Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday, 30 April 2014

Pemenang Bloglist Bulan Mei - Blogwalking: Siapa takut katak boleh follow saya

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Dapat jugak kenalan baru dalam dunia blogger ni.


Anda boleh semak nombor bertuah disini. http://angguk2.blogspot.com/2014/04/senarai-peserta-blogwalking-siapa-takut.html .

Dan peserta yang berjaya berada di bloglist saya untuk bulan Mei ialah........




Terima Kasih kepada yang menyokong.... =)

Tuesday, 29 April 2014

Diari hamil

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.......

12 April 2014
Pagi tadi cek upt. Dengan lajunya cepat je naik merah dia. Dah agak dah sebabnya dah seminggu dah lewat period. Kitaran period saya sebelum ni normal jadi bila dah lewat tu dah boleh agak dah. Dengan sakit kat puting payudara. Alhamdulillah.. Tunjuk upt result kat husband pun dia sengih sebab dia pun dah agak awal. Sekarang ada kat kuching jadinya tak confirmkan lagi dengan doktor.  Balek KL isnin ni baru pi check. Tapi still rasa surprise lagi. Huh banyak fikir. Sedia dah ke aku ni... Walaupun dah setahun lebih kahwin. Saya lebih risau mampu ke jadi ibu dari risau macamana nak beranak. Harap2 ALLAH permudahkan.....



14 April 2014
Kami pergi ke klinik melati utama taman melati untuk pengesahan. Alhamdulillah usia kandungan kini 5 minggu lebih mengikut hari pertama last period hari tu. Doktor cek ultrasound dan kandungan berada dalam rahim.


18 April 2014
On the way balek kl-terengganu saya muntah dalam kereta. Sepanjang perjalanan perut tak sedap. Berhenti kat rnr beli asam. Setakat ni takde alahan lagi tapi malas je keje. Baring je sebab perut asyk berangin dan asyik mengantuk.

Cara bunuh lipan masuk rumah.. besaq habaq hang.

Assalamualaikum,


Nia dia. Bagi aku agak besaq la. 

Meh nak share ape jadi subuh tadi.. Bangun2 saya pi toilet nak ambik wudhuk tiba2 menonong je lipan ni dengan laju masuk. Ape lagi menjerit panggil husband. Nasib husband dengar. Terus bangun.. Bila dah gitu kami pun kelam kabut camne nak bunuh ni. Lipan ni pun dah start menggelupor. Saya terus pi dapur jerang air. Sementara husband perhatikan kemana lipan tu nak gi.Mula2  dia nak keluar dah boleh plak dia patah balek masuk kat barang2 menjahit saya. Sudah. Dia menyorok plak. Aleh2 tengok2 ade benda bergerak kat stokin yang saya pakai masa tidur tadi. Tu dia.... Husband dah ready dengan ridset kat tangan. Dia pun sembur la kat stokin tu. Slow2 lilan tu keluar dari stokin tu macam pening2 sebab dia berpusing2 je kat satu tempat. Tak macam sebelum ni menyusur laju jer. Jadi kami tindih dia dengan kipas mudah alih tu. Kuat betul lipan tu. Boleh gak dia keluar. Husband capai botol listerin yang tak berapa nak berat tu. Patutnya kena letak lesung batu supaya dia takleh gerak dah. Husband sembur lagi dengan ridset. Hidup lagi tu. Lepas tu saya suh husband angkat lipan tu pi sinki sebab air dah masak. Terus jirus lipan tu dengan air panas.. Mati dah dia. Lega. Alhamdulillah. Syukur sangat sebab dia tak masuk dalam selimut. Sebelum ni memang dah pernah lipan masuk. Tapi kecik je. Jadi bila 2nd time kena ni dah tahu la kena bunuh dengan air panas. Jadi bila2 benda2 macam ni masuk rumah jangan kita menggelupor. Nanti binatang tu pun akan menggelupor jugak sebab diorang pun nak lindung diri gak. Kena pikir jalan nak bunuh camne jer.

Alhamdulillah.. Tak de benda buruk jadi.

Itu je. Wasalam.

Saturday, 26 April 2014

Juadah petang hari. Kuih lopes

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni rezeki saya dapat pengukus baru.hihihi. Jadinya terus beli bahan untuk buat kuih lopes. Feveret kami berdua.. Resepi ambik di sini manakala cara nak bentukkan lopesnya ambik kat sini. Korang boleh terjah dua2 blog ni ea. Bila dah jadi tiba2 rasa senang je sebenarnya nak buat kuih ni. Selamat mencuba..

Hasilnya...... hihihi

Itu je. 
Wasalam.

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

Sunday, 20 April 2014

Giveaway Kemetot Chomel : Free FULL PACKAGE edit blog.

Assalamualaikum,

Tuesday, 15 April 2014

Hari terakhir untuk tempahan tudung labuh dengan harga RM20.. Sape cepat dia dpt.

Assalamualaikum,

Promosi pengenalan tudung labuh bidang 60. Hari ni adalah hari terakhir untuk siapa2 yang ingin buat tempahan bagi mendapatkan harga RM20 sehelai tanpa kos penghantaran. Boleh gi kat website ni untuk isi borang. www.belitudunglabuh.com.



Itu jer
Wasalam