Thursday, 14 August 2014

Pengalaman menjalani latihan industri di petronas.

Assalamualaikum,

Teringin rasa nak share pengalaman dan kenangan semasa saya menjalani latihan industri kat petronas walaupun dah 2 tahun berlalu. Saya buat masa tahun 2012. Memang satu kenangan terindah buat saya. Tapi setengah orang mungkin ade pengalaman yang berbeza. Tapi saya dapat kat department yang best.

Ceritanya bermula bila saya nak apply untuk LI. Masa tu memang petronas menjadi salah satu tempat yang saya nak apply. Saya dapat offer dari petronas pun last2 minit. Masa tu saya dah dapat offer dari company lain. Tapi dalam hati ni tak tahu la kenapa saya mengharap sangat dapat kat petronas. Sampai saat2 akhir saya tunggu diorang kol. Sampai saat akhir jugak saya tak reply pun surat setuju dari company lagi satu sebab saya memang dapat rasa saya dapat kat petronas tu. Punye la mengharap. Keyakinan yang saya akan dapat kat petronas tu sebab 2 3 kawan saya dah dapat offer petronas. Kenapanya saya ni lambat sangat nak dapat. Memang saya tunggu sampai saat2 akhir baru dapat kol dari diorang. Bila diorang tanya nak ke tak buat intern kat situ terus saya jawab nak tanpa pikir panjang. Bila dah setuju memang lega sangat. Tak sangka lepas2 tu dapat kol dari diorang jugak tapi company petronas lain. Kan petronas ada company banyak2. Petronas gas, petronas dagangan, petronas carigali dan banyak lagi anak2 syarikat dia. Saya dapat petronas gas. Jadi saya pun tanya kawan2 saya yang tak dapat tempat lagi suruh kol diorang kalau nak intern kat situ sebab masih ada kekosongan lagi. Jadi mula la proses menghantar segala borang setuju bagai kat petronas. Jadi hanya menunggu untuk start intern je dengan perasaan excited.

Tempat intern saya kat nun bangunan paling tinggi kat malaysia. Twin tower. Tak pernah pun terpikir dapat naik situ apelagi keje kat situ. Lagi bertambah la keterujaan saya. Mana taknye sebelum2 ni curious gak ape la yang ada kat klcc tu. Selalu dengar tempat tinggi2 ni banyak hantu jer.hehehe

Bermula la hari pertama intern saya. Saya kena lapor diri awal pagi dapat level 50. Lebih separuh dari bangunan tu saya naik. Nasib la tak gayat. Masa mula2 tu blur2 lagi. Sampai salah naik lift sebab saya tak tahu lift kat situ fungsi dia lain dari lain. Pernah la naik bangunan TM tapi lift situ lagi senang nak paham walaupun 1st time guna. Nasib la ada orang tolong. Kalau tak mesti tak sampai level 50 tu. Lift kat situ sampai level 41 42 yang ade bridge tu kena tukar lagi. Level ganjil dengan genap lift dia lain. Mula2 tu konpius jugak tapi lama2 paham dah. Itu la pengalaman hari pertama selain duduk je kat ofis untuk sesuaikan keje. Tak silap seminggu jugak tak buat pape. Lepas tu baru la banyak keje.

Saya dapat kat department training. Department yang sediakan training untuk staff. Jadi memang awesome la. Selain dari tiap minggu dapat makan kat hotel, saya dapat jumpa dengan staff petronas dari bahagian exec  sampai la ke bahagian GM. Perhh memang pengalaman yang susah nak dapat ape tidak nye saya dapat dengar pengalaman2 dari orang2 yang dah berjaya. Cara kerja diorang. Memang cuak jugak la kalau keje kat sini. Tahap keje diorang memang high level. Professional yang super awesome. Keje yang ada kaitan dengan course saya tak banyak pun. Setakat buat slide dengan flash movie yang simple2. Itu je la. Yang lain gi ikut training kat hotel.

Lebih kurang 3 bulan lebih jugak saya LI kat situ. Memang saya puas hati dari segi pekerja dan jugak environment walaupun kadang2 banyak keje tapi sebab seronok banyak keje pun boleh jadi best. Kalau dapat lama lagi intern kat situ memang saya nak.

