Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Friday, 11 August 2017

Fungal Ear Effection (Jangkitan kulat dalam telinga) PART 2

Assalamualaikum.

Sambungan dari part 1. Sila la baca part 1 dulu baru korang semua paham ape yang jadi.

Ok.Apakah yang terjadi..?

Jeng.jeng.jeng.

Pagi esoknya kami terus gi kpj.Appointment pukul 9 pagi. Saya berjumpa dengan pakar ENT Dr. Sriniovianti bt. Nordin. Dr. ni tersangat la baik.Lembut je.. Masuk bilik Dr tu saya, husband dan jannah. Jadi kami pun cerita la apa masalah yang berlaku.Dan jawapan Dr. Sebenarnya benda ni takde kena mengena dengan pregnant. Kulat boleh tumbuh pada telinga antara sebabnya mungkin telinga kita lembab.Jadi kulat senang membiak.Jadi lepas mandi tu pastikan telinga kita kering.Lap bahgian luar telinga tu jangan ada air masuk dalam telinga.

Dan Dr pun kata kalau buat rawatan takkan bagi kesan pada baby dalam perut. Jadi takde masalah kalau nak buat rawatan ni. Dan Dr pun terkejut macamana saya boleh tahan sakit sampai seminggu baru jumpa dia. Kulat ni kalau tak buang dia akan lagi membiak. Kalau nak tau kulat dalam telinga saya ni dah penuh sangat sampai tutup lubang telinga tu.Tu yang tak dengar.Jadi 1st skali Dr cek lubang telinga saya dua2.Yang kena jangkitan telinga belah kanan.Kiri clear. Dr. masukkan satu batang kecik dimana hujung batang tu ads kamera.Jadi dari situ la kami boleh tengok kulat2 dalam tu pada screen tv.Kulat2 tu tak merebak lagi sampai gegendang. Jadi Dr suruh baring sebab Dr nak sedut kulat.Kira tarik kulat tu sampai akar.Tanpa sebarang ubat tahan sakit Dr pun sedut kulat tu dalam telinga saya. Sakit dia masa tu macam sakit contraction.Sakit Contraction kita boleh rilek jap masa tak sakit.Ni sakit non-stop ok. Sampai mengalir jugak la air mata. Sebab kulat tu dah tumbuh lama jadi akar dia jadi besar dalam telinga tu.Jadi bayangkan la bila kite tarik kulat tu skali dengan akar2 dia.Uiishh dapat imagine x korang?huhuhu.

Lepas je abes Dr sedut bercucuran darah keluar dari telinga.Penuh telinga dengan darah.Masa tu kepala dah start pening.Jadi Dr suruh baring kejap sebab lepss sedut tu memang akan rasa pening2 sikit. Telinga kena sumbat dengan kapas. Lepas tu Dr. titik ubat ubat anti-fungal. Tujuannya untuk elakkan kulat tu tumbuh semula.Sebab kulat tu memang boleh tumbuh semula. Tak ingat Dr bagi ubat ke tak untuk bawak balek.Rasa dapat ubat tahan sakit je.Ubat titik tu tak dapat ye sebab next appointment Dr akan titik lagi. Masa fikir ala kena datang balek ke.Napa tak bagi je ubat titik tu, kita titik sendiri kat rumah. Rupanya ada sebab kenapa Dr buat macam tu.Jadi next Appointment 2 minggu kemudia yg jatuh pada tarikh 31/12/2016. Ingat tarikh ni sebab last date dalam 2016.

Nak tahu apa sebabnya?
Tunggu sa,bungan nya ea.hehehe

No comments:

Post a Comment