Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday, 26 December 2013

hana sakura giveaway

Assalamualaikum,

Lama dah tak join giveaway....
Tapi bila nampak je dress cantik2 ni terus nak join.
Siyes cantik.....

Hana sakura, saya join.....




Klik manner dress yang korang suka untuk ke website hana sakura....
Sama2 kira memeriahkan lagi giveaway ni.
Berakhir 31 disember 2013
Good luck!!!



Tuesday, 17 December 2013

Beli rumah - Loan rumah dengan maybank

Assalamualaikum,

Sambungan beli rumah.
Husband buat loan dengan maybank sebab dia kata senang. Loan kereta pun dengan maybank jugak. Jadi nak gunakan 1 bank jer.
Alhamdulillah urusan pinjaman dipermudahkan walaupun ambik masa lebih kurang 3 minggu. Kenapa lama sangat?Ok. Untuk buat pinjaman dengan bank kena la ada bukti yang kita nak beli rumah tu dan nak pinjam jugak bergantung kepada current value rumah yang kite nak beli tu. Semuanya bank akan buat. Husband buat pinjaman di maybank KLCC. Person in charge dia nama elaine. Dia sangat bagus. Masa jumpa dia, dia terangkan dengan jelas pasal pinjaman. Kalau ada ape2 pertanyaan pun, kami terus mesej dia. Senang nak berkerjasama dengan dia. Yang buat lambat proses tu sebab kami berurusan di KL. Jadi pihak bank kena minta maybank di kerteh ni untuk buat valuation. Diorang kena ambik gambar rumah yang kita nak beli tu jugak untuk approval. Jadi bila kena berurusan dengan orang lain tu yang ambik masa lama. Tapi dah setel dah pasal pinjaman jadi lega sikit. Kalau nak ikut interest yang dikenakan maybank agak tinggi kalau nak dibandingkan dengan bank lain. Sebab tu korang dinasihatkan survey dulu bank lain yang mungkin offer interest lagi rendah. Kalau nak beli rumah ni kalau buat pinjaman harga yang kite perlu bayar macam sama kite beli 2 biji rumah. Jadi banyak sangat risiko kena ambik. Husband ambik islamic loan. Kalau korang buat perbandingan islamic loan lagi untung daripada conventional. Jadi buat homework dulu k sebelum buat pinjaman. Pilih yang terbaik. InsyaALLAH lepas ni kalau beli rumah lagi akan cuba buat pinjaman di bank lain pulak.

Itu je.
Wassalam.


Monday, 16 December 2013

Beli rumah 2nd hand - Cara cari peguam

Assalamualaikum,

Hari ni nak share pasal beli rumah. Alhamdulillah. Semalam dah selesai sign sale & purchase agreement (S & P) bersama penjual. Kami hire lawyer di dungun.

Masa mula - mula nak beli rumah ni, saya dan husband macam blur je macamana nak start. Termasuk la macamane nak cari peguam. Google pun tak jumpa info macamane nak cari. Tambahan lagi kami takut kena tipu dan nak cari la peguam yang ok. Banyak comment yang saya bace sesetengahnya berhadapan masalah dengan peguam. Ade yang kena tipu jugak.

Setiap bank diorang ada lantik peguam sebagai panel bank tu supaya mudah untuk berurusan sebab peguam yang dilantik tu dah tahu dah ape yang bank nak. Sebelum ni kami dah pergi jumpa 2 peguam. 1 yang kat dungun ni dan satu kat kerteh. Tapi kat kerteh diorang panel bank islam. Boleh ambik diorang cumanya diorang hanya boleh buat document s & p sahaja. Dokumen gadaian kena cari peguam panel maybank. Jadi kami buat keputusan ambik panel maybank sebab senang diorang boleh buat dua2 dokumen. Kalau sape yang pergi buat pinjaman kat bank boleh minta kat pihak bank senarai nama peguam yang jadi panel diorang. Nanti diorang akan bagi. Jadi jangan risau la kalau tak dapat peguam. Salah satu cara lagi ialah korang boleh pergi ke website ni .Dalam website ni banyak sangat company peguam. Boleh cari je. Yang pasti peguam2 ni adalah yang bertauliah. Cara kami, kami pergi sendiri jumpa peguam tu, minta harga cas semua, lepas tu mesej person in charge maybank tanya adakah company ni panel maybank. Bile maybank kata ye, terus kitotang hire dia. Kejap je s & p dah siap.

