Friday, 30 August 2013

2nd Trip to Kuching Sarawak

Assalamualaikum,

Seperti yang dah baca entry sebelum ni mesti dah tahu yang saya telah menjejakkan kaki ke kuching sarawak untuk kali kedua sempena hari jadi saya. Memang tak plan sangat tapi bila Air Asia bagi tiket free sapa taknak kan.Sebenarnya kami plan nak pergi bulan 4 tahun depan. Kenapa?Boleh baca entry ni balek. Tapi bila Air Asia dah offer macam ni grab la cepat-cepat.Tak ingat la bila.Bulan lepas jugak kot Air Asia ada offer flight ticket + hotel yang mana ticket adalah free.Kita hanya perlu bayar untuk hotel je.Jadi memang jimat kat situ.Memang duit hanya untuk hotel saja.Nak tahu hotel mana yang saya menginap boleh pergi ke website ni. Semua pasal hotel ada kat situ.Jadi bermulalah perjalanan ke kuching dengan pertama kalinya menaiki Air Asia. Boleh pergi ke entry ni untuk tahu pengalaman ke LCCT.

Hari pertama

Kami sampai dalam kol 3.Jadi sampai-sampai terus check in hotel.Rehat sementara tunggu azan.Lepas je azan asar terus gi kluar cari makanan.Lapar sangat. Jalan-jalan dulu dalam kol 5 terus gi topspot. Memang plan nak makan situ sebab besday sayakan.Jadi husband nak celebrate kat situ.Jadi minta la apa pun memang dia bagi. Kali husband bajet RM300 untuk makan jer. Tapi kurang dari tu kami makan. Nak tahu makan ape?Sangat berbaloi-baloi.Memang takkan mampu la kalau kat KL ni.Kat sabah pun pernah tanya boleh dapat RM300 tau. Meh nak share mana tau korang nak try jugak nanti.

Ni kedai yang kami pergi. Bukit Mata. Chinese restaurant tapi jangan risau orang yang masak melayu dan setiap kedai kat sini akan pamerkan sijil halal diorang.Boleh cek kalau maseh was-was.

Meh pilih.Banyak sangat pilihan.Sayur-sayuran pun boleh pilih.Memang fresh semua.
Gamat pun ada jual jugak.1st time tengok.Makan.Ermm tak kot.
Ni dia lobster paling besar. Berat dekat 1kg.Saya grab dulu....

Ni yang kami ambik.
Lobster RM68/kilo

hasilnya: udang masak cili

Ketam masak cili. Sweet n sour lagi sedap.Tapi kami tersalah order.Next time la.

Lobster bakar kosong.

Air tembikai 2.

Total harga: 
3 ekor ketam = RM20, 4 ekor udang = Rm22, 1 ekor lobster = RM60.Jadi semuanya RM104 (termasuk nasi putih 2) . Murahkan?Boleh compare harga kat senibong dan kuala selangor.

Habis makan kat topspot pi dating kat tepi waterfront sampai malam.Cantik sangat waktu malam.

Hari kedua

Pagi-pagi bangun kami gi makan kat hotel tu jugak.Lepas makan gi makan lagi.Jalan-jalan gi muzium tapi masa tu baru kol 830.Jadi kami pi makan kat satok. Pagi-pagi makan laksa sarawak dengan milo peng. 

Husband makan mee kolok daging.

Saya makan laksa sarawak

Dalam kol 9 kami gerak gi muzium. 6 muzium k kami telah jelajah.Muzium pun dekat-dekat je.Muzium apa yang ada?

Muzium Tun Abdul Razak
Muzium Sarawak
Muzium Etnologi
Muzium Semualajadi
Muzium Islam
Muzium sejarah cina (di waterfront)

Banyakkan muzium. Muzium kucing je tak sempat nak pergi.Meh tengok gambar sikit.




Ni kat muzium islam.Nama benda ni ialah sampit.Ia sebagai hantaran pelajar kepada gurunya setelah habis belajar.

Ni masjd

Ni pun masjid teawal.Tapi lupa kat mane.hehe
Ni kat muzium etnologi

Ni pun.