Dihari2 terakhir LI 2 kali diorang buat jamuan perpisahan. Berderai air mata walaupun sekejap je kerja kat situ. Saya sangat hargai segala ilmu dan juga bantuan dari staff2 kat situ. Memang pengalaman paling berharga dan takkan dilupakan. Setia dalam ingatan.....

Itu jer.
Wasalam.

UPDATE

Alhamdulillah..Post ni plg ramai yg bg komen.Yang tanye direct di email pun ramai.Ni saya share soalan dan jawapan bg yg malas nk bace komen kt bwh.

Cara nk mohon di petronas?

Ade satu cara shj nk apply praktikal di petronas. Boleh pi website INI. Bace ape yg dia nak. Download 'Application form'. Isi lepas tu email ke i_training@petronas.com.my beserta dgn Curriculum vitae, Copy of the latest results transcript dan Copy of your Industrial Training University Letter. 4 ni kena hantar. Klu takde permohonan kira tak lengkap. Saya email borang 20/01/2012 dan pihak petronas reply 26/01/2012 yang mengatakan permohonan saya sedang diproses. Kalau dalam 2 bulan takde ape2 reply dari petronas kira permohonan tu tdk berjaya.

17/02/12 - Saya dapat email dari petronas suruh email borang jawapan samada terima/menolak tawaran praktikal di petronas.Dalam masa yang sama diorg attached borang jawapan untuk saya isi dan offer letter serta 2 lg borang yg kena serahkan pada 1st day report sbg praktikal student kat klcc. 2 borang tu ialah

-          The original Secrecy Agreement (signed by yourself and your supervisor in PETRONAS)

-          The original Indemnity (Yang ni pihak u yg sign iaitu Ketua Coordinator untuk student praktikal)

Lagi satu yg diorang minta serahkan ialah


-          Copy of your insurance coverage. (Yang ni saya rasa saya x bg sbb masa tu xde ambik insurance coverage)

21/02/12 - Saya email borang jawapan pd diorang

Dalam offer letter dia dh siap2 bgtau tarikh,tempat nak lapor diri dan borang indemnity tu perlu diserahkn pd sape. Jd bace offer letter betul2 ye.
Saya perlu lapor diri 5/03/12.Saya praktikal dari 5/3/12 - 8/6/12..

Penginapan/pengangkutan- Tak disediakan. Kena pandai2 sendiri. Bagi yg dpt dekat klcc boleh cari kt mudah bilik sewa.Better cari area yg dekat dgn train.Kl sesak jd xyah la nk bwk kereta sndiri.Klu motor boleh..Selalu yg dekat dgn train area tmn melati n wangsa maju. Ade lg tp ni jela yg sy tau. Saya x sewa rumah sbb mmg org gombak. Ulang alik dari rumah je. Bagi yg dapat kt area kerteh ke better ade transport sendiri. Sini xde bas yg tepi jln macam rapid kl tu. Teksi pun susah nk cari. Rumah sewa boleh cari kt mudah. Area kerteh n paka.Kijal pun boleh.Kalau dungun tu dh jauh sgt.

Elaun-Masa zaman sy dpt RM800 sebulan.La ni xtau bape.

Pemilihan tempat- Masa isi application form dia ade suh pilih nak area mana. Nak kt kl ke, kt ganu ke.Blh pilih..

Pemilihan kos/program- Part ni sy xtau ye mcmane diorg pilih. Macam sy computer science. Tapi sy x galakkan pd yg betul2 nak timba ilmu pasal komputer praktikal kt sini. Kalau betul nak apply kat petronas ict. Yang tu better sebb semua org computer. Di petronas lebih pd management. Kos selain dari tu sy xtau diorg ambik ke x.

Pointer/cgpa- Pointer saya above 3. Tapi 2 kwn sy below diorg still dapat praktikal kt situ. Jadi jgn risau sgt kalau pointer rendah. Apply je dulu. Mana tau ade rezeki.

Communication- Kbnyakkan staff malay. Jadi ckp pun melayu la. Cuma kdg2 je ckp omputih. Jadi jgn takut. Cuba ckp english walaupun x pandai. Masa ni la nk improve ur english.

Praktikal dapat diserap/ x? - Yang ni saya tau ade 2 3 org jugak yg praktikal n dapat masuk petronas. Tapi bukan tetap but as a contract staff. Nak tetap still kena gi interview dan kena tgk pd kekosongan.

