Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday 16 December 2015

Ciri-ciri beg gym terbaik yang perlu anda tahu.

Assalamualaikum.

Hihi lama tak berceloteh dalam blog. Hari ni nk berceloteh pjg sikit.. :). Last 2 weeks terserempak dgn kevin zahri 1 family. Makan sebelah meja. Anak dia main2 dgn jannah.. Masa mula2 tu tak perasan pun dia. Tapi bila nmpak tahi lalat kt muka dia tu baru cam. La kevin ke..Sado sangat.Org rajin pi gym kan... Kite?emm tgk dr luar gym je.hehehe.Syg nk buang lemak ni.(Padahal malas.kekeke).

Kalau nak badan cantik mestila kena rajin pi gym. Ye dok?Kalau orang rajin macam kevin tu pi gym mesti ada beg khaskan. Yela dalam tu la nak sumbat tuala,kasut,bju, etc... Kalau macam kite perempuan takkan nak bawak 2 beg. Satu utk barang make up satu baju, tuala. Tak ke leceh banyak2 beg. Jadi ada tak readers wanita kat sini yang suka pi gym? Angkat tangan pls....

Wahhh macam ada walaupun tak nampak.hehehe.. Jadi hari ni saya nak share ciri-ciri gym beg terbaik sebelum korang tersalah beli.. :-) .eh yang tak pi gym tapi selalu jog ptg2 kat taman tu pun boleh juga beli tau..



Ok selalu dalam gym beg kita akan bawak kasut, tuala,baju,pencuci muka, make up dan macam2 lg. Yang buat senaman yoga kena bawak tikar. Banyakkan. Jadi pemilihan gym beg terbaik dapat membantu korang untuk mengelakkan barang bersepah2, baju2 berbau dan plg penting barang tertinggal or tercicir..

Jadi untuk mengelakkan korang menghadapi masalah ketika nak pi gym ni antara tips ciri-ciri  gym beg terbaik  yang perlu korang tau.Ape dia?



Pertama sekali, pilih beg gym yang mempunyai compartment yang tersusun agar mudah untuk korang menyusun barangan korang. Compartment yang tersusun membolehkan korang menyimpan barangan korang dengan mudah dan mengelakkan pakaian korang daripada berbau hapak akibat bercampur.

Kedua, jika korang amat mementingkan gaya dan personality korang, pilih beg gym yang mempunyai rekaan menarik agar ia juga boleh digayakan oleh korang untuk kegunaan kasual mahupun formal yang lain.

Ketiga pula, beli beg gym yang mempunyai ruangan yang cukup luas atau spacious untuk memudahkan korang memuatkan segala keperluan. Ini dapat mengelakkan daripada korang tertinggal kelengkapan gym yang penting.

Dan yang terakhir, pilih beg gym yang mudah dibawa dan tidak menyukarkan pergerakkan korang. Percayalah, gym beg terbaik membantu melancarkan lagi proses latihan korang!

Amacam?Puas hati tak dengan tips yg saya share ni?Kalau korang ambik ape yang saya cakap ni inshaa Allah tak rugi korang berbelanja untuk beg tu.

Itu je.
Wasalam.


No comments:

Post a Comment