Nak hire peguam ni pun kena pilih tempat yang sesuai. Kalau beli rumah kat kedah tapi hire peguam kat kl, memang susah la.Kenapa?
Ok. Ni saya cerita untuk beli rumah 2nd hand ea. Kalau jumpa peguam diorang mesti akan tengok salinan geran hakmilik. Diorang akan tengok 2 perkara.

1. Adakah rumah tu masih ada gadaian. Maksud gadaian disini, adakah pihak penjual masih ada baki hutang pada bank sebelum ni iaitu tak habis bayar rumah tu lagi pada bank yang penjual buat pinjaman beli rumah tersebut.
2. Adakah tanah rumah itu mempunyai sekatan daripada pejabat tanah. Maksudnya nak tukar hakmilik rumah tu kena minta persetujuan daripada pejabat tanah.

Kedua2 perkara ni la yang akan mengambil masa dalam proses pembelian rumah ni.
Untuk hire peguam seeloknya hire peguam yang berada dalam daerah yang sama dengan rumah yang korang nak beli supaya senang diorang nak berurusan dengan pejabat tanah.

Kes kami plak, kami beli rumah di kerteh yang mana pejabat tanah dikemaman tapi ambik peguam di dungun iaitu diluar daerah kemaman jadi peguam agak susah nak pergi ke pejabat tanah sebab ianya akan ambik masa sebab jauh. Jadi peguam diaorang akan tambah kos pada miscellaneous.

Jadi ini pendapat yang saya nak share sebab saya dah menghadapi situasi ni. Semoga boleh bagi info pada semua yang pertama kali nak beli rumah second hand.

Itu je. Nanti saya share lagi. InsyaALLAH.
Wasalam.

Friday, 6 December 2013

Terkandas di terengganu - banjir

Assalamualaikum,

Salam jumaat semua.

Sori lama tak update sebab malas sangat.Banyak benda nak cerita tapi akibat malas biarkan gitu jer.
Oohhww saya dengan rasminya dah jadi orang ganu.Ni kat ganu la ni. Minggu lepas lagi mai sini. Tapi sedih sebab rumah tak dapat lagi. Masih mencari. Sepanjang minggu ni dok kat awana kijal. Semalam baru check out. Nak extend lagi kat situ tapi sebab banjir bilik semua dah penuh. Bukan saya saja yang tak de tempat tinggal, semalam orang putih yang dok awana tu pun patah balek sebab tak boleh balek kl. Jadi memang semua berebut bilik. Bilik bumbung bocor pun diorang sanggup ambik. Betapa susahnya sebab banjir. Saya pi dungun. Duduk kat hotel saujana. Nanti saya update kat blog review hotel ea. InsyaALLAH. Hari mulakan misi mencari rumah. Sebenarnya nak balek kl tapi kemaman banjir terpaksa dok sini lagi. Miss kl so much. Jadi sekarang di kerteh. Terperangkap antara kemaman dan dungun. Dua2 tempat ni banjir.  Hotel, homestay tak yah cakap la. Semua penuh.Sepanjang perjalanan nampak ada rumah yang dah ditenggelami air.Kesian diorang..Air sungai pun macam dah nak sampai jalan raya dah. Nasib boleh lalu lag... Harap sangat segala urusan hari ni dipermudahkan dan banjir makin pulih. Amin......

Wasalam

Sunday, 1 December 2013

Pemenang simple giveaway july-dec bagi bulan november

Assalamualaikum,


Untuk pemenang bagi bulan November saya telah membuat pemilihan di random.org.

Sesiapa yang menang tahniah
Yang tidak jangan risau peluang masih ada lagi sehingga bulan hadapan.
Pemenang-pemenang mestilah memberi details anda kepada saya di moonstar.nia@gmail.com.

Untuk barangan pos

Nama:
Email:
Link GA:
No telefon:
Alamat:

Untuk topup

Nama:
Link GA:
Email:
Jenis kad prabayar (DG/Maxis/Celcom):

Pemenang

Topup RM5x2

1. 55 -http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
2. 51 - http://schomells.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html

Keychain Sabah
1. 7 -  http://www.cikfie.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html


Tempoh tuntutan hadiah adalah dari tarikh 1st Disember 2013 hingga 7 Disember 2013.

Senarai peserta boleh lihat disini Senarai peserta

Yang belum join boleh terjah sini Simple Giveaway july - Dec