Wednesday, 10 July 2013

Cek mek molek

Assalamualaikum,

3rd time buat kuih ni baru la menjadi.1st time sebelum kahwin.Kuih ni favorite my husband..Sebelum kahwin dah belajar macamane nak buat kuih ni.Masa tu ingat lagi. Seriously tak jadi.Banyak sangat tepung.Liat sangat.Sape la sanggup makan.2nd time last week.Lembik sebab tak cukup tepung pulak.Pengalaman pertama terlebih tepung so time ni kurangkan tepung.Tapi kurang sangat la pulak.Seriously lembik.Nak makan pun macam tak lalu.Tapi husband habiskan jugak.Bini yang masak nak wat camne.Alololo.Sweet je dia ni.Tak sedap pun ngap jugak.Tq darling.Tapi bukan setakat situ.Sabtu lepas buat lagi.Jadi..Wah akhirnya........Menjadi jugak.Lepas tu memang husband minta suh buat lagi.Semalam buat lagi sekali dengan buat kuih keria.Cara dia lebih kurang jer.Tapi kuih keria plak tak jadi.Dah jadi cuma gula yang tak jadi.Nanti nak belajar lagi.

Meh nak share tips dan cara-cara buat kuih cek mek molek

Tak cukup bujur da....Huhuhu

Bahan-bahan.
Ubi keledek.Saya buat sebatang je.Tapi besar.Cukup la untuk kami berdua.
Tepung gandum.Lebih kurang setengah cawan.Agak-agak la.Jangan banyak sangat.Nanti liat plak.
Gula

Rebus ubi keledek sampai lembut.Lepas tu kupas kulit dia hancurkan dalam mangkuk.
Gaul dengan tepung.
Agak-agak la tepung tu.Jangan kurang sangat jangan lebih sangat.Kalau dia melekat kat tangan pun biar je.1st time buat ingatkan kena gaul sampai tak melekat kat tangan.Memang boleh tapi kena banyak tepung.Bile tepung banyak tak sedap pulak.Liat jadinya.Biar rasa keledek dari rasa tepung.
Jadi kalau melekat tu celup tangan dalam air.
Lepas tu adun la seperti bentuk bujur.
Gulung la yang dah siap adun tu dengan tepung.Kira salut dengan tepung.
Dah tu panaskan kuali.Bukak api pelahan jer.Nanti hangus.
ooppp..Masa buat bujur tu jangan lupe letak gula.Gula sikit je.Pastikan tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar.
Lepas tu masuk dalam kuali.Pastikan isi dalam tu masak.Biar api perlahan.
Dah rasa macam isi dalam masak kuatkan sikit api untuk garingkan bahagian luar.
Ok

SIAP!
Selamat mencuba.

1 comment: