Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday 23 May 2013

Seafood di senibong johor

Salam semua,

Baru nak update.

Dah basi gak citer ni.Kejadian ni terjadi pada sabtu lepas.Nak update tapi sd card ade problem.Tak boleh nak bukak file.Jadi dengan bantuan my lovely husband akhirnya berjaya.Baru boleh update.

Dimulakan cerita last weekend hari tu memang dah plan nak pi jalan-jalan.Tapi takde idea nak pi mane.Nak gi endau rompin tapi jauh sangat.My lovely husband nak kawasan yang macam hutan-hutan sikit.Nak hirup udara segar katanya.Badan dia pun tak berapa nak sihat.Oleh kerana jauh jadi ami plan nak pi melaka jer.Dekat sikit.Tapi panas pulak.Kami ni putera n puteri lilin.Jadi terus cancel.Google-google tempat menarik kat johor.Antaranya legoland.Tapi saya tak berapa teringin plak nak pi sane.Last skali jumpa blog NI  terus memecut laju ke sana.Takde la laju sangat.Kampung senibong johor.1st time tahu tempat ni.Tempat ni kalau hangpa semua nak pi guna GPS better cari permas jaya.Kalau cari senibong memang pusing-pusing la.Permas jaya senang sikit.Itu mengikut GPS sygic.Lokasi dia betul-betul di tepi laut antara singapore dan malaysia.Kalau makan kat situ memang pemandangan singapore la.Dekat jer rupenya johor dengan singapura.Tak sangka la sedekat tu.Berenang pun boleh sampai.Kalau saya tak sampai la.Terapung je atas pelampung sebab tak pandai berenang.Hahahaha.
Jadi meh layan gambar..

Jap tengah terkedu.Husband tolong basuhkan pinggan dan masukkan baju dalam mesin.Tercengang jap.........

...
...
...
...
Ok.Dia nak gerakkan otot badan.Kalau hari-hari nak gerakkan otot badan, saya goyang kaki je la.Hehehe
Dah tidor pun dia.Good nite abg..

Sambung citer balek.
Meh nak share gambar.

Ni la tempat kami pergi.Selera senibong seafood.Ade 2 3 kedai lagi sebelah ni.Jangan risau,Masa saya pergi ni pun dekat kol 7.Tempat masih banyak kosong.

Yang ni la tempat makannya.Tak tahu la nak cakap tepi laut ke or tepi sungai.Rasa macam tepi sungai jer.

Ni antara hasil laut yang ada.Boleh pilih mana yang nak.
Pilihan kami?

Ni dia....
Udang sudah pasti.Masak sambal udang.Besar-besar udang dia.Yang ni tak silap RM65.Puas la dan sangat-sangat pedas.Memang keluar air mata makan ni.
Lagi satu udang galah.Besar giler.Isi dia banyak macam makan lobster kat topspot dulu.Ni masak lemak cili.Pedas lagi.Huhuhu,Tapi serius ni puas.Harga dia pun agakla mahal.Tak silap RM75 untuk 3 ekor.

Total untuk makan ni je RM156.Kalau sape-sape yang nak pergi timbang dulu ape yang kite nak.Takut harga dia mahal.Ni pun kami dah pokai.Kalau topspot dengan harga mcam ni memang lagi untung sebab murah.Tapi ok la.Kalau topspot kena nek fligh bagai.Ni dekat je.Tapi menu masakkan pedas sangat puas hati.Yang penting dapat makan udang.Lagi-lagi puas hati.Hehehe.
Ni suasana malam.Nampak tak lampu-lampu tu.Yang tu la singapura.Memang jelas dari tempat makan ni.Orang singapura pun ramai makan kat sini.

Balek kami tidur kat johor.Esok tu baru balek KL.Sepanjang jalan highway johor ni, banyak sangat pokok diorang tanam kat divider jalan.Memang cantik la.Tiba-tiba suke johor sebab mesra alam.

Ok.Yang tu je nak share.Mane tau sape-sape yang teringin nak makan seafood leh pi sini.

Next nak pi try kat kuala selangor plak.Kat tempat kelip-kelip.Last pi sana masa darjah 6.HuHuHu

Sekian

Wasalam.

No comments:

Post a Comment