Banyak lagi sebenarnya gambar tapi tak larat nak upload dah. 
Ok.Habis je gi muzium kami terus berjalan-jalan ke india street.Dapat la beli 2 pasang kain ela bercorakkan seni sarawak. Lepas tu kami berjalan lagi ke riverside shopping complex pi tengok wayang elysium.Sampai la ke petang.Berjalan jer.Dalam kol 4 baru balek bilik.Solat dan rehat-rehat.Lepas maghrib keluar balek.Dating kat tepi waterfront.Kebetulan malam tu ada sambutan hari raya polis dan atm.Memang ramai sangat orang kat waterfront tu.Kami pergi ke kg melayu seberang sungai.Macam biasa naik bot pi sana.Sini pun ramai orang sebab ada sambutan hari raya ajk surau.Memang happening betul la kat sarawak ni. Kat kg melayu ni memang banyak gerai makan. 

Ni dia tempat makannya.Tempat yang kami tak sempat pergi trip sebelum ni..Akhirnya kali ni jejak jugak kaki kat sini.Saya dan husband order mee kolok.

Tapi sebelum gi makan sini kami singgah beli mira kek lapis.Banyak jugak kami borong.Lepas tu baru pi makan.Habis makan terus balek sebab seriusly kepenatan teramat.Masa dah sampai bilik masa tu dalam kol 11 dengar bunyi bunga api. Bayangkan lah perasaan masa tu camne. Melepas tengok bunga api.Rasanya bunga api tu ada kat waterfront.Aisssh....rugi..rugi...Sape suh balek awal.Kalau tak, boleh tengok bunga api dengan husband.Frust betul time tu.Last-last tengok bunga api dengan husband kat youtube je bagi mengubat kekecewaan tu.Boleh la....

Hari ketiga

Pagi-pagi lagi dah kuar pi breakfast kat hotel.Tak cukup kami pi jalan kat satok tempat kami breakfast semalam. Ambik teksi kat sini dan terus gi airport. Air Asia on time. Tapi masa dah nak sampai kat KLIA ada problem.Dalam 15min kena berlegar kat udara sebab kesesakkan. Memang kami la yang terawal kena tempias kesesakkan udara yang menyebabkan flight selepas tu ada yang delay dan cancel.Alhamdulillah nasib baik la kami sempat turun jugak. 

Jadi itu je la coretan kenangan di kuching.

Wasalam.


P.S: To my husband:Nanti kita pi tengok bunga api sama2 ea.Romantiknye.Love u abg.Thanks for everything.Bahagia menjadi isterimu.Hehehe.. =)

Tuesday, 27 August 2013

Cara terbaik ke LCCT

Assalamualaikum,

Last weekend saya telah pergi ke Kuching Sarawak untuk kali ke 2. Kali ni naik Air Asia.Pertama kali. Jadi memang ada google mengenai cara nak pergi ke LCCT. Kalau gi KLIA boleh terus sampai naik ERL. Tapi LCCT ni kena naik tren pastu tukar bas.Memang semuanya first time.Kena pandai-pandai sendiri. Nak pergi sana ada 2 cara kalau guna pengangkutan awam.
      1.       Turun KL sentral, ambik skybus terus direct ke LCCT. Perjalanan lebih kurang 1 jam.Harga RM8
      2.       Turun KL sentral, Ambik ERL Transit -> turun kat stesen salak tinggi -> Ambik shuttle bus -> LCCT. Perjalanan pun lebih kurang 1jam. Harga RM26 RM12.50(ERL + shuttle bus)

Ok. Beza dua cara diatas adalah:

Kalau ikut cara 1, memang boleh.Tapi anda kena tanggung risiko kalau jem. Perjalan dari KL sentral ke LCCT sangat lama.Jadi kemungkinan untuk jem tu ada terutama waktu peak hour.Saya tak pernah naik tapi bila google ada jugak yang terlepas flight sebab skybus ni lambat gerak. Tapi shuttle bus pun lambat jugak sebab mereka kena tunggu bas penuh baru jalan.Kalau nak naik untuk balek mungkin boleh naik skybus ni sebab kita tak kejar masa sangat. Saya pulak hari tu nasib baik naik ikut cara ke dua.Kalau tak mesti lambat sampai sebab ada 2 accident di lebuhraya menghala ke KLIA. Boleh tengok berita ni. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/25/KLIA-air-ground-delays.aspx . Sebab saya adalah antara penumpang yang awal sekali kena tempias daripada kesesakan udara di LCCT. Kami tak boleh mendarat kat KLIA jadi flight kami berlegar je kat atas udara sebelum semuanya clear untuk turun. Jadi kami dikira bernasib baik sebab flight tak lencong kat subang.Still turun jugak kat LCCT. Alhamdulillah...ALLAH banyak tolong kami....

Sumber : Google

Ok.Kalau ikut cara 2 (recommended), shuttle bus memang akan tunggu depan airport kalau dari KLIA->KL sentral. Walaupun harga mahal tapi bila dah naik ERL dah boleh tarik nafas lega. Tak perlu berdepan dengan kesesakkan lalu lintas. Ianya akan jadi lambat kalau ERL yang rosak.Tak dapat den nak nolong. Tapi setakat ni takde lagi la dengar. Jadi shuttle bus akan bawak kite balek ke salak tinggi->ambik ERL->Sampai KL sentral.Masuk je ERL boleh hilangkan penat.Perjalan dari LCCT->salak tinggi = +- 20minit. ERL salak tinggi ke KL Sentral = +- 40minit. Lebih kurang 1 jam jugak.


Sumber : Google


Jadi buat la pilihan anda. Ini hanya cadangan saya sahaja.Setiap orang ada pengalaman masing-masing.

Itu sahaja perkongsian untuk hari ini.

Wasalam.

Monday, 26 August 2013

Update peserta Simple Giveaway july - Dec Untuk bulan August



1. http://hasyaifaamadariqfi.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
2. http://cadburyhana94.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
3. http://coratcoretsibudaktembam.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
4. http://nursyafieqahstory.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
5. http://fattytissue.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
6. http://akubudakcutez.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
7. http://www.cikfie.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
8. http://merahsitulip.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
9. http://xanisnuradibahx.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
10. http://farraanuar.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
11. http://sweetmissfifi.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec_2.html
12. http://jueazrin.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
13. http://fynazshamz.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
14. http://dramaticyang.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
15. http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
16. http://ikajohans.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
17. http://eiramahirah.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
18. http://luvizzda93.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
19. http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
20. http://mammacu.blogspot.com/2013/07/segmen-simple-giveaway-july-dec.html
21. http://budaxxperasangoergus.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
22. http://anginsbayu.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec-by-angguk2.html
23. http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
24. http://ikalib.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
25. http://rainyshiningshinee.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
26. http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
27. http://greenielife23.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
28. http://sweetariesstory.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
29. http://anis-tikah.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.htm
30. http://atikahazanan.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
31. http://masnayli.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
32. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
33. http://thesunshinesgirl.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
34. http://storystorynadya.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
35. http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
36. http://superpilotwoman-atiqah.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
37. http://afiqah220511.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
38. http://superpapaya.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
40. http://wanieseuk.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
41. http://www.iuzira.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
42. http://colourfulofainilife.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
43. http://stayinheart.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
44. http://nuraizwahdahwan.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
45. http://jueliana-koreanworld.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
46. http://mrsnamstarreu.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
47. http://www.syuhadasalleh.my/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
48. http://schomells.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
49. http://nurhazirahziera.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
50. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
51. http://schomells.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
52. http://blogmizzaiza.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
53. http://farahliyanamohdsalleh93.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
54. http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
55. http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
56. http://thesilentfreezesoul.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-july-dec.html
57. http://mystyleisemo.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
58. http://mydreamhigh123.blogspot.com/2013/10/giveaway-july-dec.html
Terima kasih kepada peserta-peserta semua sebab sudi join.Pemenang akan diberitahu setiap akhir bulan.Yang tak join lagi boleh pi kat link ni. Simple giveaway July - Dec
dari segmen sama..

Friday, 23 August 2013

Happy birthday to me dan kuching story..

Assalamualaikum,

Pada 23 ogos 88 telah lahir bayi kembar comel diberi nama ain dan aini...Perasan..comel ke?.Hehehe.Hari ni birthday saya dan my sister.Husband hadiahkan trip gi kuching.Kali ni naik air asia.Sekarang tengah tunggu flight.Dah tunggu kat gate tapi flight delay plak.Patutnya departure kol 1145.Delay sampai 1250.Perh...lamenye......Xpela.Sabar menunggu.....Nanti saya story mory pasal kuching ni ea.InshaALLAH.....



