Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Monday 4 September 2017

Permohonan passport untuk bayi dan kanak - kanak

Assalamualaikum,

Nanti kita sambung pasal kulat dalam telinga ea.Kali ni nak share mengenai cara memohon passport untuk bayi.

Alhamdulillah.Setel buat passport untuk jannah (2 tahun) dan adik dia husna (6 bulan).Hihihi.Ingatkan susah.Senang je.Alhamdulillah Allah permudahkan.Saya pergi buat passport kat cawangan.Kalau buat kat purtrajaya boleh siap dalam 1-2 jam.Tapi sebab cawangan kena ambik masa 3 hari bekerja baru siap. Apa yang perlu untuk bayi dan kanak-kanak bawah 12 tahun ialah satu salinan surat beranak (mykids tak boleh ye) dan satu salinan ic bapa. Bila pergi je situ terus bagi kat kaunter.Macam tempat kami tak ramai orang jadi diorang yang isi kan borang.Kalau tempat lain ade yang suruh isi borang dulu baru boleh gi kat kaunter.

Lepas tu untuk jannah dia minta cap jari jannah. Sebab jannah dah besar jadi tangkap gambar pun dia duduk je kat depan kamera.Berbeza dengan husna. Husna kena semua borang tandatangan dan cap jari kena guna bapa dia punya jari. Untuk ambik gambar payah sikit. Saya kena duduk depan kamera sambil pegang husna bagi dia berdiri. Suami kena pegang card board putih letak belakang husna maksudnya depan saya. Lagi sebelah tangan husband kena pegang mainan bagi husna fokus depan. Tapi bila ada mainan tu dia boleh melompat2.Pastu gelak2. Dia tak pandang kamera pun tapi pandang mainan.hahaha..Beberapa kali snap.Last2 give up la.Ambik la gambar yang ada. 😂

Setel ambik gambar sign semua kami pun balek.Seperti yang diberitahu kat atas tadi passport siap 3 hari bekerja. Diorang pun siap2 dah cakap boleh ambik hari apa.Jadi hari tu kami pi ambik.Nak ambik passport kena bawak semua ye.Tak boleh wakil2.Baby pun kena bawak jugak.Tujuan dia masa nak ambik tu kena cap jari dan sign lagi sekali.Tapi baby ni bapak dia yg sign.Tapi diorang suruh bawak jugak jadi kami bawak semua.

Inilah hasilnya. Husna pandang atas.Jannah pun bergambar pandang atas.adoiii...budak2 ni. 😂😂😂

Dan kini tiba masa pi holiday. Sebenarnya ni 1st time pi overseas bawak anak2
Selalu dlm negara je.Excited tambah cuak.Boleh ke ni jaga diorang.Harap2 tak buat perangai la.

Sekian.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment