Tuesday, 29 April 2014

Diari hamil

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.......

12 April 2014
Pagi tadi cek upt. Dengan lajunya cepat je naik merah dia. Dah agak dah sebabnya dah seminggu dah lewat period. Kitaran period saya sebelum ni normal jadi bila dah lewat tu dah boleh agak dah. Dengan sakit kat puting payudara. Alhamdulillah.. Tunjuk upt result kat husband pun dia sengih sebab dia pun dah agak awal. Sekarang ada kat kuching jadinya tak confirmkan lagi dengan doktor.  Balek KL isnin ni baru pi check. Tapi still rasa surprise lagi. Huh banyak fikir. Sedia dah ke aku ni... Walaupun dah setahun lebih kahwin. Saya lebih risau mampu ke jadi ibu dari risau macamana nak beranak. Harap2 ALLAH permudahkan.....



14 April 2014
Kami pergi ke klinik melati utama taman melati untuk pengesahan. Alhamdulillah usia kandungan kini 5 minggu lebih mengikut hari pertama last period hari tu. Doktor cek ultrasound dan kandungan berada dalam rahim.


18 April 2014
On the way balek kl-terengganu saya muntah dalam kereta. Sepanjang perjalanan perut tak sedap. Berhenti kat rnr beli asam. Setakat ni takde alahan lagi tapi malas je keje. Baring je sebab perut asyk berangin dan asyik mengantuk.

No comments:

Post a Comment