Friday, 20 September 2013

Tabiat suke tengok kaki orang.....

Assalamualaikum,

Salam Jumaat semua.

Hari ni nak share cerita pasal stokin.

Readers yang perempuan gerak-gerakkan kaki kamu..Pakai stokin tak??

Readers lelaki ni untuk anak-anak dan isterimu.

Saya ada satu tabiat suka tengok orang pakai stokin ke tak. Kenapa??Sebab saya ada satu experimen yang saya buat sorang-sorang. Takde keje betul.Huhuhu


Hasil pemerhatian saya:

Saya lihat cantik kakak-kakak, adik-adik, wanita-wanita diluar sana yang pakai tudung walaupun tak labuh tapi cukup sopan dengan memakainya sehingga menutup dada mereka.Baju longgar. Takmo ketat-ketat. Tak nampak bentuk badan. Tak nipis. Berbaju kurung.Cantik.. Cuma satu yang sering kaum wanita ni abaikan adalah tak pakai sarung kaki.

Jujur. Saya juga ada kenalan yang sangat-sangat jaga solatnya, selalu membaca mathurat setiap hari, menjaga auratnya (tudung labuh, tidak ketat, melepasi pinggang), menjaga halal haram makanannya tapi satu je benda yang dia abaikan dia tak pakai sarung kaki.

Kamu...kamu...kamu yang sedang saya lihat...... Itulah saya yang dahulu.

Dulu saya tak pakai sarung kaki.Tapi sangat jaga benda lain. Kerana apa?Tiada siapa yang ingatkan saya. Yang berani tegur saya.....

Pernah dulu saya tanya pada kawan saya "kaki aurat ke?".. Betapa ceteknye ilmu agama saya.Betapa bodohnye saya rasa dengan soalan itu. Malunya jadi orang islam.Malu sangat.....

Masa kerja dulu pun bila dah sampai je ofis terus tukar kasut dengan selipar.Senang nak jalan guna selipar.Jadi sekali dengan sarung kaki saya bukak. Padahal ada je perkerja lelaki. Tapi buat tak kesah.

Tapi akhirnya saya tersedar sendiri.Mula belajar pakai sarung kaki.Pakai sarung kaki warna coklat tu. Tapi jangan pakai yang jarang yang masih nampak kulit kita tu. Bila dah pakai lama-lama jadi biasa. Baru terjaga semua aurat kita.Nak berubah bukan senang. Tapi kalau tak mulakan sampai bila-bila kita kat tahap tu jugak. Jadi mulakan sikit-sikit. Bila dah start pakai sarung kaki, mula pulak dengan sarung tangan. Bila dah pakai tudung 45, panjangkan sikit ke 55, lagi 5 je nak jadi 60.

Kalau kita buat baik orang mengata, buat jahat pun orang mengata, apakata buat apa yang ALLAH suruh.Kalau asyik dengar je orang nak kata, dosa kite bukan diorang yang tanggung.Tutupkan telinga. Lama-lama diorang penat la tu.

Saya tau ada je yang berniat nak buat cuma tak buat-buat lagi. Mulakan dari sekarang. Tak rugi pun buat benda baik. Untung lagi adalah....

Sumber: google

Itu je nak kongsi.Memberi peringatan kepada semua sebab dulu takde pun orang nak bagi peringatan kat saya. Nasib baik ALLAH sedarkan saya.

P.S : Sekarang anda pun boleh la tengok kaki sendiri dan kawan anda. Pakai sarung kaki tak???

Wasalam.

3 comments: