Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday 10 December 2014

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Assalamualaikum,

 Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.

Sempena ONLINE REVOLUTION LAZADA ni, lazada malaysia ada buat contest untuk para blogger semua. Dengan RM1212 ape yang korang rasa korang nak beli kat online shopping lazada. Dengan jumlah banyak tu mau rambang mata nak mencari sebab bermacam2 yang best2 ada kat online store lazada ni. Banyak tu RM1212. Jadi my wishlist saya nak macam bawah ni:

Item: Baby Carrier HXB-063-Red
Harga: RM49.00
Pilih ni sebab senang nanti nak dukung baby. Yang bestnye bila boleh dukung depan atau belakang.


Sumber gambar dari lazada.com.my. Klik gambar untuk tahu details.

Item: SRC6 Stroller Sweet Cheery
Harga: RM829
Pilih ni sebab memang dah lama dah teringin. Boleh gabungkan dengan car seat scr7. Tu yang best tu.
Sumber gambar dari lazada.com.my. Klik gambar untuk tahu details.

Item: Spectra 3 Electric Breast Pump
Harga: RM315
Pilih ni sebab nanti senang nak guna bila nak cepat. 



Sumber gambar dari lazada.com.my. Klik gambar untuk tahu details.

Semua barang yang saya nak semua untuk baby. Betul la kan orang kata bila dah ada anak ni semua benda fikir dia dulu. Jadi kat lazada malaysia memang banyak pilihan. Lagi senang sebab ada kategori toys, kids and babies kat website lazada tu untuk memudahkan lagi ibu2 macam saya ni nak cari barang best untuk anak2. Kalau boleh semua nak tapi syarat contest kena pilih barang bawah dari RM1212. Jadi itu jela barang yang memang saya teringin sangat. 

JUMLAH KESELURUHAN : RM1193

 Bagi sesiapa yang nak join contest ni boleh klik banner kat bawah ni.


Hadiah2 untuk para pemenang ialah:

Tempat Pertama : RM 200 Cash
Tempat Kedua     : RM 150 Cash
Tempat Ketiga     : RM 100 Cash
Tempat Keempat: RM 50 Cash
 2 x RM50 shopping voucher.     

Tarikh tamat : 12 Disember 2014

Itu je. Semoga ada rezeki untuk saya dan anak. In shaa allah moga ade rezeki untuk korang jugak..... amin ya rabb.... =)




Diari hamil: Harga antenatal check up di Gombak Medical Centre

Assalamualaikum,

Sebelum ni saya ada share harga check up di Columbia Asia Hospital Setapak. Boleh pi kat link NI. Kali ni nak share harga kat Gombak Medical Centre(GMC). Sekarang setiap minggu gi check up situ sebab dah akhir2 ni kan walaupun syarat pakej bersalin yang saya ambik hanya 2 kali shj untuk jumpa doktor yang akan sambut baby saya nanti. Tapi alang2 check up je every week jadi boleh tahu perkembangan baby macamane. Meh la nak share harga yang dikenakan.

Ni harga setiap kali check up. Tak berubah. RM95 je. Setiap kali check up dr akan scan perut. Tak kisah scan 3d ke 2d ke 4d ke harga tetap sama. 

Yang ni harga masa 1st time check up. Mahal sikit RM114 sebab masuk sekali harga untuk registration.

Bagi saya harga dia ok la sebab kalau nak compare tempat lain mesti lagi mahal. Dan untuk scan ultrasound 4d ke 3d ke 2d ke still sama RM45. Tempat len mahunye beratus.

Okie itu je. Semoga boleh membantu anda yang tengah cari tempat nak buat check up. :)

Thursday 4 December 2014

Cara batalkan br1m jika tiada lagi kelayakkan untuk memohon

Assalamualaikum,

Sekarang tengah sibuk orang nak kemaskini permohonan br1m termasuk la saya. Dari 1 dis hari tu saya ada masalah untuk kemaskini. Beberapa kali cuba tak berjaya. Masalah timbul bila nak masukkan gaji. Nanti dia akan pergi ke page lain.

Bila dah berkahwin jadi status pun dah bertukar dari bujang ke berkahwin. Pendapatan isi rumah pun akan jadi lain sebab campur gaji saya dan suami. Alhamdulillah dimurahkan rezeki selepas berkahwin jadi saya pun diantara orang yang hilang kelayakan untuk memohon bila hasil jualan tudung saya dan gaji suami melebihi syarat yang mereka nak. Jadi takut ambik hak yang bukan milik saya dan biar la bagi yang lebih berkelayakan menerimanya jadi saya nak kemaskini pendapatan kat laman web br1m tu. Setiap kali masukkan gaji dia akan keluar macam ni.


Tapi bila klik ok dia akan pegi ke page mula2 yang suruh masukkan ic number. Lepas tu kena buat balik. Geram sangat. Macamana nak bagitau saya tak layak dah. Kang tiba2 dapat tak sedap hati plak nak ambik. Berterusan macam tu sampai rasa malas nak buat. Jalan penyelesaian akhirnya saya kol pihak lhdn untuk tanya. Alhamdulillah dapat jugak jawapan. Bagi sesiapa yang dah tak berkelayakan kalau korang kemaskini borang tu dan tak mengikut syarat memang takkan berjaya. Jadinya cara untuk buang data korang tu, korang perlu download borang BK - 13 untuk membuat pembatalan. Mane nak dapat borang tu?Pegi kat website ni https://ebr1m.hasil.gov.my lepas tu gi kat borang dan download borang bk-13 tu. Isi manual lepas tu hantar kat pejabat lhdn yang terdekat dengan rumah korang beserta salinan ic. Okie. Itu je.... Jadi siapa yang tak layak dah tu, batalkan la permohonan korang tu. Biar bagi orang lain yang rasa. Lagi satu takut tak halal plak sebab kita dah tiada kelayakan untuk terima. Itu je perkongsian untuk hari ni. Kalau korang ada kemusykilan atau aduan mengenai br1m, korang boleh kol no ni 0383138987/8988. Waktu dari 8pg hingga 6 ptg. Harap dapat membantu...... =)