Sambung lagi....
2nd day hari sabtu kami pergi ke satok.Pergi satok jalan-jalan nak cari kedai makan halal.Sini memang susah nak cari kedai makan yang halal.Boleh kira jari je kedai yang halal.Jalan-jalan kat satok jumpa satu kedai halal.Pagi-pagi lagi kami order mee kolok.Sampai je kuching mee kolok la antara makanan yang jadi pilihan kami untuk makan.Saya order mee kolok ayam dan husband order mee kolok daging.Mungkin tak kena dengan lidah saya, saya rasa mee kolok kat pavilion kl lagi sedap.Lain orang lain selera kan.Lagi satu saya order sio bee.Konon nak rasa makanan pelik.Sio bee ni memang 1st time jumpa.Dia sebenarnya adalah ayam yang dah dibuat macam fishball.Chickenball??HaHa...Tak kesah la.Tapi ermm tak berapa kena jugak dengan tekak saya.Cari-cari laksa sarawak jugak.Tapi susah nak jumpa sebab kedai makanan halal sikit.Last day baru tahu yang kedai makanan halal sebenarnya kat seberang sungai.Kat situ memang banyak sangat kedai halal.Next entry saya cerita ea.Excited dapat naik bot.HuHu.Tapi kalau pergi sarawak cuba la mee kolok dengan laksa sarawak.Sangat popular.Dan kalau jumpa yang sedap lagi best.Setakat ni yang sedap saya jumpa kat pavilion dengan mak mertua saya punye.Next time kalau dapat pergi memang akan cari mee kolok yang sedap.Husband kata ada satu kedai yang sedap kat satok tapi kami tak sempat nak pergi sebab hujan.InsyaALLAH next time.HiHi
Mee kolok ayam.Saya punya.
Mee kolok daging.Husband punya.
Mee dia macam maggi.Tapi lagi sedap.
Ni sio bee yang saya cakap tu.Chickenball??Hehehe
Itu jer pasal makanan.Next entry pasal kek lapis dan kuih chinchin dan juga tempat yang kami pergi.....
Sekian.....
No comments:
Post a Comment