Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Monday 11 November 2013

Progress rumah

Assalamualaikum.

Jadi suri rumah dah kite.Dah berjaya menambahkan lemak jugak.huhuhu.
Bersukaria jadi suri rumah. Makan tido..Tapi setakat ni, dari hari 1st saya berhenti sampai la ni baru 2 kali dok umah.Selebihnya ikut husband pi outstation. Petang ni gerak pi kerteh lagi.Kerteh tu dah macam gombak ke KL je. Semalam siap balek hari lagi. Pagi pi petang balek.Pastu hari ni pi balek.huhhhh. Penat. Tapi bile pikir husband yang drive tu lagi la penat.Ku gagahkan jugak.Semalam pi tengok rumah. Alhamdulillah dapat dah rumah. Tak dapat lagi sebenarnya tapi dah deal dah dengan owner rumah tu. Tengah dalam proses. Banyak jugak saya study pasal nak beli rumah ni dan banyak jugak la ilmu yang dapat. InsyaALLAH akan share dalam blog ni nanti. Doakan lah semoga dipermudahkan. Banyak jugak baca kes2 yang kena tipu. Minta dijauhi la.

Dah. Nak pi kemas rumah.husband mau balek dah.huhuhu.
Nanti sambung ea.

Wasalam.

Friday 8 November 2013

Nasi dagang dan keropok lekor sedap terengganu

Assalamualaikum,
Lama tak update. Sejak berhenti kerja ni saya sebok sebab jadi secretary husband.Gi outstation ikut sokmo. Minggu ni je dah 2 kali pi kerteh. Cari rumah jugak. Famuily Family mertua pun tolong jugak. Sama-sama pi kerteh cari rumah. Dah abes dah hutang dengan mak mertua bawak pi jalan-jalan kat kerteh. Bapa mertua plak bawak pi jalan kat tempat memancing kat jeti cruise awana. Tapi tak sempat pancing pun.Huhuhu.Kali ni husband bawak kat kedai makan semua sedap. Salah satunye kedai nasi dagang. Perhhh memang sedap. Tak caya boleh cuba. Kedai ni dekat depan masjid bukit kemasik. Kalau datang dari arah KL, sampai je area kemasik cari surau kg. feri belah kiri. Jalan sikit de simpang 4. Masuk kanan.Betul2 kat simpang kanan tu kedai dia. Gerai biasa je. Tapi nasi dagang dia luar biasa. Sedap..Serius. Lagi sedap dari nasi dagang kat resort world awana tu. Tapi dia bukak pagi jer. Petang tak bukak. Hari tu kami pi sarapan kat situ.Lepas je sarapan pi pusing-pusing tengok rumah kat area situ. Dalam kol 10 sarapan lagi. Kali ni bawak family mertua pi makan kat kedai kopok lekor tepi pantai sebelah resident hotel yang selalu kami pi. Boleh bace entry ni balek. Family mertua suka sangat dengan keropok lekor kedai tu. Akhirnya tanya jugak kat pemilik kedai tu keropok lekor tu buat sendiri ke beli. Lepas diorang kata beli terus bagitahu kedai dia. Dekat gelombang pantai. Ade satu kilang(takde la kilang sangat) tapi kat situ la diorang buat keropok lekor tu. Mak mertua minta  resepi terus. Meh nak share gambar diorang tengah uli tepung.
2013-11-03 11.02.36
Keropok Sri Paka
2013-11-03 10.59.042013-11-03 10.59.212013-11-03 10.59.562013-11-03 11.00.16
Itu jer.
 
Wasalam.




Friday 1 November 2013

Pemenang Simple Giveaway july - Dec bagi Bulan October

Assalamualaikum,


Untuk pemenang bagi bulan Oktober saya telah membuat pemilihan di random.org.

Sesiapa yang menang tahniah
Yang tidak jangan risau peluang masih ada lagi sehingga bulan disember.
Pemenang-pemenang mestilah memberi details anda kepada saya di moonstar.nia@gmail.com.

Untuk barangan pos

Nama:
Email:
Link GA:
No telefon:
Alamat:

Untuk topup

Nama:
Link GA:
Email:
Jenis kad prabayar (DG/Maxis/Celcom):

Pemenang

Topup RM5x2

1. 17 - http://eiramahirah.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
2. 37 - http://afiqah220511.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html

Keychain Sabah
1. 53 -   http://farahliyanamohdsalleh93.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html


Tempoh tuntutan hadiah adalah dari tarikh 1st November 2013 hingga 15 November 2013.

Senarai peserta boleh lihat disini Senarai peserta

Yang belum join boleh terjah sini Simple Giveaway july - Dec