Wednesday, 22 October 2014

Diari Hamil: Pengalaman minum air gula. 3 kali kena minum

Assalamualaikum,

Kali ni nak cerita pengalaman minum air gula. Sekarang kalau pergi klinik kerajaan memang diorang akan suruh minum air gula jika mengandung selepas umur 26 tahun walaupun dalam keluarga memang takde yang ade penyakit kencing manis. Memang diorang ambik berat pasal ni sebab selalunya masa mengandung la macam2 penyakit akan muncul. Salah satunya kencing manis. Selalunya diorang akan suruh minum air gula bila kandungan dah masuk 26 minggu. Saya pun tak terkecuali untuk minum air tu. Masa mula2 minum tu memang saya ade google jugak. Ade orang memang senang je boleh telan, ade jugak yang muntah. Tapi masa tu saya rasa macam saya boleh buat. Air gula je kot. Jadi malam tu kol 10 dah stop makan. Kena puasa. Pagi2 husband hantar gi klinik. Sampai je minum air gula. Konon nak sekali teguk je tapi tak boleh. Memang rasa meloyakan. Tapi habis jugak saya minum. Keluar je dari bilik tu sebab kena tunggu 2 jam lagikan jadi gi la cek perut dulu. Masa dok dengar nurse tu cakap rasa nak muntah. Tak tahan berlari gi toilet. Habis keluar semua. Lepas tu cakap kat nurse dah habis dah semua. Nurse pun tak leh nak wat ape dah. Dah muntah jadi dia suh balek next appointment minum lagi sekali.

Next appoinment datang la lagi nak gi minum. Masa ni dah memang ready dah. Siap bawak vick lagi sebab takut muntahkan. Sebelum ni lupa bawak tu yang tak menyempat muntah jugak. Kali ni dengan harapan tak muntah la. Hancur jugak. Sebelum ni tak sampai 5 minit dah muntah kali ni bertahan lama lagi la. Tak silap 45 minit. Masa ni tengah borak dengan sorang kakak ni sambil menahan dari muntah. Kakak ni pun banyak plak tanye. Yang saya ni tengah bertarung nak menahan muntah. Jadi akhirnya terkeluar jugak. Lepas dah keluar tu nurse suruh gi makan. Baru sumbat karipap satu tiba2 rasa pitam. Gi bilik nurse terus terduduk sebab tak tahan nak pitam. Apelagi kelam kabut nurse semua tengok saya macam tu. Rehat2 kejap pastu nurse cek perut. Tapi diorang suruh gi klinik lagi satu jumpa dengan doktor sebab dah 2 kali minum air gula muntah dan paling teruk pitam. Jadi kol husband n husband pun bawak gi klinik lagi satu. Masa jumpa doktor, doktor suruh minum kali ke 3 next appointment. Kalau tak boleh jugak baru jumpa doktor pakar.

Jadi next appoinment datang lagi untuk minum air gula. Kali ni memang berharap sangat berjaya. Tak larat dah nak telan air gula tu. Meloyakan sungguh. Jadi minum la lagi untuk kali ke 3. Sebelum ni dah pernah pitam jadi lepas je minum air gula nurse suruh baring atas katil. Rasa diri ini special plak sebab leh tidur. hehehehe. Tunggu la sampai 2 jam. Akhirnya................................Alhamdulillah berjaya jugak bertahan.

Result pun alhamdulillah ok.

Dah jadi popular dah kat klinik tu sebab air gula ni.. Ni la pengalaman yang takkan dilupekan sampai bila2..

Okie itu jer.

wasalam

2 comments:

  1. air gula? errmm loya tekak dibuatnya. baca ni pun dah daat rasa loyanya kan..

    ReplyDelete
  2. Allah.. Minum air gula ni la yng sy xtahan. Sy kna minum air oren dlm botol. Smpai kesudah fobia dgn air oren..

    ReplyDelete