Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Friday, 29 October 2021

Cara daftar perniagaan secara online di SSM yang terkini melalui Ezbiz ssm (Step bergambar)

 Assalamualaikum.


Lama tinggalkan blog ni. Tapi sebab baru-baru ni daftarkan perniagaan untuk adik jadi kita share sekali kat sini.


Sebelum ni saya pernah share tapi yang terbaru ni memang lain cara dia. Korang boleh ikut step kat bawah ni ye:


Penting!!

Sila sediakan dulu benda-benda ni untuk mudahkan pendaftaran:

1. Bayaran pendaftaran:-

A. Personal Nama - RM30/Setahun

B. Trade Name - RM60/Setahun

C. Business info - RM10


2. Gambar:-

A. Ic depan belakang. Macam korang gi kedai photostat tu. Dalam 1 page ade gambar depan ic dengan gambar belakang ic.

B. Gambar sua foto atau selfie sambil pegang Ic. Pastikan tulisan ic tu jelas. Ni betul2 gambar selfie ye. Jangan suruh orang tangkap gambar. (Saya la yang buat tu 🤣🤣) Korang yg nak daftar tangkap sendiri. Guna camera depan. Tulisan kat ic tu akan terbalek tau. Tapi yang ni la yang diorg nak.

C. Gambar lesen memandu/pastport/surat beranak


Okay dah ada semua boleh follow step bawah 😁


1. Sila layari laman sesawang ssm yang ni. Www.ezbiz.ssm.com.my . Pertama sekali kena Sign Up. Klik Sign Up.


2. Isikan maklumat yang diminta

Selesai isi klik "Register"


3. Lepas klik register dia akan ke page bawah ni. Korang isi semua ye.


Dah isi semua klik "Save"

4. Dah klik Save dia akan keluar yang ni

Klik "Home"



5. Dah klik Home boleh dah Sign in. Dah sign in main page macam bawah ni.

Klik "User Profile" . Lepas tu pilih "User verification request"

Selagi tak setel user verification ni Menu akan keluar macam ni. Kalau dah setel baru dia keluar link untuk daftar perniagaan.



6. Dah klik User verification dia akan keluar page bawah ni:

Klik "Add new"

7. Dah klik Add New akan ke page bawah ni:

Sila upload gambar yang diminta. Dah upload boleh klik "Submit". Ni dokumen yang saya tulis atas tadi.

8. Dah klik Submit akan ke page bawah ni:

Status in process. Nanti pihak SSM akan semak. Kalau ok diorang approve.

Masa saya ni saya punya tak lepas sebab gambar selfie adik saya tu saya yang tangkap.hahaha. Jadi kena submit semula. Bila dia cek ada masalah akan keluar status macam bawah ni: 



Nampak tak query tu. Korang klik yang bulat ada gambar pensel tu untuk edit.


9. Dah klik gambar pensel tu dia akan keluar apa yang perlu korang betulkan. Maksudnya dia bagitahu apa yang salah macam bawah ni :-

Dalam kotak merah tu yang kena betulkan. Macam ni gambar selfie tu salah.Jadi kena upload semua balek. Dh upload klik "Submit"

10. Dah klik submit dia akan ke page bawah ni:

Status akan tukar ke "In process resubmission"
Lepas tu korang klik Home. Diorang akan suruh verify syarat2. Belah kiri. Alaaa lupa nak screenshot.hahaha. Korang klik kotak "Confirm" tu untuk step daftar perniagaan pulak.

11. Bila diorang dah approve, Menu atas tu akan keluar list macam bawah ni: 

Klik "My Business Services". Pilih "New Business"

12. Dah klik akan ke page bawah ni:

Isi semua maklumat yang diminta. Untuk Add business code tu boleh rujuk contoh dibawah

13. Klik " Add business code". Pilih kategori business yang korang akan jalankan. Contoh seperti dibawah. Hanya type sahaja jenis perniagaan yang korang akan jalankan.

Contoh untuk perniagaan berkaitan"kenderaan". Type kenderaan dan pilih kategori yang korang nak jalankan. Tick kat kotak tu.

Ni contoh perniagaan "Pakaian". Dah tick kategori perniagaan yang korang nak boleh klik add.

Ni contoh dah add business code. 

14. Dah add business code boleh isi maklumat seterusnya.

Selesai isi boleh klik "Submit Payment"

15. Dah klik Submit Payment akan ke page bawah ni

Ni adalah jumlah bayaran mengikut nama perniagaan yang korang pilih. Untuk trade name RM60 dan tambahan business info RM10. Boleh klik cara bayaran yang korang nak. Sape nak bayar secara online boleh klik "Pay online". Pay online boleh guna online banking atau credit card.


16. Dah selesai payment akan ke Home page. 

Korang klik "My Business Services" dan pilih "List New Business Registration" untuk semak pendaftaran korang tadi.

17. Dah klik List New Business Registration akan ke page bawah ni

Kalau korang dah isi tadi lepas tu tak siap. Dia akan auto save. Jadi boleh klik Draft untuk sambung isi maklumat. Untuk tengok status pendaftaran tadi Approve atau tak boleh klik Approve/Reject. Kalau reject boleh semak apa yang perlu korang betulkan.Lepas tu korang boleh klik yang bulat ade pensel tu.


18. Bila dah klik pensel tu akan keluar page bawah ni:

Korang boleh download borang-borang tu. 

Nota tambahan: Boleh semak email masing- masing setiap kali korang submit setiap step atas ni. Kira sebagai notification dari ssm la. 


Dengan ini korang dah daftar perniagaan dengan SSM. Tahniah!


Wednesday, 29 August 2018

Trip ke Surabaya, Museum Angkut dan Batu Night Spectacular Part 2

Assalamualaikum,

Meh sambung cerita

Kisah bromo dah abes kita sambung berhibur di batu malang.
Lepas kami breakfast di hotel bromo, kol 11 kami gerak ke batu, malang.Destinasi seterusnya ke Museum Angkut. Dari bromo ke malang kat tak macet (jem) hanya 1 jam setengah sahaja. Tapi masa kami ni macet.Jadinya ambil masa 2 jam. Jam 2 kami sampai di Museum Angkut. Sebenarnya sebelum sampai sini saya dan suami ingatkan museum angkut ni macam museum kenderaan biasa2 je.Ala dia tunjuk kereta2 lama, beca ke.Macam tu tapi sebenarnya tempat dia awesome.Hahaha.Tak pikir pun wow.Mula2 sampai kami beli tiket.Sebenarnya ade misscommunication antara Didik dengan supir ni.Masa kami diskus dengan didik dia kata pakej termasuk ticket entrance.Tapi tanya supir dia kata, bayaran hanya untuk entrance ke bromo sahaja.Aikkk... Masa ni memang x puas hati saya.Membebel jugak la dengan suami sebab masa diskus lain.Tapi rupa2nya didik yang x bagitau supir termasuk entrance.Dia tau pun masa pergi BNS.Jadi museum angkut kami kena beli dulu.Alhamdulillah dapat diskaun 20% sebab kami tak terus pergi ke kaunter.Kami tanya tukang tiket kat luar harga berapa.Lepas tu dia cakap boleh dapat diskaun 20% kalau tunjuk passport. Sape naik air asia pun dapat diskaun tu.Mas x termasuk pulak.Dia bawak gi ofis.Pastu suami setelkan.Rasa macam diorang mnta passport.Tapi diorang bg balek la.Suami bayar terus dapat tiket.Jadinya beli kat ofis bukan kat kaunter.Harga sebenar 70k rp.Husna free.Dapat la harga 56k rp sorang selepas diskaun.hihihi.

Tempat dia besar ok.Ade banyak bahagian. Awal2 tu macam biasa je.Lepas2 tu wahhh.Boleh naik heli tp x jalan la.Boleh naik kapal terbang siap ade pilot n pramugari lagi.Tapi ni saya x masuk.Rasa nya diorang ade tunjuk cara2 atau keadaan dalam kapal terbang.Ni semua betul2 ye.Bukan replika.Siap boleh pakai baju coveral lagi.Foc.Dewasa ada, budak pun ada.Boleh la berangan ala2 engineer kapal terbang.Ade simulator untuk kapal terbang dengan F1.Coverall F1 pun ade tau.Memang best sangat. Lepas tu jalan2 lagi dalam tu.Ade bahagian Hollywood.Ni tempat dia design ala2 hollywood gitew.Eiffel tower pun ade.Tapi ni tipu punya la.hahaha.Syok kat sini sebab boleh tangkap gambar banyak.Tempat2 dia cantik2.Kalau nak bg budak main ade jugak train dalam tu.Ade lagi satu best.Korang boleh suruh anak2 pakai baju bomba.Nanti diorang bawak budak2 tu naik lori bomba keliling tempat tu siap bunyi siren sekali.Ni nak balek baru tau sebab nampak lori bomba lalu.huhuhu.Ade pemainan 6D.Semua free ok.Ade la dalam 2 jam dalam tu.Puas hati2.












Lepas tu kami gi pi pasar apung.Kat sini kami x masuk sampai dalam sebab dah penat sangat.Sempat beli air degan (air kelapa).Sedap ok.Lepas tu kami balek hotel.Sepatutnya next destination pi kelinchi.Tapi supir kata tu tutup jam 5.Jadi kami skip.Kami terus balek hotel.Next hotel di batu malang The Royal Orchids hotel.

Dari Museum Angkut ke hotel takde la jauh sangat.Sampai2 belum sempat rehat kat bilik suami ajak jalan2 kat area hotel tu sebab tu cantik sangat.Selain ade taman2 yang cantik ade jugak diorang letak burung, ayam, musang dalam sangkar.Jadi budak2 suka la.Kejap je kami jalan2 lepas tu balek bilik rehat sebab malam tu nak pergi Batu Night Spectacular (BNS).




Cantikkan?

Kolam dia besar.Tapi nak tau satu benda?Dalam kolam ni ade katakkkkkk...Rasa macam dah mati.Tak kesah la mati ke x, i is geli dengan katakk...

Breakfast kat sini sedap ok.Nasi goreng sedap.Ade kuih tu jannah suka sangat.Dia macam kuih gula melaka beza dia gula x letak dalam.kuih kena cicah dengan gula melaka.Paling best pecal.My fav u.Pecal dia sedap.Sedap sangat.Juice dia pun ok.Tak kordial.Buah ori punya.hihihi.

OK.Next kita gi BNS kol 7.Waktu ni dah gelap dah. Masa BNS ni pun kami beli tiket sendiri sebab lepas balek BNS baru supir cakap tiket dah termasuk.Jadi dia ganti balek duit tiket museum angkut dengan BNS ni.Harga BNS ni weekday 30k rp.Weeked,public holiday 40k rp.BNS ni tempat dia macam i-city.Ade ferris wheel, space shot, marry go round dan macam2 lagi. Budak2 besar boleh la main.Budak2 macam jannah n husna ni boleh main marry go round je.3 kali naik tau.Husna mengamuk2 nak main.Abes je taknak turun.Hahaha.Lepas tu kami gi kat lampian garden.Ni macam i-city pokok2 ade lampu tu.Tapi sini bukan pokok tapi ade bentuk2.Bunga, ikan, klcc pun ade tau.Semua berlampu.Lampian ni kena bayar 20k rp sorang.Pastu nak gi 3d tirck art.Masa nak tengok harga tiket saya bawak jannah jap.Lepas tu terus dia nangis nak balek.Patah balek kat suami cakap jannah tiba2 nak balek.Tadi ok je.Rupa2nya dia kitorang lalu depan rumah hantu.Ade besar2 poster gambar hantu.Jannah takut giler tengok tu.Memang nampak muka takut dia.Suruh dia nak stroller.Pastu dia pi tutup stroller tu dengan kain sebab xnak tengok dah.Huhuhu.Kami pujuk dia main marry go round.Tapi dia still nak balek jugak walaupun dah dapat main.Tapi hantu2 muka dia memang scary pun.Jadi kami pun decide balek hotel.Masa balek ni la baru supir bgtau hrga tiket semua dah masuk pakej.Jadi dia ganti balek duit tu.Kami pun balek hotel n budak2 semua tido dengan nyenyaknye sebab kepenatan. 


Bapak dan anak


Cantik sangat.

