Friday, 11 October 2013

Zaman dolu-dolu

Assalamualaikum,
Salam Jumaat.

Hari tu google pasal gunung senyum di pahang sebab cerita kat husband pasal gunung tu. Dah banyak kali jejakkan kaki kat gunung tu. Bila google pasal tu keluar la gambar aktiviti kesatria negara yang buat camping kat situ. Of course, saya antara komander yang join camping tu.Hehehe.Yer dulu saya komander kesatria yang ade sesetengah student sangat anti dengan komander. Pandangan setiap orang lain-lain.Ade jugak yang sayang komander..... =)

Tapi tu kisah dahulu.

Bila dah google jumpa la pemilik gambar di goole images.

Ni dia blog diorang Dalliance dan Afiqah's Journey . Kawan seangkatan masa komander dulu dengan little kiut miut junior. Boleh terjah blog diorang ea. Hihihi

Pagi ni mentalaah blog diorang je. Yela sejak habis blaja tu berapa kali je jumpa kat luar sebab semua orang pun bawak haluan masing-masing. Dan bila dah kawin memang tak berkesempatan nak jumpa berjimba naik gunung, turun gunung. Jadi baca blog diorang nak tahu aktiviti terbaru pasal diorang dan jugak pasal komander. Seriusly, rasa nak nangis. Giler rindu zaman dolu-dolu gi camping,daki gunung, redah hutan, kawad. Ahhhhhhhhh..............

Tapi sedar diri ini dah tak larat. Boleh pancit kalau nek gunung. Dok umah tido tak exercise langsung camno nak daki gunung. Boleh PENGSAN!!!! (gelaran masa komander sebab selalu pengsan.Low Blood pressure  memang gitu.Bukan alasan ea tapi memang kenyataan. Hihihihi).

Tapi tu semua kenangan.

Banyak yang saya blajar dari jadi komander ni. Belajar berdikari, beranikan diri, disiplin, jangan putus asa dan banyak lagi la. Tak sia-sia jadi komander ni.

Rindu la komander.

Sumber : Google image. Gambar saya tak de.Tak tahu la time ni hilang mane.Huhuhu.


Itu jer.


P.S:  Nanti nak ajak jugak husband daki broga hill. Dah lama plan tapi selalu tak jadi.


No comments:

Post a Comment