Office hour- Macam biasa 8 jam.

Diploma/degree - Masa saya praktikal sy praktikal dgn sorg budak diploma. Saya degree. Jadi budak dip pun boleh cuba apply klu nak.

Keje ape?-Keje bergantung pada kat mana adik2 semua dapat ye. Kalau dapat macam sy bahagian training utk staff, jd memang join training je.. Macam kwn sy dpt bahagian pengambilan practical student, keje dia pi semua university yg ade kt malaysia ni utk share cara nk praktikal di petronas.

Ape2 soalan selain dari diatas boleh email moonstar.nia@gmail.com..Soalan yg dh dijawab dlm ni klu tanye lg tdk akan dilayan.penat akak type pjg2 dik..sila la rajin2kan diri utk baca..tq

Ni ambik dr website discoverpetronas.com.my

Requirements
  • Malaysian or PETRONAS Sponsored Student pursuing undergraduate degree in higher learning institutions, either in Malaysia or overseas in related disciplines where industrial training is a mandatory part of course completion (preference will be given to third and final year students).
  • Performing the industrial training for a minimum duration of two (2) and a half months and maximum of eight (8) months.
  • Submission of the following documents (completed documents MUST be submitted via i_training@petronas.com.my):
    • Application Form
    • Curriculum Vitae
    • Copy of latest academic results
    • Copy of the Industrial Training Letter (signed by the University)
Terms & Conditions
  • Application must reach i_training@petronas.com.my three (3) months prior to the commencement of Industrial Training programme.
  • Should you not receive any reply from us within two (2) months, please consider your application to be unsuccessful.
  • Acceptance OR declination of offer must be notified within five (5) working days.
  • Only online applications will be entertained. Postal/courier applications are deemed as incomplete.​
Ni share dari sorg reader
Hi meor! from my experience, diorang x kan tgk pointer tu. course awk ni mmg famous je as my sv dkt petronas pun from international business. yg iv tu based on department, time sy hari tu diorang buat phone iv je. standard 6 months la. tp tu ikt university masing2.

SEKIAN......


113 comments:

  1. salam..boleh bg thu cara nk apply intern di petronas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi ke website ni.http://www.discoverpetronas.com/internship_industrial_training/internship.aspx . Hantar ape yang diorang nak. InsyaALLAH dapat sbb my adik ipar baru je apply dah dapat offer situ. Tapi dia tolak sbb nak pergi kt hp company.

      Delete
    2. salam. nak tanya yg Industrial Training University Letter tu cover letter ka. surat kita sokongan dari kita sendiri or mmang dri universiti

      Delete
    3. Sy dr uitm dan universiti letter tu dari pihak u sendiri..klu sy dulu penyelaras industrial training bg kt semua student yg nk gi intern surat tu n kami kna hntar kt company yg kami apply utk intern.

      Delete
  2. Salam. Just nak tanya kalau intern kat petronas memang kena pointer tinggi ke??maksudnya cgpa 3.5 and above ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, tak semestinya. Sy xlepas 3.5 pun...my friend below 3.00 dapat jugak intern situ..isi je resume kat discoverpetronas tu.kalau ade rezeki diorang akan panggil..

      Delete
  3. assalamualaikum, saya nak tanya. petronas pun hanya menerima intern for degree je ea? diploma intern diorang x terima ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.masa sy dulu bole.ade je bdk dip intern same2 dgn sy..skrg xtau la...l

      Delete
  4. salam..tuk student statistic buley apply tak? kalau nak apply kne call dulu ke cmne? sbb sy nak intern tuk januari 2015..transkrip sume takde lagi..camne ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak pasti mengenai pemilihan programme tu.klu nak apply kena isi form online kat sini .http://www.discoverpetronas.com/internship_industrial_training/internship.aspx.Mengenai transkrip pun sy tak tahu sbb sy bukan pekerja situ. Sorry.Tp fiza bole try contact diorg kat sini http://www.discoverpetronas.com/contactus.aspx

      Delete
  5. I pun practical dekat level 50....hrm ho..nice experiences :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oowwhh same la.hrm ho..tp sy under department kak napisah.rindu kat staff2 situ.tp kdg2 sekarang ade jgak jmpa2 diorg klu de event pape.