P.S : 1st time sambut birthday dengan suami.Tq suami.Love u so much. =)

Wednesday, 21 August 2013

Aroma ikan bakar jeram

Assalamualaikum,

Last weekend saya dan husband telah menjejakkan kaki di ke aroma ikan bakar yang orang dok cakap tu. Pergi dalam pukul 11 selepas breakfast. Konon nak makan untuk lunch.Tapi brekfast pun dah makan nasi.Camno?Huhuhu.Masa ni tak ramai orang.Kalau petang-petang tu mungkin ramai.Tambahan lagi weekend kan..Kami ikut latar.Takde la jauh sangat.Kalau sape nak pi boleh jalan ikut latar.Masuk kuala selangor.Nanti jumpa simpang 3.Kanan pi sabak bernam, kuala selangor. Kiri pi klang.Ambik jalan pi klang.Lepas tu jalan je terus.Jauh jugak la.Sampai jumpa sign board jeram.Dah nak dekat dah tu.Nanti jumpa balai polis jeram dan shell belah kiri. Betul-betul je depan balai polis tu ade simpang 4.Masuk kanan.Dari situ dah nampak sign board aroma warna hijau.Jalan je terus sampai hujung .Nanti kat hujung ada simpang ke  kiri. Masuk kiri.Dah sampai....

Meh tengok gambar....

pintu gerbang

Seni bina menggunakan buluh 

Ni la tempat makan dia. Banyak sangat tempat duduk.
Masa ni kosong jer. Yela pukul 1 lebih.Kalau kol 6 confirm penuh.

Belakang tu saung dan bambo.Kalau nak privacy boleh makan kat situ.Tapi kena caj la.Saung =RM10 bambo = RM20.

Tu dia saung.Saung ni boleh duduk dalam 6-8 orang.kalau bambo boleh duduk lagi ramai.

Ni pemandangan laut dari arah aroma. Banyak pulau kat depan tu.

Ni dia pilihan makanan laut.Boleh pilih kat sini.Tapi tak banyak choice macam kat senibong.

Ni pilihan makanan kami. 3 ekor ketam dan seekor sotong.Cukup untuk kami berdua yang lepas breakfast ni.Itu pun jenuh nak habiskan sotong tu.Ketam masak cili.Harga untuk ini dan 2 pinggan nasi beserta 3 gelas air mangga dan satu air kelapa berharga RM72.80

Ok.Kalau nak ikut selera saya, saya tak berapa nak suka ketam masak cili.Rasa macam banyak sangat letak sos tiram.Bau dia pun sangat kuat.Tangan sampai malam masih bau lagi walaupun dah berkali cuci dengan sabun.Tekak saya tak berapa la untuk masakkan ni.Makanan laut dia fresh tapi ketam dia kecik-kecik.Sotong dia serius besar.Jadi memang puas makan sotong dia tu.Saya pun tak banyak nak komen sebab menu pun sikit.Memang datang untuk mencuba jer. Mungkin lepas ni nak cuba kat bagan lalang plak.Hihihi.Pokai suamiku.

Itu je.

Sekian

Wasalam.


Tuesday, 20 August 2013

Random Giveaway by FD




Hadiah yang diingini :
1. Coklat & teddy bear
2. Printed tee / tshirt
3. Kpop stuff (song joon ki)



GIVEAWAY SAYA NAK TEDDY BEAR BY FARISHA


Sempena Hari Raya Adilfitri 2013,
Farisha telah mengadakan Giveaway hebat
yang menawarkan Hadiah Teddy Bear sebagai hadiah utama
Dijemput semua sertai Giveaway ini

Siapakah peserta bertuah yang akan memenangi Hadiah ini??
 Klik SINI Untuk join & Lihat hadiah
Giveaway ini sah dari 19-08-2013 sehingga 09-09-2013
Pemenang akan diumumkan pada 10/09/2013

 Good Luck semua ^.^

Monday, 19 August 2013

No plat selepas wyy 9999

Assalamualaikum,

Kalau keluar mesti tengok no plat kereta orang.Yang latest wyu..Kalau jumpa je yang baru mesti menjerit kat husband.Tu tu yang baru.....jom langgar sikit kereta baru tu (hahaha.Gurau je..)..Sebelum-sebelum ni main teka-teka dengan husband lepas wyy ape dia.Husband kata WAAA.. Saya WA 1.Bila google2 baru tau yang dah decide dah nak keluarkan ape.W 1 A..Wahhhh.Senang je nak hafal..Siapa la yang dapat wyy 9999.No terakhir tu sebelum bertukar no baru.Tapi still excited nak tunggu yang baru walaupun tak tahu kenapa perlu excited.Huhuhu....Benda ni menunjukkan ramai betul beli kereta kat KL ni.Yela ramai yang berhijrah ke KL untuk mencari rezeki.

