Sunday, 19 October 2014

Dinner di Restoran Village View Bangi

Assalamualaikum,

Khamis lepas pergi KL. Banyak sangat benda kena setelkan kat KL. Dan celebrate besday MIL and FIL pun salah satunye. Besday diorang dekat2. Beza 4 hari je. Jadi alang2 sambut je sekali. Takde kek2 bagai. Just ajak diorang gi dinner. Tempat diorang decide. Jadi bile dah kat bangi memang tempat diorang, diorang pilih nak dinner kat Restaurant Village View ni. Saya dan suami 1st time makan sini. Menu pun bagi diorang yang pilih. Banyak giler kami order. Tapi bagi saya berbaloi la dengan harga dan untuk 6 orang makan.Meh nak share ape kami makan dan harga. Senang kalau korang nak pergi nanti boleh la bajet berapa.

Menu yang kami pilih memang super duper banyak. Penuh meja.

Ikan kerapu masak sweet n sour seekor
Udang goreng butter untuk 3 orang makan
Ketam masak sambal 6 ekor. Ketam favorite husband jadi memang dia order banyak.
Sayur. Lupe sayur ape
Grill Lamb Chop
French Fries
2 mangkuk kecik sup
Chicken Boxing
Air tembikai 3 gelas. Jus oren 1. laici 1, ade lagi. Tak ingat air ape.
Nasi putih untuk 5 orang makan.

Total 215.00 (ade sen2. Terlupe berapa sen)

Harga untuk setiap menu tu lupe nak ambik. Tapi korang boleh gi blog NI kalau nak tahu harga sebetulnye. Tapi tak tahu la masih sama lagi ke or tak.

Kalau nak compare dengan harga masa kami makan kat senibong dulu memang yang ni lagi berbaloi. Boleh tengok entry NI kalau nak tahu berbaloi ke tak makan kat senibong atau sini.

Meh tengok gambar sikit.


Minta maaf la pengcahayaan tak cantik






 
Ade kolam yang ade banyak sangat ikan. Besar2 plak tu. Kalau nak bagi ikan makan boleh beli makanan dia kat counter. Tak silam RM1 untuk 1 cawan kertas tu.

Dari segi service dia plak. Makanan kat atas ni baru order rasa macam 5 minit dah sampai. Diorang dah masak siap2 kot. Menu yang takde gambar macam grill lamb chop, french fries dan chicken boxing sampai lambat sangat. Kami dah abes makan lauk atas ni baru menu2 ni sampai. Rasa dekat satu jam. 

Kalau dari segi kesedapan ermmm bagi saya biasa2 jer. Ketam masak sambal dia seriusly pedas sampai tak rasa pun isi ketam tu. Salah kami jugak kot sebab order masak sambal. Lepas ni wat kukus je. Baru betul2 leh rasa isi ketamnya. Udang pun tak besar sangat tapi masak butter ok la. Kalau nak compare kat senibong tu, senibong lagi sedap dan puas. Tapi dari segi harga ni lagi berbaloi.

Okie itu je nak kongsi.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment