Tuesday, 16 September 2014

Idea hadiah apa nak bagi di majlis perkahwinan untuk pengantin

Assalamualaikum,

Hari ni nak share idea hadiah apa yang boleh kita bagi bila pergi majlis perkahwinan kawan2 atau sedara mara.

Hadiah2 ni memang ada yang selalu pengantin dapat. Tapi kadang2 blur jugak nak bagi apekan. Meh tengok kat bawah ape yang sesuai.

1. Barang elektrik - Hadiah ni paling ramai orang bagi. Yela bila kawin mesti pengantin duduk rumah baru. Barang2 pun mesti ade tak lengkap. Jadi pemberian hadiah macam ni sedikit sebanyak boleh membantu. Tapi kadang2 tu hadiah ni boleh dapat 2 3 barang yang sama. Antara barang elektri yang  boleh dijadikan hadiah ialah toaster, iron, periuk nasi, blender dan kettle. Kalau yang ade lebih duit boleh hadiahkan tv, oven atau kipas. Makcik saya pernah dapat kipas berdiri tu.

2. Set pinggan mangkuk atau gelas- Ni pun selalu orang bagi. 2 3 set boleh dapat. Saya plak pernah dapat set pinggan mangkuk corak english style. Cantik sangat...

3. Cadar atau comforter

4. Buku- Buku tentang perkahwinan atau kekeluargaan. Saya selalu bagi buku "Pikatlah hatiku : 30 bisikan hati isteri" dan "Fahamilah perasaanku! 30 luahan perasaan suami" tulisan Hasan Mohd Ali. Jadi satu untuk pengantin perempuan, satu untuk pengantin lelaki. Saya dah baca buku ni. Amat2 berguna.. Banyak nasihat yang diberi. Contoh dalam buku luahan perasaan suami yang menyelami 30 bisikan hati seorang suami buat isteri tercinta…..

Isteriku, iktiraflah kepimpinanku.
 Isteriku, hiasilah dirimu.
Isteriku, janganlah leteri aku.
 Isteriku, jagalah makan dan minumku.
Isteriku, janganlah cemburu buta.
Isteriku, jadikan anak-anakku insan berakhlak mulia.
 Isteriku, jangan boros dan banyak lagi.

Jadi isteri boleh baca untuk memahami suami.
Antara buku lain "La Tahzan. Jangan bersedih."

5. Frame gambar atau hiasan dinding- Ni pun boleh bagi jugak. Kalau dulu saya pernah buat frame gambar untuk lecturer saya. Bukan saya sorang la. Satu kelas kumpul duit beli frame. Masa wedding dia tangkap gambar pastu framekan. Lepas wedding baru gambar tu siap. Baru la kami hadiahkan. Nak bagi frame hiasan dinding macam ayat suci al-quran pun boleh. Gambar pemandangan yang cantik2 pun boleh jugak. Jam dinding pun boleh.

6. Minyak wangi atau alat solek wanita- Yang ni pun boleh bagi jugak. Boleh la isteri melawa depan suami. Saya pulak pernah dapat set barang wangian ke mandian tak ingat la brand victoria secret. Dan lotion Rseries pemberian kawan saya pun masih guna lagi sampai sekarang sebab wangi.

7. Pakej percutian- Ni jarang sekali nak dapat. Kalau dapat memang best. Kalau nak bagi stay kat hotel 2 malam pun dah ok. Cari la hotel yang tak berapa mahal. Bayarkan untuk pengantin. Mesti diorang suke jugak.

8. Set periuk belanga, pisau atau sudu garfu- Kalau bagi ni memang 




No comments:

Post a Comment