Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday 25 June 2013

Kisah Supermoon + Jerebu + After Earth + World War Z

Assalamualaikum,

Wah banyak betul nak cerita.Malas nak update satu jadi combine semua.kikiki..
Meh citer satu-satu.Kalau larat baca la....

Sabtu lepas gi kerteh ikut husband outstation.Menara-menara kat plant petronas paka seriously nampak kabur sebab jerebu.Kalau tak tempat tu la paling cantik sebab banyak menara.Masa tu tak tahu lagi yang dah merebak sampai kat paka.Orang dok kecoh-kecoh kat johor dan melaka jer.Balek baru tau yang kat sana pun dah paras bahaya.Pantai kat kemasik pun tak berapa nak nampak pemandangannya.Bot pun terdampar kat tepi pantai mungkin sebab tak boleh ke laut.Kat kerteh dok kat residence hotel.Dekat dengan kedai makan.Merasa la sotong tepung kat situ.Harga RM7 seekor.Sedap.Minum abc dengan air jagung yang siap ade ais krim lagi.Memang best sebab dapat rasa angin pantai.Berdating la sekejap.Husband order ikan goreng.Tapi kedai makan kat situ takde jual nasi.Pelik.Tak tahu nape.Jadi kami makan  yang ringan-ringan jer.
Otw balek KL memang jerebu sepanjang jalan.Tiba-tiba kol 5 nampak matahari.Terang dan sangat merah.Malam tu baru tau ade supermoon.Husband pun ade cakap pasal tu.Tapi dia panggil bigmoon.Sama je tu.Cantik sangat.

Tak berapa nak clear.Tapi seriusly cantik.

Minggu lepas tengok after earth.Boleh la.Dia lebih cerita pasal macamane jude smith tu nak sampai kat tempat ekor kapal terbang diorang untuk ambik alat komunikasi.Cerita agak serius la.Dari awal sampai akhir muka masing-masing serius.Muke husband?comel je dia...Hehehe



Owh semalam uia cuti sebab jerebu.Dapat mesej malam tu tapi pagi esok nak pi kerja baru bace sebab hp tinggal dalam kete.Jadi memang dah siap-siap nek kete nak pi kerja dah.Jalan sikit sambil bace mesej terus suh husband patah balek cakap cuti sambil tersengih hepi.weeehoo..cuti....Jadi husband pun patah balek gi umah.Husband gi keje.Sampai rumah terus baring atas katil men game.Konon nak rehat la sebelum wat keje rumah.Tiba-tiba saya terdengar bunyi.Ignore kan jer.Mungkin bunyi dari luar.Tiba-tiba ade orang langgar kaki saya.Time tu tengah meniarap men game memang tak nampak belakang.Bila kaki dah kena sentuh aissh ade benda ni.Cuak betul.Setakat bunyi-bunyi boleh la bersangka baik.Bila dah sentuh-sentuh seram jugak.Pandang belakang husband sergah.Hahahaha.Dia tak pi keje jugak.Dia patah balek sebab name tag tinggal.Konon tak sempat nak pergi terus minta EL.Boleh plak masuk umah senyap-senyap.Tapi yang pasti cik ain oi, agak-agak la hantu kol 8pg.Penakut!!!

Lepas tu husband ajak gi brekpes.Lepas tu kol toyota service nak service kete.Nasib baik available.Terus pecut pi sana.Lama giler diorang buat.Dari kol 10 sampai kol 2.Pastu balek umah.Tau buat ape?Men nyorok-nyorok.Husband pi nyorok kat belakang sidai baju.Konon-konon tak nampak saya nangis la kuat-kuat.Berlakon.Tiba-tiba dua-dua sergah.Ye memang semata men nyorok-nyorok terus keluar balek nak pi tengok wayang.Tak paham kenapa lagu tu.

Kali ni tengok citer World war 2.Cerita ni suspen betul.Ade sekali tu saya termenjerit sebab terkejut.Citer pasal zombie serang dunia.Geli tengok zombie yang banyak sangat terutama masa diorang panjat tembok ramai-ramai tu.Citer ni pun ok la.Jalan cerita dia tak berapa nak menarik.Tapi kalau bab suspen dia memang sangat suspen.Serius.Jadi setakat ni The Croods yang paling best bagi saya.Hehehe.



Kol 10 baru balek rumah.Dapat cuti suruh dok umah, ni merayau lagi adela.Ish.ish.ish....Hari ni IPU selangor makin naik.Jadi sama-sama kite jaga kesihatan ea.

Itu je nak share.

Sekian.

Wasalam.

2 comments:

  1. Jerebu ni punya pasal, selain dari membahayakan kesihatan, ia juga mengotorkan kereta. Kalau tak basuh, debu dekat seinci bertepek penuh kat atas kereta. haih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.Terutama kalau letak kete bawah pokok..Lagi la teruk debunye....Tapi sekarang dah ok dah.Nampak la jugak matahari bukit bukau.Kalau tak kelam je rasa...

      Delete