Budak ni nak jugak.


Next kite pi tangkap gambar dengan dolphin dan bg zirafah makan......

Tunggu... 

Tuesday, 28 August 2018

Trip Ke Surabaya, Gunung Bromo Part 1

Assalamualaikum,

Alhamdulillah baru balek dari bercuti ke surabaya.Sebelum memori semakin hilang kita update sini cepat2.

Kami pergi untuk 4 hari 3 malam. Last minit punye plan jugak.Bulan lepas baru beli tiket flight.Suami kata hadiah hari jadi saya walaupun sebenarnya dia yang beria nak gi.Hahaha.Tapi orang dah ajak.Kite on je. Dia nak pergi sebab nak tengok gunung bromo tu.Korang google la.Serius memang cantik.

Saya awal2 lagi dah survey supir sekali pakej.Google jugak.Lepas tu dapat harga paling murah dari Didik.Tapi supirnya orang lain.Riski namanya.Ni itenary kami.

*22/8* (Day 1-Wednesday)

1500: Arrival @ Juanda Airport
1600:  Drive to *Bromo terrace Hotel*
_________________________

*23/8* (Day 2-Thursday)

0300: Bromo Mount Tour
(Sunrise, savana, teletubies, pasir berbisik)
1000: Check Out and travel to Malang
1200: Malang City Tour
(Museum angkut, Taman Kelinci, BNS)
1700: Check in *Royal Orchids Garden*
1900: Continue Malang City Tour
_________________________

*24/8* (Day 3-Friday)

0730: Check out
0800: Petik Apple
1000: Drive to Taman Safari
1700: Check in *Baobab Safari Resort*
_________________________

*25/8* (Day 4-Saturday)

0800: Check out and Drive to Jembatan Merah Plaza
1300: Drive to Juanda
1500: ETD to KLIA

______________________________


Minimal 2 orang dewasa

Pakej include
1.  Transport
2.  Jeep bromo
3.  Ticket entrance

Pakej exclude
1.  Makan
2.  Kuda misal ingin naik kuda di bromo
3. Hotel

Kami pagi2 lagi beraya di rumah mak mertua.Kol 8 dah gerak ke purtajaya sentral.Parking kereta kat situ.Total cas utk parking 4 hari RM20.Memang selalu kalau gi travel naik flight parking kat situ sebab murah.Lepas tu naik Klia transit ke KLIA. Flight kami ambik MAS sebab suami memang suka naik mas dari air asia kalau gi jauh2 ni.Sebab dia tinggi jadinya mas lagi selesa bagi dia.Total flight untuk 2 adult, 1 child, 1 infant RM1700.Kawan kata patut leh dapat murah lagi ni kalau ade promo.Tapi dah booking last minit.Kalau air asia rasa lagi murah.Korang nak gi leh jimat kat flight.Cari paling murah.Sampai sana suami terus guna WIFI airport.Jadi boleh wasap supir terus.Supir dah ade kat airport sebab dia baru lepas hantar guest malaysia jugak.Jadi kami dah sampai dia memang dah ada.Sampai2 terus gerak ke bromo.Wifi jangan risau.Diorang sediakan portable wifi sepanjang ade kat situ. Syokkan.Takyah beli sim kad dah.Supir kata kalau nak beli sim kad kena bagi passport.Leceh.Dari juanda airport ke bromo ambil masa dalam 3 jam lebih.Masa ni jalan lengang tau sebab diorang baru sambut aidiladha awal sehari dari kita.Jadi bandar lengang.Mungkin semua pulang ke kampung.Ke bromo kite guna highway.Tol semua dah masuk dalam pakej. Sebelum smpai kat bawah gunung nak ke bromo tu kami berhenti makan rawon.Riski kata sedap.Tapi mungkin tak kena dengan lidah kami tambahan saya tak berapa suka daging jadinya rasa dia ok2 je.huhuhu

Kami teruskan perjalanan mendaki menuju ke hotel.awal2 tadi jalan ok.Tapi bila dah start naik ke bromo jalan dah tak rata.Ade yang tengah construction.Bergegar2 dalam tu belum termasuk curam lagi.Kereta ni kadang x larat nak naik.Ade jugak tiba2 enjin mati. Jalan dia kecik je tau.Memang muat2 2 kete.Tapi masa kami pergi ni jalan lengang.Kadang2 selisih 2 3 kete je.Kadang kete kami je yang ade situ.Memang x banyak kereta pun.Masa ni indonesia baru lepas menyambut hari kemerdekaan.Jadi kampung2 kat bromo ni meriah dengan bendera indonesia.Siap ade lampu kelip2 lagi.Memang cantik la.Macam setiap rumah kena gantung bendera.

Setelah 3 jam lebih perjalanan kami sampai di terrace hotel bromo.Sampai2 je pekerja hotel 2 3 orang sambut kami.Berebut nak angkat barang.Bagus betul.Lepas tu ade penjual yg jual sarung tangan, topi sejuk.Saya grab la sarung tgn sebab kami punya takde.Suhu kat hotel ni dalam 15-17 degree.Sejuk ok.Bilik memang takde aircond atau kipas.Design hotel ni ala ala english style.I like..

Ni view kat hotel.Garden dia cantik sangat.Sebab sejuk kot jadi bunga2 kat sini segar2 je.


Ni bilik.Bilik dia agak kecik la tapi cantik.Ok la untuk duduk 1 malam.


Ni beranda.Semua bilik ada.Depan dia ada pokok2.Cantik la kalau nak bersantai.Masa keluar nak tengok view ade mat salleh kat jiran sebelah tengah bersantai sorang2.Hahaha.Sempat lagi jeling.

Kat sini maghrib kol 6 lebih.Jadi kol 7 tu dah gelap gelita.Sunyi sepi je dah.Kami pun rehat2 la kat bilik sebab kol 2 kami dah kena bangun.Saya tak berapa boleh tido.Anak2 tido nyenyak mungkin penat sangat.Kol 2 terus bangun sebab saya pun tak pasti saya tido ke x sebab kol 2 tu rilek je bangun tak ngantuk.Jannah dah siap2 pakai baju sejuk stokin bagai sebelum tido tadi.Jadi senang kejut je dia.Husna je dia xnak.Jadi siap2kan dia.Tepat kol 3 orang hotel ketuk pintu cakap driver dah sampai.Punctual betul la diorang ni.Kami pun dah ready pergi ke jeep.Nama driver ni Andy.Bayaran jeep dah termasuk dalam pakej.Kite pi naik je nanti andy bawak jalan2 kat situ.Sekali lagi redah jalan yang tak rata.Nasib la naik jeep.Memang boleh naik jeep je pun.Cuba la naik kereta lain tengok ape jadi.Curam tak yah cakap la.Kereta andy ni pun macam tak berapa ok sebab tengok dia bawak tak laju sebab jeep lain semua potong dia.hahaha.Tapi ok je.Biar lambat asal selamat.Mula2 jalan tar yang tak berapa nak tar.Lepas tu jalan kat padang pasir sebelum jumpa jalan tar semula.Korang nak tido dalam jeep.Silakan la kalau boleh.Confirm kepala terantuk2 kat jeep tu.Kami lupakan aja.Anak2 je tido dalam pangku dengan nyenyaknya.Mungkin diorang ingat goyang2 tu macam dok dalam buaian kot.hahaha.

Destinasi kami ke penanjakkan untuk tengok view gunung bromo dengan gunung semeru.Perjalan dari hotel ambil masa dalam 1 jam.1 jam tu pun macam lama sebab jalan bergegar2 macam tu.huhuhu.Sabar ok untuk nikmati view yang cantik.Harus la bersusah2 dulu.Mula2 andy berhentikan kami di LOVE Hill.Dia kata tak boleh naik penanjakkan.Penanjakan ni kira bukit paling atas.Jadi view lagi cantik sebab dia cakap ada anak kecil.Kaa atas lagi sejuk.Jadi oksigen tak cukup.Dia bawak pi minum milo panas dulu.Ni didik belanja.Bagus la servis didik ni.