Jadi mari la kita tunggu sama-sama ea.Mesti masuk berita la sape yang dapat no baru tu..Kot la.....Hihihihi....

P.S : 2 3 menjak ni banyak jumpa kerete plat number 1M4U..Kenape ea tiba-tiba banyak??
I dan O memang tak boleh guna ea untuk plat number sebab tak pernah jumpa lagi.Mungkin takut konfius dengan 0 dan 1 kot....

Thursday, 15 August 2013

Puding raja atau puding Istana.Sedap dan menarik

Assalamualaikum,


Sumber Google


Sumber : google


1st raya hari tu gi rumah mak mertua.1st time jumpa benda alah ni.Adik ipar yang buat.Menarik.Dapat la satu tupperware kecik yang selalu orang guna isi taufufa kat pasar malam tu.Cara makan dia kena tuang susu cair.Memang tak pernah tau pun.Dan yang kuning-kuning tu kuning telur.Tapi kena ada skill nak buat panjang-panjang macam mee tu.Gaul-gaul bawah ada pisang ok.Banyak betul bahan-bahan dia.Ada asam, kacang gajus..dan macam-macam.Tak berapa tahu la bahan-bahan dia.Kalau beli kat kedai mahal ni.Selalunya diorang akan jual dalam kuantiti yang sikit.Sebabnya?Sebabnya... seriusly akan rasa tak lalu.Mual.Takde selera.Cukup la 3 4 suap je.Mungkin sebab ada susu.Yang tu tekak saya dan husband la.Kalau orang mungkin boleh makan banyak-banyak.Sebab tu diorang jual sikit jer tapi mahal..Mungkin sebab susah nak buat kot.Tapi dapat rasa pun dah ok.Bukan tak sedap tau benda ni.Sedap untuk suapan 4 5 je.Lepas tu gerenti akan rasa tak lalu.Lepas ni tengah tunggu lagi satu makanan yang saya tak pernah jumpa dan makan.Pasor manok.Makanan sarawak.Tahu tak manok tu ape?Manok tu ayam.Ayam yang dibakar didalam buluh.Tapi ape bezanya?Saya pun tak tahu.InshaALLAH kalau dapat rasa saya share ea.=)


Sekian

Tuesday, 13 August 2013

Mentarang Sabak Bernam

Assalamualaikum,

Sabtu lepas balek sabak bernam rumah arwah nenek.Ikut latar lebih kurang 2 jam tapi balek ambik masa 3 jam sebab jam kat tanjung karang.Tapi sepanjang latar tu memang tak jem.

Seronok dapat balek kg.Tahun lepas balek jugak tapi singgah kejap je.Kali ni lama la sikit.Pergi beraya rumah kawan-kawan mak.Riuh..Biasa la lama tak jumpa.Padi baru nak naik.Ada yang baru tanam.Syioook balek sana sebab kawasan sawah.Angin sepoi-sepoi bahasa gitu.Dulu kecik-kecik selalu jugak tangkap ikan kat parit.Mandi dalam parit pun ada..Tu kenangan masa kecik.Susah nak lupakan.Best sangat..

Kali ni pak long pun balek jugak.Family dia besar.Jadi meriah sikit.Lunch makan kat situ.Pak long pergi sungai besar pagi tu untuk beli lauk lunch.Salah satunye mentarang.Sepanjang jalan sabak bernam tu memang akan ada orang jual mentarang.Memang senang nak cari.Dulu datang tertanya-tanya jugak ape benda la mentarang tu.Tak tahu plak dia dah popular.Siap masuk tv lagi.Tapi sejak popular ni makin naik harga.Sekilo RM10..Dulu boleh dapat murah dari tu.Maklong la yang cakap gitu.Sekarang dah mahal sangat.

Seronok makan ramai-ramai.Lauk kampung..Budu pun ada.Mentarang tu rebus jer.Isi dia lebih kurang macam lala cuma cengkerang dia memanjang..Tapi masa kami makan tu mentarang la tak berapa diusik.Sebab tak biasa makan kot.Tapi kalau buat masak lemak cili padi mesti lagi dapat sambutan.Nak cari kat KL ni memang susah la.Tunggu raya tahun depan baru dapat rasa.

Lagi satu musim-musin raya ni semua nak naik harga.Mangga yang selalunya murah kat tepi jalan tu pun naik harga.Erm....Ramai dapat duit raya kot tu yang leh naikkan harga tu.huhuhu.

Ni la gambar mentarang ambik kat google..Hari tu tak sempat nak snap sebab lapor sangat dah..hehehe

Sumber : Google

Sekian



Monday, 12 August 2013

Ajar anak berenang seawal 6 bulan....

Assalamualaikum,

Okie fine.Saya baru tau yang seawal 3 bulan 6bulan pun dah boleh ajar anak berenang.Ke korang pun tak tahu jugak??Hehehe..

Saya ni dah umur 25 tahun pun masih tak pandai berenang.huhuhu

Tapi sangat-sangat wowww...... baby pun dah boleh berenang.Woww lagi.Wowww..Kat malaysia mungkin pendedahannya masih kurang sebab tu jarang dengar.

Meh nak share video ambik dari youtube.




ISR adalah salah satu tempat untuk baby-baby ni belajar berenang.

Comel je diorang ni. kan.Macamane la diorang boleh pandai berenang ni.....ish...

Sekian

Thursday, 8 August 2013

Perihal Malam Raya

Assalamualaikum,

Dh kol 1 lebih.Tertido dh suami tunggu si isteri siapkan baju dia.Yup..Baju raya saya baru je siap bubuh manik.Jubah raya.Hari tu tempah buat jubah kosong.Jadi tambah la manik2 bagi lawa.Penat  betul mengadap benda tu.Sampai sakit pinggang.Raya punya pasal.Bertungkus lumus.Kalau tak esok tak boleh pakai baju sedondon dengan suami.Tu yang siapkan jugak..Alhamdulillah.Siap jugak akhirnya.Mengantuk dah ni.Tapi malam ni dok teringat  kat  kawan2 masa kat u.Tak tau la pasal ape.Miss them so much..Sambil jahit sambil tu la msg minta maaf.Dah lama tak jumpa.Last masa saya kahwin ari tu..

Jadi di kesempatan ini, saya pun nak mohon maaf kat pembaca blog ini jika ada entry yang menyakitkan hati atau berlebih lebihan.Boleh email saya kalau ade yang kecik hati.Kite leh setelkan 0 0.Hehe....

SELAMAT HARI RAYA.

Bawak kereta hati2.Kepulangan untuk dirai bukan untuk ditangisi.

MAAF ZAHIR BATIN

Sekian

P.S : Rindu la kat hangpa semua.Muni,yah,nani,norin,edu,kak de,mira (n.com),gee,hajar,linda,rai,ecah,mira,nadhratunaim.....

Untuk suami tercinta.Selamat hari raya abang.Terima kasih hari ni tolong kemas rumah.

Tahun pertama raya sebagai suami isteri..Love u.... ♥ :-)

Thursday, 1 August 2013

Pemenang Simple Giveaway july - Dec bagi Bulan July

Assalamualaikum,


Alhamdulillah. Dah sebulan segmen ini berjalan.Terima kasih diatas sokongan anda.

Untuk pemenang bagi bulan julai saya telah membuat pemilihan di random.org.

Sesiapa yang menang tahniah
Yang tidak jangan risau peluang masih ada lagi sehingga bulan disember.
Pemenang-pemenang mestilah memberi details anda kepada saya di moonstar.nia@gmail.com.

Untuk barangan pos

Nama:
Email:
Link GA:
No telefon:
Alamat:

Untuk topup

Nama:
Link GA:
Email:
Jenis kad prabayar (DG/Maxis/Celcom):

Pemenang

Topup RM5x2
1. 24 - http://ikalib.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
2. 1- http://hasyaifaamadariqfi.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html

Keychain Sabah
1. 3  http://coratcoretsibudaktembam.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html

Tempoh tuntutan hadiah adalah dari tarikh hari ini 1st August 2013 hingga 15 August 2013.

Senarai peserta boleh lihat disini Senarai peserta

Yang belum join boleh terjah sini Simple Giveaway july - Dec