Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Friday, 4 August 2017

Fungal Ear Effection ( Jangkitan kulat dalam telinga) ketika hamil

Assalamualaikum.

waaahhhhh...lama tak update..Kemalasan dan kesibukkan melampau.
Dah setahun lebihkan tak update..Banyak citer nak share. Tapi nak mulakan citer pasal ear fungus ni dulu sebab saya rasa ni benda yang paling penting orang kena ambik tahu.

Actually, kulat dalam telinga ni 1st time tahu bila saya sendiri yang kena december last year. Sebelum tu tak pernah dengar or tahu pasal benda ni. Jadi bila dah kena baru nak ambik tahu.

Saya tak berapa nak ingat hari dan masa tapi saya agak2 je ea.

Begini ceritanya......

Sebelum kejadian saya ada bagitahu husband telinga saya tersumbat.Rasanya sebab masuk air masa mandi tadi. So husband suruh la sengetkan kepala.Dan yang selalu saya buat masukkan air dalam telinga tu pastu keluarkan balek.Saya tak ingat jadi ke tak masa tu.

Lepas beberapa hari tu saya ingat hari sabtu pagi kami nak keluar bteakfast. Cakap dengan husband telinga rasa sakit.Rasa berdenyut.Sekejap sakit tu datang.Saya cakap kat dia kalau petang ni sakit lagi kita pergi klinik. Rasa malam tu jugak pergi klinik. Dan doktor cakap ada jangkitan kulat.Tapi masa ni sikit lagi. Fyi, masa ni saya pregannt 7 bulan.Jadi doktor tak bagi sebarang ubat. Doktor kata mungkin jangkitan ni sebab saya preganant.Kena tunggu sampai bersalin. huhuhu.Kalau sampai bersalin bermakna kena tunggu lagi 2 bulan.wahh..lama kot.Ok saya ikut je suggestion doktor sebab dia lebih tahu.

Hari demi hari makin sakit.Sakit sampai kepala.Lepas tu kat rahang gigi pun sakit. Sampai tak boleh tidur. Sakit dia makan panadol pun tak hilang ok.Jadi memang sakit memanjang. Memang berdenyut sangat.Masa tu Allah je yang tahu sakit dia macamana. Memang menangis2 sebab sakit dia memang tak hilang.Tak tahu nak buat macamana.Bertahan pun tak mampu dah.Akhirnya saya pergi jumpa doktor klinik kerajaan pulak.Rasanya masa tu hari selasa. Jumpa doktor kerajaan pun sama jawapannya. Tak boleh buat apa2 sebab saya tengah pregnant. Saya cakap saya memang tak tahan dah. Kalau makan panadol boleh hilang takpe.Ni setiap masa sakit. Husband suggest pergi jumpa pakar. Saya pikir2 dulu.

Tak lama pun pikir terus cakap husband ok jom jumpa pakar. Kalau pakar pun cakap benda sama saya redha.Memang kena bertahan sampai bersalin.

Hari jumaat tu kami pergi jumpa pakar kat kpj pahang. Nak jumpa pakar ni pun banyak dugaan tau. Sampai kuantan kereta rosak. huwa..... Kena panggil tow truck.Nasib baik service centre dekat je. Kami pergi lepas jumaat.Jadi dengan kereta rosaknya terpaksa la postpone appointment kt kpj. Kami tidur kat hotel tanjung lumpur lepas tu pagi esoknya kami terus pergi kpj.

Apakah yang terjadi?
Adakah doktor pakar pun cakap benda yang sama?
Kalau tak boleh jugak buat rawatan macamana saya bertahan?
Kalau boleh buat rawatan macamana rawatan tu dijalankan?

Nanti saya sambung part 2 ea. hehehe..

macamni la kulat tu bercucuk tanam dalam telinga tu.Tapi kulat tu kaler putih tau.Bukan kuning macam ni. Gelikan tengok.Kalau tak jaga telinga kita betul2 jadi macam ni la.
Sumber gambar: Google

1 comment: