Wednesday, 28 January 2015

Info tentang bayi baru lahir

Assalamualaikum,

1. Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.

2. Kulit mungkin sedikit kering dan mengelupas. Keadaan ini disebabkan penghasilan minyak oleh kulit bayi yang baru lahir masih belum stabil.

Yang ni ade terjadi pada jannah. Kat tapak tgn, bibir, muka. Mak pun kata tu normal.

3. Terdapat bulu halus terutama di bahagian telinga dan belakang bayi (kadangkala agak lebat). Namun jangan risau, bulu halus ini akan gugur dari semasa ke semasa.

Kat telinga jannah ade. Lebat plak tu. Risau jugak mula2. Tapi bila baca ni lega sikit sebab ianya normal.

4. Anda juga akan melihat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa bahagian badan yang lain. Perkara-perkara ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.

Ni masa lahir2 memang ade kat hidung. Penuh hidung dia dengan tompok merah. Alhamdulillah sekarang dah takde.

5. Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan.

Berat jannah setakat ni tak pernah turun lagi sejak lahir. Sokmo naik je. Sihat anak umi ni...

6. Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna.

Yang ni walid yang perasan bila pegang je tangan dan kaki jannah rasa sejuk je. Ingatkan ikut walid yang memang badan sentiasa sejuk. Umi je sokmo panas.

7. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa.

  Masa awal lahir tu kulit dia kemerahan. Sekarang dah ok dan nampak lagi cerah..

8. Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah disebabkan kedudukannya dalam rahim ibu. Jangan risau, dengan sedikit urutan dari semasa ke semasa, ia akan lurus seperti biasa.

Kaki jannah yang bengkok lagi. Tangan dah ok dah. Lurus..

9. Muka dan bahagian lain bayi mungkin kelihatan sedikit sembab di awal kelahiran.

Betul2. Lepas keluar je dari perut umi, sembab sangat muka jannah. Lepas tu ok dah.

10. Adalah normal bagi bayi baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis pada hari kedua hingga ketiga kelahirannya. Namun jika tidak dipantau, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Jannah pun kena demam kuning. Alhamdulillah kena sikit je. Nasihat: Tak perlu jemur baby kat matahari. Just bg susu badan banyak2. In shaa allah akan ok..

11. Kebanyakan bayi baru lahir lebih gemar untuk tidur daripada berjaga, terutama dalam minggu pertama kelahiran. Kejutkan bayi setiap 2 jam untuk disusukan untuk elakkan jaundis.

Jannah banyak berjaga malam masa awal2 tu sebab dia selesema. Tak selesa hidung tersumbat. Tapi bila dia tidur memang susah sangat nak kejut. Cubit la pipi dia ke, gerak2kan badan dia ke, geletek kaki dia ke, buat la ape2 memang takkan bangun. Agaknya bunyi bom pun dia takkan bangun. Seriusly susah sangat nak kejut. Last2 biar jer.huhuhu

12. Bayi baru lahir suka dibedung kerana berasa lebih selamat, seolah-olah berada dalam rahim ibunya.

Awal2 dulu. Tapi jarang bedung sebab umah mak panas. Kesian kalau bedung. Tapi sekarang dah sebulan dia tak suka bedung dah. Dia boleh lepaskan diri. Tengok2 tangan dah keluar dari bedung.

13. Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi.

Yang ni takde plak. Tapi jannah datang period masa awal2 dulu disebabkan hormon dari umi. Mula2 nampak darah risau jugak tapi kol dr zana dia yang bgtau mcm tu. Kalau baby gurl normal ea mcm tu. Jadi jangan takut. Baby pun leh dtg period.

Sumber dari http://hebatkan.blogspot.com/2013/01/info-dan-tips-penjagaan-bayi-baru-lahir.html



No comments:

Post a Comment