      Delete
  6. Akak ni amek kos ape dulu masa kt u?

    ReplyDelete
  7. Elaun Ada x n peratus utk diserap Ada x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elaun ade..peratys diserap tu x berani nk ckp.ikut rezeki sbb sy tau 2 org yg pernah intern same2 dgn sy dpt keje situ sbb masa tu ade jawatan kosong kt deprtment diorg intern.

      Delete
  8. dear boleh tau elaun petronas bagi berapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sy dulu rm800..rasanya sekarang masih sama lg....

      Delete
  9. Salam. Saya dpt call dr petronas jugak untuk buat intern di kerteh. Tapi tak dpt apa2 official letter lagi. Nak tanya, offer letter tu mmg lambat dpat ke kejap je? Sbb kawan dpt dlm 2 hari je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh tahniah2.... yg kol tu dr department trainingkan?mcm sy dulu bhagian training akan bg maklumt kt department tmpat sy intern. Jadi sekrg kna tunggu kol dr department tmpat adik intern tu.nnti dia akan bg official letter.boleh tau x adik dpt kt petronas ape?pgb ke carigali?department ape?

      Delete
    2. Akak pun x ingt berapa lama dpt lepas dia kol tu..klu x pasti cuba kol balek no org yg kol adik tu.

      Delete
    3. assalamualaikum..nak tanye yg name anonmous,awk mintak intern utk bile ea?saye dpt jgk..huhuu

      Delete
    4. Carigali ogt. Setakat ni dah 2 orang call. Rasanya yang second call tu dari department tempat intern tu. Tapi dia suruh tunggu HR call lagi sekali before dia boleh issue offer letter. Tapi dah lebih 1 week. So taktau la nak call balik atau tunggu je.

      Delete
  10. Sorry auni..segan nk share sbb result x berapa nk cantik.hehe. Tapi auni boleh je cari kt internet. Diorang punye lagi better.... kalau resume sy lebih kurang dalam website ni.http://fuh.my/contoh-resume-lengkap-terkini-dan-terbaik/ .. boleh rujuk resume kat situ..betul. lebih kurang sama.. 2 3 helai m/s je..huhuhu

    ReplyDelete
  11. Salam...kalau bahagian financing boleh tak kt petronas? Dia akan hantar kite kat mana2 atau kita boleh minta nak intern Kat cawangan mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa allah boleh klu bhgian finance nk student financing.tp selalunya tempat diorg yg pilih.

      Delete
  12. Hye there.. nak tye....u intern dkt tower 1 or 2 ek? hehe. cz i hv to report my duty on level 82 tower 2 . confirm sesat je nanti haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. one more thing...mase lapor diri tu.. appropriate outfit for girls..baju kurung boleh?

      Delete
    2. Pakai baju sesuai nk gi ofis.....baju kurung pun boleh.masa akak dulu majoriti staff hr pakai bju kurung.

      Delete
  13. salam.. saya tgah bt dgree dlm fizik electronik dan instrumentasi.. saya da kne start buat permohonn untoK LI.. Sy Bbermnat nk bt kat oil and gas kt kerteh tu.. tp sy nk mnx dekat bahagian pe xthu.. mnx pendapat sape2 yang sudi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dulu tak mnta department mane2..just isi borg kt discoverpetronas tu nnti diorg yg akn decide department mane yg ade kosong dan bersesuaian dengan course yang diorg nak...

      Delete
  14. salam akak , boleh dapat num fon nak tanya pasal LI ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik nk tanye ape2 boleh tanye sini.boleh share dgn org lain.klu nk private email akak je kt moonstar.nia@gmail.com..

      Delete
    2. Salam akak.. boleh sy email akak x? Nak tanya tentang macam mana nak intern kat petronas?

      Delete
    3. Dik akk dh lama dh tggalkn petronas tu.jd klu adik nk ihtern situ adik apply kt website ni ye. http://www.discoverpetronas.com/internship_industrial_training/internship.aspx

      Delete
  15. Salam..nk tnya..psl indemnity letter tuh cmne??..sy pon sama dri uitm n akn start intern bln 2 nnt..tp uitm xnk sign utk idemnity letter tuh..koordinator ckp parent yg kne sign..so cmne tuh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun xtau nk wat cmne. Tak silap dulu u yang sign.. adik kena diskus betul2 dengan koordinator.. kalau dia xnk akak xleh nk tlg.

