Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday 29 August 2018

Trip ke Surabaya, Museum Angkut dan Batu Night Spectacular Part 2

Assalamualaikum,

Meh sambung cerita

Kisah bromo dah abes kita sambung berhibur di batu malang.
Lepas kami breakfast di hotel bromo, kol 11 kami gerak ke batu, malang.Destinasi seterusnya ke Museum Angkut. Dari bromo ke malang kat tak macet (jem) hanya 1 jam setengah sahaja. Tapi masa kami ni macet.Jadinya ambil masa 2 jam. Jam 2 kami sampai di Museum Angkut. Sebenarnya sebelum sampai sini saya dan suami ingatkan museum angkut ni macam museum kenderaan biasa2 je.Ala dia tunjuk kereta2 lama, beca ke.Macam tu tapi sebenarnya tempat dia awesome.Hahaha.Tak pikir pun wow.Mula2 sampai kami beli tiket.Sebenarnya ade misscommunication antara Didik dengan supir ni.Masa kami diskus dengan didik dia kata pakej termasuk ticket entrance.Tapi tanya supir dia kata, bayaran hanya untuk entrance ke bromo sahaja.Aikkk... Masa ni memang x puas hati saya.Membebel jugak la dengan suami sebab masa diskus lain.Tapi rupa2nya didik yang x bagitau supir termasuk entrance.Dia tau pun masa pergi BNS.Jadi museum angkut kami kena beli dulu.Alhamdulillah dapat diskaun 20% sebab kami tak terus pergi ke kaunter.Kami tanya tukang tiket kat luar harga berapa.Lepas tu dia cakap boleh dapat diskaun 20% kalau tunjuk passport. Sape naik air asia pun dapat diskaun tu.Mas x termasuk pulak.Dia bawak gi ofis.Pastu suami setelkan.Rasa macam diorang mnta passport.Tapi diorang bg balek la.Suami bayar terus dapat tiket.Jadinya beli kat ofis bukan kat kaunter.Harga sebenar 70k rp.Husna free.Dapat la harga 56k rp sorang selepas diskaun.hihihi.

Tempat dia besar ok.Ade banyak bahagian. Awal2 tu macam biasa je.Lepas2 tu wahhh.Boleh naik heli tp x jalan la.Boleh naik kapal terbang siap ade pilot n pramugari lagi.Tapi ni saya x masuk.Rasa nya diorang ade tunjuk cara2 atau keadaan dalam kapal terbang.Ni semua betul2 ye.Bukan replika.Siap boleh pakai baju coveral lagi.Foc.Dewasa ada, budak pun ada.Boleh la berangan ala2 engineer kapal terbang.Ade simulator untuk kapal terbang dengan F1.Coverall F1 pun ade tau.Memang best sangat. Lepas tu jalan2 lagi dalam tu.Ade bahagian Hollywood.Ni tempat dia design ala2 hollywood gitew.Eiffel tower pun ade.Tapi ni tipu punya la.hahaha.Syok kat sini sebab boleh tangkap gambar banyak.Tempat2 dia cantik2.Kalau nak bg budak main ade jugak train dalam tu.Ade lagi satu best.Korang boleh suruh anak2 pakai baju bomba.Nanti diorang bawak budak2 tu naik lori bomba keliling tempat tu siap bunyi siren sekali.Ni nak balek baru tau sebab nampak lori bomba lalu.huhuhu.Ade pemainan 6D.Semua free ok.Ade la dalam 2 jam dalam tu.Puas hati2.












Lepas tu kami gi pi pasar apung.Kat sini kami x masuk sampai dalam sebab dah penat sangat.Sempat beli air degan (air kelapa).Sedap ok.Lepas tu kami balek hotel.Sepatutnya next destination pi kelinchi.Tapi supir kata tu tutup jam 5.Jadi kami skip.Kami terus balek hotel.Next hotel di batu malang The Royal Orchids hotel.

Dari Museum Angkut ke hotel takde la jauh sangat.Sampai2 belum sempat rehat kat bilik suami ajak jalan2 kat area hotel tu sebab tu cantik sangat.Selain ade taman2 yang cantik ade jugak diorang letak burung, ayam, musang dalam sangkar.Jadi budak2 suka la.Kejap je kami jalan2 lepas tu balek bilik rehat sebab malam tu nak pergi Batu Night Spectacular (BNS).




Cantikkan?

Kolam dia besar.Tapi nak tau satu benda?Dalam kolam ni ade katakkkkkk...Rasa macam dah mati.Tak kesah la mati ke x, i is geli dengan katakk...

Breakfast kat sini sedap ok.Nasi goreng sedap.Ade kuih tu jannah suka sangat.Dia macam kuih gula melaka beza dia gula x letak dalam.kuih kena cicah dengan gula melaka.Paling best pecal.My fav u.Pecal dia sedap.Sedap sangat.Juice dia pun ok.Tak kordial.Buah ori punya.hihihi.

OK.Next kita gi BNS kol 7.Waktu ni dah gelap dah. Masa BNS ni pun kami beli tiket sendiri sebab lepas balek BNS baru supir cakap tiket dah termasuk.Jadi dia ganti balek duit tiket museum angkut dengan BNS ni.Harga BNS ni weekday 30k rp.Weeked,public holiday 40k rp.BNS ni tempat dia macam i-city.Ade ferris wheel, space shot, marry go round dan macam2 lagi. Budak2 besar boleh la main.Budak2 macam jannah n husna ni boleh main marry go round je.3 kali naik tau.Husna mengamuk2 nak main.Abes je taknak turun.Hahaha.Lepas tu kami gi kat lampian garden.Ni macam i-city pokok2 ade lampu tu.Tapi sini bukan pokok tapi ade bentuk2.Bunga, ikan, klcc pun ade tau.Semua berlampu.Lampian ni kena bayar 20k rp sorang.Pastu nak gi 3d tirck art.Masa nak tengok harga tiket saya bawak jannah jap.Lepas tu terus dia nangis nak balek.Patah balek kat suami cakap jannah tiba2 nak balek.Tadi ok je.Rupa2nya dia kitorang lalu depan rumah hantu.Ade besar2 poster gambar hantu.Jannah takut giler tengok tu.Memang nampak muka takut dia.Suruh dia nak stroller.Pastu dia pi tutup stroller tu dengan kain sebab xnak tengok dah.Huhuhu.Kami pujuk dia main marry go round.Tapi dia still nak balek jugak walaupun dah dapat main.Tapi hantu2 muka dia memang scary pun.Jadi kami pun decide balek hotel.Masa balek ni la baru supir bgtau hrga tiket semua dah masuk pakej.Jadi dia ganti balek duit tu.Kami pun balek hotel n budak2 semua tido dengan nyenyaknye sebab kepenatan. 


Bapak dan anak


Cantik sangat.

Budak ni nak jugak.


Next kite pi tangkap gambar dengan dolphin dan bg zirafah makan......

Tunggu... 

No comments:

Post a Comment