Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday, 22 October 2013

Buah roselle - Cara buat sirap/jus, air roselle dan khasiatnya

Assalamualaikum,

Hari ni nak share mengenai buah roselle. Mungkin ada yang pernah minum air roselle nikan. Tapi saya minum air memang dibuat oleh mak mertua. Husband pun suke. Jadi kalau gi rumah mertua benda tu la cari dulu. Sampai nak habis dah air tu kat umah mertua. Kitorang je yang minumHuhuhu. Bukan saja sedap tapi berkhasiat. Nanti dah pindah ganu memang nak tanam pokok roselle ni kat rumah. Dulu tak tahu rupe bentuk buah ni. Ingat kan macam buah naga. Besar. Tapi sebenarnya kecik-kecik. Sebelum ni pun memang tak tahu pun kewujudannya. Tapi bila dah diperkenalkan oleh mertua ooowhhh baru tau. Mak mertua pun tanam pokok ni kat rumah. Mama beli pokok ni dekat pasar serdang. Tak tahu la mana satu pasarnya. 1 pokok RM2. Berbeza kalau beli buah sahaja harganya 1kg RM10. Kalau nak lagi murah beli kat sarawak. 3kg RM10. Murah gilerkan.Meh nak share macamane nak buat jus/sirapnya. Ni mak mertua yang ajar.

Kalau 1kg buah roselle ni memerlukan 2kg gula.
Ambil kelopak roselle ni dan buang biji dia. 
Masukkan dalam periuk gula dan air.Air mesti paras gula jer. Jangan lebih takut tak rasa manis.Biar sampai gula cair. Lepas tu baru masukkan kelopak roselle.Kacau. Memang pekat sangat warna roselle ni. Masa kopek kelopak dia ni pun tangan akan berwarna merah. 

Bila dah sebati semua tunggu sejuk lepas tu masukkan dalam balang atau botol.
Letak dalam peti sejuk.
Setiap kali nak buat air roselle. Hanya ambik 2-3 sudu sirap/jus yang kte buat tadi tambah air dan ais.Macam buat air sirap. Ikut la. Kalau rasa tawar lagi tambah lagi sirap/jus tu.
Siap. Kalau makan kelopak roselle ni pun sedap. Husband suka sangat makan kelopak dia ni. Rasa mcam makan asam. Air roselle ni rasa masam manis tapi seriusly sedap.

Ni pokoknya.Mak mertua tanam.



Ni kelopaknya yang boleh dimakan. Pekatkan warnanya. Seriously sedap. Nyam2.



KEBAIKAN PENGAMBILAN ROSELLE . Saya ambil dari website ni. http://heazelle.wordpress.com/khasiat/

Membantu penghadaman

Melembutkan dan menyihatkan kulit

Membantu melancarkan pembuangan air kecil

Membantu mengurangkan pengumpulan lemak

Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi

Mengurangkan haba badan, batuk dan mencairkan kahak

Antara lain roselle juga ada zat-zat berikut;

Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Jangan terkejut, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur. Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapat

Khasiat:

- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.

- Memperlancar peredaran darah.

- Mengubati luka luar dan dalam.

- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.

- Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)

- Bersifat detoksifikasi, membuang racun.

- Mempunyai efek anti kejang otot.

- Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.

- Membunuh bakteria penyebab TBC.

- Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan

- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.

- Mencegah penyakit jantung.

- Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.

- Mengubati asma dan alergi.

- Mengubati insomnia.

- Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.

- Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.

- Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

- Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh

- Menyihatkan mata

- Menyeimbangkan berat badan.

- Mengurangi panas dalam .

- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.

- Mengubati pening kepala/migraine.

- Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.

- Menghilangkan sakit sakit di badan.

- Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA

- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.

- Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.

- Mengatasi masalah stress/tekanan.

Kandungan Rozel:

Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.

Itu je.Terima kasih la sebab sudi baca entry yang panjang ni.Hihihihi

No comments:

Post a Comment