Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday, 26 December 2013

hana sakura giveaway

Assalamualaikum,

Lama dah tak join giveaway....
Tapi bila nampak je dress cantik2 ni terus nak join.
Siyes cantik.....

Hana sakura, saya join.....




Klik manner dress yang korang suka untuk ke website hana sakura....
Sama2 kira memeriahkan lagi giveaway ni.
Berakhir 31 disember 2013
Good luck!!!



Tuesday, 17 December 2013

Beli rumah - Loan rumah dengan maybank

Assalamualaikum,

Sambungan beli rumah.
Husband buat loan dengan maybank sebab dia kata senang. Loan kereta pun dengan maybank jugak. Jadi nak gunakan 1 bank jer.
Alhamdulillah urusan pinjaman dipermudahkan walaupun ambik masa lebih kurang 3 minggu. Kenapa lama sangat?Ok. Untuk buat pinjaman dengan bank kena la ada bukti yang kita nak beli rumah tu dan nak pinjam jugak bergantung kepada current value rumah yang kite nak beli tu. Semuanya bank akan buat. Husband buat pinjaman di maybank KLCC. Person in charge dia nama elaine. Dia sangat bagus. Masa jumpa dia, dia terangkan dengan jelas pasal pinjaman. Kalau ada ape2 pertanyaan pun, kami terus mesej dia. Senang nak berkerjasama dengan dia. Yang buat lambat proses tu sebab kami berurusan di KL. Jadi pihak bank kena minta maybank di kerteh ni untuk buat valuation. Diorang kena ambik gambar rumah yang kita nak beli tu jugak untuk approval. Jadi bila kena berurusan dengan orang lain tu yang ambik masa lama. Tapi dah setel dah pasal pinjaman jadi lega sikit. Kalau nak ikut interest yang dikenakan maybank agak tinggi kalau nak dibandingkan dengan bank lain. Sebab tu korang dinasihatkan survey dulu bank lain yang mungkin offer interest lagi rendah. Kalau nak beli rumah ni kalau buat pinjaman harga yang kite perlu bayar macam sama kite beli 2 biji rumah. Jadi banyak sangat risiko kena ambik. Husband ambik islamic loan. Kalau korang buat perbandingan islamic loan lagi untung daripada conventional. Jadi buat homework dulu k sebelum buat pinjaman. Pilih yang terbaik. InsyaALLAH lepas ni kalau beli rumah lagi akan cuba buat pinjaman di bank lain pulak.

Itu je.
Wassalam.


Monday, 16 December 2013

Beli rumah 2nd hand - Cara cari peguam

Assalamualaikum,

Hari ni nak share pasal beli rumah. Alhamdulillah. Semalam dah selesai sign sale & purchase agreement (S & P) bersama penjual. Kami hire lawyer di dungun.

Masa mula - mula nak beli rumah ni, saya dan husband macam blur je macamana nak start. Termasuk la macamane nak cari peguam. Google pun tak jumpa info macamane nak cari. Tambahan lagi kami takut kena tipu dan nak cari la peguam yang ok. Banyak comment yang saya bace sesetengahnya berhadapan masalah dengan peguam. Ade yang kena tipu jugak.

Setiap bank diorang ada lantik peguam sebagai panel bank tu supaya mudah untuk berurusan sebab peguam yang dilantik tu dah tahu dah ape yang bank nak. Sebelum ni kami dah pergi jumpa 2 peguam. 1 yang kat dungun ni dan satu kat kerteh. Tapi kat kerteh diorang panel bank islam. Boleh ambik diorang cumanya diorang hanya boleh buat document s & p sahaja. Dokumen gadaian kena cari peguam panel maybank. Jadi kami buat keputusan ambik panel maybank sebab senang diorang boleh buat dua2 dokumen. Kalau sape yang pergi buat pinjaman kat bank boleh minta kat pihak bank senarai nama peguam yang jadi panel diorang. Nanti diorang akan bagi. Jadi jangan risau la kalau tak dapat peguam. Salah satu cara lagi ialah korang boleh pergi ke website ni .Dalam website ni banyak sangat company peguam. Boleh cari je. Yang pasti peguam2 ni adalah yang bertauliah. Cara kami, kami pergi sendiri jumpa peguam tu, minta harga cas semua, lepas tu mesej person in charge maybank tanya adakah company ni panel maybank. Bile maybank kata ye, terus kitotang hire dia. Kejap je s & p dah siap.

Nak hire peguam ni pun kena pilih tempat yang sesuai. Kalau beli rumah kat kedah tapi hire peguam kat kl, memang susah la.Kenapa?
Ok. Ni saya cerita untuk beli rumah 2nd hand ea. Kalau jumpa peguam diorang mesti akan tengok salinan geran hakmilik. Diorang akan tengok 2 perkara.

1. Adakah rumah tu masih ada gadaian. Maksud gadaian disini, adakah pihak penjual masih ada baki hutang pada bank sebelum ni iaitu tak habis bayar rumah tu lagi pada bank yang penjual buat pinjaman beli rumah tersebut.
2. Adakah tanah rumah itu mempunyai sekatan daripada pejabat tanah. Maksudnya nak tukar hakmilik rumah tu kena minta persetujuan daripada pejabat tanah.

Kedua2 perkara ni la yang akan mengambil masa dalam proses pembelian rumah ni.
Untuk hire peguam seeloknya hire peguam yang berada dalam daerah yang sama dengan rumah yang korang nak beli supaya senang diorang nak berurusan dengan pejabat tanah.

Kes kami plak, kami beli rumah di kerteh yang mana pejabat tanah dikemaman tapi ambik peguam di dungun iaitu diluar daerah kemaman jadi peguam agak susah nak pergi ke pejabat tanah sebab ianya akan ambik masa sebab jauh. Jadi peguam diaorang akan tambah kos pada miscellaneous.

Jadi ini pendapat yang saya nak share sebab saya dah menghadapi situasi ni. Semoga boleh bagi info pada semua yang pertama kali nak beli rumah second hand.

Itu je. Nanti saya share lagi. InsyaALLAH.
Wasalam.

Friday, 6 December 2013

Terkandas di terengganu - banjir

Assalamualaikum,

Salam jumaat semua.

Sori lama tak update sebab malas sangat.Banyak benda nak cerita tapi akibat malas biarkan gitu jer.
Oohhww saya dengan rasminya dah jadi orang ganu.Ni kat ganu la ni. Minggu lepas lagi mai sini. Tapi sedih sebab rumah tak dapat lagi. Masih mencari. Sepanjang minggu ni dok kat awana kijal. Semalam baru check out. Nak extend lagi kat situ tapi sebab banjir bilik semua dah penuh. Bukan saya saja yang tak de tempat tinggal, semalam orang putih yang dok awana tu pun patah balek sebab tak boleh balek kl. Jadi memang semua berebut bilik. Bilik bumbung bocor pun diorang sanggup ambik. Betapa susahnya sebab banjir. Saya pi dungun. Duduk kat hotel saujana. Nanti saya update kat blog review hotel ea. InsyaALLAH. Hari mulakan misi mencari rumah. Sebenarnya nak balek kl tapi kemaman banjir terpaksa dok sini lagi. Miss kl so much. Jadi sekarang di kerteh. Terperangkap antara kemaman dan dungun. Dua2 tempat ni banjir.  Hotel, homestay tak yah cakap la. Semua penuh.Sepanjang perjalanan nampak ada rumah yang dah ditenggelami air.Kesian diorang..Air sungai pun macam dah nak sampai jalan raya dah. Nasib boleh lalu lag... Harap sangat segala urusan hari ni dipermudahkan dan banjir makin pulih. Amin......

Wasalam

Sunday, 1 December 2013

Pemenang simple giveaway july-dec bagi bulan november

Assalamualaikum,


Untuk pemenang bagi bulan November saya telah membuat pemilihan di random.org.

Sesiapa yang menang tahniah
Yang tidak jangan risau peluang masih ada lagi sehingga bulan hadapan.
Pemenang-pemenang mestilah memberi details anda kepada saya di moonstar.nia@gmail.com.

Untuk barangan pos

Nama:
Email:
Link GA:
No telefon:
Alamat:

Untuk topup

Nama:
Link GA:
Email:
Jenis kad prabayar (DG/Maxis/Celcom):

Pemenang

Topup RM5x2

1. 55 -http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
2. 51 - http://schomells.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html

Keychain Sabah
1. 7 -  http://www.cikfie.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html


Tempoh tuntutan hadiah adalah dari tarikh 1st Disember 2013 hingga 7 Disember 2013.

Senarai peserta boleh lihat disini Senarai peserta

Yang belum join boleh terjah sini Simple Giveaway july - Dec

Monday, 11 November 2013

Progress rumah

Assalamualaikum.

Jadi suri rumah dah kite.Dah berjaya menambahkan lemak jugak.huhuhu.
Bersukaria jadi suri rumah. Makan tido..Tapi setakat ni, dari hari 1st saya berhenti sampai la ni baru 2 kali dok umah.Selebihnya ikut husband pi outstation. Petang ni gerak pi kerteh lagi.Kerteh tu dah macam gombak ke KL je. Semalam siap balek hari lagi. Pagi pi petang balek.Pastu hari ni pi balek.huhhhh. Penat. Tapi bile pikir husband yang drive tu lagi la penat.Ku gagahkan jugak.Semalam pi tengok rumah. Alhamdulillah dapat dah rumah. Tak dapat lagi sebenarnya tapi dah deal dah dengan owner rumah tu. Tengah dalam proses. Banyak jugak saya study pasal nak beli rumah ni dan banyak jugak la ilmu yang dapat. InsyaALLAH akan share dalam blog ni nanti. Doakan lah semoga dipermudahkan. Banyak jugak baca kes2 yang kena tipu. Minta dijauhi la.

Dah. Nak pi kemas rumah.husband mau balek dah.huhuhu.
Nanti sambung ea.

Wasalam.

Friday, 8 November 2013

Nasi dagang dan keropok lekor sedap terengganu

Assalamualaikum,
Lama tak update. Sejak berhenti kerja ni saya sebok sebab jadi secretary husband.Gi outstation ikut sokmo. Minggu ni je dah 2 kali pi kerteh. Cari rumah jugak. Famuily Family mertua pun tolong jugak. Sama-sama pi kerteh cari rumah. Dah abes dah hutang dengan mak mertua bawak pi jalan-jalan kat kerteh. Bapa mertua plak bawak pi jalan kat tempat memancing kat jeti cruise awana. Tapi tak sempat pancing pun.Huhuhu.Kali ni husband bawak kat kedai makan semua sedap. Salah satunye kedai nasi dagang. Perhhh memang sedap. Tak caya boleh cuba. Kedai ni dekat depan masjid bukit kemasik. Kalau datang dari arah KL, sampai je area kemasik cari surau kg. feri belah kiri. Jalan sikit de simpang 4. Masuk kanan.Betul2 kat simpang kanan tu kedai dia. Gerai biasa je. Tapi nasi dagang dia luar biasa. Sedap..Serius. Lagi sedap dari nasi dagang kat resort world awana tu. Tapi dia bukak pagi jer. Petang tak bukak. Hari tu kami pi sarapan kat situ.Lepas je sarapan pi pusing-pusing tengok rumah kat area situ. Dalam kol 10 sarapan lagi. Kali ni bawak family mertua pi makan kat kedai kopok lekor tepi pantai sebelah resident hotel yang selalu kami pi. Boleh bace entry ni balek. Family mertua suka sangat dengan keropok lekor kedai tu. Akhirnya tanya jugak kat pemilik kedai tu keropok lekor tu buat sendiri ke beli. Lepas diorang kata beli terus bagitahu kedai dia. Dekat gelombang pantai. Ade satu kilang(takde la kilang sangat) tapi kat situ la diorang buat keropok lekor tu. Mak mertua minta  resepi terus. Meh nak share gambar diorang tengah uli tepung.
2013-11-03 11.02.36
Keropok Sri Paka
2013-11-03 10.59.042013-11-03 10.59.212013-11-03 10.59.562013-11-03 11.00.16
Itu jer.
 
Wasalam.




Friday, 1 November 2013

Pemenang Simple Giveaway july - Dec bagi Bulan October

Assalamualaikum,


Untuk pemenang bagi bulan Oktober saya telah membuat pemilihan di random.org.

Sesiapa yang menang tahniah
Yang tidak jangan risau peluang masih ada lagi sehingga bulan disember.
Pemenang-pemenang mestilah memberi details anda kepada saya di moonstar.nia@gmail.com.

Untuk barangan pos

Nama:
Email:
Link GA:
No telefon:
Alamat:

Untuk topup

Nama:
Link GA:
Email:
Jenis kad prabayar (DG/Maxis/Celcom):

Pemenang

Topup RM5x2

1. 17 - http://eiramahirah.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
2. 37 - http://afiqah220511.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html

Keychain Sabah
1. 53 -   http://farahliyanamohdsalleh93.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html


Tempoh tuntutan hadiah adalah dari tarikh 1st November 2013 hingga 15 November 2013.

Senarai peserta boleh lihat disini Senarai peserta

Yang belum join boleh terjah sini Simple Giveaway july - Dec

Wednesday, 30 October 2013

Menang GA ...

Assalamualaikum,

Dah rabu dah.
Esok last day kejer. Yeeeehaaa......
Lepas tu jadi suri rumah sepenuh masa....Huhuhu

Tadi Blogger Yui mesej dan terus dapat topup RM5. Ni menang sebab join GA October 2013 by Yui. Thanks yui. Dua hari lepas menang Bantal Custom Made. Hadiah dari sertai GA October by Emas Putih. Tengah tunggu reply dari dyba. Dah hantar maklumat dah kat dia. Katanya dia macam familiar je muka saya. Tak tahu la dia kenal saya ke atau kembar saya. Tapi memang tak sabar nak dapat bantal comel tu.

Boleh gi kat blog diorang kalau nak blogwalking ke. Yui kata next month ada lagi GA. InshaALLAH akan join.

http://nusha1706.blogspot.com/ Blog Yui
http://sweetdyba.blogspot.com/ Blog Dyba gula gula

Thanks korang.

Wasalam


GIVEAWAY DESPICABLE ME, SI MINIONS COMEL BY CHN



BANNER GA



SYARAT-SYARAT 
 WAJIB ada Blog dan Facebook
 Buat Entri bertajuk "GIVEAWAY DESPICABLE ME, SI MINIONS COMEL BY CHN".
 COPY coding di bawah dan PASTE di ruang HTML entri.

 FOLLOW BLOG DAN LIKE FANPAGE 

 KLIK IKLAN  *TUNGGU SAMPAI HABIS LOADING..PLEASE JUJUR OKEY*
          

 Publish! Dan tinggalkan link entri diruang komen.Tempat lain tidak akan diterima..
 Tarikh tamat 25 NOVEMBER 2013. Umum pemenang 26 NOVEMBER 2013.


# PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN RANDOM.ORG #

SENARAI BAKAL PEMENANG *Akan di update*


1st Giveaway By Huda

Assalamualaikum and hi ! ^___^

-Klik banner untuk join-

Antara hadiah yang ada : Novel, Kain Cotton, topup RM10, shirt, dress, Ice Watch, Kawaii Brooch, Keychain dan banyak lagi . Jom join  !

1st Giveaway ni dianjurkan oleh Huda@Vidolaaa dan di sponsor oleh Huda | Nurul Nadhirah | Jaja Imah | Acik's Closet | Siblingsblogshoppe | Emy | Mira | Sarah Sabrina

Tarikh tamat : 11 November 2013


Tuesday, 29 October 2013

Rezeki datang dari pelbagai cara

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Rezeki Allah hari datang banyak sangat.
Entry sebelum ni ada cerita pasal family day kat i-city kan. Kan saya tak menang lucky draw yang mana antara hadiah dia RM500 Hi-Tea tak silap kat KL Tower. Sebenarnya nak menang sangat sebab sebelum ni memang jarang dapat menang kalau de lucky draw. Tapi takde rezeki jugak. Nak dijadikan cerita, tadi ada appreciation luncheon kat Eastin Hotel untuk saya sebab saya nak berhenti. Kira buat sambutan "farewell" untuk saya la. Bagi ucapan sikit je sebab tak nak hujan kat situ.Tapi yang syoknya dapat hadiah lagi best dari lucky draw tu.Sengih je dapat. Jadi hari ni dapat yang lagi baik. Alhamdulillah.Sebab tu ALLAH kata rezeki datang dari pelbagai cara. Mungkin kita tak dapat ape yang kita nak.Tapi sebenarnya ALLAH nak gantikan dengan lebih baik...Meh nak share gambar.Gambar tak berapa cantik sebab tak bawak camera kesayangan saya.Huhuhu



Ivy, Ahmed, Jelani and Kak Alwa

Kak leena dan kak Ain

Da Dan hadiahnya.......

