Wednesday, 22 October 2014

Diari Hamil: Pengalaman mencari hospital bersalin

Assalamualaikum,

Ni nak share pengalaman mencari hospital bersalin. Saya dah listkan dah beberapa hospital dan siap google lagi mana yang terbaik. Alhamdulillah kalau nak bersalin bab bayaran tak risau sangat sebab company husband ade cover. Tapi ade limit jugak la. Setakat normal tu boleh la. Kalau kena czer bayar la selebihnye. Husband pun tak kisah mana2 hospital yang penting service bagus dan paling penting doktor perempuan. Kat dungun ni ade hospital dungun je jadi orang2 kat sini kalau nak private memang akan ke kuala terengganu atau kuantan. Husband prefer hospital private bukan sebab mampu bayar ke ape. Yang tu semua belakang kira. Yang paling utama doktor nak sambut baby kami nanti mesti perempuan. Jadi hospital private boleh pilih2 doktor mane kita nak. Kalau kerajaan takut tak boleh buat. Tapi kalau request boleh jer. Banyak google pasal hospital. Kat kuala terengganu hospital semua dr. lelaki. Jadi kami decide nak bersalin kat KL je sebab family dua2 ade sana dan kat KL banyak pilihan.

1st hospital yang kami nak Columbia Asia Hospital Setapak yang mane salah seorang Dr. dia dr. yang memang femes. Dr. Masita Mansor. Baca review dari orang lain pun kata dia ni bagus dan islamik orangnye. Jadi pergi KL pergi klinik dia dulu kat Klinik Pakar Medina Taman Melati. Nak buat appointment dah penuh. Tak silap 3 kali kami buat appointment tak pernah dapat. Busy sungguh dr. tu dan ramai betul pesakit2 dia. Jadi kami decide gi direct kat Columbia Asia memandangkan dia pun ade kat situ setiap hari selasa. Jadi buat appointment tak silap bulan 6 hari tu tapi ade kosong masa bulan ogos. Lama betul nak tunggu turn. Before tu dah pergi jumpa Dr. Sudha kat columbia asia jugak. Tapi hati ni tetap nak Dr. Masita jugak sebab husband pun kata masa bersalin ni kita kena ade support. Kalau dapat Dr. Masita dia boleh la tolong2 ingatkan atau nasihatkan ape2 yang kita lupe berkaitan dengan islam. Contoh doa ke, surah2 terbaik ke sebab masa sakit bersalin tu semua boleh lupe. Jadi memang kami tunggu sampai bulan ogos untuk jumpa Dr. masita.

Dalam pada yang sama saya cari jugak hospital lain. Selayang hospital dah tolak awal2 sebab google2 dr. dia lelaki. Jadi kalau tak dapat dr. Masita ni baru la akan gi survey Hospital Tawakal, Ampang puteri atau pusrawi. Tapi semua ni pilihan terakhir sebabnya hospital ni jauh dari gombak. Tiba2 masa google2 jumpa pasal Gombak Medical Centre (GMC). Hospital ni kecik je tapi yang penting dr. kat situ semua perempuan termasuklah nurse2 diorang. Jadi cakap dekat husband try pergi checkup kat situ kalau ok kite proceed je la bersalin kat situ. Masa nak pergi appoinment dengan Dr. Masita tu before tu gi check up kat GMC dulu. Kalau GMC ni ok bersalin je la kat situ dari mengejar Dr. Masita yang tak confirm boleh dapat tu. Jadi kami pun gi checkup kat situ. Memang dekat je dengan rumah mak. Tak besar sangat pun hospital dia tapi lengkap. Kiranya kalau kena czer pun dia boleh buat kat situ sebab sebelum ni kawan saya gi satu private hospital bila czer je dia kena transfer hospital lain. Leceh plak kena tukar2 hospital. Tapi kat GMC ni semua ade ok la. Jadi kami pun decide gi situ.

Next entri saya share pasal pakej hospital ni ea.

Itu je....

Wasalam.

2 comments:

  1. segannya nak bersalin dengan doctor lelaki. sy lebih prefer kena bayar mahal dari doctor lelaki yang sambut baby. tak sanggup. T_T

    ReplyDelete
  2. Mcm sy bersalin di gov. Mmng xleh elak kalau kna handle dgn doktor llaki. Doa bnyk2 lpas solat. Tawakal. Alhmdulillah doktr ppuan yng hndle..

    ReplyDelete