Salam jumaat,
Jom baca mathurat!!!Saya andaikan mathurat seperti sarapan.Pagi- pagi lagi benda ni la yang patut kita cari dulu.Kenapa?Sebab kelebihan membacanya sangat banyak..Pagi-pagi lagi sebelum melakukan kerja ringankan diri untuk baca mathurat.Sampai-sampai ofis mesti diantara kita akan bukak browser.Jadi letakkan satu link di bookmark bar korang dengan link ni. mathurat .InsyaALLAH bila setiap hari kita lakukan ia akan jadi kebiasaan.Hanya memerlukan 5min sahaja.Kalau ada masa lebih bacalah mathurat kubra, kalau tak, cukuplah sekadar membaca mathurat sughra.
Jika sesiapa mengamalkan zikit al mathurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir al mathurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wririd dalam al mathurat ini sebagai senjata mukmin.
Kelebihan membaca al mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan
Creadit to: melangkahterus.blogspot.com
No comments:
Post a Comment