Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday, 11 April 2013

Part 5 Kuching : Tempat dikunjungi dan carian kek lapis dan kuih chinchin

Assalamualaikum.

Sambungan.....

Lepas makan mee kolok kat satok, saya dan suami teruskan perjalanan untuk mencari kuih chinchin.Kuih chinchin ni kuih yang saya suka.Kalau kat semenanjung saya tak tahu nak cari kat mane.Jadi memang hasrat hati nak beli kat kuching selain dari kek lapis.Kami jalan-jalan ke padang merdeka, kompleks pelancongan sarawak,jalan-jalan kat satok,waterfornt, dan sekitar kawasan bandar tu.Sangat penat.Tapi nasib baik husband tahu arah tuju nak pergi.Dia memang nak bawak saya jalan-jalan kat tempat yang pernah dia pergi dulu,Jumpa kedai buku, "kat sini la abg selalu beli buku dulu", "kat sini tempat abg lari-lari" .Semua mengimbau kenangan suami yang pernah tinggal kat situ.Kami keluar seawal pagi sebab cuaca di kuching sangat panas. Jadi target dalam kol 12 ke dah balek hotel.Kalau nak keluar pun petang.Tapi petang tu hujan lebat hanya sempat pergi topspot je untuk makan.Kat bandar kuching ni banyak sangat tempat yang boleh dilawati.Tempat dia dekat-dekat jer.Bawah ni antara tempat yang saya dan husband pergi.........

Ni kat kompleks pelancongan sarawak. Masa ni ada orang kahwin tu yang ade belon-belon tu.
China town kuching. Yang ni tak singgah.Lalu je...HuHu
Ni kat padang besar.Ni la pokok terbesar kat bandar tu.Tengok akar dia.Serius besar....
Lupa la masjid ape.Ni masa otw nak gi satok jumpa masjid ni.
Street kat bandar.Rupe dia macam central market KL.Kiri kanan ade kedai yang jual banyak baju.Tapi kedai yang jual tradisional sarawak tak jumpa plak termasuk la makanan sarawak takde kat situ.
Kedai yang jual baju kat street ni.

Ni kompleks pelancongan sarawak.
Jalan kat kedai-kedai depan river.Kat sini banyak kedai yang jual kraftangan sarawak.Dan tepi-tepi kedai ni ade jual macam-macam jenis kek lapis.
Kek lapis.Beli satu jer sebab nak rasa.
Dan benda yang dicari.....
Kuih chinchin!!!Susah betul nak cari kuih ni.Jalan-jalan kat street ingatkan ade jual.Rupanya ade kat kedai deretan depan sungai tu.

Yang tu je la nak cerita..Next entry atau entry yang terakhir cerita pasal kek lapis.Nak pergi beli kek lapis ni kena naik bot.Excited sungguh.Lame tak naik bot.Last naik masa pergi taman kelip-kelip kuala selangor masa darjah 6.HuHuHu.Tunggu..............

Sekian

To my Beloved Husabnd: I'll Always love you...no matter what....Hihihihi


4 comments:

  1. Ohhh.. Dah sampai sini rupanya :D Kat India street memang takda jual yang crafts semua tuu. And kedai "Borneo Magic" baru lengkap semua crafts and Sarawak stuffs. Harga pun the best, paling murah antara semua :D Ada beli lada tak? Selalu tgk org dtg ke sini borong lada byk2.. HIhii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lada?hehehe.x terfikir plak nk beli sejauh tu.Lagipun banyak tgk org beli kek lapis mira.tu yg beli jgak tu.insyaALLAH next month akan jelajah ke sana lagi.Nanti akan terjah india street n borneo magic.Thanks vee lea..=)

      Delete
  2. hai Starniea_Ahaaw, awak jalan2 kat Kuching tu jalan kaki ke ? saya plan nak pegi jalan2 sekitar Kuching, saya tgh survey nak sewa moto. ok ke ? or sewa kereta lebih better atau jalan kaki pun boleh sampai semua tempat ?

    ReplyDelete
  3. Boleh tengok sini. Entry khas untuk soalan ni. Tq. http://angguk2.blogspot.com/2013/10/berjalan-jalan-ke-kuching-jalan-kaki.html

    ReplyDelete