Wednesday, 16 January 2013

Doorgift kahwin - 10 jenis cenderamata

Assalamualaikum,

Kalau sebelum ni saya dah bagi beberapa idea untuk doorgift makanan.Boleh baca kat sini.Hari ni nak kongsi 10 lagi barang yang boleh diberikan semasa majlis perkahwinan.

1. Jar - Jar ni agak mahal.Saya pernah survey rm 1.90 sebotol.Belum tambah dengan isi dalam dia.Selalunya orang akan letak gula-gula, biskut atau apa-apa je yang boleh muat dalam tu.

2. Sapu tangan - Sapu tangan yang kecik tu.Kalau pergi kat kedai barangan pengantin ada yang jual bungkus.Murah je benda ni.Dalam Rm1.Tapi rasa ada yang lagi murah dari tu.
comelkan? Boleh pelbagaikan bentuk sapu tangan tu.

3. Cawan -  Selalunya orang bagi cawan yang kecil tu sebab ianya murah.Sebiji dalam Rm2.Kalau ada bajet lebih boleh bagi cawan yang ada gambar korang (pengantin).


4. Sudu mini - Sudu ni comel jer.Kalau bajet kurang boleh la bagi sudu ni.Boleh hias cantik-cantik.


5. Labu Sayong - Sepupu saya bagi labu ni.Tapi banyak lebih jadi saya pun dapat lebih.Harga dia saya tak tahu la berapa.Kalau malas nak fikir benda apa nak bagi, bagi je labu sayong ni.Tapi tak tahu kat mana ade jual benda ni.hehehe

6. Tasbih - Tasbih ni hari tu survey mahal jugak.Dia ada macam-macam jenis dan corak.Yang tu yang buat mahal tu.

7. Keychain - Keychain pun boleh bagi.Letak la kata-kata sikit.Tak pun gambar korang (pengantin)

8. Pemegang kad - Harga untuk pemegang kad ni yang saya tahu antara Rm 1.50 - RM2..Boleh letak coklat jugak.

9.Lilin - Lilin pun salah satu barang yang boleh diberikan.Sekarang lilin dah ada pelbagai bentuk.

10. Bag duit - Yang ni baru je lagi.Bag duit comel yang berbentuk piramid.Pernah jumpa untuk 1000pcs harga dia Rm 0.99.Murah jugak.Bagi yang ni je senang.Tak yah pikir yang lain.



Inilah antara barang yang boleh saya kongsi.Saya punya??Tunggu.......

Terima Kasih kerana sudi membaca. =)




12 comments:

  1. thanks for the info.. berguna ni..

    ReplyDelete
  2. boleh tak tanya sepupu awak kat mana dpt labu sayong tu ? :)

    tq dear !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepupu saya kata ada kat pandan indah.Tapi tak igt nama kedai.Nanti dia try cari resit beli tu.Tapi xtau la ada lg ke x....

      Delete
  3. aiyark. semua entry psl doorgift cx singgah. hahhaa. tk tau la nk ltk ape. budget tk brpe nk memberangsangkan. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cxopportunities..bajet xberapa??jgn risau..bgtau bajet dan insha allah sy akn siapkan! sy pun buat doorgift sendiri jugak dulu..boleh emel kat ratu_fansuri88@yahoo.com.hrp membantu!

      Delete
  4. Salam...dulu saya survey harga jar tu kat online n kat nilai mmg mahal... tapi alhamdulillah utk kenduri saya feb 2013 hari tu, saya dapat jar kat Cowboy Kuantan, sebiji 63sen je..hehe.. kepada sesapa especially belah pahang/tganu boleh la gi sana tengok..tu paling murah saya jumpa. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq honey sudi share kat sini. Entry ni antara yang banyak dapat viewer. Sekurang-kurangnya komen-komen macam honey boleh bantu diorang.

      Delete
  5. hi sudu mini tu bpe erk..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa igt la berapa harga dia. Tp range bwh rm1.50.. klu kt nilai selalu boleh beli borong jd boleh dpt lg murah dr tu.....

      Delete
  6. Replies
    1. Saya x gt la berapa..kebetulan google trjumpa.cer cuba google.

      Delete