Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Monday, 8 June 2015

Renew Lesen Perniagaan yang sudah tamat tempoh

Assalamualaikum,

2 hari lepas baru je selesai renew lesen perniagaan. Gara2 tersalah tarikh,mati2 ingat tamat tempoh bulan jun tapi rupa2nya bulan 3 hari tu tamat. Dekat 3 bulan jalankan perniagaan dengan lesen yang dah expired tu. Nasib baik ssm x cek. Kalau x dah melayang rm50k..huhuhu.

Nak perbaharui lesen selain pergi sendiri kat kaunter ssm,korang boleh buat dimana2 cawangan bsn. Bagi ic dengan salinan sijil perniagaan tu. Bagi yang kena kompaun macam saya ni sebab renew dah tamat tempoh, boleh jugak gi kat bsn. X semestinya gi kat kaunter ssm. Tapi rasanya ada limit jugak berapa lama korang x renew yang bsn boleh buatkan.Kalau lama sangat maybe kena direft gi ssm...Kompaun yang saya kena rm50 yang mana untuk bulan pertama lambat renew lesen akan di kenakan rm30 dan rm10 untuk bulan seterusnya.

Sekejap je nak renew. Dalam 15minit siap.

Jadi lepas2 ni ingat, 3 bulan sebelum nak tamat tempoh boleh renew dah. Tak pasal2 kena kompaun.huhuhu. Nanti sebelum 4 jun 2016 ingatkan saya renew ea.hehehe..

Itu jer.

Wasalam.

P.s Sekarang tak boldh daftar perniagaan online. Ssm tutup buat sementara. Jadi korang kena gi kaunter ssm. Kat UTC pun blh buat..



Thursday, 4 June 2015

Mini Giveaway by Syira Lokman

Assalamualaikum

Klik banner untuk join

Tamat 10 jun 2015

Tuesday, 2 June 2015

Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com

Assalamualaikum,

Sape nak join blh klik banner dibawah ea.. :-)



Tamat : 26/6/2015 11.59pm


Wednesday, 27 May 2015

Bersyukur la jadi suri rumah

Assalamualaikum,

Baru berborak dengan sahabat ni. Kerja pun kena bawak anak sebab bos takde jadi kena ambik tugas. Terpaksa bawak anak gi tempat keje weekend. Baby lagi tu. Terus timbul rasa syukur bila bandingkan dengan diri sendiri yang duduk rumah ni. Alhamdulillah.. Allah bagi kesempatan jadi suri rumah walaupun kadang2 ade jugak orang perli, belajar tinggi tapi duduk rumah. Nak buat macamane ini yang Allah takdirkan. Pekakkan telinga jela...Jadi suri rumah semua bersyukur k. Orang yang bekerja tu nak sangat duduk rumah jaga anak tapi setiap orang nasib tak sama. Ade yang terpaksa kerja. Jadi jangan merungut sebab buat kerja rumah banyak. Bersyukur la..Lagi satu jangan dok berlagak jadi suri rumah sebab laki mampu nak tanggung. Sekelip mata Allah boleh tarik kesenangan tu. astaghfirullahaladzim.

Peringatan untuk diri sendiri...

Monday, 25 May 2015

Koleksi Baju Kurung 2015

Assalamualaikum,



Wahhh lamanye x update blog. Kemalasan dan kesibukan yang melampau. Alhamdulillah sekarang masa dipenuhi dengan banda berfaedah. Ape yang saya busykan tu..Blog pun x sempat usik.jeng jeng jeng...

Melangkah maju kedepan. Sekarang dah fokus kat business tambah2 nak raya ni. Kita jual baju kurung la awak. Ha sape nak beli boleh komen or pm. Nanti kita bgtau camne nak order.hehehe

Alhamdulillah sambutan sangat2 awesome..Boleh kata hari2 duit masuk. Rezeki.. Ape yg penting kna rajin.rajin.rajin doa usaha tawakal. Ikhlas kerana Allah. Mai tgk contoh2 baju saya jual.







Inshaa Allah setiap minggu akan ade koleksi baru.. Bolleh la korang cari untuk baju raya. Mane tau ade yang berkenan.. Kurang sebulan lagi nak raya ni....

Ok macamane nak order?
Boleh pm kat facebook ni. Add friend atau follow.  Klik
Atau Whatsapp/Telegram kat no ni. 0139724183

Koleksi2 baju yg dh lama release atau latest blh tengok kat album di fb Atau gi je kat blog ni. Klik. Tak mo beli nak usha2 pun boleh.Sila2....

Itu je. Ape2 pm atau whatsapp ea.

Wasalam.


P.s Sorry ye byk komen tp x reply....lama x bukak blog.. :-(



Tuesday, 14 April 2015

Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman

Assalamualaikum

Klik gambar utk join.

Tamat 16 April 2015 8.30pm

Thursday, 26 February 2015

Menyelongkar barang di lazada.com.my

Assalamualaikum,

Fuhh hari ni baru selesai nak buat entry setelah banyak kali selongkar page lazada tu. Banyak sangat yang ingin dimiliki namun 5 barang sahaja yang saya teringin beli.

Kat page lazada tu ade beberapa ketegori yang diorang sediakan. Jadi mudah la nak cari barang ape yang kita nak. Salah satu kategorinye ialah toys, kids and babies.

Bila ada anak kesayangan kami nurul jannah safiyyah semua barang untuk dia kami nak beli. Sebelum ni baby cot dia pun kami beli kat lazada. Boleh tengok entry ni balek. Murah berbanding dengan harga kat luar. Hari-hari plak tu ada diskaun. Pokai duit walid jannah rambang mata umi tengok barang-barang kat lazada ni.

Kali ni pun ade 5 barang untuk jannah yang umi teringin nak belikan....
Jeng jeng jeng.....

1.


Baby Neck Float Ring. Umi dah bercita2 nak jannah pandai berenang seawal 6 bulan. Dah suruh walid ready untuk ajar jannah. Jadi benda alah ni amat-amat la diperlukan.

2.


Baby Developmental Play Tent Mat
Sekarang jannah dah start menggunakan pancaindera dia. Suka tengok kipas. Kaki dia gerak-gerak pun dia tengok jugak dengan muka pelik. Tu kaki awak la jannah.huhuhu. Jadi play tent mat ni akan membantu perkembangan dia untuk kenal anggota badan dia dan menggunakan pancaindera dia sambil baring-baring atas mat tu.

3.


Baby walker. Kaki jannah dah kuat maybe sebab badan dia besar jadi badan dia cepat kuat dari budak sebaya dia. Kalau kita pegang dia untuk bagi dia berdiri, dia akan angkat kaki dia berjalan ke arah kita. Jadi sikit masa lagi dah boleh dah dia guna walker ni.

4.


Baby carrier. Baru ni beli untuk jannah. Tapi tersalah beli. Kami beli jenis crotch baby carrier. Jenis ergo macam ni baru sesuai untuk baby.

5.

Baby bath tub. Bath tub jannah dah tak muat. Kaki dia panjang dah. Jadi better ada yang baru. Senang nak mandikan.

Tengok muka jannah. Memang wow la klu umi belikan kan?hihihi

P.s sekarang kalau nak beli ape2 lazada adalah rujukan pertama sebab kebanyakkan barang-barang kat situ murah-murah belaka dan hari-hari ada diskaun.... wow..



You can check out the products at Lazada This post is an entry for the ShopCoupons Blogger contest. Being hosted by ShopCoupons. Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia.