Tuesday, 24 September 2013

Jadi orang ganu la kito

Assalamualaikum,

Sekarang tengah tunggu confirmation letter dari company husband. Hari tu dah meeting. Kalau dah dapat surat ni baru la betul-betul saya jadi orang ganu.Dah dengar ura-ura husband kena pindah awal tahun ni lagi tapi takde la secepat ni.Bila je husband bagitahu kena pindah hati hepi sikit sebab saya memang teringin nak duduk terengganu.Dapat pulak kat kerteh. wahh best2. Banyak kali dah jejakkan kaki kat kerteh tu sebab tu rasa macam seronok je dok sana. Kampung-kampung gitu. Yela.Dah 25 tahun dok bandar bila jumpa kampung wahhhh amannya.Tapi satu je kat kerteh ni, tepi laut sangat. Confirm hitam la muka nanti. Selalu kalau pi kerteh dok kat awana atau residence. Kalau kat residence tu memang tak sah kalau tak makan kat kedai tepi laut sebelah hotel tu. Sotong goreng dia besaq habaq hang.Makan abc jagung. Perhhh sedap sungguh. Pernah cerita kat entry ni. Tapi apa-ape pun kena tunggu surat dulu baru leh cerita nak dok kat mana, cari rumah kat mana, dan keberatan hati ni nak tinggalkan family kat KL ni.Huhuhuhu....

Sekian

P.S: Demimu suami kemana sahaja aku akan bersama-samamu.. =)

1 comment: