Thursday, 4 December 2014

Cara batalkan br1m jika tiada lagi kelayakkan untuk memohon

Assalamualaikum,

Sekarang tengah sibuk orang nak kemaskini permohonan br1m termasuk la saya. Dari 1 dis hari tu saya ada masalah untuk kemaskini. Beberapa kali cuba tak berjaya. Masalah timbul bila nak masukkan gaji. Nanti dia akan pergi ke page lain.

Bila dah berkahwin jadi status pun dah bertukar dari bujang ke berkahwin. Pendapatan isi rumah pun akan jadi lain sebab campur gaji saya dan suami. Alhamdulillah dimurahkan rezeki selepas berkahwin jadi saya pun diantara orang yang hilang kelayakan untuk memohon bila hasil jualan tudung saya dan gaji suami melebihi syarat yang mereka nak. Jadi takut ambik hak yang bukan milik saya dan biar la bagi yang lebih berkelayakan menerimanya jadi saya nak kemaskini pendapatan kat laman web br1m tu. Setiap kali masukkan gaji dia akan keluar macam ni.


Tapi bila klik ok dia akan pegi ke page mula2 yang suruh masukkan ic number. Lepas tu kena buat balik. Geram sangat. Macamana nak bagitau saya tak layak dah. Kang tiba2 dapat tak sedap hati plak nak ambik. Berterusan macam tu sampai rasa malas nak buat. Jalan penyelesaian akhirnya saya kol pihak lhdn untuk tanya. Alhamdulillah dapat jugak jawapan. Bagi sesiapa yang dah tak berkelayakan kalau korang kemaskini borang tu dan tak mengikut syarat memang takkan berjaya. Jadinya cara untuk buang data korang tu, korang perlu download borang BK - 13 untuk membuat pembatalan. Mane nak dapat borang tu?Pegi kat website ni https://ebr1m.hasil.gov.my lepas tu gi kat borang dan download borang bk-13 tu. Isi manual lepas tu hantar kat pejabat lhdn yang terdekat dengan rumah korang beserta salinan ic. Okie. Itu je.... Jadi siapa yang tak layak dah tu, batalkan la permohonan korang tu. Biar bagi orang lain yang rasa. Lagi satu takut tak halal plak sebab kita dah tiada kelayakan untuk terima. Itu je perkongsian untuk hari ni. Kalau korang ada kemusykilan atau aduan mengenai br1m, korang boleh kol no ni 0383138987/8988. Waktu dari 8pg hingga 6 ptg. Harap dapat membantu...... =)

7 comments:

  1. salam yang..kalau nk update dah berkahwin xyah hantar siji9l nikah ye?

    ReplyDelete
  2. Halo, nak tanya, selepas isi borang bk-13 dan beserta dgn salinan ic, boleh pos ke lhdn ke? atau perlu hantar sendiri ke office lhdn? thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu kol dia suh hantar kt ofis lhdn yg berdekatan,,sy pun x hntar lg.klu boleh nak email or pos je.leceh nk gi sana......huhuhu

      Delete
  3. assalamualaikum...
    sis tq tuk info coz sy pun dh x lyak tuk brim.tgh cr solution gak tuk batalkan permohonan...nasib baik jumpa blog sis.tq sgt2

    ReplyDelete
  4. salam sis... nk tnye... klau x kemas kini brim for 2018 data msok dlm sistem brim ke.. nk buat permohonan bru utk org ke 2... tpi risau data yg lama ade pstu xde klyakan... cmne sis

    ReplyDelete