Syukur ya ALLAH. Tak tahu la harga dia berapa. Dapat pun dah bersyukur.

Itu je.
Semoga company ni akan lebih success.

Wasalam.

Monday, 28 October 2013

"Mini Giveaway #2 By Nabila Medan


CLICK BANNER!!

Family day at i city , Shah alam

Assalamualaikum,

Happy Monday semua.. Dah hari isnin dah. Semua liat lagi ker? Huh saya pun diakhir-akhir masa nak kerja ni jadi malas plak. Tapi kena habiskan kerja sebelum cuti panjang.Hihihi

Nak cerita pasal family day company husband sabtu lepas.

1st time ikut family day. Syokkk...Kenal ramai la kawan-kawan husband. Dan saya jumpa balek dengan rakan sekerja dulu. Kakak-kakak HR..Dah ada yang dah anak dah. Best dapat jumpa kak farah. Tapi sayang kak wani dah takde. Kalau tak lagi syok. Ok family day kali ni diorang adakan kat i city. Diorang buat segala acara, makan-makan. persembahan dekat MTV world stage i-city. Tak silap last pergi i -city ni masa 2011 dengan aisyah kama dan kawan dia..Bila sampai je sini segalanya dah berubah dah. Paling ketara parking. Dulu RM3 je sekarang RM10. Mak aiii..mahalnye.Belum lagi tiket masuk permainan dalam tu. Acara start kol 830 dan berakhir lebih kurang kol 1. Banyak jugak acara yang ada. Sukaneka, family photoshoot boleh terjah website diorang kat sini , face panting, pertandingan mewarna dan banyak lagi la. Budak-budak memang suka. Lagi satu pakaian beragam. Comel-comel je diorang. Lepas bagi hadiah untuk lucky draw (saya tak menang ='( ) kami pergi terjah semua tempat yang ada kat situ. Dapat free. Kalau kena bayar memang tak gi la. Kami dapat gi kat 4 tempat. Snowwalk, Trick Art museum, Water world dan Red Carpet.Kat snowwalk kan kena pakai boot and glove yang mane harga dia tak termasuk harga tiket tukan. kena bayar asing. Tapi boleh je masuk tanpa sewa benda tu. Kena tahan sejuk sikit la. Meh nak share gambar.

Owner blog ni. Macam budak-budakkan?


Dalam Trick Art Museum

Ni kat Red Carpet. Husband tengah bisik ape la tu dekat Albert Einstein

Konon sejuk la sampai tutup-tutup mata?

Ni masa family photoshoot.

Love u darling.

Rambut hijau husband..Lawak sangat.

Tu Jer. Best sangat. Tahun depan nak join lagi...

Wasalam

P.S: Nak pi bukit cerakah nanti. Harap jadi la. Ajar budak comel men basikal.Hehehe

Wednesday, 23 October 2013

GA Oktober 2013 Nurul Yui


GA akan berlangsung dari 21/10/2013 jam 10.00 am hingga 24/10/2013 jam 10.00 am. 
Senarai peserta dikeluarkan hari Jumaat 25/10/2013 ( semak hingga hari Ahad sahaja ) dan pemenang akan diumumkan pada hari Isnin 28/10/2013.

Berjalan-jalan ke kuching - Jalan kaki atau sewa kereta lagi baik?

Assalamualaikum,

Banyak plak idea nak tulis hari ni. Idea datang dari seorang reader yang komen tanya soalan kat saya mane yang lebih baik jalan kaki ke, sewa kereta atau motor kalau nak berjalan-jalan kat kuching. Nak balas je komen tapi taip-taip aikk banyak plak. Jadi baik buat entry supaya dapat share kat semua sekali.
Ok 2 kali pergi kuching, lagi sekali inshaALLAH tahun depan. Husband pernah tinggal sana jadi saya cepat tahu tempat-tempat persekitaran kat sana. Nak suruh jalan sorang pun takpe.Hafal la jugak jalan-jalan kat situ. Tapi yang area kat bandar je la. Ok. Kalau nak jalan kaki kena ikut lokasi hotel korang duduk kat mane. Kalau dekat dengan waterfront tempat yang boleh berjalan ialah sarawak waterfront , mira kek lapis dan topspot. Patung-patung kuching tu pun area situ. Kalau duduk hotel dekat dengan padang merdeka tempat berhampiran yang boleh pergi 6 muzium sarawak boleh pergi entry ni , pasar satok, india street, china street. Tapi kalau nak pergi antara 2 tempat ni waterfront dan muzium pun boleh tapi kena jalan jauh sikit la. Maksudnya kalau duduk hotel dekat waterfront nak pergi area muzium kat padang merdeka boleh cuma jauh sikit la. Macam tu la sebaliknya. Boleh penat jugak. Tapi kalau memang nak jalan-jalan bagi saya acceptable lagi kalau jalan kaki. Kalau pasal nak shopping, shopping complex banyak dekat area waterfront iaitu dkat dengan hotel hilton, pullman. Tapi kalau nak shopping barang-barang tradisional ke, atau kedai biasa-biasa boleh pergi kat pasar satok. Yang ni pasal jalan kaki ea. kalau nak lagi paham boleh tengok kat google maps.

Tapi ikut keselesaan masing-masing. Kalau suka berjalan naik kereta or motor pun boleh jugak. Lagipun kat kuching ni jalan tak sesak macam kat KL. Kalau ada anak yang penat kena berdokong better sewa kenderaan la.

Family mertua pun pergi baru-baru ni tapi diorang sewa kereta. Kampung halaman kot. Jadi memang diorang perlukan kenderaan sebab nak melawat jiran tertangga dulu. Ok. Kalau sewa kereta ni semua tempat boleh pergi. Yang jauh-jauh pun boleh. Macam taman budaya, taman negara bako, Pasar serikin, banyak la. Kalau nak sewa kereta boleh google jer. InshaALLAH ada blogger yangs share no. Kalau motor saya tak berapa pasti. Tapi sewa motor pun macam syok jugak. Senang. Celah jer. Ikut la keselesaan. Tapi untuk saya inshaALLAH tahun depan nak sewa kereta plak sebab nak gi tempat-tempat jauh.

Itu jer.
harap dapat menjawab soalan siti khadijah.

Tq sudi membaca.
Wasalam.


Hukum hudud. Brunei sudah....

Assalamualaikum,

Subhanallah walhamdulillah wala ila ha ilallah Allahuakbar

Pagi-pagi lagi baca berita mengenai brunei akan melaksanakan hukum hudud. Subhanallah.
Isu ni adalah antara isu yang hangat diperkatakan di malaysia hari tu. Tengok-tengok brunei buat dulu.

Pernah mendengar satu ceramah. Pemimpin-peminpin kelak akan ditanya ALLAH dipadang mahsyar kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda " Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya.... " (riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Tapi sekarang berapa ramai yang berebutkan jawatan. Semoga mereka dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut supaya dapat jawab pada ALLAH nanti.

Kenyataan dari sultan brunei,
"Insya-Allah, dengan pelaksanaan undang-undang ini, tanggungjawab kepada Allah berjaya dilaksanakan” Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei"

Setiap tanggungjawab yang ALLAH beri pada kita wajib kita laksanakan kerana itu adalah amanah dari ALLAH. Harap-harap niat baik brunei ini akan terlaksana dengan jayanya. Amin....

Respect la kat brunei. Arak pun diharamkan. Kita?Boleh tengok video ni sape yang tak tengok lagi.
Apa la nak jawab dengan ALLAH nanti.


Tahu benda ni sensitif. Banyak dah hujah-hujah yang keluar samada menyokong atau membidas. Sekadar renungan dan pandangan peribadi sahaja.

Wasalam

Tuesday, 22 October 2013

Bukan senang lelaki nak ingat tarikh penting.Betul tak?

Assalamualaikum,

Kan.kan.kan....Betul tak?
Tapi tak semua. Ade jer yang ingat.Macam adik-adik lelaki saya. Tiap kali besday mak diorang ingat.Belikan la kek.Makan sama-sama. Tapi bukan lelaki je ea. Perempuan pun ada jugak yang pelupa. Tapi perempuan ni jenis pelupa benda-benda yang remeh.

Ok.Yang jenis tak ingat ni tak dapat nak nolong la. Terutama kalau tarikh macam aniversary ker. Ada suami yang kena sabar sebab kena pujuk isteri. Jangan kena tidur luar sudah. .Sapa suruh lupakan. Penting tu. Takkan la sampai macam tukan.Walaupun bagi lelaki tarikh-tarikh tu biasa-biasa je tapi lain dengan perempuan. Tarikh tarikh penting ni memang diorang akan ingat. Bagi kami yang perempuan ni tarikh-tarikh tu adalah istimewa dan patut ingat. Mungkin sebab ada peristiwa-peristiwa manis yang jadi. Bukan suruh sambut besar-besaran, cuma ada kat sisi pun dah kira cukup. Takde la masa anniversary suami ada kat tempat lain isteri ada kat tempat lain. Bukankah tarikh tu tarikh yang sama kte disatukan dengan ikatan pernikahan.cehh..cehhh..cehhh....hehehe. Jadi kena la selalu ingat hari tu. Kenangan paling bermakna kot. Lelaki jangan anggap ia perkara remeh. Kalau nak rapatkan lagi hubungan tarikh-tarikh macam tu la kite boleh luangkan masa bersama. Ye.. hari-hari pun boleh rapatkan tapi kalau dah hari-hari busy camno. Hihihi.

Bila lelaki ingat tarikh-tarikh penting ni boleh mengalir air mata terharu tau. Wahhh dia ni ambik berat jugak hal-hal macam ni. Romantiknye.......

Hah jadi kat saya semalam. 21/10. Tak ingat langsung ape jadi dengan tarikh ni. Nak tahu ape jadi?Tahun lepas tarikh yang sama husband bagi bunga.Masa tu 1st time dapat bunga dari dia. Excited lebih la. Jadi pernah la gurau-gurau dengan husband kalau camtu setiap 21/10 nak bunga jugak. Dah lama dah gurau benda tu. Tak sangka habaq hang, tak sangka yang boleh rasa nak pengsan dia ingat benda tu. Semalam dia ambik saya dari tempat kerja kat seat saya ada bunga. Kenapa budak ni tiba-tiba bagi bunga ni. Pelik takyah cakap la.Tapi biar je la dulu. Jenuh jugak pikir hari ape ni. Tapi memang dah confirm dah takde pape. Akhirnya husband cakap."Sayang lupe tarikh ni de ape"..Hahhhh baru la ingat peristiwa itu. Wahhhhhh romantiknya budak ni. Dia ingat. Dia ingat. Perh terharu takyah cakap la. Sweet sangat. Sengeh sepanjang malam. Hehehe. Jadi pada lelaki jangan anggap ia remeh. Perempuan suka benda-benda gitu. Dah namanya perempuan suka yang romantik jadi kena berusaha la sikit.

Okie.
Itu jer.

Wasalam.

P.S: Thanks suami. =)



Buah roselle - Cara buat sirap/jus, air roselle dan khasiatnya

Assalamualaikum,

Hari ni nak share mengenai buah roselle. Mungkin ada yang pernah minum air roselle nikan. Tapi saya minum air memang dibuat oleh mak mertua. Husband pun suke. Jadi kalau gi rumah mertua benda tu la cari dulu. Sampai nak habis dah air tu kat umah mertua. Kitorang je yang minumHuhuhu. Bukan saja sedap tapi berkhasiat. Nanti dah pindah ganu memang nak tanam pokok roselle ni kat rumah. Dulu tak tahu rupe bentuk buah ni. Ingat kan macam buah naga. Besar. Tapi sebenarnya kecik-kecik. Sebelum ni pun memang tak tahu pun kewujudannya. Tapi bila dah diperkenalkan oleh mertua ooowhhh baru tau. Mak mertua pun tanam pokok ni kat rumah. Mama beli pokok ni dekat pasar serdang. Tak tahu la mana satu pasarnya. 1 pokok RM2. Berbeza kalau beli buah sahaja harganya 1kg RM10. Kalau nak lagi murah beli kat sarawak. 3kg RM10. Murah gilerkan.Meh nak share macamane nak buat jus/sirapnya. Ni mak mertua yang ajar.

Kalau 1kg buah roselle ni memerlukan 2kg gula.
Ambil kelopak roselle ni dan buang biji dia. 
Masukkan dalam periuk gula dan air.Air mesti paras gula jer. Jangan lebih takut tak rasa manis.Biar sampai gula cair. Lepas tu baru masukkan kelopak roselle.Kacau. Memang pekat sangat warna roselle ni. Masa kopek kelopak dia ni pun tangan akan berwarna merah. 

Bila dah sebati semua tunggu sejuk lepas tu masukkan dalam balang atau botol.
Letak dalam peti sejuk.
Setiap kali nak buat air roselle. Hanya ambik 2-3 sudu sirap/jus yang kte buat tadi tambah air dan ais.Macam buat air sirap. Ikut la. Kalau rasa tawar lagi tambah lagi sirap/jus tu.
Siap. Kalau makan kelopak roselle ni pun sedap. Husband suka sangat makan kelopak dia ni. Rasa mcam makan asam. Air roselle ni rasa masam manis tapi seriusly sedap.

Ni pokoknya.Mak mertua tanam.



Ni kelopaknya yang boleh dimakan. Pekatkan warnanya. Seriously sedap. Nyam2.



KEBAIKAN PENGAMBILAN ROSELLE . Saya ambil dari website ni. http://heazelle.wordpress.com/khasiat/

Membantu penghadaman

Melembutkan dan menyihatkan kulit

Membantu melancarkan pembuangan air kecil

Membantu mengurangkan pengumpulan lemak

Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi

Mengurangkan haba badan, batuk dan mencairkan kahak

Antara lain roselle juga ada zat-zat berikut;

Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Jangan terkejut, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur. Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapat

Khasiat:

- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.

- Memperlancar peredaran darah.

- Mengubati luka luar dan dalam.

- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.

- Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)

- Bersifat detoksifikasi, membuang racun.

- Mempunyai efek anti kejang otot.

- Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.

- Membunuh bakteria penyebab TBC.

- Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan

- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.

- Mencegah penyakit jantung.

- Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.

- Mengubati asma dan alergi.

- Mengubati insomnia.

- Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.

- Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.

- Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

- Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh

- Menyihatkan mata

- Menyeimbangkan berat badan.

- Mengurangi panas dalam .

- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.

- Mengubati pening kepala/migraine.

- Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.

- Menghilangkan sakit sakit di badan.

- Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA

- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.

- Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.

- Mengatasi masalah stress/tekanan.

Kandungan Rozel:

Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.

Itu je.Terima kasih la sebab sudi baca entry yang panjang ni.Hihihihi

Monday, 21 October 2013

Minion-Mini Giveaway Contest by Dunia Zumal


GA ini berlansung dari 3 Oktober hingga 3 November 2013
Pemenang akan diumumkan melalui blog Dunia Zumal dalam entri khas pada 5 November 2013 nanti.
Join?Click banner.
 Good luck!!

Saturday, 19 October 2013

Berhari raya di melaka

Assalamualaikum.

Pertama kali raya kat negeri lain. Selalunya memang kat gombak jer tengok lembu-lembu kena sembelih. Selamat hari raya semua walaupun dah lambat. Tapi nak wish jugak. Tahun ni lain sikit. Raya kat melaka. Uia pun bagi cuti 2 hari jadi boleh la pi jalan-jalan. Husband ade outstation kat sana. Jadi isteri ni pun nak ikut jugak. Kami pergi beberapa tempat jugak. Nak tahu hotel mana kami duduk boleh pi sini. Oleh kerana berjalan masa cuti umum jadinya semua tempat boleh dikatakan tutup.Semua muzium kat melaka tu tutup. Menara taming sari je bukak. Jadi takde la benda nak share sangat terutama pasal bayaran masuk ke sebab tak berkesempatan nak masuk pun. Jadi berjalan jer. Meh tatap gambar meh.. Hehehe

A famosa. Memang tak sah kalau tak pi sini.

Ni tempat perkuburun. Baru tahu....

Kincir air. Cantik.

Ni sungai tempat river cruise melaka lalu. Kalau tak silap la.Hehehe

Kat sini la banyak beca.

Tanaman bunga bungaan bentuk heart

Beca berwarna warni. Meriah....

Muzium kapal. Tutup.Rugi takleh masuk.

Kapal melekat kat rumah. Ni muzium samudera.

Menara taming sari masa bulatan tu tengah naik.

Balek kami singgah pantai puteri jap. Ingat nak merasa klebang yang sedap tu. Tapi dah lewat sangat. Mungkin lain kali. InshaALLAH


Itu jer.

Wasalam.