      Delete
    2. Sory mncelah..mmg Uni yg kena sign. Ckp dkt coordinator, hq petronas yg srh mcm tu. Hehe. Btw intern tower n department mana?

      Delete
    3. Tq sbb share..berkenalan la ea bdk2 intern.mane tau dh intern nnti leh jd geng..awal2 susah nk cari kwn.gud luck....

      Delete
  16. Tower 1 kalau xsilap..department PMU..tp koordinator ktorg mmg xnk sign..dye ckp pihak U xleh sign letter tuh..dye ckp parent bole jd wakil..mmbe yg dpt petronas jmpe dye personal pon dye ckp bnde sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada x kat situ petronas state kn anyone boleh sign selain parents..try slow talk n klu boleh tunjuk kan email from petronas tu kat coordinator yg anyone bole sign,I punya faculty yg sign kan indemnity tu

      Delete
  17. Salam nk tny.. Krje office hour ke? Isnn - jmaat je kn kte prktkl..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. yang tu bergantung pd supervisor tmpt keje tu la. Klu dia suruh keje overtime or weekend ke ameng kna ikut sbb dia yg akn bg markah nnti samade praktikal ameng ok ke x.

      Delete
  18. salam..tempat praktikal berbeza mengikut course ke macam mana ya?? kalau mechanical engineering biasanya kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..diorg akan letak je kat mane2 department yg perlukan bdk praktikal.mengenai kos klu course tu sesuai dgn department yg request bdk praktikal, diorg akan ambik.

      Delete
    2. ohh..kalau macam tu nasib lah ye. emm

      Delete
  19. salam nak tanya.. kalo intern d petronas, english kena fluent ke? mmg totally dlm office, kena speaking?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ckp bhasa melayu je sbb majoriti staff department sy dpt tu melayu.Tapi klu ade org tanye or borak2 in english, better u reply dlm bahasa english jgak.. tak perlu fluent sgt cukup la faham dan boleh jawab balek sikit2..

      Delete
  20. Nice ur experience.. I dpt praktikal kat situ jugak will be undergo on 4th Feb.. U...boleh email I x ekin_ash93@yahoo.com, nk story panjang sikit dgn sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekin email akak kt moonstar.nia@gmail.com. bg soalan in shaa allah ade masa akan reply.

      Delete
  21. Nk tnya kt situ nnt ade x tmpt mkn murah2??..xkn nk mkn fast food je hari2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade 2 tempat.kat wisma sentral n kedai makan depan bangunan bsn....

      Delete
  22. Assalamualaikum

    ReplyDelete
  23. Terima kasih untuk perkongsian.. Saya berminat untuk internship dekat KL. Rasanya Petronas ada ambil budak engineering elektronik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry itu sy x pasti tp try la apply mane tau ade rezeki....

      Delete
  24. Salam. tumpang tanya kalau satu dapat tawaran level 46 tower 3 klcc. nak tanya first day selalu lelaki pakai tie ke tidak? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry x sure la..tp klu nk selamat bwk je smpan dlm poket.rasa2 perlu baru pakai.hihihi

      Delete
  25. Salam..nak tnya..klu prktkl kat PETRONAS ni ada sdiakan tmpt tnggl x..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.xde..praktikal kt company lain pun xde sediakn tmpt tggal setakat yg akak taula..mungkin ade tp akak x pernh dgr lg yg sediakn tmpt tnggal...

      Delete
  26. Salam, saya baru terima panggilan dari Petronas Kerteh, diorang mintak no IC saya. Tapi bila saya tanya diorang apa status permohonan saya.. dia cakap dalam process. Harap dapat ah. Offer letter kena hantar dekat uni by next week pulak tu. Ni kes last last minit gak ni. Doakan saya ya supaya dapat internship dekat petronas. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.bgtau x intern start bile n kna hntar offer letter kt uni nxt week?klu bgtau diorg akn suh bg surat confirm b4 tu.kerteh dpt petronas ape?amin..mnta2 dpermudahkn semua.....

