Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Friday 7 June 2013

Part 1: Kota Kinabalu Sabah

Assalamualaikum,

Pagi,

Pagi saya hari ni di sabah.Sampai malam tadi.Tapi ni bukan honeymoon ea. Husband ade kerja kat sini.Tapi sekejap je.Jadi selebih tu memang kami pergi berjalan.Alang-alang dah datang.

Ceritanya.....

Husband pun macam dalam dilema nak bawak saya ke tak sebab flight semalam kol 7 malam.Hari ni pun saya sepatutnya kerja.Tapi oleh kerana takmo pergi sini sorang-sorang jadi dia belikan jugak tiket untuk saya.Yeeehoooo......saya ikutkan aje.Hehehe..Hari ni ponteng kerja.Tak tahu la macamane nanti.Jangan kena buang sudah.Last2.Lepas ni tak buat dah.

Semalam dengan pantasnye habes kerja terus berkejar ke KLIA.Flight kol 7.Gi KLIA of coz naik train.Kalau naik kete memang tak sampai la tambahan pulak waktu orang balek kerja.Husband dah siap tunggu kat KL sentral.Jadi memang berlari-lari takut tak sempat.Alhamdulillah.....sempat pun.

Kali ni naik Mas airline pulak.Budak ni 1st time naik MAS..Teruja sikit la.Paling teruja sebab de makanan.Hehehe.Kalau nek flight mesti saya akan alami sakit telinga.Urat telinga mcam menarik-narik.Husband suruh telan air liur banyak-banyak.Tapi air liur pun dah takde dahnak telan.Apa boleh buat.Tahan je la kesakitan tu.Serius sakit...Dengar budak nangis kat beakang.Takut dia kena macam saya jugak.Sian budak tu.Tapi memang saya kalau boleh jangan la bawak baby naik flight.Saya yang dah besar ni pun tahan kesakitan amat sangat, ini kan lagi baby.Diorang nak telan air liur pun tak tahu macamana.Kesian tengok.

Sampai-sampai je airport KK terus ambik teksi.Pergi je kat kaunter teksi.Charge untuk 2 orang RM30.Teksi kat sini memang besar-besar ea?Untuk kami berdua memang luas la dalam teksi tu.Sampai terus check in.Kami dok Kat Hyatt regency hotel.Sea view.Nanti saya share gambar ea.Seriously cantik..Lepas check in gi bilik letak barang terus keluar gi cari air.Haus sangat.Jadi kami jalan kat depan kedai makan betul-betul dekat dengan Hyatt hotel.Owhh ni la tempat makanan laut yang orang dok citer tu.Banyak sangat.Tapi oleh kerana kami dah kenyang, order air je.Lagi pun dah kol 11 kot nak makan.no.no.no...gemuk la saya camtu.Plan hari ni baru pi makan kat situ.InshaALLAH.

Dah.Nak share gambar plak.


Nek Mas.Sama je macam Malindo ade screen sume.

Kat luar hujan.Memang bergegar la sikit masa kat awangan.

Ni dia yang paling best.Saya pilih nasi beriani dengan lauk ayam.Dapat kek buah, mineral, jus (boleh pilih nak jus ape) dan dengan coklat Hershey's.Dapat 1 je.Lagi satu tu husband bagi.Hehehe

Ni kat Hyatt cafe.Cantik.. =)

Lobby hotel


Bilik hotel
Lapas check in gi cari air plak.....
Ni la gerai kami pergi.Betl-betul sebelah laut.Nampak tak bot kat belakang tu?Sowie gambar takclear plak.

Giler besar kelapa kat sini.Tapi rasa kelapa kureng.More kpd rasaair masak je.Isi kelapa pun takde.Husband order abc.abc kat sini pelik sikit.Diorang letak macaroni dan tembikai.Ade lagi satu warna kuning tu tak tahu ape.Tapi yang pasti bukan jagung.abc dia rasa abc cuma kelainan pada bahan dia saje.
Ni view dari hotel.Serius nampak dengan jelas laut dari sini.Ni pagi tadi punya gambar.Bangun-bangun husband suh tengok luar.Pehh..cantik sangat.Bot-bot berkeliaran kat laut memulakan hari untuk mencari rezeki.

Cantikkan.Putih bawah tu jeti.Depan tu pulau.Petang nanti baru explore ape benda ada kat sini.

Itu je nak share.Nanti saya share tempat yang kami pergi pulak ea.

Sekian

Wasalam.

No comments:

Post a Comment