Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday, 10 December 2014

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Assalamualaikum,

 Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.

Sempena ONLINE REVOLUTION LAZADA ni, lazada malaysia ada buat contest untuk para blogger semua. Dengan RM1212 ape yang korang rasa korang nak beli kat online shopping lazada. Dengan jumlah banyak tu mau rambang mata nak mencari sebab bermacam2 yang best2 ada kat online store lazada ni. Banyak tu RM1212. Jadi my wishlist saya nak macam bawah ni:

Item: Baby Carrier HXB-063-Red
Harga: RM49.00
Pilih ni sebab senang nanti nak dukung baby. Yang bestnye bila boleh dukung depan atau belakang.


Sumber gambar dari lazada.com.my. Klik gambar untuk tahu details.

Item: SRC6 Stroller Sweet Cheery
Harga: RM829
Pilih ni sebab memang dah lama dah teringin. Boleh gabungkan dengan car seat scr7. Tu yang best tu.
Sumber gambar dari lazada.com.my. Klik gambar untuk tahu details.

Item: Spectra 3 Electric Breast Pump
Harga: RM315
Pilih ni sebab nanti senang nak guna bila nak cepat. 



Sumber gambar dari lazada.com.my. Klik gambar untuk tahu details.

Semua barang yang saya nak semua untuk baby. Betul la kan orang kata bila dah ada anak ni semua benda fikir dia dulu. Jadi kat lazada malaysia memang banyak pilihan. Lagi senang sebab ada kategori toys, kids and babies kat website lazada tu untuk memudahkan lagi ibu2 macam saya ni nak cari barang best untuk anak2. Kalau boleh semua nak tapi syarat contest kena pilih barang bawah dari RM1212. Jadi itu jela barang yang memang saya teringin sangat. 

JUMLAH KESELURUHAN : RM1193

 Bagi sesiapa yang nak join contest ni boleh klik banner kat bawah ni.


Hadiah2 untuk para pemenang ialah:

Tempat Pertama : RM 200 Cash
Tempat Kedua     : RM 150 Cash
Tempat Ketiga     : RM 100 Cash
Tempat Keempat: RM 50 Cash
 2 x RM50 shopping voucher.     

Tarikh tamat : 12 Disember 2014

Itu je. Semoga ada rezeki untuk saya dan anak. In shaa allah moga ade rezeki untuk korang jugak..... amin ya rabb.... =)




Diari hamil: Harga antenatal check up di Gombak Medical Centre

Assalamualaikum,

Sebelum ni saya ada share harga check up di Columbia Asia Hospital Setapak. Boleh pi kat link NI. Kali ni nak share harga kat Gombak Medical Centre(GMC). Sekarang setiap minggu gi check up situ sebab dah akhir2 ni kan walaupun syarat pakej bersalin yang saya ambik hanya 2 kali shj untuk jumpa doktor yang akan sambut baby saya nanti. Tapi alang2 check up je every week jadi boleh tahu perkembangan baby macamane. Meh la nak share harga yang dikenakan.

Ni harga setiap kali check up. Tak berubah. RM95 je. Setiap kali check up dr akan scan perut. Tak kisah scan 3d ke 2d ke 4d ke harga tetap sama. 

Yang ni harga masa 1st time check up. Mahal sikit RM114 sebab masuk sekali harga untuk registration.

Bagi saya harga dia ok la sebab kalau nak compare tempat lain mesti lagi mahal. Dan untuk scan ultrasound 4d ke 3d ke 2d ke still sama RM45. Tempat len mahunye beratus.

Okie itu je. Semoga boleh membantu anda yang tengah cari tempat nak buat check up. :)

Thursday, 4 December 2014

Cara batalkan br1m jika tiada lagi kelayakkan untuk memohon

Assalamualaikum,

Sekarang tengah sibuk orang nak kemaskini permohonan br1m termasuk la saya. Dari 1 dis hari tu saya ada masalah untuk kemaskini. Beberapa kali cuba tak berjaya. Masalah timbul bila nak masukkan gaji. Nanti dia akan pergi ke page lain.

Bila dah berkahwin jadi status pun dah bertukar dari bujang ke berkahwin. Pendapatan isi rumah pun akan jadi lain sebab campur gaji saya dan suami. Alhamdulillah dimurahkan rezeki selepas berkahwin jadi saya pun diantara orang yang hilang kelayakan untuk memohon bila hasil jualan tudung saya dan gaji suami melebihi syarat yang mereka nak. Jadi takut ambik hak yang bukan milik saya dan biar la bagi yang lebih berkelayakan menerimanya jadi saya nak kemaskini pendapatan kat laman web br1m tu. Setiap kali masukkan gaji dia akan keluar macam ni.


Tapi bila klik ok dia akan pegi ke page mula2 yang suruh masukkan ic number. Lepas tu kena buat balik. Geram sangat. Macamana nak bagitau saya tak layak dah. Kang tiba2 dapat tak sedap hati plak nak ambik. Berterusan macam tu sampai rasa malas nak buat. Jalan penyelesaian akhirnya saya kol pihak lhdn untuk tanya. Alhamdulillah dapat jugak jawapan. Bagi sesiapa yang dah tak berkelayakan kalau korang kemaskini borang tu dan tak mengikut syarat memang takkan berjaya. Jadinya cara untuk buang data korang tu, korang perlu download borang BK - 13 untuk membuat pembatalan. Mane nak dapat borang tu?Pegi kat website ni https://ebr1m.hasil.gov.my lepas tu gi kat borang dan download borang bk-13 tu. Isi manual lepas tu hantar kat pejabat lhdn yang terdekat dengan rumah korang beserta salinan ic. Okie. Itu je.... Jadi siapa yang tak layak dah tu, batalkan la permohonan korang tu. Biar bagi orang lain yang rasa. Lagi satu takut tak halal plak sebab kita dah tiada kelayakan untuk terima. Itu je perkongsian untuk hari ni. Kalau korang ada kemusykilan atau aduan mengenai br1m, korang boleh kol no ni 0383138987/8988. Waktu dari 8pg hingga 6 ptg. Harap dapat membantu...... =)

Saturday, 29 November 2014

Jangan tengok trailer The Peguin of Madagascar

Assalamualaikum,


Ade ke yang tengah tunggu cerita ni?Tadi berkesempatan tengok. Tanya cerita ni ok ke tak. Bagi saya sangat ok kalau tak tengok trailer dia. Malam semalam husband decide nak pi tengok cter ni hari ni. Jadi kami berdua tengok la trailer 1 dan trailer 2 kat youtube sebab nak tau gak best ke tak. Tapi bila dah tengok trailer memang spoil la tengok tadi sebab dah tau dah ape jadi. Tak sangka trailer tu effect jugak bila tengok tadi. Part yang sepatutnya boleh gelak tapi bila dah tengok trailer gelak dia jadi macam emmm gelak2 sikit. Tapi memang cter dia banyak lawak. Tak bosan langsung. Lagi best dari cter big hero 6. Dengar budak2 gelak beria. Memang sesuai kalau nak bawak budak2 tengok. Kalau korang nak tengok dinasihatkan jangan tengok trailer. Akan lagi best macam tu. Tapi bagi saya cter dia best....

Thursday, 27 November 2014

promosi. Tudung Labuh Koshibo. RM 20 shj termasuk kos penghantaran.

Assalamualaikum,


Wednesday, 26 November 2014

Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM 750.00

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sekarang dah 37 weeks. Menunggu hari je. Masih di terengganu gara2 taknak berpisah dengan suami. Jadi tawakal je. Kalau terberanak kat sini jadi orang ganu la anak saya ni.hehehe.Minta2 sempat la balek KL sebelum ianya terjadi.

Sekarang kelengkapan baby dah hampir setel. Tapi beli yang perlu je. Lepas bersalin kalau nak ape2, suami la akan jadi mangsa belikan. Tapi dia ok je. Thanks suami. :)

Bila menanti kelahiran anak pertama ni memang banyak duit kena guna. Yela 1st timekan. Semua takde lagi. Jadinya bila ada peluang menang hadiah atau pun free sample memang masa tu ambil peluang takkan lepaskan untuk join. Hari ni tiba2 terbaca pasal giveaway special mama & bayi. Hadiah jangan cakap la. Super duper awesome. Mama to be atau pun memang dah jadi mama pun akan rambang mata tengok hadiahnya. Tambahan pula kalau macam saya yang memang tak beli pun lagi benda2 ni jadi kalau menang memang hadiah paling special untuk anak 1st saya ni.

Giveaway ni dianjurkan oleh pemilik blog www.vitaminhouz.com dan www.honeyonnee.com yang juga pengedar shaklee area putrajaya dan k.lumpur puan mashitah binti Mamat. Kalau nak order shaklee boleh contact puan mashitah ni ea. Selain tu kat blog puan ni pun ade banyak info mengenai kehamilan, bersalin, berpantang, penyusuan yang mana mama to be macam saya ni memang sangat memerlukan banyak info macam ni.

Ok. Macamana nak join giveaway ni? Syarat dia senang je.

1. Bukan Shaklee independent distributor
2. Blogger Malaysia yang tinggal kat malaysia je
3. Follow blog ni

www.vitaminhouz.com dan
www.honeyonnee.com

4. Like fb

https://www.facebook.com/honeyonnedotcom
https://www.facebook.com/Pregnancy.Confinement.Breastfeeding

5. Buat entry "Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM 750.00"
6. Lepas tu komen url anda kat SINI

NAK JOIN? MEH PAKAT KLIK BANNER CANTIK KAT BAWAH NI....


HADIAH SUPER DUPER AWESOME....





Bestkan hadiah2 dia? Geram sangat tengok......

Harap sangat dapat menang salah satu hadiah. Kalau dapat 1st prize lagi la bersyukur. Sape tak nakkan. Memang best sangat hadiah2 nye.....Moga ade rezeki la untuk anak umi nanti.....Amin ya Rabb. Korang pun doakan saya menang ea.... :)


Tuesday, 25 November 2014

'Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous'

Salam Sejahtera,


Jom sertai GA RM150 Zalora Voucher terbaik ni dari SueAKGoGeous. Buat enam langkah-langkah berikut:

  1. Buat satu entri bertajuk 'Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous'.
  2. Publishkan entri tersebut dan masukkan URL ke ruangan komen di bawah.
  3. Follow blog SueAK.
  4. Follow Google Suriana abdul kadir.
  5. Klik sini sini sini sini dan sini tunggu sehingga hadis loading.
  6. Masukkan blog SueAKGoGeous ke dlm bloglist anda.

Satu pemenang utama akan mendapat Online Voucher Coupon Code dari Zalora bernilai RM150.


Manakala dua pemenang saguhati akan mendapat Marybrown Lunch Box.
Tarikh GA ini ialah dari 21/11/2014 sehingga 12/12/2014.
Tiga pemenang bertuah akan diundi dengan random.org dan akan dimumkan pada 13/12/2014.
Marilah mari pergi sertai!

MANIS GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH

Assalamualaikum,

Klik banner untuk join

Saya nak hadiah 2kg kerepek.
Hehehe. Simple jekan hadiah yang saya nak. Lately husband suka makan kerepek pedas tu. Jadi kalau dapat ok gak boleh bg husband.hihihi.

Super Duper Awesome By Jaja

Assalamualaikum, Sebagaimana tajuk entry ni, saya nak adakan giveaway memandangkan exam dah habis and ada sedikit masa luang, maka terciptalah Giveaway Super Duper Awesome By Jaja
Maka, saya rasmikan Giveaway Super Duper Awesome By Jaja ni. *tepuk*
Moga ramai yang join GA ni yer ^_^


 HADIAH


Hadiah Misteri 2x by Ruqaiyah
Bloglist Ever x2 by Izwani
Top up RM 10x2
Small pouch bag 2x By Beba Ifa
PVC Keychain 2x By Beba Ifa
Review blog x1 By Hazimah
Header x2 By Hazimah
Goody Bag 2X by Tracey
Sophie Nail Buffer 5 in 1 1X By Noyou
Topup rm5 2X By Wawa
Tasbih digital 2X By Wawa


Tarikh 
 
1/11/2014 - 1/12/2014

Hantar link di entry ini sahaja
Para sponsor juga dijemput join, 
Oh ye, Sponsor paling banyak promote GA ni juga akan mendapat hadiah M.I.S.T.E.R.I
Sila jujur ye, pastikan ikut semua syarat. Tapi, jika ada peserta yang tiada akaun-akaun seperti dalam syarat tu, sila abaikan. Harap JUJUR ye.

1st giveaway by anamizu

Assalamualaikum

Klik banner utk join

First Giveaway by Erza

First Giveaway By Erza 

*** sempena kelahiran putera kedua***




1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower


2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet 

3. Buat satu entri bertajuk "First Giveaway by Erza" dan 
letak banner di atas, backlink ke entri ini


4. Tinggalkan URL entri korang di SINI

5. Siap dan good luck friends!!!

Wednesday, 19 November 2014

Menang hadiah dari dayang deno (giveaway belog cik kumbang) dan siti mastura (blogger area mega giveaway)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah rezeki hari ni bila tau saya menang lagi dari blogger area mega giveaway. Dapat hadiah botol crispy bubble dari blogger siti mastura. Tengok macam sedap. Terliur jugak ni. Nyam2.. Tadi baru je lepas hantar details kat dia melalui email. Harap2 ade respond la... Sebelum ni menang giveaway dari dayang deno untuk single doodle. Dah bgtau deno dan tuan punye giveaway cik kumbang tapi masih menunggu respond dari diorang. Harap2 ade la respond sebab 2 3 menjak ni selalu baca entry sponsor2 yang mungkir janji. Tak pernah kena lagi kat saya tapi harap2 tak terkena la.Takut jugak kalau terkena.




Menanti hadiah2 itu tiba. Kalau dapat in shaa allah saya share ea..... =)

Wasalam....

Monday, 10 November 2014

Diari hamil : Seksa tunggu turn di klinik kesihatan

Assalamualakkum,

Baru je balek dari check up kat kk. Macam biasa akan berjam tunggu turn. Pegi lebih kurang kol 730 nurse panggil kol 10. Seksanye la menuggu. Dengan kerusi yang x selesa, kepanasan lagi memang menguji kesabaran betul. Rasa nak nangis ade jugak tadi. Badan rasa tak larat sangat. Ikut hati nak balek je rumah. Bayangkan la kena duduk je tanpa buat ape2. Sakit pinggang dibuatnye. Masa ni la mula rasa mengantuk n lapar. Alhamdulillah sabar jugak saya. Itu pun husband tenangkan hati yang rasa nak nangis tak tahan menunggu ni.

Tapi bila pikir balek penat2 saya, habis je balek umah boleh tido. Tapi husband yang tunggu sekali ni habis je kena terus gi kerja. Lagi kesian. Jadi pengajarannya lepas ni kena banyak2kan lagi bersabar dan jangan nak merungut je. Husband tu lagi kesian.. INGAT ni ea AIN......

Baik...... :)

Sunday, 9 November 2014

Giveaway By Mamaniza.com


Assalamualaikum




Mamaniza melancarkan sekali lagi Giveaway by Mamaniza.com berserta dengan para sponsor yang cukup hebat berserta engan tawaran hadiah yang menarik pasti akan memikat hati kalian.

Tujuan GA ini dijalankan adalah : untuk mengeratkan lagi hubungan antara sesama blogger. Saling kenal mengenali antara satu sama yang lain. Selain itu, kita juga menambah rakan-rakan baru dalam senarai followers kita.

Follow Blog:


Like FB:



Syarat utama:

1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.

2. Buat entri bertajuk Giveaway By Mamaniza.com

3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.

4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.

5. Giveway ini akan berlangsung pada 3 Nov pukul 12 tengahari dan berakhir pada 10 Nov 2014 pada  12 tengahari juga.

6. Pemenang akan diumumkan pada 13 Nov 2014 berdasarkan random.

Hadiah Giveaway by Mamaniza.com:

Wang Tunai RM 50 - Top Refferal by Mia Liana
Paper beg - Mamaniza
Kain sulam pasang - Fuza Musa
Shawl - Farahuda
Shawl manik juntai - Shalimar
Bawal, keychain dan masker - Alise
Buku Tetamu Istimewa - Cikgu Helmi
Herblax dan halfmoon bead shawl - Norhana (IbuHana)
Keychain - Norihan
Top up RM 5 - Fatihah Fazlin dan Azwar Syuhada
Misteri - Farah Wahida dan Kathy

Thursday, 6 November 2014

Rasa teruk sangat bila tak ingat hari....... macamane boleh lupa..

Assalamualaikum,

Rasa teruk sangat pagi ni. Rasa macam hilang ingatan sekejap. Dari semalam saya ingat hari ni hari jumaat. Siap cakap dengan husband lagi hari ni kite beli barang ea sebab jumaat dia cuti. Semalam pun cakap dengan customer hari ni husband cuti jadi boleh carikan kain utk diorang. Siap buang sampah lagi hari rabu hari tu sebab ingat hari khamis. Lori sampah datang kutip hari khamis. Patut tengok sampah ada lagi sebab memang patut diorang ambik hari ni bukan semalam. Siap fikir hari ni nak baca kahfi sebab ingat hari jumaat. Paling teruk sekali bila........................................................

Saya ignore je husband pagi tadi sebab ingat hari ni dia tak keje. Jadinya saya ingat dia bangun nak pi toilet ke. Saya biarkan jela selambe baring atas katil tak bangun. Tengok2 dia dah siap nak pi keje. Selalu saya yang sediakan sarapan, sediakan baju dia, kemas laptop dia masukkan dalam beg n bukakkan pagar. Hari ni semua dia buat sendiri. Serba salah rasa.. rasa macam aaaahhhhh macamane boleh ingat hari ni dia cuti. Nasib baik dia ok je sebab memang dia tahu saya lupe hari. Siap dia tunjuk lagi hp dia kata ari ni hari khamis..... Memang saya tak ingat sangat2. Ya allah.... hari ni kena ingatkan dalam otak hari ni hari KHAMIS...

P.S: sorry abang..lupe hari..sampai bila2 akan ingat hari ni.......

Wednesday, 29 October 2014

Diari Hamil: Harga antenatal check up di Columbia Asia Hospital

Assalamualaikum,

Kali ni nak share berapa harga buat check up kat Columbia Asia Hospital Setapak. Kalau nak tahu macamane saya boleh terjebak check up kat sini boleh gi link INI.

Saya banyak jugak google pasal hospital ni. Ade review kata ok, ade kata tak. Jadi baik pergi sendiri baru tahu. Tak boleh disangkal memang hospital ni tip top la. Cantik. Service pun ok. Masa pergi tu tak ramai orang. Kat kaunter pun ade 3 4 orang jaga. Jadi takde la nak menunggu sangat. Masa ni kami pergi hari khamis. Ingat nak jumpa dr. Masita tapi dia ade cuma hari selasa je kat situ. Nak buat next appointment dengan dia tapi penuh jadi terus jela check up kat situ. Saya bagitau masa register yang saya nak dr perempuan jadi diorang bagi dr Sudha. Korang kena cakap tau nak dr perempuan kalau tak diorang akan bagi dr suhaimi. Dr suhaimi ni popular jugak.

Masa jumpa dr Sudha macam biasa dia cek perut dan buat ultrsound. Masa ni memang kami bajet mesti beratus kena ni walaupun bukan lama pun check up. Husband pun dah cakap awal2 suh tanye banyak2 kat dr tu jadi berbaloi sikit kalau bayar lebih pun. Tapi biasa la bila gi je situ semua lupa. Huhuhu. Dr. Sudha ni baik je orangnya. Lembut.. Dia kata dah jumpa dengan dia automatik dia akan jadi dr saya masa bersalin nanti. Saya ok je kalau dengan dia. Tapi tak salah kalau usaha nak dr. perempuan muslim. Kalau tak dapat jugak baru la bersalin dengan dr. Sudha ni. Alhamdulillah berkat usaha dapat jugak. Boleh gi link NI kalau nak tahu ceritanya.

Ok ni saya nak share harga check up kat hospital ni. Sebelum gi check up kat sini saya ade jugak google nak tahu range harga dia. Kang tiba2 beribu mau pengsan dibuatnye. Tapi takde pun orang yang share. Jadi biar saya share supaya sape yang nak gi sini at least leh bajet berapa. Ni dia harganya......

Nampak x?RM240.. Mahal tang consultation. Kalau company tak cover jangan berangan la saya nak pi sini. 

In shaa allah lepas ni saya share harga kat GMC plak ea.

Wasalam.

Sunday, 26 October 2014

Diari Hamil: Shopping barang baby part 1 - tilam dan bantal baby

Assalamualaikum,

Pencarian set tilam dan bantal baby. Mula2 saya ingat nak beli yang biasa2 je yang harga rm50 satu set tapi bila pikir kena beli sekali dengan kelambu jadi semua nye berubah ikit citarasa husband. Mula2 survey kat sura gate ade satu set skali dengan kelambu dan husband berkenan tapi sebab harga dia mahal dan lari dari bajet yang saya buat jadi biar dulu. Saya jumpa yang lagi murah tapi kat KL. Murah pun beza rm30 je. Masa gi KL hari tu gj kedai dia nak tengok. Tapi husband takmo sebab kelambu dia jenis jatuh. Kalau terlepas pandang mahu kena muka kelambu tj kat baby. Harga dia rm135. Husband kata better lagi yang kat sura gate tu. Jadinye balek ganu pergi kat sura gate balek. Kebetulan masa tu memang  tinggal satu je jadi husband terus beli nak2 lagi warna hijau favorite dia jadi kami pun beli la. Memang kalau compare yang kat KL tu ni lagi better sebab kelambu dia ade rangka yang memang tak kena kat baby. Harga dia rm159 memang lari betul dari bajet saya. Tapi bila pikir2 elok jugak ade benda ni sebab nanti kalau gi rumah mak or mil senang baby leh tido situ. Nak gi mane2 pun boleh bawak. Nyamuk pun dah tak kesah. Takpe la biar harga mahal tapi selamat dan selesa ape salahnye kan. Jadi meh nak share pilihan set tilam dan baby untuk baby kami nanti.

Dah siap dengan beg plastik. Lepas guna leh masuk balek dalam beg tu.


Ni dia bila zip kelambu. Kelambu dia tak jatuh.

Puas hati la. Besar pun besar.

Itu je.
Wasalam.

Saturday, 25 October 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Friday, 24 October 2014

Diari Hamil: Hospital bersalin pilihan saya Gombak Medical center (GMC). Pakej yang ditawarkan...

Assalamualaikum,

Sambungan.....

Kali ni nak share pasal hospital bersalin pilihan saya. Kalau baca entri sebelum ni mesti korang dah tahu hospital mane yang saya pilih.

Gombak Medical Center (GMC)

Sebab saya pilih hospital ni??

Of coz sebab utama adalah dr. perempuan. Masa mula2 pergi hospital ni memang semua saya tengok staff2 dia semua perempuan. Jadi 1st checkup saya checkup dengan Dr. Hamiza kalau tak silap. ke Dr. Fidak. Konfius la.huhuhu. Tapi yang sambut baby kami nanti in shaa ALLAH Dr. Zana.

Kedua sebab dekat dengan rumah mak. Jadi senang kalau ape2. 5 hingga 10 minit je dari rumah mak.

ketiga Pakej yang ditawarkan amat berpatutan.

Ni copy paste dari FB diorang. Boleh pi SINI 


Ni saya share ape yang ade pada setiap pakej.


