surat kebenaran berkahwin yang telah disahkan oleh mereka.Tapi paid tempat saya suruh datang esok untuk ambik.Berkejar lagi saya nak ke sana.Kalau macam paid shah alam tempat En tunang saya,kat sana diorang keluarkan surat kebenaran tu masa tu jugak.Senangkan macam tu.Tapi mungkin paid kat sana besar dan ada banyak perkerja.Sebab tu tak payah tunggu.Tapi pastikan pergi paid tu bawak duit k?Bayaran untuk surat kebenaran adalah RM10.Jadi esok saya akan ambik surat tu.Dan hantar pada imam yang akan nikah kan kami.Tak sabar nak setelkan dokumen ni semua.Dah setel tunggu nak kahwin je.... =)




En Tunang: Terima kasih kepada en tunang sebab tolong selesaikan dokumen-dokumen ni.Lagi sebulan setengah jer.Jaga diri,hati dan seluruh anggota badan.Jaga hubungan ni baik-baik k?Doa selalu untuk kita.. =)

Friday, 12 October 2012

Nasihat untuk para suami

Sabda Rasulullah SAW:

"Terimalah wasiat ini yang aku wasiatkan kepada kamu iaitu berbuat baiklah kepada wanita kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok pada rusuk ialah pada bahagian atas-Nya. Jika engkau hendak meluruskan bahagian yang bengkok itu maka nescaya engkau akan mematahkannya, tetapi jika engkau membiarkannya, maka ia akan sentiasa bengkok, maka berbuat baiklah kepada wanita".


An-Nisa' ayat 19 :
 "Dan bergaullah  kamu dengan mereka ( isteri-isteri kamu itu ) dengan cara yang baik.  Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)".


Sabda Rasulullah SAW:
"Janganlah salah seorang dari kamu dengan sengaja memukul isterinya seperti memukul hamba kerana pada akhirnya dia akan menidurinya juga".


Sabda Rasulullah SAW:
"Kamu memberi makan kepadanya jika kamu makan dan mengadakan baginya pakaian jika kamu memakai pakaian dan jangan sekali-kali memukul muka dan jangan menghina dan jangan mengasingkan diri daripada tempat tidur isterinya untuk tujuan pengajaran melainkan di rumah".
(Riwayat Abu Daud)
Sabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang baik terhadap kaum keluarganya dan aku sebaik-baik orang terhadap keluargaku".
                                                                                    (Riwayat At-Tirmizi)


Isteri Solehah



Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?" Bersabda Rasulullah saw. "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw. dan bertanya, “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya ? Rasulullah saw. menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim)


Tuesday, 9 October 2012

Checklist persiapan majlis nikah


Dokumen lelaki

1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN. done
2. DAPATKAN BORANG 2A DI JAIS / PAID ATAU MENGISI PERMOHONAN SECARA ONLINE  done
3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI BAHAGIAN 
  UNDANG-UNDANG KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.done
4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. done
5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH KARIAH. done
6. DAPATKAN KEBENARAN BERKAHWIN DARI PAID. done
7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PIHAK PEREMPUAN. done

Dokumen pihak perempuan

1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN done
2. 
DAPATKAN BORANG 2A DI JAIS / PAID ATAU MENGISI PERMOHONAN SECARA ONLINE  done
3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI BAHAGIAN 
  UNDANG-UNDANG KELUARGA JAIS ATAU PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH. done
4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH) done
5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN) QARIAH. done
6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.done
7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH. done
8. AKAD NIKAH DIJALANKAN - 30 November 2012. pending
9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI JAIS/ PAID pending


Barang hantaran

Lelaki kepada perempuan

Beg tangan done
telekung done
Bunga rampai done
sirih junjung pending
kain baju done
toiletries done
kasut done

Perempuan kepada lelaki

sirih junjung pending
bunga rampai done
kain jubah dan serban done
sejadah done
buku (asbabun nuzul,tafsir al-quran)+ al quran digital done
perfume done
Kasut done
kek pending
coklat pending

Bunga telur 100pcs done
Hiasan hantaran done

Banyak lagi yang pending.sekarang every weekend berjalan cari barang.penat tapi tahu semua ni berbaloi.jadi untuk En tunang.sabar k??usaha sama2. Kita pastikan usaha ni berbaloi dengan tenaga dan duet yang dah kite habiskan.Jadi jangan sia-siakan.chaiyok2. =)


Dokumen nikah

Assalamualaikum

Semoga semuanya dalam keadaan sihat.
Hari ni saya nak cerita pasal prosedur nikah.Tapi prosedur ni hanya untuk negeri selangor.Tetapi ade juga beberapa pengetahuan yang saya tahu mengenai beberapa negeri lain juga.

Ape yang perlu pasangan yang bakal bernikah lakukan?Bawah ni beberapa perkara yang wajib untuk diselesaikan.Kalau bole sediakan semua ni awal-awal kerana takut ade beberapa perkara yang bole menyebabkan pernikahan di tangguhkan.


1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN.

Sijil kursus ini sah untuk seumur hidup jika ia dikeluarkan oleh pihak jakim/jawi.Sekarang beberapa institusi pengajian juga ada yang jalankan kursus ini.Jadi memang sesetengah orang akan pergi awal walaupun  2 3 tahun lagi nak kahwin.Tapi seeloknya pergi kursus ini 3 bulan sebelum berkahwin.Takut ade beberapa perkara yang kite terlupe kerana dalam kursus kahwin ni penceramah yang datang dari jakim atau penceramah yang dilantik oleh pihak jakim akan memberitahu mengenai prosedur perkahwinan.Yang ni memang sangat-sangat penting bagi memudahkan pengurusan permohonan perkahwinan berjalan lancar.Memang nampak senarai-senarai yang diperlukan sangat senang tetapi sebenarnya ia sangat susah.Bagi yang dah buat diorang tahu la macamane.Dan tujuan kursus ini juga adalah untuk memberitahu atau mengingatkan beberapa perkara yang sebenarnya kita dah belajar dah masa sekolah dulu.Tapi sesetengah kita ada yang tak ingat macam saya.Jadi sebelum berkahwin benda-benda ini sangat-sangat penting untuk pastikan hubungan keluarga tu berpanjangan.Saya pergi kursus ni bersama En tunang di jakim.Nak tau bukak kat laman web ni.http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=886 atau http://www.islam.gov.my/kursus-perkahwinan-2012 atau untuk orang-orang KL http://perkahwinan.ning.com/profiles/blogs/senarai-pusat-kursus-kahwin-1 atau untuk negeri lain anda boleh google.hehe


Friday, 5 October 2012

Beberapa info mengenai ujian saringan HIV

Assalamualaikum

Sambungan untuk ujian saringan HIV.Saya baru sahaja balik dari membuat pengesahan untuk ujian saringan yang saya dan en tunang ambik semalam.Saya buat pengesahan dia klinik kerajaan gombak setia.Dan saya telah menjumpai sesuatu yang mengecewakan saya jugak.huhu..Tiba-tiba ternampak satu notis yang erm....sabar2......




Jadi?Takpe la.kami dah pun pergi hospital swasta yang harganya 3 kali ganda mahal.huhu...Tak tahu pulak bole hantar kat makmal swasta.Jadi ape-ape baik pergi sendiri ke klinik.Yang ni saya baca di klinik gombak setia.Tapi klinik-klinik kerajaan ni ada yang tak sama.Ada yang bole terima ada yang tak.Jadi memang kena pergi sendiri ke klinik kerajaan kalau nak tahu lebih lanjut.

Untuk en tunang: Sama-sama hadapi susah senang k?lepas kahwin lagi banyak ujian.sabar k?

