Assalamualaikum...
Semalam nak tulis pasal ni tapi terlupa.Dulu semalam baru belajar buat kari ikan.1st time buat hasilnya....erm boleh makan tapi tak rasa kari rasa benda lain dan takde pun bau kari.Tapi boleh dimakan.Kira makan kuah lain la.Tak tahu kenapa jadi lagu tu.Husband bagi markah 3/10.. sikitkan..=( Tu cerita hari isnin.Cakap dengan husband, saya akan masak kari sampai betul betul jadi.Rabu malam masak lagi.Kari ikan lagi.Yang ni serius jadi.Husband tambah nasi tak tahu la berapa senduk.Boleh kata separuh periuk tu abes.Dia kata sedap sangat.Selera betul makan.Yang ni dapat 8/10 markah.Bukan setakat tu je.Oleh kerana dah sedap malam tu punya, lagi excited nak masak.Pagi tu masak lagi.Kali ni kari telur.Yang ni kurang sikit sebab telur rebus tak masak sangat.Habis hancur dalam periuk.Tapi jadi jugak sebab ada rasa kari.Kali ni masak tak tengok resepi dah.Dah melekat dah resepi kat kepala otak ni.Betul la quotes "practice make perfect".Lepas ni kena masak banyak-banyak kali.Baru tau mana kurang kat masakkan tu.Meh saya share resepi.Banyak kali buat sebenarnya senang je buat kari ni.Tak susah mana pun.hihi
Bahan-bahan
Bawang besar 2 ulas.(tapi kat rumah ada bawang kecik je jadi saya ambik 5 ulas) 4 ulas kisar 1 ulas hiris
Bawang putih 3 ulas. 2 ulas kisar 1 ulas hiris.
1 inci halia-kisar
3 sekawan rempah - bunga lawang,kayu manis, pelaga(oh baru tau rupe pelaga macamane.Huhu)
Daun kari
Kalau nak pedas letak la cili kisar dalam 2 sudu besar makan.
1 cawan asam jawa
Serbuk kari (selalu guna babas) 2-3 sudu besar makan.Tapi kalau suka pekat tambah lagi 1 sudu.Campur serbuk dengan air.
Masukkan bende(tapi suami saya tak suka bende jadi saya tak masukkan)
Ikan yang dah disiang.
Cara-cara
Masukkan minyak sedikit
Tumis bawang yang telah dihiris, rempah dan daun kari.Sampai kekuningan.
Lepas tu masukkan bahan kisar sampai naik bau.
Lepas tu masukkan kari yang dah dicampur dengan air tunggu sampai pecah minyak.
Lepas tu masukkan air asam jawa.Kacau sebati.Tunggu sampai mendidih.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan.
Tunggu agak-agak ikan tu masak.
Siap!!!
Simple je kan.Kalau yang baru mula-mula nak belajar macam saya, resepi ni pun dah ok.Tapi jangan bergantung pada resepi sangat.Kena ada skill jugak.Skill saya agak-agak je.Bila lama-lama kita sendiri akan tahu kurang dan lebihnya.
Selamat mencuba.
Wasalam
Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Thursday, 28 March 2013
Thursday, 21 March 2013
Kucing comel
Kebosanan di ofis.Keje semua dah siap.Mengantuk pun datang.Untuk hilangkan semua tu saya nak share gambar kucing kakak saya.Serius comel.Kami panggil dia 'adik'.Kenape?sebab kawan saya panggil kucing-kucing dia dengan panggilan 'adik' , 'abang'..Jadi saya pun rasa comel plak panggil camtu.Dia ni sangat comel.Oleh kerana kat rumah tu dia paling kecik jadi dia memang takde geng nak main.Kadang-kadang dia ajak juga kucing yang lain main, tapi yang lain sume buat tak tahu.huhu.Alooo...cian dia..Ni antara gambar comel dia.....
Mata sape lagi bulat... nyit2
Ni kucing biasa jer.Kucing malaysia.Suami saya suka kucing.Kalau dia main-main dengan kucing, dia lagi comel dari kucing.rindunya kat "kucing comel saya".HeHeHe....
=)
Peliks.....
Pelik..Macam mane orang yang dah kahwin boleh hidup berjauhan berbulan-bulan..Ally iskandar bagi tips bole??Suami saya tinggalkan baru seminggu dah tak keruan.Aiiisshhhh......."Do not give up, the beginning is always the hardest" betul gak kan?Lepas-lepas ni mesti dah biasa.Mula-mula jer.....Lagi pun dia pergi untuk kerje.cari duit untuk s3 mini jugak.hahaha.Okie....wahai hati bertahan.Chaiyok2......
Daripada
Pungguk rindukan bulan
Daripada
Pungguk rindukan bulan
Tuesday, 19 March 2013
Jauh dimata dekat dihati
Lagu ni untuk suamiku...kena tinggal untuk seminggu sorang-sorang kat sini gara-gara dia kena gi outstation kat bangi.eleehh kat bangi je pun.huhuhu.Tetap jauh tapi dekat dihati.Cewwahhh......
Ni lagu untuk abg....hehehe
Abang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu
Abang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku
Abang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Abang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Abang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Abang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
[Ulang dari awal]
Abang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Abang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Abang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Abang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu
Monday, 11 March 2013
100 day anniversary
Alhamdulillah.10/3/2013....
Dah 100 hari usia perkahwinan kami..Beribu-ribu hari lagi yang harus dilalui bersama.
Thanks to my husband.Celebrate same-same untuk 100 hari perkahwinan kami.Dan kami pergi tgk wayang bersama untuk pertama kalinya sejak kenal.Sebelum kahwin pun tak pernah tengok wayang sama-sama.Bila dah kahwin peluang ni diambil siap duduk kat couple seat lagi.HeHe..Seharian pergi shopping dan dating kat taman klcc.Best sangat.Ni la nikmat bila dah jadi suami isteri.Rasa bahagia sangat.Semoga berkekalan sampai syurga.Amin......
Dan ni cerita yang kami tengok.Oz..Comel sangat cter ni.Suami saya pun comel..... =)
Next tunggu 200 day....HeHe

Friday, 8 March 2013
Resepi Mee Rebus Jawa
Salam,
Morning semua.Semalam saya dah bagi tahu tentang mee rebus.Hasilnya??Untuk kali pertama buat saya rasa ia agak waahhhh....sebab serius jadi.Cuma ada yang perlu ditingkatkan mengikut komen dari suami.Warna dah jadi.Rasa ok la cuma kena tambahkan lagi udang kering untuk naikkan bau dia lagi dan mee rebus jawa selalunya akanmanis sikit.Jadi kena lebihkan gula.Suami makan banyak sangat.Dia kata sedap.Pandai sayang masak.Next time akan lagi lagi sedap.Gambar takde la.Time nak tangkap tu la hp tak tahu letak kat mane.hhuhu.Sayang sungguh.Tapi warna kuah dia pekat lebih kurang macam bawah ni.
Jadi saya nak share resepi mee rebus yang saya ikut semalam.Saya dapat kat internet jugak.Tapi dari 2 resepi saya pandai-pandai buat jadi satu resepi.Sebabnya satu resepi ni macam rempah kurang dan lagi satu ni dia guna daging.Jadi saya cantumkan mengikut kesesuaian saya sebabnya saya guna udang.
Ni la resepi budak baru belajar.
Bahan
Mee kuning sebungkus - celur
10 ekor udang - Rebus udang dengan garam, lepas dah rebus kopek kulit udang untuk dikisar nanti akan jadi hampas udang.Hampas udang ni tapis untuk ambik air dia.
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kuah:
1/2kg keledek merah - Rebus dan kisar halus
5 ulas bawang merah - Kisar
3 ulas bawang putih - Kisar
3 Batang serai - Kisar (semalam takde serai.Tu yang spoil sikit tu)-alasan.HeHe
Sedikit halia - Kisar
Sedikit Lengkuas - Kisar
Segenggam / 100gm udang kering - Kisar
air rebusan udang + air hampas udang
2 sudu besar cili kisar
Bahan hiasan/ tambahan:
300gm tauge - buangkan kakinya
2 tangkai daun bawang - hiris
5 biji cili besar merah - hiris
3 keping tauhu gorng - hiris nipis
telur rebus (bergantung nak berapa biji)
3 biji limau nipis - nak bagi masam-masam sikit
Sedikit bawang goreng.
Cara-cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk
Tumiskan bahan yang dikisar dengan cili kisar sehingga garing, pecah minyak, dan wangi.
Tambah air rebusan udang + air hampas kulit udang
Masukkan keledek dan kacau sehingga sebati
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan udang.
Biarkan hingga kuah mendidih dan hidang......
Okie siap!!!!
Selamat mencuba
To my husband : Thanks untuk hadiah sebab ayang masak sedap.Lepas ni nak masak lagi-lagi sedap.Leh dapat hadiah lagi.HeHe

Kuah saya buat pekat sebab suami suka pekat.

Thursday, 7 March 2013
Mee rebus jawa
Salam semua,
Lama tak update blog ni.Hari excited nak update sebab tengah excited nak buat mee rebus jawa.Kenapa tiba-tiba je ni?huhu...Semalam beli mee rebus kat pasar.Sedap sangat mee rebusnya.Jadi suami pun cakap "Sayang nanti belajar ea masak mee rebus ni"..Muka ni yang tak tahu masak cuma mampu mengangguk jer.Tapi tak tahu takkan selamanya taknak cubakan.Jadi hari ni suami gi outstation.Malam ni baru balek.Jadi ni la peluang saya untuk buat mee rebus ni.Dia balek jer...Tadaaaa.........Tapi tak tahu la jadi ke tak.
Google dari tadi cari resepi mee rebus.Siap mesej kawan tanya.Orang jarang masuk dapur memang lagu ni.Hari ni baru tahu yang mee rebus jawa ni guna keledek.Waahhhh......ade keledek rupenya.Siyes tak tahu.Dan kebanyakkannya guna daging.Saya tak berapa nak makan daging jadi saya tukar dengan udang.Boleh tak?Ada satu resepi ni dia guna udang.Jadi tengok la hasilnya nanti ea.Nanti saya update ape jadi tau.tau.tau...HeHe
To my beloved husband: Sentiasa berusaha untuk jadi isteri yang pandai masak.HeHe....Love u abg....

Subscribe to:
Posts (Atom)