Ni pakej yang saya ambik. Ade sekali urutan selepas bersalin iaitu sebanyak 3 kali. Barang nak berurut kena sediakan sendiri ea. Diorang akan datang rumah untuk berurut. Ia juga termasuk pemeriksaan postnatal. Suntikan hepatitis b saya dah buat dah kat sini hari tu. Ni dia akan buat untuk kali kedua.

Yang ni bila bersalin akan disambut oleh pegawai berpengalaman iaitu doktor la. Same jugak dengan pakej maryam.

Untuk yang ni akan disambut oleh bidan terlatih. Rasanya nurse yang akan sambut.

Ni untuk tambahan.

Okie itu je.
Harap boleh bantu korang yang masih tercari2 kat mane nak bersalin nanti.

Wasalam

Thursday, 23 October 2014

Diari hamil: Free sample dari Drypers dan MAM

Assalamualaikum,

Sekarang suka cari free sample. Tapi yang selalu request diapers baby. Banyak juga apply tapi drypers dengan MAM je yang baru dapat. Yang lain tak tahu la dapat ke tak. Harap2 dapat la sebab nak cuba jugak diapers lain supaya nanti boleh tahu mane sesuai untuk baby.

Beg tu dapat bila register kat website drypers. MAM tu breast pad. 

Kalau saya dapat lagi free sample yang lain nanti saya update ea.
Kalau korang nak free sample drypers boleh gi kat website NI. Register lepas tu request la free sample.

Itu je.

Wasalam.

Wednesday, 22 October 2014

Diari Hamil: Pengalaman minum air gula. 3 kali kena minum

Assalamualaikum,

Kali ni nak cerita pengalaman minum air gula. Sekarang kalau pergi klinik kerajaan memang diorang akan suruh minum air gula jika mengandung selepas umur 26 tahun walaupun dalam keluarga memang takde yang ade penyakit kencing manis. Memang diorang ambik berat pasal ni sebab selalunya masa mengandung la macam2 penyakit akan muncul. Salah satunya kencing manis. Selalunya diorang akan suruh minum air gula bila kandungan dah masuk 26 minggu. Saya pun tak terkecuali untuk minum air tu. Masa mula2 minum tu memang saya ade google jugak. Ade orang memang senang je boleh telan, ade jugak yang muntah. Tapi masa tu saya rasa macam saya boleh buat. Air gula je kot. Jadi malam tu kol 10 dah stop makan. Kena puasa. Pagi2 husband hantar gi klinik. Sampai je minum air gula. Konon nak sekali teguk je tapi tak boleh. Memang rasa meloyakan. Tapi habis jugak saya minum. Keluar je dari bilik tu sebab kena tunggu 2 jam lagikan jadi gi la cek perut dulu. Masa dok dengar nurse tu cakap rasa nak muntah. Tak tahan berlari gi toilet. Habis keluar semua. Lepas tu cakap kat nurse dah habis dah semua. Nurse pun tak leh nak wat ape dah. Dah muntah jadi dia suh balek next appointment minum lagi sekali.

Next appoinment datang la lagi nak gi minum. Masa ni dah memang ready dah. Siap bawak vick lagi sebab takut muntahkan. Sebelum ni lupa bawak tu yang tak menyempat muntah jugak. Kali ni dengan harapan tak muntah la. Hancur jugak. Sebelum ni tak sampai 5 minit dah muntah kali ni bertahan lama lagi la. Tak silap 45 minit. Masa ni tengah borak dengan sorang kakak ni sambil menahan dari muntah. Kakak ni pun banyak plak tanye. Yang saya ni tengah bertarung nak menahan muntah. Jadi akhirnya terkeluar jugak. Lepas dah keluar tu nurse suruh gi makan. Baru sumbat karipap satu tiba2 rasa pitam. Gi bilik nurse terus terduduk sebab tak tahan nak pitam. Apelagi kelam kabut nurse semua tengok saya macam tu. Rehat2 kejap pastu nurse cek perut. Tapi diorang suruh gi klinik lagi satu jumpa dengan doktor sebab dah 2 kali minum air gula muntah dan paling teruk pitam. Jadi kol husband n husband pun bawak gi klinik lagi satu. Masa jumpa doktor, doktor suruh minum kali ke 3 next appointment. Kalau tak boleh jugak baru jumpa doktor pakar.

Jadi next appoinment datang lagi untuk minum air gula. Kali ni memang berharap sangat berjaya. Tak larat dah nak telan air gula tu. Meloyakan sungguh. Jadi minum la lagi untuk kali ke 3. Sebelum ni dah pernah pitam jadi lepas je minum air gula nurse suruh baring atas katil. Rasa diri ini special plak sebab leh tidur. hehehehe. Tunggu la sampai 2 jam. Akhirnya................................Alhamdulillah berjaya jugak bertahan.

Result pun alhamdulillah ok.

Dah jadi popular dah kat klinik tu sebab air gula ni.. Ni la pengalaman yang takkan dilupekan sampai bila2..

Okie itu jer.

wasalam

Diari Hamil: Pengalaman mencari hospital bersalin

Assalamualaikum,

Ni nak share pengalaman mencari hospital bersalin. Saya dah listkan dah beberapa hospital dan siap google lagi mana yang terbaik. Alhamdulillah kalau nak bersalin bab bayaran tak risau sangat sebab company husband ade cover. Tapi ade limit jugak la. Setakat normal tu boleh la. Kalau kena czer bayar la selebihnye. Husband pun tak kisah mana2 hospital yang penting service bagus dan paling penting doktor perempuan. Kat dungun ni ade hospital dungun je jadi orang2 kat sini kalau nak private memang akan ke kuala terengganu atau kuantan. Husband prefer hospital private bukan sebab mampu bayar ke ape. Yang tu semua belakang kira. Yang paling utama doktor nak sambut baby kami nanti mesti perempuan. Jadi hospital private boleh pilih2 doktor mane kita nak. Kalau kerajaan takut tak boleh buat. Tapi kalau request boleh jer. Banyak google pasal hospital. Kat kuala terengganu hospital semua dr. lelaki. Jadi kami decide nak bersalin kat KL je sebab family dua2 ade sana dan kat KL banyak pilihan.

