Thursday, 10 April 2014

Kisah sedih seorang anak "Saya nak jadi TV"

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi satu cerita. Cerita ini diceritakan semula oleh Ustaz Nor Hisyam sebentar tadi dalam rancangan Madrasah Al Hijrah. Kisah ini diambil dari penulisan isteri ustaz Zaharuddin.Kalau yang tak tengok meh saya share sekali lagi.


   Kisahnya. Pada suatu hari seorang cikgu sedang menanda buku anak muridnya sambil diperhatikan suaminya sekali sekala. Kadang-kadang kedengaran cikgu itu ketawa. Mungkin ada yang geli hati tatkala membaca cerita anak-anak muridnya itu. Tiba-tiba cikgu itu menangis teresak-esak. Suaminya pun pelik lalu bertanya kenapa tiba-tiba sahaja menangis. Dan cikgu tu menceritakan yang dia sedih membaca karangan muridnya itu. Hari ini saya menyuruh mereka membuat satu karangan mengenai ape yang mereka ingin jadi. Jadi kipas ke, kerusi ke, atau apa sahaja dan kenapa ingin menjadi benda tu. Dan seorang budak mengatakan yang dia ingin menjadi sebuah TV. Kenapa kerana walaupun ayah saya penat pulang dari kerja dia tetap akan duduk dekat dengan TV. Jadi kalau saya jadi TV, ayah boleh duduk dekat dengan saya. Jika ibu saya banyak kerja rumah sekalipun dia akan dekat dengan TV. Jadi kalau saya jadi TV, ibu boleh dekat dengan saya. Abang kakak saya pulang rumah pun mereka akan dekat dengan TV. Jadi saya nak jadi TV, supaya mereka boleh duduk dekat dengan saya. Mereka akan gelak ketawa bila tengok TV, jadi bila saya jadi TV, saya boleh bergelak ketawa bersama mereka. Lalu suami cikgu tu membalas, mungkin anak ini sering diabai oleh keluarga dia. Makin kuat cikgu tu meraung menangis sambil berkata " Abang yang tulis karangan ini anak kita bang".........


 Itu je.
 Wasalam.

No comments:

Post a Comment