Sambungan pasal kuching,Kali ni pasal makan-makan.Kalau sape yang duduk atau pernah pergi kuching, topspot antara tempat makan yang popular kat bandar kuching.Penggemar seafood memang kena pergi sebab kat sini terdapat pelbagai jenis makanan laut dan harga dia agak ok.Mahal memang mahal tapi ada jugak makanan yang bila kita banding dengan semenanjung, harga dia agak murah tapi sangat puas hati.Sangat2.Seafood dia semua fresh.Tak rugi la.Berbaloi dengan harga yang kita bayar. Tempat ni sesuai makan ramai-ramai.Ada banyak kedai dan majority adalah kedai chinese.Tapi jangan risau.Mereka ada tampal sijil halal sarawak.Tapi kena cek betul-betul, ada yang saya tengok baru expired sijil tu.Tempat yang saya pergi nama dia bukit mata.Sijil expired 2014.Tempat ni paling ramai orang.Ramai yang dah book awal-awal.Jadi kalau nak pergi, pergi dalam kol 5.Kol 6 confirm dah penuh.Bila makan kat sini jangan harap la nak makan pakai sudu.Kalau order ketam confirm pakai tangan jugak.Lokasi dia dekat dengan pullman hotel,bertentangan kompleks tun jugah dan berhampiran dengan hotel yang kami duduk. Hotel kami dah cerita kat SINI .1st day pergi kami order lobster dengan ketam.Lobster 1kg RM68.Ketam 1kg RM60.Kami order lobster seekor dapat harga RM40.Ketam pun seekor harga RM20.Cukup untuk kami berdua.Lobster dia sangat besar dan puas hati sangat.Sampai sekarang terasa lagi kenikmatan lobster tu.Fresh.Ketam kami order masak sambal.Lobster kami bakar jer campur dengan cheese.Tapi tak sedap bila campur cheese.Tapi memang puas hati.Nikmatnya makan lobster tu sampai tak hirau pun hujan lebat.Habes makan baru pikir aik camne nak balek hotel.Jadi kami ambik teksi.
Ni dia topspot.Masa ni awal lagi.Dalam kol 6 memang penuh.
Ketam sambal
Lobster.Atas tu cheese.Tak sedap cheese tu jadi saya buang makan isi dia je.Nyam2..sedap sangat2.
2nd day kami pergi lagi sebab sedap sangat.Kali ni kami order 2 ekor ketam dengan 2 ekor udang.Tak tahu nama udang dia.Tapi besar la.Harga dia lebih kurang dengan harga lobster.Kali ni ketam kami order sambal dan udang kami minta bakar kosong.Takde cheese dah.Sangat selera makan.Husband makan nasi 2 pinggan.Alhamdulillah rezeki dan kenikmatan yang ALLAH bagi..Memang sangat berbaloi walaupun beratus habes kat makan jer..Tapi berbaloi.Saya boleh bagi kepuasan 10/10..Kalau dapat lagi pergi kuching memang topspot tempat 1st skali saya nak pergi sebab saya ni giler seafood.
Udang bakar
Sambal ketam
Nyam2
Setakat tu jer.Lepas ni nak cerita pasal mee kolok dan sio bee.
Sekadar berkongsi.Mungkin boleh menjadi rujukan untuk sesiapa yang nak pergi kuching kalau nak pilih tempat makan..
Sekian....
salah satu tempat makan kegemaran saya...miss my hometown
ReplyDeletemcm udang galah tue..
ReplyDelete