      Delete
    2. Salam starniea.. sy zaifa, awak anta c.v semua pakai email ye... kalau saya nak anta permohonan melalui alamat surat menyurat macam mana...sebab saya tak jumpa alamat ye? :)

      Delete
    3. Waalaikumussalam. Memang xde alamat sbb diorg lebih prefer apply kat website discover petronas. http://www.discoverpetronas.com. Attach cv pun kat situ jugak.

      Delete
  27. Salam . Nk tnye skit . Kalaw Li kat ptronas tu . Safet ad tak ? Sbb sy amik kos safety and health

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Try la dik. Memang ada department health, safety n enviromment. Klu ade kosong kt department tu in shaa allah ade rezeki li kt situ....

      Delete
  28. Salam starniea.. kalau kos kerja sosial boleh x LI kat petronas ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpasti la..cuba la mintak...mabe tau de rezeki....

      Delete
  29. Assalam sis nak tanya intern kat situ depa bagi elaun berapa RM?? ada company lain sya dapat elaun rm1.5k..nak compre

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. masa sy dulu rm800....

      Delete
    2. wow company mana yang allowance 1,5k ? nak jugaa

      Delete
  30. salam sis,yg list dia bagi tu utk Curriculum Vitae tu nk bagi yg skolah ke universiti? sbb yg uni xde..ada yg skolah je

    ReplyDelete
  31. salam sis, yg list dia bagi utk Curriculum Vitae tu nak bagi yg universiti ke skolah? sbb yg uni xde..yg skolah je ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu uni xde bg sekolah punye pun xpe.tp sek menengah la.sek rendah xyah..

      Delete
  32. Salam Starniea.

    Sy ada dpt call dari Petronas Carigali Kerteh last 2 weeks utk buat LI. Tp sampai sekarang belum dpt offer letter. Bila call no tu balik, operator yg jawab. Lupa lak tanya nama & department org yg call tu. adoy. Biasa nya kalau dpt call tu, confirm ada placement utk kita ke?

    Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mmg operator yg jwb.dia ade bgtau ape?mcm akak dulu dia kol dia suruh tunggu supervisor department tu contact akak atau email akak..mmg dpt email dr supervisor tu suruh bg surat2 utk li tu..dh lepas tu baru supervisor tu akan reply dgn offer letter....

      Delete
    2. Sori bukan supervisor yg email, department yg kol tu akan email n cc kpd supervisor department akak li tu..dia akan bg 4 jenis borg. Borg jawapan, offer letter,indemnity dgn secrecy agreement.borg jawpan kna reply kt dia by email n another 3 letter tu kna bwk masa 1st day report li..

      Delete
  33. Kalau fresh graduate Ijazah dia ambik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk buat li ke keje?li dia ambik utk keje ikut pd kekosongan....klu adik pndai ckp masa interview in shaa allah dpt..

      Delete
  34. Assalamualaikum.. saya nak tnya psal attach CV... sy just kne hntar CV tu based on attachment dlm borang tu je ke?? atau kne hntar dlm bentuk words?? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik better hntar 1 copy cv dlm bntuk pdf or word...

      Delete
    2. ok. noted. tq soo much kak. doakan saya agar dapat ye :)

      Delete
  35. sis nak tnye..nk li kat petronas kena interview ke..and tmpt li nnti die hntr ke syarikat die kat mana2 ke atau mmg d bngnan klcc jew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa akak dulu xde interview.skrg pun rasa cmtu jgak..dia akan hntar kt syarikat lain jgak..mcm adik2 yg komen kt atas ni ade yg dpt kt kerteh.

      Delete
  36. Hai..nak tanya formal letter dari Universiti tu kena hantar by hand ke boleh fax?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xsilap yg tu hntar bila diorg dh kol adik dterima utk ii kt situ..nnti supervisor yg adik keje under dia akan mnta suh adik email surat tu.

      Delete
  37. sis course comp science kn..dlu LI dorg sruh wat keje ape..ade kne wat system x? sebab sy course IT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk jgk dik.klu mmg departmnt tu mnta suh develop system adik kna buat la sbb kwn akak kna develop flsh video..mcm akak buat simple system itupun sbb nk cukup kan syarat tunjuk kt supervisor u..selebihnye keje ikut training je.tp semua depend kt supervisor yg jga adik tu.

      Delete
  38. assalamualaikum akak, nak tnya klu student akaun bole apply x intern dekat petronas?? ada x dy sediakan rumah sewa utk student klu company petronas ni jauh dari rumah..? surat indemnity and undertaking tu mcm me ea dan wajib ikut format dy beri ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..akak x pasti kos ape yg diorg nak.klu department finance nk akauntan myb blh li kt situ.try je mnta..pasal rumah sewa tu jarang ade company sediakan.klu li kt mane2 pun.klu ade pun yg sediakan sgt sikit.selalunye kna cari rumah sendiri.sama mcm petronas.diorg x sediakn rumah sewa.adik kna cari snxiri.surat tu diorg akan mnta bila adik dh dpt kol dr petronas yg ckp adik dh blh li kt situ.

      Delete
  39. salam..saya nk tanya. dmna sy boleh emel akak? btw sy x de pgalamn keje tp masa diploma sy pnh handle event utk sbjek event, tmasuk masa sem lps degree. masa sk menengah sy aktif sb kooperator dan etc ..tp yg sk menengh sy ada sjil. boleh tak sy msukkn pglaman sy yg da pnh handle event time diploma n degree? tu xde sjil tp leh x utk msk ke resume sbg tnda sy aktif?

    ReplyDelete
  40. Blh dik.akak rasa xde masalahklu nk masuk dlm resume...akak pun ade gak selit dlm resume event yg akak pernah buat..

    ReplyDelete
  41. salam akak..sy final year stdent psikologi industri n organisasi..sy prtikal bahagian sumber manusia /pentadbiran..d petronas ada trima ke bdk pratikal disitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade dik..try apply disini. Www.discoverpetronas.com..

      Delete
  42. Dulu akak duduk mane mase intern? Mesti mahal kan sewa area KL. Aduh. Berape ye sewa dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk mmg org kl.jd dok umh sndiri..klu nk sewa x semestinya area klcc tu.cari rumh yg dejt dgn lrt mcm wangsa maju.byk rumh sewa kt situ..

      Delete
  43. Blh dptkn awk punya email address x.. Ad bbrapa persoalan yg sy nak tnye

    ReplyDelete
  44. salam sis..sy ad email sis berkenaan dgn intership dgn petronas nie..harap sis dapat reply..thank you

    ReplyDelete
  45. nak tanya, kalau setakat diploma je boleh juga ke nak apply kat petronas atau nak buat industrial training?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sy intern tu ade je bdk dip intern jgk..try apply..mne tau dpt.

      Delete
  46. Hi, sy baru reply offer dri pcsb petronas utK LI. Kalau yg insurance coverage tu, mmg wajib ke masa first day nak bagi diorg. And mmg wajib ke kena ada. Sebab skrg ni, kalau insurans still pakai under parents.

    ReplyDelete
  47. Nak tnye..utk intern dia ada interview ke? Sbb utk sy dia kata nk conduct chit chat? Dia tnye apa je ek? Heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnye xde interview..xtau la adik kenpe blh ade.hihihi.

      Delete
  48. salam sis saya nak tanya..
    office hour dekat petronas hq dari pukul berapa smpai pkul brp ye..

    ReplyDelete
  49. salam kak , nk tnya .. kalau kita da diterima praktikal kt petronas , lepas abis praktikal nnti agk2 diorang akan serap kerja kt sana terus ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..ade yg dpt serap itu pun klu ade kekosongan.tp yg sy tahu dpt jd kontrak staff..utk tetap still kena gi interview.Peluang nk masuk tu nipis la..Bergntung pd kekosongn...

      Delete
  50. Salam.
    Nak tanya sepanjang LI tu ape kerja yang kena buat ? cer citer pengalaman akak sendiri akak buat apa just nak tahu

    ReplyDelete
  51. salam.
    nak tanya sepanjang LI kat situ ape kerja kerja yang kena buat? bole citer pengalaman sepanjang LI tu akak buat kerja apa ? just nak tahu

    ReplyDelete
  52. salam nak tanya time LI di petronas tu apa je kerja yang dia bagi. ada kena pegi site ke apa2

    ReplyDelete
  53. Assalamulaikum, nak tanya pasa Insurance Coverage. Insurance tu mmg kena set up and bayar sendiri ke or Petronas akan set up kan? Akak dulu macam mane ye pasal insurance nie?

    ReplyDelete