1st hospital yang kami nak Columbia Asia Hospital Setapak yang mane salah seorang Dr. dia dr. yang memang femes. Dr. Masita Mansor. Baca review dari orang lain pun kata dia ni bagus dan islamik orangnye. Jadi pergi KL pergi klinik dia dulu kat Klinik Pakar Medina Taman Melati. Nak buat appointment dah penuh. Tak silap 3 kali kami buat appointment tak pernah dapat. Busy sungguh dr. tu dan ramai betul pesakit2 dia. Jadi kami decide gi direct kat Columbia Asia memandangkan dia pun ade kat situ setiap hari selasa. Jadi buat appointment tak silap bulan 6 hari tu tapi ade kosong masa bulan ogos. Lama betul nak tunggu turn. Before tu dah pergi jumpa Dr. Sudha kat columbia asia jugak. Tapi hati ni tetap nak Dr. Masita jugak sebab husband pun kata masa bersalin ni kita kena ade support. Kalau dapat Dr. Masita dia boleh la tolong2 ingatkan atau nasihatkan ape2 yang kita lupe berkaitan dengan islam. Contoh doa ke, surah2 terbaik ke sebab masa sakit bersalin tu semua boleh lupe. Jadi memang kami tunggu sampai bulan ogos untuk jumpa Dr. masita.

Dalam pada yang sama saya cari jugak hospital lain. Selayang hospital dah tolak awal2 sebab google2 dr. dia lelaki. Jadi kalau tak dapat dr. Masita ni baru la akan gi survey Hospital Tawakal, Ampang puteri atau pusrawi. Tapi semua ni pilihan terakhir sebabnya hospital ni jauh dari gombak. Tiba2 masa google2 jumpa pasal Gombak Medical Centre (GMC). Hospital ni kecik je tapi yang penting dr. kat situ semua perempuan termasuklah nurse2 diorang. Jadi cakap dekat husband try pergi checkup kat situ kalau ok kite proceed je la bersalin kat situ. Masa nak pergi appoinment dengan Dr. Masita tu before tu gi check up kat GMC dulu. Kalau GMC ni ok bersalin je la kat situ dari mengejar Dr. Masita yang tak confirm boleh dapat tu. Jadi kami pun gi checkup kat situ. Memang dekat je dengan rumah mak. Tak besar sangat pun hospital dia tapi lengkap. Kiranya kalau kena czer pun dia boleh buat kat situ sebab sebelum ni kawan saya gi satu private hospital bila czer je dia kena transfer hospital lain. Leceh plak kena tukar2 hospital. Tapi kat GMC ni semua ade ok la. Jadi kami pun decide gi situ.

Next entri saya share pasal pakej hospital ni ea.

Itu je....

Wasalam.

Tuesday, 21 October 2014

Diari Hamil: Penyakit Ekzema ketika hamil

Assalamualaikum,

sambungan.....

Sebelum ni saya ade cerita mengenai masalah kulit kering masa 3rd trimester ni. Benda ni betul2 terjadi kat saya sekarang ni masa masuk je 3rd trimester. Sebelum2 ni takde pun. Sekarang dah hilang sikit. 2 minggu lepas tangan saya dua2 belah rasa gatal teramat sangat dan kering. Nak menahan dari garu memang tak boleh. Sangat2 gatal. Kadang2 malam pun boleh terjaga sebab rasa gatal. Jadi sambil tutup mata yang mengantuk tu sambil menggaru. Masa mula2 tu memang garu guna kuku, lepas tu saya garu guna baju. Sampai luka2 tangan. Memang buruk sangat tangan sebab ade kulit hitam. Bila dah garu tu kulit2 jari memang kering dan luka. Sampaikan nak genggam tangan ni pun tak boleh. Kalau genggam tengah2 jarikan ade garisan kan, boleh terkoyak kulit tu sebab genggam sebab lepas garu tu kulit tu akan jadi tegang. Jadi kalau paksa jugak genggam memang akan luka la.

Sebelum ni ade gi klinik tapi dia bagi ubat sapu untuk kurap. Tapi saya ni bukan kurap. Jadi pakai pun memang tak berkesan. Husband kata sebab kulit kering tu yang buat gatal tu. Jadi saya pakai losyen setiap masa. Saya pakai losyen Rseries designer sebab memang pakai pun sebelum ni. Wangi sangat. Husband pun suka bau. Tapi still tak hilang jugak. Jadi lama2 kegatalan tu dah sampai kat tangan. Sebelum ni kat jari jemari je. Sekarang dah mula ade biji2 macam gegata. Sudah. Ni tahap bahaya ni. Ade jugak google diorang kata memang normal masa mengandung. Tapi ade satu tahap boleh buat baby mati dalam perut kalau serius. Bila hari berikutnya kegatan tu rasa kat perut plak. Naik biji2 jugak jadi pagi tu pergi jugak klinik. Sampai klinik dalam kol 10 pagi tapi ramai orang jadi saya dan husband gi breakfast jap. Boleh plak masa tengah tunggu turn jumpa doktor tu saya pitam. Masuk bilik doktor terus baring atas katil. Husband yang dok cerita kat doktor pasal kegatalan kulit tu. Jadi doktor tanye dalam keluarga ade tak yang ade penyakit darah tinggi dan asma. Selalu penyakit keturunan macam asma ni memang akan alami benda ni. Doktor kata ni penyakit ekzema. Memang dalam family saya ade keturunan penyakit asma. Itu la salah satu punca kenapa saya kena penyakit ekzema ni. Doktor pun tanye jugak pakai sabun basuh pinggan ape. Sebab yang tu pun salah satu jugak kenapa kulit kering. Tapi memang sebelum ni husband dah tukar dah sabun basuh pinggan dan sabun mandi dan dia jugak belikan sarung tangan untuk basuh pinggan dan potong bawang. Paling syok bila dia pun tolong basuh pinggan jugak. hehehehe. Alhamdulillah dapat husband yang memahami.

Jadi melalui wikipedia

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal penyakit ni boleh la gi SINI.

