Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Friday 30 August 2013

2nd Trip to Kuching Sarawak

Assalamualaikum,

Seperti yang dah baca entry sebelum ni mesti dah tahu yang saya telah menjejakkan kaki ke kuching sarawak untuk kali kedua sempena hari jadi saya. Memang tak plan sangat tapi bila Air Asia bagi tiket free sapa taknak kan.Sebenarnya kami plan nak pergi bulan 4 tahun depan. Kenapa?Boleh baca entry ni balek. Tapi bila Air Asia dah offer macam ni grab la cepat-cepat.Tak ingat la bila.Bulan lepas jugak kot Air Asia ada offer flight ticket + hotel yang mana ticket adalah free.Kita hanya perlu bayar untuk hotel je.Jadi memang jimat kat situ.Memang duit hanya untuk hotel saja.Nak tahu hotel mana yang saya menginap boleh pergi ke website ni. Semua pasal hotel ada kat situ.Jadi bermulalah perjalanan ke kuching dengan pertama kalinya menaiki Air Asia. Boleh pergi ke entry ni untuk tahu pengalaman ke LCCT.

Hari pertama

Kami sampai dalam kol 3.Jadi sampai-sampai terus check in hotel.Rehat sementara tunggu azan.Lepas je azan asar terus gi kluar cari makanan.Lapar sangat. Jalan-jalan dulu dalam kol 5 terus gi topspot. Memang plan nak makan situ sebab besday sayakan.Jadi husband nak celebrate kat situ.Jadi minta la apa pun memang dia bagi. Kali husband bajet RM300 untuk makan jer. Tapi kurang dari tu kami makan. Nak tahu makan ape?Sangat berbaloi-baloi.Memang takkan mampu la kalau kat KL ni.Kat sabah pun pernah tanya boleh dapat RM300 tau. Meh nak share mana tau korang nak try jugak nanti.

Ni kedai yang kami pergi. Bukit Mata. Chinese restaurant tapi jangan risau orang yang masak melayu dan setiap kedai kat sini akan pamerkan sijil halal diorang.Boleh cek kalau maseh was-was.

Meh pilih.Banyak sangat pilihan.Sayur-sayuran pun boleh pilih.Memang fresh semua.
Gamat pun ada jual jugak.1st time tengok.Makan.Ermm tak kot.
Ni dia lobster paling besar. Berat dekat 1kg.Saya grab dulu....

Ni yang kami ambik.
Lobster RM68/kilo

hasilnya: udang masak cili

Ketam masak cili. Sweet n sour lagi sedap.Tapi kami tersalah order.Next time la.

Lobster bakar kosong.

Air tembikai 2.

Total harga: 
3 ekor ketam = RM20, 4 ekor udang = Rm22, 1 ekor lobster = RM60.Jadi semuanya RM104 (termasuk nasi putih 2) . Murahkan?Boleh compare harga kat senibong dan kuala selangor.

Habis makan kat topspot pi dating kat tepi waterfront sampai malam.Cantik sangat waktu malam.

Hari kedua

Pagi-pagi bangun kami gi makan kat hotel tu jugak.Lepas makan gi makan lagi.Jalan-jalan gi muzium tapi masa tu baru kol 830.Jadi kami pi makan kat satok. Pagi-pagi makan laksa sarawak dengan milo peng. 

Husband makan mee kolok daging.

Saya makan laksa sarawak

Dalam kol 9 kami gerak gi muzium. 6 muzium k kami telah jelajah.Muzium pun dekat-dekat je.Muzium apa yang ada?

Muzium Tun Abdul Razak
Muzium Sarawak
Muzium Etnologi
Muzium Semualajadi
Muzium Islam
Muzium sejarah cina (di waterfront)

Banyakkan muzium. Muzium kucing je tak sempat nak pergi.Meh tengok gambar sikit.




Ni kat muzium islam.Nama benda ni ialah sampit.Ia sebagai hantaran pelajar kepada gurunya setelah habis belajar.

Ni masjd

Ni pun masjid teawal.Tapi lupa kat mane.hehe
Ni kat muzium etnologi

Ni pun.

Banyak lagi sebenarnya gambar tapi tak larat nak upload dah. 
Ok.Habis je gi muzium kami terus berjalan-jalan ke india street.Dapat la beli 2 pasang kain ela bercorakkan seni sarawak. Lepas tu kami berjalan lagi ke riverside shopping complex pi tengok wayang elysium.Sampai la ke petang.Berjalan jer.Dalam kol 4 baru balek bilik.Solat dan rehat-rehat.Lepas maghrib keluar balek.Dating kat tepi waterfront.Kebetulan malam tu ada sambutan hari raya polis dan atm.Memang ramai sangat orang kat waterfront tu.Kami pergi ke kg melayu seberang sungai.Macam biasa naik bot pi sana.Sini pun ramai orang sebab ada sambutan hari raya ajk surau.Memang happening betul la kat sarawak ni. Kat kg melayu ni memang banyak gerai makan. 

Ni dia tempat makannya.Tempat yang kami tak sempat pergi trip sebelum ni..Akhirnya kali ni jejak jugak kaki kat sini.Saya dan husband order mee kolok.

Tapi sebelum gi makan sini kami singgah beli mira kek lapis.Banyak jugak kami borong.Lepas tu baru pi makan.Habis makan terus balek sebab seriusly kepenatan teramat.Masa dah sampai bilik masa tu dalam kol 11 dengar bunyi bunga api. Bayangkan lah perasaan masa tu camne. Melepas tengok bunga api.Rasanya bunga api tu ada kat waterfront.Aisssh....rugi..rugi...Sape suh balek awal.Kalau tak, boleh tengok bunga api dengan husband.Frust betul time tu.Last-last tengok bunga api dengan husband kat youtube je bagi mengubat kekecewaan tu.Boleh la....

Hari ketiga

Pagi-pagi lagi dah kuar pi breakfast kat hotel.Tak cukup kami pi jalan kat satok tempat kami breakfast semalam. Ambik teksi kat sini dan terus gi airport. Air Asia on time. Tapi masa dah nak sampai kat KLIA ada problem.Dalam 15min kena berlegar kat udara sebab kesesakkan. Memang kami la yang terawal kena tempias kesesakkan udara yang menyebabkan flight selepas tu ada yang delay dan cancel.Alhamdulillah nasib baik la kami sempat turun jugak. 

Jadi itu je la coretan kenangan di kuching.

Wasalam.


P.S: To my husband:Nanti kita pi tengok bunga api sama2 ea.Romantiknye.Love u abg.Thanks for everything.Bahagia menjadi isterimu.Hehehe.. =)

2 comments:

  1. bestnya. lobster dia besar sungguh. fresh lagi :)

    ReplyDelete
  2. Ina dah follow sini :D
    http://sebabakusabrina.blogspot.com/2013/08/bravo-giveaway-by-ieyra-ghani.html

    ReplyDelete