Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday, 27 August 2013

Cara terbaik ke LCCT

Assalamualaikum,

Last weekend saya telah pergi ke Kuching Sarawak untuk kali ke 2. Kali ni naik Air Asia.Pertama kali. Jadi memang ada google mengenai cara nak pergi ke LCCT. Kalau gi KLIA boleh terus sampai naik ERL. Tapi LCCT ni kena naik tren pastu tukar bas.Memang semuanya first time.Kena pandai-pandai sendiri. Nak pergi sana ada 2 cara kalau guna pengangkutan awam.
      1.       Turun KL sentral, ambik skybus terus direct ke LCCT. Perjalanan lebih kurang 1 jam.Harga RM8
      2.       Turun KL sentral, Ambik ERL Transit -> turun kat stesen salak tinggi -> Ambik shuttle bus -> LCCT. Perjalanan pun lebih kurang 1jam. Harga RM26 RM12.50(ERL + shuttle bus)

Ok. Beza dua cara diatas adalah:

Kalau ikut cara 1, memang boleh.Tapi anda kena tanggung risiko kalau jem. Perjalan dari KL sentral ke LCCT sangat lama.Jadi kemungkinan untuk jem tu ada terutama waktu peak hour.Saya tak pernah naik tapi bila google ada jugak yang terlepas flight sebab skybus ni lambat gerak. Tapi shuttle bus pun lambat jugak sebab mereka kena tunggu bas penuh baru jalan.Kalau nak naik untuk balek mungkin boleh naik skybus ni sebab kita tak kejar masa sangat. Saya pulak hari tu nasib baik naik ikut cara ke dua.Kalau tak mesti lambat sampai sebab ada 2 accident di lebuhraya menghala ke KLIA. Boleh tengok berita ni. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/25/KLIA-air-ground-delays.aspx . Sebab saya adalah antara penumpang yang awal sekali kena tempias daripada kesesakan udara di LCCT. Kami tak boleh mendarat kat KLIA jadi flight kami berlegar je kat atas udara sebelum semuanya clear untuk turun. Jadi kami dikira bernasib baik sebab flight tak lencong kat subang.Still turun jugak kat LCCT. Alhamdulillah...ALLAH banyak tolong kami....

Sumber : Google

Ok.Kalau ikut cara 2 (recommended), shuttle bus memang akan tunggu depan airport kalau dari KLIA->KL sentral. Walaupun harga mahal tapi bila dah naik ERL dah boleh tarik nafas lega. Tak perlu berdepan dengan kesesakkan lalu lintas. Ianya akan jadi lambat kalau ERL yang rosak.Tak dapat den nak nolong. Tapi setakat ni takde lagi la dengar. Jadi shuttle bus akan bawak kite balek ke salak tinggi->ambik ERL->Sampai KL sentral.Masuk je ERL boleh hilangkan penat.Perjalan dari LCCT->salak tinggi = +- 20minit. ERL salak tinggi ke KL Sentral = +- 40minit. Lebih kurang 1 jam jugak.


Sumber : Google


Jadi buat la pilihan anda. Ini hanya cadangan saya sahaja.Setiap orang ada pengalaman masing-masing.

Itu sahaja perkongsian untuk hari ini.

Wasalam.

3 comments:

  1. dari salak tinggi..tunggu erl dtg,mau tungu brapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari salak tinggi nak kemana?klu ke kl sentral dlm 20min peak hr, 30min off peak hour.boleh rujuk kat sini..https://www.kliaekspres.com/plan-buy/schedule/

      Delete