Kali ni nak share berapa harga buat check up kat Columbia Asia Hospital Setapak. Kalau nak tahu macamane saya boleh terjebak check up kat sini boleh gi link INI.
Saya banyak jugak google pasal hospital ni. Ade review kata ok, ade kata tak. Jadi baik pergi sendiri baru tahu. Tak boleh disangkal memang hospital ni tip top la. Cantik. Service pun ok. Masa pergi tu tak ramai orang. Kat kaunter pun ade 3 4 orang jaga. Jadi takde la nak menunggu sangat. Masa ni kami pergi hari khamis. Ingat nak jumpa dr. Masita tapi dia ade cuma hari selasa je kat situ. Nak buat next appointment dengan dia tapi penuh jadi terus jela check up kat situ. Saya bagitau masa register yang saya nak dr perempuan jadi diorang bagi dr Sudha. Korang kena cakap tau nak dr perempuan kalau tak diorang akan bagi dr suhaimi. Dr suhaimi ni popular jugak.
Masa jumpa dr Sudha macam biasa dia cek perut dan buat ultrsound. Masa ni memang kami bajet mesti beratus kena ni walaupun bukan lama pun check up. Husband pun dah cakap awal2 suh tanye banyak2 kat dr tu jadi berbaloi sikit kalau bayar lebih pun. Tapi biasa la bila gi je situ semua lupa. Huhuhu. Dr. Sudha ni baik je orangnya. Lembut.. Dia kata dah jumpa dengan dia automatik dia akan jadi dr saya masa bersalin nanti. Saya ok je kalau dengan dia. Tapi tak salah kalau usaha nak dr. perempuan muslim. Kalau tak dapat jugak baru la bersalin dengan dr. Sudha ni. Alhamdulillah berkat usaha dapat jugak. Boleh gi link NI kalau nak tahu ceritanya.
Ok ni saya nak share harga check up kat hospital ni. Sebelum gi check up kat sini saya ade jugak google nak tahu range harga dia. Kang tiba2 beribu mau pengsan dibuatnye. Tapi takde pun orang yang share. Jadi biar saya share supaya sape yang nak gi sini at least leh bajet berapa. Ni dia harganya......
Nampak x?RM240.. Mahal tang consultation. Kalau company tak cover jangan berangan la saya nak pi sini.
Wasalam.
wahh..mahalnyer.. nsb ade org sponsor..
ReplyDeleteKan..klu byr sendiri pokai la.ade je klinik yg lg murah.boleh pilih mane yg mampu......
DeleteWaa.. Hrganya.. Klau sy x mmpu semahal tu.. T____T
ReplyDelete