Masa minum tu suami tak puas hati.Dia nak jugak gi penanjakkan tu sebab dia kata alang2 dah sampai biar dapat pergi paling tinggi.Puas hati sikit.Jadi Andy pun ikut kan je.Kami bergerak ke penanjakan.Masa ni parking dah penuh ye.Lepas tu ade pulak jeep abes minyak terus jalan jadi jem tengah2.Jalan dah la kecik.Jeep kena parking kiri kanan jalan.Kami terpaksa berhenti tengah2.Jadi dari parking kena jalan ke view point.Masa ni abang2 motor berkerumun offer naik motor sebab diorang kata jauh.Mula2 ingat boleh je jalan.Last2 give up sebab penat dan lagi satu kena dokong budak2 ni.Memang tak cukup oksigen kami masa ni.Jadi terpaksa la naik motor.Betul la jauh.Dalam 2km.Suami pun kata nasib la naik.Kalau tak matahari nak naik baru sampai.hahaha.1 motor kena 100k rp pergi dan balek.Kami ambik 2 motor jadi 200k rp.Diorang bawak sampai kat bawah je.Nak gi view point kena jalan naik bukit lagi.Masa ni ade kakak offer mau gendong budak. Saya pun bagi la sebab tak larat dokong husna.Berat dah dia 10 kg.Suami dokong jannah.Dia cas 120k rp.Kite minta tawar dapat la 100k rp. Dia dokong sampai puncak.Sampai2 je penuh dah orang nak tunggu sunrise.Suami pi turun balek kat bawah sebab nak solat subuh.Saya cuti jadi jaga anak2 kat atas.Patut dia solat dulu sebelum naik.Ni dah naik baru ingat x solat lagi sebab kalut sangat tadi.Kena turun naik balek.Dia kata penat giler.Matahari dah naik baru nampak gunung bromo dengan semeru.Subhanallah.Tergamam tengok.Cantik sangat.Tak boleh bayangkan dengan kata2.Korang kena pi tengok.Paham la ape saya cakap.Cantik sangat wehhhh........
Masa ni husna ok.Jannah meragam sebab dia kata sejuk sangat.Dia nak balek.Masa ni adoii jannah ni.Boleh plak meragam.Nasib la suami ok je layan dia.Kami ambik gambar puas2.Lepas tu turun ke jeep semula.Naik motor lagi.


Ni separuh je orang.Ade ramai lagi belah sini.Hahaha.


Ni jannah nangis2 nak balek


Sila ignore muka gemuk i.Belakang tu bromo.Gunung berapi ni aktif lagi tau.Setiap 15 minit dia keluarkan asap.Last meletus 2016


Ni la pemandangan dari atas.Korang tengok depan2 baru puas.Memang cantik sangat.Rasa x puas sebab tak boleh lepak lama2 kat situ.


Next kami turun untuk ke kawah bromo.Otw turun tu berderet jeep warna warni.Cantik plak tengok. Andy kata jeep kat situ ade dalam seribu.Banyak giler kan.View nak turun tu pun cantik.Memang kagum sangat tengok ciptaan Allah.Subhanallah memang tak boleh cakap cantik dia macamana.Sebelum ke kawah bromo Andy berhenti kat tengah2 padang pasir tu untuk ambik gambar.Andy pun ok je jadi prhotographer kami.Korang nak panjat jeep tu pun dia bagi padahal dia yg suggest suh panjat.Tapi kami masing2 pegang anak jadi lupekan je la.hahaha.View kat sini cantik.Bayangkan padang luas terbentang pastu dikelilingi gunung ganang.Subhanallah..







Dah ambik gambar kami ke kawah bromo.Masa ni jannah dah tak meragam.Memang kat atas tadi sejuk sangat tu yang dia x tahan.Dia plak kami bagi pakai sweater biasa sarung dengan jaket takde lengan.Memang sejuk la dia.Kesian dia.Tapi husna rilek je.hahaha.

Dah sampai kat bawah kawah bromo Andy parking kereta jauh jugak dari tempat nak daki kawah tu.Jadi kena la jalan kaki.Tapi kami awal2 lagi plan nak naik kuda kat situ.Jadi ambik la 2 ekor kuda.Seekor kena 150k rp.2 kuda 300k rp.Suami kata sekali sekala.Tapi kami sampai kat bawah kawah je.Lepas tu patah balek.Nak naik ke kawah tu tak payah pikir banyak kali kalau kena dokong budak2 ni.Mesti cancel terus.Penat tu.Andy kata nak naik atas kena naik 250 anak tangga.Fuuuhh semangat.Jadi kami tengok dari bawah je la.Masa ni tak silap baru kol 6.Dah terang dah kat sini.Ramai jugak yang panjat naik atas.Kami naik kuda patah balek ke jeep.Tangkap gambar semua, pastu suruh Andy belikan jagung panas.Syokknye dapat makan.Tapi bersepah la jeep tu.huhuhu


Menuju ke kawah dari tempat parking.Kalau larat boleh la jalan kaki.






Next Andy bawak pi bukit savanah atau orang panggil bukit teletubies.Tapi sekarang bukit tu jadi kering kontang sebab Andy kata dah sebulan lebih tak hujan.Kalau hujan pun sekejap je tak sempat nak basahkan semua pokok2 kat situ.Kalau cuaca ok tempat tu jadi kehijauan.Pokok kat situ semua berbunga.Boleh lari2 macam citer hindustan.Tapi takde rezeki kami nak wat hindustan kat situ kami tangkap gambar je la rumput2 yang dah kering.


Ni je la mampu kami tngkap dengan background rumput2 kering.Tapi cantik jugak.

Lepas tu Andy kata nak bawak lagi satu tempat.Pasir berbisik.Tapi jannah dah penat dia ajak balek hotel.Jadi kami pun skip gi pasir berbisik.Kami sampai kat hotel dalam kol 9 pagi.Sampai2 terus breakfast kat hotel.Breakfast hotel sampai kol 10 je.Lepas bfast kami rehat dalam kol 11 baru gerak ke batu malang.

Tips/Nota

Surabaya -> Bromo  3 jam
Bromo terrace hotel -> Penanjakan 1 jam
Suhu Bromo terrace hotel 15 - 17 degree
Suhu Penanjakan 5 - 7 degree
Pakai baju sejuk tebal2
Boleh shopping baju sejuk, topi, sarung tangan, stokin di penanjakan
Kos naik kuda 150k rp seekor
Kos ngendong bayi 100k rp
Kos naik motor 100k rp ( pergi dan balek )
Tak perlu bawak stroller. Leceh
Bawak penutup mulut. Ade jugak jual di sana.Pakai sewaktu di padang pasir/kawah bromo
Makan dulu otw gi bromo sebab kat bromo susah cari kedai makan
Bawak la roti ke makanan apa2 naik penanjakan tu.Kot la lapar boleh makan dalm jeep sementara tunggu nak balek hotek utk breakfast
Kat penanjakan ade musolla dan toilet.Tapi bila masuk waktu tu memang ramai orang.Pandai2 la korang ambik waktu solat.Yang penting jangan tinggal solat ye.
Saya suggest korang dtg waktu weekday sebab Andy cakap weekend atau public holiday ramai sangat orang naik bromo ni.Orang malaysia pun ramai.Mat salleh pun ramai.
Dari kawah bromo nak ke bukit teletubies tu jauh tau.Jadi kalau saya la, saya akan tanya driver dulu bukit teletubies tu kering ke atau hijau.Kalau hijau baru cantik nak gi.Kalau kering korang boleh skip terus ke pasir berbisik.Tapi kalau larat boleh je gi semua tempat.
Hotel nak cari biar dekat dengan tempat nk gi area penanjakkan tu.Ade hotel cantik2 kat bawah tapi ia  akan tambah lagi masa nak gi sana.Jadi makin jauh hotel makin awal kena bngun.Rugi jauh sebab abes masa dalm jeep je.
Sape yang suka tengok bintang korang boleh je gerak awal lagi.Dalam kol 1 atau 2.Jadi boleh nikmati langit penuh dengan bintang sebelum tgk sunrise.Inshaa Allah kalau gi lagi kami nak wat gitu.Pergi awal2.Tapi make sure cuaca ok.Jangan hujan pergi memang x dapat tengok ape2 la.hehehe.Lagi satu kalau pergi awal dapat la parking dekat dengan view point tu.Jadi xde la kena jalan jauh2.


Bersambung.......