Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday, 23 October 2013

Berjalan-jalan ke kuching - Jalan kaki atau sewa kereta lagi baik?

Assalamualaikum,

Banyak plak idea nak tulis hari ni. Idea datang dari seorang reader yang komen tanya soalan kat saya mane yang lebih baik jalan kaki ke, sewa kereta atau motor kalau nak berjalan-jalan kat kuching. Nak balas je komen tapi taip-taip aikk banyak plak. Jadi baik buat entry supaya dapat share kat semua sekali.
Ok 2 kali pergi kuching, lagi sekali inshaALLAH tahun depan. Husband pernah tinggal sana jadi saya cepat tahu tempat-tempat persekitaran kat sana. Nak suruh jalan sorang pun takpe.Hafal la jugak jalan-jalan kat situ. Tapi yang area kat bandar je la. Ok. Kalau nak jalan kaki kena ikut lokasi hotel korang duduk kat mane. Kalau dekat dengan waterfront tempat yang boleh berjalan ialah sarawak waterfront , mira kek lapis dan topspot. Patung-patung kuching tu pun area situ. Kalau duduk hotel dekat dengan padang merdeka tempat berhampiran yang boleh pergi 6 muzium sarawak boleh pergi entry ni , pasar satok, india street, china street. Tapi kalau nak pergi antara 2 tempat ni waterfront dan muzium pun boleh tapi kena jalan jauh sikit la. Maksudnya kalau duduk hotel dekat waterfront nak pergi area muzium kat padang merdeka boleh cuma jauh sikit la. Macam tu la sebaliknya. Boleh penat jugak. Tapi kalau memang nak jalan-jalan bagi saya acceptable lagi kalau jalan kaki. Kalau pasal nak shopping, shopping complex banyak dekat area waterfront iaitu dkat dengan hotel hilton, pullman. Tapi kalau nak shopping barang-barang tradisional ke, atau kedai biasa-biasa boleh pergi kat pasar satok. Yang ni pasal jalan kaki ea. kalau nak lagi paham boleh tengok kat google maps.

Tapi ikut keselesaan masing-masing. Kalau suka berjalan naik kereta or motor pun boleh jugak. Lagipun kat kuching ni jalan tak sesak macam kat KL. Kalau ada anak yang penat kena berdokong better sewa kenderaan la.

Family mertua pun pergi baru-baru ni tapi diorang sewa kereta. Kampung halaman kot. Jadi memang diorang perlukan kenderaan sebab nak melawat jiran tertangga dulu. Ok. Kalau sewa kereta ni semua tempat boleh pergi. Yang jauh-jauh pun boleh. Macam taman budaya, taman negara bako, Pasar serikin, banyak la. Kalau nak sewa kereta boleh google jer. InshaALLAH ada blogger yangs share no. Kalau motor saya tak berapa pasti. Tapi sewa motor pun macam syok jugak. Senang. Celah jer. Ikut la keselesaan. Tapi untuk saya inshaALLAH tahun depan nak sewa kereta plak sebab nak gi tempat-tempat jauh.

Itu jer.
harap dapat menjawab soalan siti khadijah.

Tq sudi membaca.
Wasalam.


2 comments:

  1. Sekali dulu terpaksa batalkan penerbangan sekeluarga ke Kuching sekarang tengah tengok2 tarikh yg sesuai utk ke sana...entah bila tapi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke..InshaALLAH ade rezeki nanti..Kalau pergi share2 la ea kak...

      Delete