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Doktor bagi saya 3 ubat. Satu ubat gatal, lotion dengan ubat makan. Alhamdulillah bila pakai je ubat doktor bagi tu tangan saya dah ok. Ubat makan tu je saya tak makan. Saya cuma sapu ubat gatal dengan lotion. Tapi kat perut saya tak sapu. Takut. Jadi memang sampai sekarang bahagian perut je la yang gatal. Tapi boleh tahan lagi. Kalau tak tahan memang garu jugak.huhuhu

Sumber: Google
Lebih kurang macam ni la tangan saya hari tu. Alhamdulillah dah ok. 

In shaa Allah akan bertahan. Ni la pengalaman mengandung. Doktor kata lepas bersalin hilang la semua. Harap tak makin teruk la gatal kat perut ni.

Okie itu je

wasalam.

Diari Hamil : Pengalaman setiap trimester

Assalamualaikum,

Sambungan.....

Alhamdulillah sepanjang mengandung dari awal sampai la sekarang (32 minggu) saya takde morning sickness. Muntah2. Cuma waktu2 tertentu je muntah. Tapi satu je yang saya alah. Ikan. Saya tak tahu kenapa. Kalau tengok ikan pun saya rasa nak muntah.

1st Trimester
Masa 1st trimester badan banyak sangat angin. Jadi memang tak selesa nak tidor. Perut rasa tak sedap sebab angin takmo keluar. Dari segi makanan plak selain ikan semua saya boleh sumbat sampaikan sebulan naik 3kg. Masa awal2 tu memang tak boleh lapar sikit mesti rasa pedih sangat perut. Jadi sehari berkali2 saya makan. Tak kawal langsung. Kalau ikut husband pi outstation confirm akan muntah dalam kereta sebab angin banyak sangat. Jadi memang dah prepare plastik muntah dah. Lagi satu saya tak boleh gi toilet awam sebab hidung saya sensitif memang tahap menghidu tu sangat kuat. Jadi kalau gi tempat2 tu memang kalau sebelum pregnant biasa je tapi dah pregnant ni bau dia tak sedap sangat. Kalau terpaksa pergi pun confirm akan muntah lepas tu. Cara saya nak hilangkan muntah setiap masa saya akan bawak vick. Jadi sebelum masuk toilet tu saya akan sapu vick kat hidung banyak2. Kalau dalam kereta pun rasa nak muntah memang vick adalah penyelamat.

2nd Trimester
Masa nak masuk 2nd trimester ni semua benda tu dah hilang. Rasa macam tak mengadung ye jugak sebab memang rasa biasa jer. Memang masa ni ade sedikit risau sebab masa ni saya tak rasa lagi baby gerak jadi tahu keadaan baby macamane. Ade sekali tu pergi klinik nurse cek perut tapi tak rasa lagi ade baby kat perut. Masa tu memang cuak sangat. Nurse pun terus refer saya gi klinik lagi satu untuk scan. Jadinya saya pun pergi. Alhamdulillah baby ok je. Saya rasa pergerakan baby pun agak lambat. Akhir kandungan nak masuk 5 bulan baru rasa. Macam orang lain masuk usia kandungan 4 bulan dah rasa. Perut pun kecik lagi. Masa ni bulan puasa alhamdulillah saya berjaya puasa penuh tanpa tinggal sehari pun. Masa puasa berat turun sikit. Lepas puasa naik balik. huhuhu. Kena gi klinik kesihatan setiap 2 minggu sebab berat naik. Akhir2 nak masuk trimester 3 baru kawal balek makan.

3rd Trimester
Sekarang dah masuk trimester 3.
Berat dah boleh kawal tapi akhir2 ni Helobin (HB)tak berapa nak cantik. Sekarang saya ade masalah kulit kering. Nanti saya share pasal benda ni. Malam susah tidur sebab kaki lenguh. Tapi baru je beli massage oil tanamera untuk hilangkan rasa lenguh. Nanti saya share pasal set bersalin plak ea. Yang lain setakat ni alhamdulillah. Doakan segalanya dipermudahkan ea.

Itu je
Wasalam

Mini Giveaway by Syira Lokman

Assalamualaikum,

Klik banner utk join

Tamat 23 oktober 2014 jam 6am.

Wasalam

Monday, 20 October 2014

Diair Hamil: Maksud istilah dalam ultrasound 2D 3D 4D Scan dan perbezaan ketiga2 dimensi

Surprise dari husband

Assalamualaikum,

Tarikh 21/10 memang sinonim dengan saya dan husband. Ade sejarah tersendiri. Kalau nak tahu boleh baca balek entri tahun lepas kat SINI. Cuma husband terawal sikit bagi sebab hari ni dia tak busy sangat. Tu yang sempat gi beli tu kot. Seperti tahun lepas saya memang tak ingat langsung. Balik2 dah ade bunga atas katil. Cakap kat dia sape bagi. Pelik kalau office bagi bunga kat staff. Lelaki plak tu. Lepas tu baru la husband ingatkan balek tarikh istimewa ni. Nasib tak buruk sangka. Huhuhu. Nah dia nak share....Simple tapi bermakna. Tersengih2 dah sejak dapat tadi.

\

ps: Terharu sebab dia ingat lagi. Kita je lupe. Huhuhu Thanks abang..... =)

Wasalam.

Birthday Giveaway by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join

Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh 

Diairi Hamil: Set Bersalin pilihan saya Tanamera dan Sariayu

Assalamualaikum,

Kali ni nak cerita mengenai set bersalin pilihan saya. Saya banyak google dan tanye kawan set mane yang sesuai. Jadi last skali saya pilih tanamera sebab baca review pun ramai kata yang ok. Selain tu yang ok NR. Best friend saya baru je lepas dapat baby dan dia banyak share pasal tanamera ni. Tapi yang paling penting bila dia kata dia punye tak koyak padahal baby 3kg lebih. Dia sendiri pun terkejut sebab sebelum ni baby bawah 3kg pun kena jahit jugak. Dia kata dia amalkan sapu VOC setiap kali lepas gi toilet.

Saya memang google betul2 pasal set bersalin ni sebab harga dia kebanyakkan RM300 ++. Jadinya saya google setiap yang ade dalam set tu takut kalau beli semua tapi tak pakai kan rugi je. Jadi hasil pencarian saya, saya beli loose item je sebab ade beberapa benda dalam set tu yang saya rasa tak perlu. Untuk tanamera saya beli:

Cold press virgin coconut oil
Brown formulation body soap
Herbal Massage oil


Alhamdulillah. Rezeki yang amat berharga.

Assalamualaikum,

Baru la ni ade mood nak cerita. Ade je blogger yang tahu dan ade je reader yang tak tahu. Alhamdulillah sekarang usia kandungan dah 32 weeks. Lagi 8 minggu untuk bergelar ummi. Jadi meh saya story masa mula2 tahu saya pregnant.

 Kalau sape yang ikut blog saya ni, awal tahun hari tu saya ade gi kuching dalam bulan 4. Sempena besday husband jadi kami gi honeymoon sekali ke kuching untuk kali ke 3. Nak cerita pasal trip gi kuching tu pun sampai kesudah tak buat. Akhirnye lupekan la. Masa gi kuching ni tak silap dah masuk seminggu lebih saya tak datang period. Period saya regular jadi bila lewat tu ade la rasa macam nak wat pregnancy test. Kalau nak tahu saya tak pernah buat upt sejak dari berkahwin sebab takut kecewa. Memang dari awal kahwin dulu saya memang cakap kat husband kalau lewat period dalam 2 3 minggu baru buat. Jadi sampai la hari gi kuching tu memang lewat sangat tu yang check jugak. Ingat lagi masa mula2 nak beli upt kat guardian kuching tu. Malu2. Yela masa tu macam eh betul ke aku nak cek ni. Perangai macam budak2 ni betul ke aku pregnant ni. Masa nak beli tu rasa macam orang pandang semacam je. Eh budak lagi ni dah nak beli upt. Tapi tau masa tu perasaan sendiri je. Masa nak beli pun tak tahu mane ok ke tak. Main ambik je. Beli lepas tu tunggu subuh esok baru cek. Dengan lajunye muncul merah. Jadi bagitahu husband dia pun rilek je sebab memang kami berdua dah agak. Jadi takde la terkejut sangat. Bila dah tahu pregnant mula la sakit mengada2 tu datang. Nak jalan pun alalala kena slow2. Poyo jer. Tapi ignore kan je. Memang pi kuching hari tu jalan sakan sebab kami sewa kereta sekalikan.

Bila dah balek KL terus gi Klinik Melati Utama untuk confirmation. Cek2 masa tu tak silap dah 5 minggu. Bermula la kehidupanku sebagai pregnant woman.

Next entry saya cerita alahan2 yang saya alami ea.

ps: Hadiah hari jadi paling istimewa untuk husband. =)

Wasalam.

Sunday, 19 October 2014

Diari Hamil: Sabun Baby. Pastikan No Paraben

Diari Hamil: Shopping barang baby part 3

Diari Hamil: Shopping barang baby part 2

Dinner di Restoran Village View Bangi

Assalamualaikum,

Khamis lepas pergi KL. Banyak sangat benda kena setelkan kat KL. Dan celebrate besday MIL and FIL pun salah satunye. Besday diorang dekat2. Beza 4 hari je. Jadi alang2 sambut je sekali. Takde kek2 bagai. Just ajak diorang gi dinner. Tempat diorang decide. Jadi bile dah kat bangi memang tempat diorang, diorang pilih nak dinner kat Restaurant Village View ni. Saya dan suami 1st time makan sini. Menu pun bagi diorang yang pilih. Banyak giler kami order. Tapi bagi saya berbaloi la dengan harga dan untuk 6 orang makan.Meh nak share ape kami makan dan harga. Senang kalau korang nak pergi nanti boleh la bajet berapa.

Menu yang kami pilih memang super duper banyak. Penuh meja.

Ikan kerapu masak sweet n sour seekor
Udang goreng butter untuk 3 orang makan
Ketam masak sambal 6 ekor. Ketam favorite husband jadi memang dia order banyak.
Sayur. Lupe sayur ape
Grill Lamb Chop
French Fries
2 mangkuk kecik sup
Chicken Boxing
Air tembikai 3 gelas. Jus oren 1. laici 1, ade lagi. Tak ingat air ape.
Nasi putih untuk 5 orang makan.

Total 215.00 (ade sen2. Terlupe berapa sen)

Harga untuk setiap menu tu lupe nak ambik. Tapi korang boleh gi blog NI kalau nak tahu harga sebetulnye. Tapi tak tahu la masih sama lagi ke or tak.

Kalau nak compare dengan harga masa kami makan kat senibong dulu memang yang ni lagi berbaloi. Boleh tengok entry NI kalau nak tahu berbaloi ke tak makan kat senibong atau sini.

Meh tengok gambar sikit.


Minta maaf la pengcahayaan tak cantik






 
Ade kolam yang ade banyak sangat ikan. Besar2 plak tu. Kalau nak bagi ikan makan boleh beli makanan dia kat counter. Tak silam RM1 untuk 1 cawan kertas tu.

Dari segi service dia plak. Makanan kat atas ni baru order rasa macam 5 minit dah sampai. Diorang dah masak siap2 kot. Menu yang takde gambar macam grill lamb chop, french fries dan chicken boxing sampai lambat sangat. Kami dah abes makan lauk atas ni baru menu2 ni sampai. Rasa dekat satu jam. 

Kalau dari segi kesedapan ermmm bagi saya biasa2 jer. Ketam masak sambal dia seriusly pedas sampai tak rasa pun isi ketam tu. Salah kami jugak kot sebab order masak sambal. Lepas ni wat kukus je. Baru betul2 leh rasa isi ketamnya. Udang pun tak besar sangat tapi masak butter ok la. Kalau nak compare kat senibong tu, senibong lagi sedap dan puas. Tapi dari segi harga ni lagi berbaloi.

Okie itu je nak kongsi.

Wasalam.