Friday, 13 September 2013

Hi 5 Bread Town Shah Alam

Assalamualaikum,

Salam jumaat semua.

Semalam saya join trip dengan student iium ke beberapa tempat area KL. Tempat pertama skali yang kami pergi ialah Hi 5 Bread Town yang terletak di Shah Alam.Perjalanan dari gombak mengambil masa 1 jam. Tapi malangnya masuk sana tak boleh ambil gambar. Boleh ambil kat luar je. Tapi saya nak kongsi sedikit info mengenai Bread Town ni bagi sesiapa yang tak tahu nak pi mana dah kat KL ni. Ok. Bayaran masuk adalah seperti berikut:

 Adults - RM 15.00
 Students - RM 15.00
 Children - RM 12.00
 Senior Citizen (above 55) - RM 12.00
 Children (below 3) - Free Entrance


Operation Hour
Monday - Saturday - 9am - 6pm
Closed on Wednesdays and Sundays*
* Bread Town can be opened for special pre-booked functions on Sunday based on special request and arrangements.

Jadi kami memang dah book awal-awal. Tour guide kami ialah Mr. Jonny. Walaupun lambat 1 jam sampai tapi dia tetap tunggu kami. Lebih kurang 1 jam jugak kat dalam tu. Ape yang ada dalam tu? Sejarah dari awal penghasilan roti sampai la sekarang. Semua jenis alat yang digunakan dari zaman penghasilan roti ada disitu. Dari mula-mula orang menggunakan tangan untuk uli tepung sampai la gunakan mesin. Masuk dalam tu memang panas. Jadi awal-awal lagi dah diingatkan untuk bukak sweater. Daripada pengenalan kepada sejarah roti sehinggalah dibawa ke kilang pembuatan roti Hi 5. Disitu Mr. Jonny akan terangkan dari mesin buat tepung tu sampailah ke packaging. Kalau nak tahu 1 jam sahaja mesin tu boleh menghasilkan 24000 roti. Banyakkan?? Tapi memang senang semua sebab guna mesin jer. Uli, asingkan tepung, bulatkan tepung, bakar roti sampai ke bungkus semua mesin. Kalau tengok perkerja diorang pun sedikit jer. Dan akhir sekali akan dibawa ke kedai roti. Sempat jugak la saya beli kek buah silverbird. Favourite husband. Murah dari kat luar. Dan kami pun dapat free roti. Meh nak share gambar...

Pintu masuk

Roti hi 5 yang besar...

Bread Bakers..Alololo.Comel jer..

Ni la pintu masuk ke museum roti ni..

Masuk ni tak dibenarkan mengambil gambar. Jadi takde la gambar dalam ni.Huhuhu

Antara student kami.

Dapat free roti. Tak tangkap plak gambar roti tu. Tapi dalam tu de roti buku hi 5 dengan 4 bungkus roti berkrim..

Itu sahaja lah. 
Next entry mengenai Muzium galeri dan seni Bank Negara....

Wasalam.

5 comments:

  1. memang xleh gi amik gambo kalau gi tempat2 camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan.Tapi nasib baik masa gi muzium galeri dan seni bank negara diorang benarkan.Next entry inshaALLAH saya share.hihihi

      Delete
  2. wah bestnya kalau dapat pergi.
    kalau dapat pergi.... uisy memang nak pergilah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la pergi.Boleh tau macamane roti dibuat....

      Delete
  3. wah..besarnye bread tu
    beznye dpt jenjln sana..cuci mata
    follower ke 138..jemput singgah ke blog Yumida & follow back klo sudi
    http://umikasum.blogspot.com

    ReplyDelete