Thursday, 17 October 2013

Menawan Broga Hill (Tips dan gambar)

Assalamualaikum,

Minta maaf la. Baru nak update. Busy dan malas.Hehehe.Entry sebelum ni ada cakap kan saya dan husband nak pi broga hill. Akhirnya cita-cita itu menjadi. Sebelum ni hangat-hangat tahi ayam jer. Tak pergi-pergi. Lepas jer saya tulis entry tu balek terus husband ajak pi. Tanye dia baca entry saya ke. Dia kata tak. Kan memang dah plan awal-awal nak pi. Lagi pun cuti rayakan. Tapi kami pi ahad lepas. Sabtu tido umah mertua. Pagi-pagi kol 430 dah bangun. Semangat sungguh. Kol 5 dah gerak. Pagi-pagi buta dengan jalan lengang. Kami ikut jalan kajang menghala ke semenyih. Minta tolong GPS tunjuk jalan/ Alhamdulillah tak sesat. Setengah jam jugak la sampai dari serdang tu. Sampai terus berhenti kat masjid solat subuh. Memang sebelum nak sampai ke broga tu ade masjid. Lupa plak nama masjid tu ape. Lepas solat teruskan perjalanan. Nanti jumpa nottingham university. Memang dah dekat la tu. Sampai-sampai cari parking. Sebelum ni saya dah pernah pergi dah sini bersama dengan budak-budak kelas cs110. Rindu la kat korang.Huhuhu.Jadi masih ingat la lagi jalan-jalan pi sini. Parking kat luar jer. Kat dalam kena bayar rm2. Dah ramai dah orang masa ni. Masih gelap gelita. Kami mulakan perjalanan dalam 620 gitu. Bermula la pendakian. Semua dah ready. Torchlight husband pegangkan. Saya bawak camera. Mengah ok. Tak sampai separuh jalan lagi. Husband kat belakang bagi semangat. Jangan takut walaupun masih gelap masa daki ni pun dah ramai orang berbaris. Uhhhh rasa nak give up jer. Bila la nak sampai ni. Bila la nak sampai ni. Yang tu je la yang dok ulang. Memang menguji mental betul.Yang tak bestnya belakang kami ada group yang hisap rokok. Aduiii memang lagi susah nak bernafas. Daki slow2 akhirnya............ sampai jugak. Sampai terus duduk. Tak larat.Tak larat..Masa ni air tak bawak. Telan air liur je la. Sapa jual air atas tu confirm laku.Tak sampai puncak lagi masa ni. Rehat jap. Dah hilang penat husband ajak pi puncak. Wahhh agak curam jugak nak naik. Gagahkan diri. Akhirnya sampai jugak puncak. Yeeeaahaaaaa. da be da be du. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Lega..... Menikmati udara segar pagi-pagi. Syokk betul.Tapi sayang tak boleh tengok matahari naik sebabnya langit ditutupi dengan awan nanonanonano........Tapi sejuk dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan kabus. Best sungguh. Nyaman jer. Lepak lama jugak. Dalam setengah jam jugak la nak sampai atas.Tanpa berhenti k. Kat atas tu dah ramai giler orang. Dekat beratus jugak la. Berbilang bangsa dan berbagi peringkat umur. Dalam kol 8 20 camtu kami balek sebab takut panas. Tuturn kejap jer. Dalam 20 minit. laju betul. Masa turun ni pun ade jugak orang yang baru nak naik. Ramainye la orang pi sini. Balek singgah umah mertua berakfast. Jadi habis la sudah cerita ekspedisi mendaki bukit broga. Hehehehe. Meh layan gambar.Tapi sikit jer sebab tak nampak pape pun. Dipenuhi dengan kabus. Meh nak share tips jugak.

Kabus. Ramai tak? Kat tempat saya tengah duduk ni pun ramai jugak.

Ni la diantara pendaki-pendaki yang sudah berjaya menawan bukit broga. =)

Ni sepasang suami isteri yang tengah dating atas batu. hehehe

Meh nak share tips plak.

Sebelum.

1. Jangan lupa bawak torchlight.
2. Pastikan pakai kasut yang mempunyai tapak yang tahan lasak dan tidak licin. (Tapi ade je orang pakai selipar.Tapi untuk keselamatan pakai la yang elok ea.)
3. Bawak air. Tapi botol kecik. Seboleh-bolehnya jangan la bawak barang yang akan menjadi beban kepada anda. Tak pasal-pasal kena buang je kang semua sebab tak larat nak bawak.Huhuhu
4. Sape ada trekking poles bawak la. Senang sikit nak daki. Kalau tak da korang ambik la batang-batang kayu kat rumah korang tu. Asalkan ianya selesa pada korang.
5. Sejadah. Sapa yang nak solat kat atas tu boleh la bawak sejadah. Pastikan air pun kena bawak lebih untuk wudhuk. Kiblat?Hp kan cangih-canggih. hehehe
6. Buang air besar. Benda ni tak ramai yang cakap. Tapi ni tips dari cikgu kesatria saya tiap kali kalau nak naik gunung. Kenapa? Sebab kalau korang tak buang, bila mendaki wap akan naik kat otak yang akan buat korang jadi pening. dan rasa nak pitam.
7. Stretching exercise supaya kaki tak cramps.

 Semasa.
1. Jaga setiap langkah anda.
2. Jangan buang sampah. Jagalah kebersihan tempat tu.
3. Jangan buat benda yang tak sepatutnya.Paham-paham la ye.
4. Jangan duduk. Penat macamane pun jangan duduk. Nanti korang akan pening. Berdiri je untuk hilangkan penat tu. Jangan duduk. Kalau boleh jangan berhenti. Teruskan walaupun jalan perlahan dari kura-kura.Kena teruskan jugak.

Selepas.
1. Masa nak turun pun jaga langkah anda.
2. Jangan turun secara laju yang boleh menyebabkan hentakan pada setiap langkah. Nanti kaki akan terima tekanan dan akan sakit.
3. Buat la stretching.

Itu jer tips yang saya nak kogsi.

Kalau ada lagi nak tambah boleh share ea.

Wasalam.

P.S: InshaALLAH kat terengganu nanti pun akan cari bukit-bukit macam ni yang boleh dijadikan tempat untuk kami suami isteri beriadah bersama. Thanks abang bagi semangat semasa diri ini give up.Hehehe

No comments:

Post a Comment