Thursday, 4 October 2012

Pengalaman mencari klinik untuk ujian saringan HIV

Assalamualaikum

Entry kali ni nak cerita tentang pengalaman mencari klinik untuk saringan HIV test.Pengalaman yang sangat-sangat menguji kesabaran.Belum masuk lagi pengalaman isi borang nikah online.Takpe.yang tu kite cerita lain kali ea.
Semalam saya pergi dengan en tunang.Mula-mula kami ingat nak pergi pejabat agama islam petaling jaya untuk tanye lebih lanjut mengenai prosedur.Tapi bila pergi sana, saya tak tau kemana hilangnye pejabat agama tu.Samaada dah berpindah atau memang tak wujud atau paling tepat kami memang sesat.hehe..masa ni kesabaran masih ditahap rendah walaupun jem yang teramat sangat.Tapi cool dulu.Lepas tu kami pun bergerak ke pejabat agama islam gombak timur.Sampai sana pakcik kat kaunter terus beritahu kalau nak isi borang nikah boleh isi online. pergi je kat link ni. http://ncr.jais.gov.my/ Daftar dan isi.Dan pakcik tu kata hiv test bole buat kat mana-mana klinik swasta.lepas pergi klinik kerajaan untuk buat pengesahan. Jadi kami pun mula menjalankan tugas.Mula-mula kami pergi ke klinik swasta area gombak.1st klinik aman.diorang kata dalam 3 hari baru siap.Ok.xpela.pergi next klinik sebab kami nak keputusan hari ni jugak.Klinik idzham.Klinik ni pulak kata klinik diorang takde lab.Jadi tak boleh nak buat hiv test.Lepas tu kami pergi Hospital Pantai.Kenapa?sebab hospital macam tu mesti ada lab dan keputusan dia pun takkan ambik masa lama.Tapi harga mesti mahal.tahu dah....Jadi tiada cara lain lagi kami pun pergi menuju ke hospital tu.Masa tu dalam pukul 1.30.Sampai sana lebih kurang pukul 2 lebih.Jadi pergi tanye kaunter diorang kata bole buat tapi harga mahal la.Jadi saya yang sangat berjimat sebab nak kumpul duit kawin mengajak en tunang cuba pergi klinik kesihatan puchong.Kat sana saya pernah terbaca yang kalau buat terus dapat keputusan.Jadi kami pun pergi menuju ke sana.Sekali lagi dikecewakan.Kat sana kalau buat,sebulan baru dapat keputusan.Dan nurse kat situ pun meminta kami untuk buat kat klinik/hospital swasta.Tapi ade beberapa klinik/hospital swasta sahaja yang dibenarkan.Antara yang saya ingat KPJ ampang,KPJ damansara,KPJ kajang, Hospital Pantai,Columbia Hospital dan beberapa lagi yang saya dah lupa.huhu.Jadi keputusan muktamad kami terpaksa buat kat hospital pantai.Jadi kami patah balek ke hospital balek.Jauh betul perjalanan kami hari ni.Masa ni memang sangat-sangat penat.Tapi berusaha jugak untuk siapkan hari ni.Kami pergi hospital pantai.Nurse tu cakap keputusan akan dapat esok pagi sebab kami buat dah terlalu petang.kami pagi keputusan akan dapat petang.jadi kami pun buat disitu.Harga?Rm100++.Ambik darah 2 minit je.Dekat pukul 6 baru semuanya selesai.Dan kami pun balek dengan kepenatan.Memang banyak halangan tapi kami sama-sama kuatkan jugak hati.Sepanjang jalan perkataan bersabar tu sentiasa ada.Ni baru ujian sikit.Lepas ni kena hadapi lagi banyak ujian bersama.Jadi ketika ini setiap dari kami memang perlu mainkan peranan supaya tiada siapa yang give up.Jadi..nak kahwin?banyakkan bersabar........ =)

sekian


teriam kasih kerana sudi baca entry yang panjang sangat ni.hehe

Nasihat dan pengajaran: Buat apointment dengan klinik kesihatan kalau bole 3 atau 4 bulan sebelum nikah sebab  kadang-kadang klinik kesihatan penuh dan result pun akan ambik masa sebulan.Kalau banyak duit bole pergi je klinik swasta.sehari dah siap.Gook luck kepada sesiapa yang nak kahwin.

Untuk tunang tercinta:bersabar k.lepas ni ade banyak lagi benda kena buat...kita berusaha sama-sama ea?=)

Ape itu perkahwinan?

Assalamualaikum,

Semoga semuanya sihat dan sentiasa dibawah rahmat ALLAH SWT.amin...Hari ni kite cerita pasal kahwin ea.eh lepas2 ni semua pasal kahwin.. =)


Semua orang ingin berkahwin.Saya pun nak kahwin.Awak,kita semua....Semua rasa nak kahwin kan?kan?kan?.Ingin menjadi isteri , ingin menjadi suami.Ade anak, ade keluarga..Namun maksud dan matlamat perkahwinan itu sendiri masih belum jelas.
Beberapa persoalan perlu dijawab sebelum kita melangkah ke alam rumah tangga.Ini perlu kerana kita berkahwin bukan untuk sehari dua.Tapi untuk selama-lamanya.Antara persoalan yang sepatutnya kita tahu dan ambil tahu ialah:

Apa itu perkahwinan?
Dan jawapan yang selalu kite dengar:
Akad nikah?erm....nak menjadi suami/isteri untuk melahirkan zuriat
Best dapat isteri/suami.
dan
Kenapa saya perlu berkahwin?
Dan jawapan yang selalu kite dengar:
Kerana semua orang perlu kahwin.
Rasa dah sampai waktu untuk saya berkahwin
Kerana kawan-kawan saya ramai yang dah kahwin
Nak dapat anak ramai-ramai
Nak bersanding atas pelamin. hu?huhuhu

Dan kite juga sering ditanya bila nak kahwin??
Saya juga sering diajukan dengan soalan yang sama.huhu..Dan jawapan yang selalu kite dengar
Jodoh tak sampai lagi makcik
(jawapan dalam hati: makcik tanye banyak kali,ape kata makcik tolong carikan)huhuhu